Showing posts with label PERJALANAN KITA. Show all posts
Showing posts with label PERJALANAN KITA. Show all posts

Thursday, August 28, 2014

PERJALANAN KITA # 18 MAKEUP

ASSALAMUALAIKUM 

dah masuk 9 bulan lebih dh bru teringat nk review pasai make up masa majlis aritu. hehehehe. maklum lah banyak sgt cerita pasai si kecik smpi tak teringt nk share pasai majlis aritu. igtkn dh tak dak topik nk d share tp tgk tgk balik eh ada lagi yg belum saya share.

asalnya majlis saya nk buat kenuri sebelah saya & sebelah suami. tapi ats sbb yg tak dapat nk d elakkn plus keadaan mak pulak yg tak berapa nk sihat jadi kenuri cuma buat sebelah suami sja secara besar-besaran. yg sebelah saya cuma buat kecik kecik.

utk majlis akad nikah & kenuri sebelah umah saya, adik ipar yg make up kan. dia baru brjinak-jinak nk jadi MUA. bayaran tu tak pasti berapa sebab dia make up saya free. dok godek godek cari gambar customer yg dia dh makeup tu tak jmpa pulak. nnti kalo jmpa saya update balik.

utk majlis sebelah umah suami pulak saya amik MUA CT NAZEERA TOUCH. serius mmg puas hati sgt dengan make up dia. harga pn brpatutan. dia akn ikut apa yg kita mau. mcm saya aritu mmg dh pesan awal awal masa booking. saya tak nk makeup tebal, tak nak bulu mata palsu, tak nak cukur kening. nak natural je. Alhamdulillah mmg menepati citarasa & apa yg suami pesan la. bukak apa dia tk nk la makeup berlebih lebih smpikn nmpk muka dh mcm antu kak limah plak. dh tak mcm muka bini seniri kata nya.

meh saya tayang ckit contoh customer yg penah dia makeup kan.













haaa....siap ada detail lagi no tepun segala bagai. so utk sesapa yg perlukan MUA utk majlis boleh la contact diorg dua nie. kalo yg adik ipar saya tu boleh bgtau saya nnt saya smpikn kt dia.

*** gambar seniri malu nk letak hahahahha. boleh mcm tu ~




Wednesday, August 13, 2014

PERJALANAN KITA # 17 DJ MAJLIS

Assalamualaikum 

setelah berapa lama selesai majlis bru terasa nk review pasai beberapa item yg berkaitan dgn walimah. tupn sebab ada kawan yg brtanya sbb nk kurangkan kos. ada yg tanya sbb nk survey hrga & macam macam lagi.

entry kali nie nk review pasai DJ MAJLIS masa kenuri umah suami. kebanyakan DJ time tu hrga dh mencecah rm500++. mula nya mmg tak nk amik dh. lepas tu bila cari punya cari jumpa la dj nie

gambar nie time majlis umah suami. tu pn amik dlm album Dj. hehehe mintak izin yeeeee


serius cakap hrga mmg brpatutan. saya dpt hrga time tu hrga yg memuaskn hati. mampu bayar dengan budget yg ada. servis mmg tip top. knp tip top. yea lah sebelah umah mertua masjid. so paham paham je lah kalo nk pasang lagu kena yang mcm mana. pastu sound kena kuat tara mana. semua tu perlu d amik kira.  

paling best sekali masa pengantin sampai saja, ada iringi doa khas utk pengantin. haaa. dj hafiz seniri yg baca. Alhamdulillah semoga dengan doa yg d aminkn ramai org masa majlis tu mendapat keberkatan. time azan mmg dj akn bgtau then bgi laluan pd tukang azan. 

syukur sangat sangat sebab feedback yg dapat lepas mjlis tu positif. yea lah mcm saya ckp tdi umah tepi masjid kan so paham paham je lah. syukur sbb suami ckp tak de sebarang komplen yg d terima samada dr masjid or org tua yg dtg. semua selesa dgn suasana aritu. legaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.

boleh request nk tema yg mcm mana pd dj. mcm saya & suami mmg dh sepakat nk buat cara islamic. maknanya lagu yg d putar nnti tu bukan lagu cincin emas la bapak ku kawin lagi la segala bagai. kalo d pasang mau suami saya suh bungkus balik nnti. hahahah. 

utk sesapa yg mencari DJ utk majlis kawen ke apa sj majlis saya rekeman kn DJ HAFIZ 


*** tetiba teringin nk rasa suasana majlis kenuri aritu lagi sekali. alangkah indah kalu boleh ulang balik moment tu  ~ weeeeeeeeeeee

Tuesday, December 31, 2013

ALHAMDULILLAH .... SAYA ISTERI DIA !!!

ASSALAMUALAIKUM

ALHAMDULILLAH .... masuk hari nie dah 11 hari brgelar isteri orang tapi still dok rasa mcm bujang trang tang tang lagi. hahaha boleh mcm tu punya feeling?

imbas balik kenangan malam akad nikah tempoh hari. awalnya tak terasa brdebar apapn. smpikn last last minute pn ada lg keja yg perlu d selesaikan. tambah pulak kt rumah tak de mjlis kenuri so lg la tak terasa. walimah hanya buat sebelah suami ja.

cerita sikit sebelum mjlis akad nikah ...

BERINAI
ikutkan nk berinai malam jumaat. risau pulak takut inai kotak yg d beli tu tak merah jdnya hari RAbu balik keja ja dh try pakai inai. haaa sib baikla try awai mmg tak merah pn jd oren je. sedih btoi. makanya esok tu abg susah payah g cari pokok inai plus giling segala bagai. Alhamdulillah hujung2 masa murah rezeki dgn inai. org tu bagi org ni bagi. senyum smpi ke telinga dh eh.

MAKE UP AKAD NIKAH
dr awal lagi dh ckp dgn suami nk mintak tolong adik dia makeup kn masa akad nikah. Alhamdulillah first time tepek segala bagai kt muka nasib baik la masih nmpk mcm muka seniri lg. suami pn ckp nasib baik la tak jadi muka org lain. hahahaha.

AKAD NIKAH
Alhamdulillah tepat jam 9.30 malam d MAsjid Abdullah Fahim dgn sekali lafas sah jd isteri pd dia. masa tok kadi mula baca doa sebelum kad tu bru la terasa jantung laju. haaa sudah mula la darah nkaik penuh muka. bila dh dengar ja tok kadi sebut SAH terus air mata keluar. syukur Alhamdulillah dgn sekali lafaz dh sah jd isteri org. sebak sgt sgt. bru hari nie paham knp tiap kali org nanges bila lepas akad nikah. perasaan yg tak leh nk d gbr or ceritakn. insyaAllah satu hari semua org pasti akn rasa jugak cm mana perasaan tu.

dan hari lepas 11 hari brgelar isteri hati rasa tenang sgt sgt. baru skrg betul betul faham knp kita d suruh brkahwin. ketenangan yg Allah bagi tak sama mcm tenang masa zaman belum kawen. sebanyak mana pn dugaan yg datang, sebesar mana pn masalah yg menimpa Alhamdulillah hari nie mampu hadap dgn tenang. rasa tenang yg tak pnh rasa sebelum sebelum nie.

semoga Allah kekalkn kebahagiaan ikatan nie d dunia hingga ke akhirat.

buat suami,
terima kasih sbb sudi memperisterikn sayayg serba kekurangan nie. 



“ Ya ALLAH Ya Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami dari isteri  dan anak cucu kami yang menyenangkan kami dan jadikanlah kami sebagai ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa ”
(Al-FuRqan : 74)

Friday, November 29, 2013

PERJALANAN KITA # 14 BORANG PERMOHONAN NIKAH

ASSALAMUALAIKUM

BORANG PERMOHONAN NIKAH ....

rasa mcm mimpi pulak bila teringat pasai borang nie. rasa mcm baru ja semalam msg abg sulung mintak tolong dia amik kan borang nikah dekat pejabat agama daerah kepala batas. hari nie borang dl proses nk siap dh.

cerita tentang borang prmohonan nikah nie memandangkan saya d besarkn d seberang jaya dan sekarang dekat 2 tahun menetap d bertam, abg cakap nk kena mintak surah pengesahan yg kata duduk kt bertam dr qariyah masjid. ya d sbbknkn alamat ic sy masih alamat seberang jaya makanya perlu ada surat sumpah pengesahan ank qariyah masjid biru tu. pagi jumaat mggu lepas sy dh selesaikn bab borang pengakuan tu. lega sgt2 segala urusan mmg dprmudahkn sgt2.tak seleceh org lain.

kalau diikutkn tempoh serahan borang kt pejabat agama utk pihak ppuan d pulau pinang mesti la seawal 3 bulan sebelum tarikh nikah. d sbbkn borang tunang sy d sungai petani tak blh d keluarkn awal yg katanya tandatangan diorg pd borang tu sah tempoh sebulan ja jd borang sy pn jd trtangguh.

nasib baik la asa sy hntr borang tu pegawai yg urusankn borang sy tak byk songeh. masuk bab teuduga dengan kadi pn Alhamdulillah Allah mg prmudahkn sgt2. cuma 2 minit ja selesai semuanya.

sekarang borang tgh dlm proses.kata pegawai tu boleh amik pd 3 disember nnti. hoooreeyyyyy !!!!!

* bila mana d timpakn kesedihan pd kamu pasti akn Dia gantikn dgn 1001 kegembiraan yg lain. makanya BERSANGKA BAIKLAH dengan DIA !!!

PERJALANAN KITA # 13 DUA BENTUK CINCIN BUAT BAKAL SUAMI

Assalamualaikum

amboi tajuk. DUA BENTUK CINCIN BUAT BAKAL SUAMI.

sekali baca okey lagi. dua kali baca nk trmuntah. skema plak eh

mula kawan baik. pas tu tunang.

time brtunang pn tak dak org tau sgt tetiba dah naik pangkat nk jd suami.

alahai. masa oh time. mengapakah kau berlalu sebegitu cepat. dengkikah kau pada sisa sisa masa kebujangan ku ini. ( okeh muntah terus ).

secara kasarnya cincin buat bakal suami nie tak bagi pn tak pa. mcm masa brtunang aritu. plan asal tak dak pon nk bagi cincin. tapi bila smpi dekat hari majlis ada duit lebih. saya pn suara kan la kat tunang. agk2 nak tak cincin tunang.

dan seperti yg semua sedia maklom & ketahui jawapan yg dapat mcm biasa lah. 

"ikut awak la...mcm mana pn tak pe. ada pakai je tak de pn tak pe"

dan saya pn amik keputusan nk cari cincin tunang kat dia. rezeki lebih tak salah rasanya nk melabur ckit. at least ada jugak tanda kat dia kan. tak kn saya nk gila kuasa suh brtanda d jari saya ja.

utk kawen pulak mmg dr awal dh plan nk beli cincin nikah kat tunang. survey punya survey jmpa satu kedai emas yg jual cincin lelaki. bukan cincin emas or suasa okey!! tp silver.

hampir pada tarikh brnikah baru la jumpa yg berkenan d hati.tu pn nasib baik la tergerak hati nk singgah kedai tu kononya nk survey. ada satu design yg buat hati brkenan sgt2. mulanya nk amik batu hitam tp brkenan pulak dgn kaler biru. sekali toleh lagi nmpk warna ungu pulak. alahai nie kalau tunang ada sekali mesti dia kata "FOKUS FOKUS".

ALHAMDULILLAH akhirnya amik kaler yg tak plan awal pn kaler tu. simple tp comey d mata saya. harapnya dia brkenan la erk.

# tak sabar nk tgk jari boolaaat tu pakai cincin kawen plak !hahahahahha

PERJALANAN KITA # 12 KAD KAHWIN

Assalamualaikum

dah masuk kisah KAD KAHWIN.

cepatnya masa brlalu. tak sedar pn tinggal berapa bulan lagi yg ada. sisa masa yg trtggl perlu saya gunaka sebaik mungkin utk selesaikn segala urusan yg berkaitan.

urusan kad kawin nie sy serahkn sepenuhnya pada encik tunang.sbb design kad semua dia nk uruskn seniri.

saya sekadar akn tolong part bila nk g print j annti.

Alhamdulillah semoga Allah permudahkan segala urusan kami!!!

PERJALANAN KITA # 11 HANTARAN

Assalamualaikum

HANTARAN part paling best utk d bincangkan bagi saya. sejak dr persiapan bertunang aritu saya dah beli beberapa majalah utk survey hantaran jenis yg mcm mana saya nk nnti.

sama mcm masa brtunang jugak, ada yg cadangkan sy tempah ja hantaran tu. tak payah nk serabut kepala nk buat mcm2. tak nak tempah boleh sewa yg dah siap. senarai kedai yg bagi sewa pn d bagi utk saya survey. apapun terima kasih pada yg prihatin.

mcm yg saya cerita dlm entry persiapan bertunang yg lepas, saya lebih selesa kalau semua persiapan d buat seniri. bukan sebab kedekut tp rasanya lebih jimat & puas hati. mana tak jimatnya, kalau sewa satu bekas dh rm20. kalau 9 bekas dh berapa ratus dh kan. brbanding dgn buat seniri jimat sgt2.

setakat nie ALHAMDULILLAH. hantaran yg macam mana saya nk buat tu dah d pilih. bunga utk hiasan d hantaran pn dh d buat. mulanya susah nk pilih kaler nk buat bunga tu maklomla kemudahan d sini agk terhad brbanding dgn org d kolumpo. bnyk pilihan boleh d buat.

sekali lagi urusan saya d permudahkan. kebetulan satu hari tu masa cari barang2 utk gubahan ada stok baru smpi. warna pn agk susah nk d cari. so saya pn beli la sekoyan siap2. senang cerita.balik terus buat bunga.

d sebabkn masa pnjg lagi saya buat ckit2. pantang ada masa trluang mesti buat sekuntum dua. smpikn dh abes kertas buat bunga tu. otak dok ligat pikir nk gubah mcm mana pulak bunga tu. hahaha

adoiyai. serabut punya pasai takut tak jadi gubah amik keputusan try dulu buat sejambak.

ALHAMDULILLAH.

mak tgk pn cakap cntik. tunjuk gmbr tnpa warna kat tunang. dia pn cakap cntik. okey dh pandai buat jambangan bunga kiranya setel satu bab gubahan hantaran. setakat nie ada 8 jambangan bunga yg dh siap d gubah. tinggal nnti masa dekat kenuri baru nk hias dekat kotak.

cadangnya masa nikah nnti hantaran 9 brbalas 7. tunang cakap kali nie nak bg 7 dulang la aritu masa brtunang bw 5 je ckit sgt. tgkap gmbr pn tak naik. pastu saya pulak cadangnya nk buat 7 bekas je tetiba masa ari brtunang tu jd 13 dulang. 9 dulang saya buat then yg selebihnya kwn2 mak yg sponsor. tak bg kang kecik hati pulak kn penat org bawak jauh2 nk merai hari bahagia kita. so balut ngan riben ckit bagi je terus. jadi lah 13 dulang brbalas 5. hahah rezeki kami ALHAMDULILLAH

masa nikah nie tak tau la nk lebih brapa pulak. igt2 nk prepare siap2 la bg lebih. mana tau kn ada rezeki mcm aritu lagi ke org nk bagi senang la dh ada bunga nk d hias.

haaa.....lagi satu nk kena sediakan gunting yg tajam, riben, bunga, jarum, benang & beberapa benda kecik yg agk penting sebenarnya. yea lah mcm aritu masa ummi kiera dtg tolong nk hias hantaran, kesian dia jenuh menggunting riben tu ngan gunting tumpul. yg tajam ntah ilang ke mana. adoi....sorry tau kiera susahkn kiera.

masa brtunang aritu kami dh setuju nk bg bnda makan ja sbb masa akad nikah nnti bru nk bagi brg2 pakai lain. so saya & tunang dh decide nk beli barang2 tu semua masa dekat2 nk kenuri. dlm sebulan lagi mcm tu. cadang saya awalnya nk beli sebulan satu barang. tp takut tak de tempat nk simpan pulak. yea lah umah yg dok sekarang umah akk tak nk la sepahkn umah dia dgn barang persiapan saya. lain la kalau umah d seberang jaya. ruang bilik saya tu besar. mudah nk simpan apa pn.

list barang hantaran yg nak d beli pn saya dh buat. tggal nk keluarkn duit & beli ja. tunang ckp nnti g beli barang sama-sama la. maklomlah saya nie taste pelik2 takut apa yg d pilih tak brkenan. hahahahha.


PERJALANAN KITA #10 BAJU KAMI

Assalamualaikum

sekarang dh mula sibuk memikirkan segala bagai persiapan yg nk kena buat. salah satunya yg nk d kongsi kt sini pasai baju.kami brdua dh bincang, setuju baju utk nikah & walimah nnti nk buat senirik sbb nak pakai lagi lepas tu. nk buat yg simple2 ja tak mau yg merambu ramba bagai mcm fesyen sekarang nie.

tunang pn awal-awal dh warning " tak yah nk makeup bagai macam org lain. yg kaler kaler kat mata then bulu bulu panjang tu tak yah k". 

aiyak kena warning !!

ujian pertama bermula time nk cari kain. alahai tunang saya nie bz bebenar la. payah nk curi masa dia g cari kain. makanya satu hari tu saya pn p cari kain sorang sorang. hamekkkk. balik ngan sebeg besar kain.

yey. puas hati saya. hahahha.

 ikutnya warna tema asalnya kaler lain. dia pn suka & setuju ngan jugak kaler tu. tp bila g kat kedai kain tu saya tgk warna tu mcm gelap sgt. kang nmpk saya lebih tua dr usia plak. then saya pn tukar la kaler yg lebih ceria.

ALHAMDULILLAH kaler yg saya pilih tu dia pn suka.

hooooyeeee !!!!! makaseh hencek tunang sbb kamu suka ja ngan apa ja yg saya pilih. (bodek)

selesai habiskn duit beli kaian segala bagai yg tinggal cuma sekarang dok cari kain sampin time akad nikah plak. tak jmpa2 yg cntik & brkenan plak.

kain tu dh d hntr ke tukang jahit kt area umah saya tu. fesyen apa??? dh tentu my mom yg tentukan. selama nie dia la pereka fesyen terbaek saya. then baju tu nnti saya nk hntr jahit manik kt salah satu penjahit manik yg semakin naik. no turn nk jahit manik saya dh tempah. kena masuk kn deposit rm50 utk cup tempat.

dasyat betulkn org tu. brpusu-pusu org jahit manik smpi kena amik no turn utk hantar tempahan.

apapn semoga baju idaman tu menjadi seperti yg d kehendaki la nnti.

amin.

# mood : tak sabar nk tgk hasil baju yg dh d manik kan


PERJALANAN KITA # 9 UJIAN HIV

ASSALAMUALAIKUM

sekejap ja masa brlalu. rasa mcm baru ja semalam majlis brtunang. bila belek2 kalendar alahai tggl berapa bulan ja lagi nk d satukan. mcm tak pecaya pn ada jugak nie. yea ke idak nie saya nk kawin tak lama lagi. mcm main2 je. hahaha

persiapan pn setakat nie okey lah. banyak yg saya dok google2 cari bahan. baca cerita kawan2, tanya mana yg dh brpengalaman. buat list mana yg perlu buat cepat mana yg boleh buat hujung2 nnti.

kebetulan hari tu masa jmpa bakal ayah mertua, dia ada mention pasal ujian HIV. memandangkan abg sulung balik cuti sekarang nie elok sgt la d cepatkan lagi buat ujian HIV. sbbnya nnti mudah sikit urusan masa nk isi borang permohonan nikah.

mcm yg org dok cerita masa nk isi borang nikah nnti ujian HIV, kursus kawin segala bagai mestilah dh d setelkan. baru mudah urusan permohonan tu nnti. bakal ayah mertua cadangkan suh kami buat ujian tu nnti dekat klinik kesihatan yg selalu bakal ayah mertua g. senang ckit katanya sbb dh ada kakitangan yg dia kenal.

bila bncang dgn tunang dia ckp suh tggu dia tgk jadual dulu. maklom la sibuk sungguh2 tahun nie.
 mana tak nya tiap2 mggu kena turun KL ada meeting la visit la mcm2. smpikn saya ckp ngan dia kalau dh bz sgt tak pe la tangguh je tahun depan tggu smpi tak bz. :) padan muka kan dh kena ugut.

makanya, d sbbkn dh kena ugut dia pn cari la tarikh & hari nk g buat ujian.

smpi hari g klinik tu boleh boleh strip yg test HIV abes. alahai nk tggu restock dia ckp 2 bulan. kat hospital pn habes. nk balik buat kt seberang jaya dh tentu2 kena amik cuti. sebolehnya saya tak nk la cuti d sia2kan. ada pn 11 ari lagi je lepas tolak cuti raya semua. nk tggu bulan 7 tahun depan plak bru nk renew cuti.

then pegawai perubatan tu suggest suh ujian darah. yg ni mmg check abes segala penyakit semua. complete. dia bagi date utk buat ujian darah tu.

ALHAMDULILLAH selesai pn buat ujian HIV & DARAH. result kena p amik 3 minggu lagi. katanya darah tu dia hntr test kat makmal d KL so amik masa sikit nk dapat resultnya tu.

# selesai satu part. boleh tarik nafas lega part nie.epala mula dok serabut pikir bab borang nikah pulak. alahai ~




PERJALANAN KITA # 8 KURSUS PERKAHWINAN

ASSALAMUALAIKUM

bila taip ja tajuk entry kali nie teringat zaman study kt shah alam dulu.

ALHAMDULILLAH.

time tu murah rezeki sungguh la sbb nya kursus ditaja pastu buat plak ramai-ramai.saya rasa kawan2 study yg dh melangsungkan perkahwinan pn dh jimat banyak kt part nie.

yea lah. sekarang nie zaman reja. nk cari masa yg betul betul sesuai nk p kursus bukan senang. tambahan plak mcm saya nie berulang dr pulau pinang ke kedah ari ari. letih jangan cakap la kan.  Alhamdulillah dh hampir 4 tahun berulang. kudrat masih kuat seperti selalu.

memandangkan saya dh ada kursus kawin makanya trpaksa la en tunang p kursus sorang sorang. sungguh sungguh rasa kesian plak kat dia. nk kena p kursus sorang sorang smpikn dia kata masa p byr tu org tu tanya sorang ja ka.

hahahah adoiyai. kesian!!!

tu pn daftar kursus online saya yg daftarkan. en tunang trlampau sibuk smpi dh berapa kali punya tangguh dah nk p daftar tak daftar daftar. last sekali saya seniri buka web then daftarkan. dia cuma p sana bayar & brkursus ja. 

org cakap kalau p kursus kawin nie dgn pasangan best. mmg la p berteman mana tak bestnya. bukan tak nk p teman dia tp rasanya duit kursus tu lebih baik d salurkan utk buat bnda lain yg lebih penting utk majlis kami nnti.

bila tanya dia pengalaman masa kursus tu dia ckp ok la. ada part yg boring sbb org yg sampaikan tu tak pandai tarik perhatian org mendengar. ada jugak yg best sbb penceramah tu pandai hurai & amik hati org yg datang.

so far, dh selesai satu bab yg penting pasai urusan pernikahan.

ALHAMDULILLAH.

# nak trgelak tgk sijil kursus kawin en tunang. yea lah saya pnya brtulisan jawi sedangkan dia punya rumi semua. pelik pulak rasa.


Thursday, November 21, 2013

PERJALANAN KITA #7 SEBELUM BERTUKAR STATUS

Assalamualaikum

entry kali nie tak mau lagi bercerita bagai pasai majlis yg dah berlangsung. masih dlm mood terkejut sbb dh brtukar status. even entry nie pn sebenarnya d tulis awal tapi tak d postkan lagi sbb tak nk org tau dh brtukar status. just taip then save simpan senyap senyap. smpi masa nnti bru nk post.

hahahah. punyalah berahsianya saya nie. lgpn bukan niat saya tulis entry yg ada nie utk tatapan org sgt. saya tulis sbb nk simpan kenangan & pengalaman yg saya dh lalui tempohari. mana la tau nnti tua tua ank2 nk tau mcm mana perjalanan kisah dulu boleh la bukak blog & baca.

tu diaaa. jauh berangan. hahahaha.

okeh. pendekkan cerita.

mcm mana dlm sekelip mata saya boleh terbuka hati nk terima lamaran dia?

kami dr awai nya bukan la bercinta bagai nk rak mcm org lain. brmula sebagai kawan biasa then terus rapat & rapat. mcm saya rapat dgn org lain jugak.sapa yg kenal saya nie macam mana tau la perangai muLut becok saya yg mampu cakap apa saja dengan siapa saja.

 ALHAMDULILLAH salah satu kelebihan yg ALLAH bg.

dia kawan yg dr awalnya mmg saya tgk ja terus suka. serius masa mula mula masuk reja mmg dok aim ja tgk dia. tp apakn daya ramai sgt kata dia dh brtunang so tak nk la kacau kebahagiaan org lain.

bagi saya kalau betoi betoi suka & sayang org tu, biarkan dia bahagia dgn siapa dia yg mampu buat dia bahagia. tp kawan tetap kawan. smpikan satu masa tu ada satu kejadian yg tak nk saya sebut kami mcm lost cntct. walaupn jmpa selalu tp dh tak serapat mcm biasa.

lepas dh brtahun tahun. bila mana mcm mcm benda jadi kat saya. tetiba satu hari tu dia msg. dlm hati dok pelik dh. aik...mamat nie tetiba msg napanya. hahahha.

start dr situ la kami rapat balik. kena pulak time tu ada isu hangat. saya pn seperti dulu dok meluah perasaan aku yg sakit hati bagai nie kat dia.

dlm tak sedar saya trkeluar satu ayt.

"nak tau dak...org sebenarnya kan dari dulu lagi org suka kat dia tp tu la dh dia ada tunang org tak mau la kacau. " 

sekali dia jawab balik 

"org pn sebenarnya suka kat dia dr dulu lagi."

hamekkk. hilang teruih kesopanan & kesusilaan saya aritu. makanya trbongkarlah semua cerita yg selama nie trpendam.

perasaan????

perghh serius mmg trkejut. sapa yg tak trkejut kawan yg selama nie mmg la kita pn ada hati kt dia dlm senyap senyap tapi tak sangka la pulak dia pn ada hati dengan kita. dok igt sapa la kita nie yg dia nk. bila dh satu satu rahsia d sebalik cerita trbongkar baru la kami tau apa yg jadi sebenarnya sebelum nie antara kami.

tapi tak pa la. tu semua cerita lama. sebolehnya aku tak nk igt pn yg sedih sedih tu sakit hati kot. brtahun dok tgk dia dgn org lain. serius jeles.

ALAHAMDULILLAH. 

sepertimana yg Allah dh jnjikan pada kita. kalau org tu jodoh kita sejauh mana kita lari, sebanyak mana ujian yg terpaksa kita hadapi kalau dia dh d tetapkn utk kita pasti kita akn dapat jugak. antara cepat dgn lmbat ja.
ALLAH mmg sebaik baek perancang. DIA biarkan kami trsalah pilih org dulu sebelum kami mendapat antara satu sama lain. ALHAMDULILLAH kamu sudah hampir menjadi milik saya. doa sedari dulu kini ALLAH dh makbulkan.

dia satu-satunya lelaki yg tak mahu brtangguh utk memiliki. awal2 dia dh bgtau nk masuk meminang. family pn dh d tunjuk. ALHAMDULILLAH katanya sekali nie mama ayah dia berkenan sgt. jugak mintak d percepatkn. apapn sebelum keputusan muktamad saya minta masa dr dia. bukan utk brfikir tp utk saya brmohon pd DIA. mohon petunjuk belas ihsan & kasih syg DIA. saya tekad dlm diri sebelum smpi masa saya terikat dgn dia sebagai tunangan, 30 juzuk mesti d habiskan.

ALHAMDULILLAH , usai subuh Jumaat pada hari majlis saya selesai khatam 30 juzuk. lembaran demi lembaran surat cinta dr DIA saya lagukan sebaik mungkin selama 3 bulan.  tiap kali lepas alunan saya brdoa dgn sesungguhnya sungguhnya pd DIA utk bantu saya buat leputusan yg terbaek. trbaek utk diri saya. terbaek utk keluarga saya. terbaek jugak utk dia dan keluarga dia.

pohon sungguh sungguh.
pohon petunjuk agr tak trsalah buat keputusan.
pohon belas ihsan agar tak trsalah buat pilihan.
pohon kasih sayang agr tak trsalah letak pengharapan.
pohon sesungguhnya pada DIA
agar DIA mampu menetapkan hati saya
semangat saya
akal fikiran saya utk buat keputusan yg terbaik

ALHAMDULILLAH

subuh pagi Jumaat tu subuh yg terakhir saya sebelum jadi tunangan org. dlm hati dh terasa lega sgt sgt. tak dak rasa ketar walau sedikit pn. sbb saya dh betul betul yakin dgn keputusan yg saya buat.

pegangan saya cuma satu

"YAKINLAH DENGAN JANJI-JANJI ALLAH" 

tak mungkin DIA menganiaya hamba-hamba yg memohon pertolongan & petunjuk dr DIA. dan pd DIA juga saya brgantung harap dgn sesungguh sungguhnya.

kepada kamu wahai si TUNANG
berterima kasihlah pada DIA kerana telah membuka pintu hati ku utk redha memilih kamu sebagai bakal zauj ku.  




PERJALANAN KITA # 6 SELANGKAH BERSATU

Assalamualaikum

ALHAMDULILLAH

Selesai sudah majlis pada hari nie. Now dh brtukar status drpd solo kepada tunangan org.

Sebelum nk taip panjang panjang saya nk ucapkan terima kasih yg tak terhingga sangat-sangat kat wife kepada sahabat baek saya senirik sbb sudi meminjamkan wife & baby dia utk menemani saya sepanjang hari pertunangan. Sapa lagi kalau bukan  ummi kiera .

Terima kasih erk sbb teman akak sepanjang hari tu. Dah la dtg jejauh pastu dh kena buli buat segala bagai. Sorry tau kalau layanan tak memenuhi citarasa kiera. And terima kasih jugak sbb sanggup simpan rahsia even dkt kawan baik akak senirik pn kira tak bocorkan hahahaha. Lawak plak teringat time chat dgn Nadh sbb dia igt dia org 1st yg tau pasai nie tp benanya dia org yg keberapa berapa la.

Terima kasih jugak utk kawan dr sekolah saya sbb sudi terima tempahan cup cakes kawan yg banyak songeh nie. Siap dengan nak design senirik bagai. Seriusly design tu memang chantek bangat. Encik Tunang & bakal adik ipar pn cakap sedap sangat cup cakes tu.

And lastly tak lupa gak kat kawan sepejabat a.k.a adik tecik Hayate Kenpachi sbb rajin sangat memperingat pasai hari. Hahaha tQ so much sbb sudi simpan rahsia & menghitung hari bersama saya.

Sedikit cerita tentang majlis. D rancang secara sederhana. Yg datang pn just saudara dekat & family tunang. Alhamdulillah family tunang smpi dlm pukul  3.30 petang (lepas solat Jumaat). Dsbbkan sebelum majlis tu family tunang dh datang brbincang ngan mak (seminggu sebelum majlis) so perjalanan majlis aritu lebih mudah & ringkas.

ALHAMDULLAH pd jam 4.15 petang selamat tersarungnya 2 bentuk cincin d jari manis saya. Perasaan time tu terharu sangat-sangat. Mcm nk nanges pn ada gak.


kepada si tunang
Terima kasih kerana sudi memilih saya sebagai bakal isteri awak.
InsyaAllah saya akan berusaha sebaik mungkin utk menjadi yg terbaik utk awak d dunia & akhirat.
Semoga perjalanan kita ini akan d permudahkan.
Semoga perjalanan kita ini akan kekal hingga ke akhiratnya.

# entry d tulis pd hari prtunangan tapi saja simpan tak mau post sbb kononnya nk berahsia hahaha muntah !




PERJALANAN KITA # 5 PERSIAPAN BERTUNANG

ASSALAMUALAIKUM

entry yg lepas saya dh cerita sikit sebanyak pasai tarikh. yea lah abg sulung dok nun jauh d sana. nk cari tarikh yg betul2 sesuai utk brkumpul semua sekeluarga agk susah. kalau mmg dia dok dlm malaysia mudah la sikit.

selesai dapat tarikh, brmula la persiapan awal utk majlis brtunang.

ramai org yg bagi cadangan yg mcm2. contohnya buat la pelamin, amik la juru mekap, sewa baju segala bagai.tp semua nya d tolak mentah mentah. pada en tunang pn dh bagi tau awal awal. aku nk buat yg paling simple. tak nk buat mcm2. ALHAMDULILLAH dia pn okey je. mengikut je apa yg saya nak.

antara PERSIAPAN AWAL yg saya buat :

1. Baju tunang
- saya buat baju kurung biasa je. kain kosong yg tak brcorak. lepas dh siap tempah tu saya tambah manik sikit2. mulanya igt nk hntr kat wife kawan sorang tu tp ntah knp tetiba rasa mcm nk buat seniri pulak. simple je tak de la meriah bagai. masa tu tak trpikir pn nk letak lace. bukan apa kang kalo dh mula buat meriah2 sgt tak jd reja lain dh la.

2. Hantaran
- part nie kami dh bincang sesama kami. just nk bagi bnda makan ja semua. cadangan nya saya 7 dulang dia balas 5 dulang.  hantaran nie semua saya buat seniri. ramai yg suruh tempah ja tp bila p tgk kt tmpt tu 2 3 kali rasa mcm tak brbaloi lak nk keluarkn duit byk2. saya beli barang & buat seniri. sebulan awal saya dh buat hantaran nie. takut tak jadi sbb mana penah buat bnda2 mcm nie. tangan pn keras ja nk mengubah bunga. sib baek la ada kak shida buat tutorial nk buat bunga kertas tisu tu. tQ tau kak. hehehe.

3.Jamuan makan
- syukur ALHAMDULILLAH part makan nie mak minta tolong kawan arwah ayah yg masak kn. menu yg ada bihun goreng, roti jala. karipap. seri muka agr-agr & mcm2 lagi la.mak ckp alang2 nk bg org mkn biar smpi org kenyang jgn bg ckit kang org mkn pn ckit. kesian org mai penat2. bg makan biar ikhlas.

tu ja yg saya prepare awal. bilik saya siapkn pagi hari majlis. tu pn sehari sebelum tu jenuh pusing cari cadar baru. hahahah sian kat abg ipar, kakak & ank buah. majlis tunang nie saya tak buat pn pelamin mcm yg org selalu buat tu. mak ada jugak tanya nk buat ke. kalau nk buat kita buat ja. tp saya yg tak mau. dr awal lagi saya dh ckp tak yah nk pelamin pelamin. dok dlm bilik sudah.

brtunang pn saya brsiap seniri. maksud saya tak dak juru andam ka make up ka. lepas ja solat zuhur mak pesan suh buat solat sunat sekali. doa byk2 mintak d permudahkan segala urusan. mak pn solat jugak.

cumanya part paling lawak bila dh siap semua mak ckp suh tenyeh lipstik skit. hahaha mak...ank mak nie mana ada lipstik2 tu semua. harap ke bedak tepung tu ja yg pandai pon. plus celak. haaa yg tu chek terer la. nak tak nk cari jugak lipstik tenyeh ckit. tu pn buang balik. rimas eh pakai.

lagi pn awai awai tu en tunang dh warning. jangan nk make up macam org dok makeup tu. tak yah make up lagi elok. bukan nya huduh. dh cukup elok sempurna semua nk tambah apa lagi.

ALHAMDULILLAH.

setel dh semua. simple & nice.








Tuesday, June 11, 2013

PERJALANAN KITA # 4 TARIKH

Assalamualaikum

tak tau nk mula dari mana & macam mana kisah perjalanan nie. dok pikir punya pikir so aku mula kn dgn kisah "TARIKH".

rasanya ramai yang akn alami benda yang sama mcm nie. dah elok dapat tarikh dah tukar pulak. rasanya tukar tarikh tu dekat 3 kali dah. tu tak termasuk lagi dengan masalah dalaman. sampai satu tahap
rasa naik bosan & mula nk mengalah.

semak sangat dah otak nie. tak nk dh pikir benda benda mcm nie. lebih baik tak payah lagsung kalau dh menyusahkan smpi ke tahap nie.

tapi ALHAMDULILLAH

hari yang baik utk permulaan langkah yang baik. d harapkan semuanya akan berlangsung dengan baik,

# masih terasa sebak dlm solat masa sujud yg terakhir hari tu. memohon & meminta dengan sesungguhnya supaya DIA memberikan & meletakkan yang terbaek utk aku. 
 AMIN 


Tuesday, May 21, 2013

PERJALANAN KITA #3 ISTIKHARAH CINTA


 utk kamu bakal ZAUJ ku, 

ISTIKHARAH CINTA

Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh doa

Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukMu
satu nama teman setia
Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh doa

Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukMu
satu nama teman setia

Naluriku berkata
Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukMu
satu nama teman setia

Naluriku berkata
Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku

Dalam mahabbah rindu
Diistikharah cinta

PERJALANAN KITA # 2 BERITA BAIK

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu.Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui"

(Surah al-Baqarah ayat 216)

Friday, May 17, 2013

PERJALANAN KITA # 1 ALHAMDULILLAH

Assalamualaikum

Alhamdulillah sykur sangat-sangat kepada DIA yg dah menetapkan & menentukan sesuatu yg terbaek utk diri nie.

Semoga perjalanan kita lepas nie akan lebih bermakna.

InsyaAllah akan d coretkan selebihnya dalam entry yg akan datang.

Kali ini utk permulaan ini biarlah sekadar ucapan syukur yg tak trhingga d siarkan.

Syukur kepada DIA kerana telah memudahkan perjalanan kita yg man apda mulany apenuh dgn liku liku kepahitan.

Permulaan yg penuh dengan perasaan salah sangka, cemburu, sakit hati & kecewa telah Allah gantikan dengan satu perasaan yg lebih indah.

Tiada yg lebih indah selain drpd memilki yg ada kini.

ALHAMDULILLAH.



KATA-KATA HIKMAH

SELAMAT KEMBALI

Assalamualaikum  tepuk bahu utk diri sendiri.  last masuk jenguk sini 2018 skrg dah 2024.  aduhhh....dah hampir 6 tahun.  Subhanallah//moga ...