Thursday, November 10, 2016

Berubah atau Mengubah?

Assalamualaikum

baru lepas fasa CABARAN 40 HARI bulan lepas.

Alhamdulillah berjaya istiqamah dgn jayanya. dan baru berani nk cerita dalam blog. benda dah jadi & dah boleh buat baru la boleh cerita kan. kot kot la ada yg baca nie (ada ke?? hahaha perasan) nak try jugak cara yg tak seberapa nie.

alkisahnya mcm nie...masa awal tahun haritu masuk group agen utk jual jubah jubah nie. jujurnya cakap masa 3 bulan awal tu streess sbb jualan kurang sangat. ada pn sebulan 3 4 helai ja. so rasa mcm stress teramat sangat. sanggup google cari ilmu bagai mcm mana nk tingkatkan hasil jualan.

satu hari tu terbukak satu petikan ceramah. lepas tu baca plak petikan whatsapp group. dedua isi kandungan hampir sama.

"KEJARLAH AKHIRAT INSYAALLAH DUNIA AKAN MENGEJAR KAMU" 

terdiam sekejap then pikir apa yg aku buat salah & tak kena sebenarnya smpi rasa mcm rezeki tersekat sempit sendat sangat nie. kebetulan pulak time tu 'ribut taufan' kerap pulak jadi.

rasa mcm ya Allah sempitnya hidup nie. apa yg tak kena sebenarnya.

lepas dua tiga hari pikir, rasa mcm nk cabar diri seniri pebetul balik mana yg lompong kosong rosak.

tetiba dalam otak ligat pikir.....

"BILA MANA SMPI SATU MASA HATI RASA TAK TENANG SANGAT. FIKIRAN SELALU CELARU SERABUT. HATI SELALU BOLAK BALIK. 

TIME TU SETAN PALING SERONOK SEBAB TIME TU PALING SESUAI NAK JAHANAMKAN JIWA MANUSIA."

pesan pensyarah masa study dulu...

"bila manakau rasa tersungkur trduduk trjelepuk...balik la ke jalan asal memula kau mula dulu..."

Subhanallah....bila ingatongat balik banyak rupanya yg aku tinggalkn. banyak yg aku biar kosong lama. kalut uruskn itu ini smpikn abaikn bnda yg wajib aku buat dulu.

aku amik keputusan samada utk MENGUBAH @ BERUBAH

aku pilih aku nk berubah. sbb apa bukan mengubah ke jalan asal yg lama? sbb aku tau jalan lama tu indah tapi masih byk lompong busuk cela yg aku tutup yg aku seniri tak nak hidu.

hari nie...aku berubah demi sbb nk jadi lebih baik dr semalam.

apa yg aku ubah?

TARGET CABARAN 40 HARI 
~@ SOLAT AWAL WAKTU 
~@ BACA QURAN SETIAP PAGI 
~@ ISTIGFAR 1000 x SEHARI (kalo trlepas esoknya tu aku ganti denda double) 

Alhamdulillah hasil yg aku dapat aku tak trlampau brharap pd apa yg aku jual. aku yakin rezeki Allah ada d mana mana.

dan betoila..kejarlah akhirat maka dunia akan kejar kita. yg aku nmpk kalo sehari tu aku lg byk istigfar lg bnyak rasa tawakal aku pd Pemberi Rezeki. aku dah smpi satu tahap tk kisah pn kalo brmggu mggu tak dak org beli. yg aku tau sekali ada buyer dia beli borong.

Allah....nikmat mana lagi mahu aku dustakan?

notakaki : skrg tgh cabar diri tambah extra saham utk akhirat. cara yg aku buat utk pastikn segala apa yg aku plan tak sehangat taik itik so aku beli 1 buku nota kecik khas utk catat apa yg aku dah buat & belum. mmg kena jujur & ikhlas masa menanda. jgn sbbkn nk nmpk elok comey dlm buku tanda betoi ja semua. dlm buku boleh la tipu tapi pada yg ats tu boleh ka tipu? hahahah......next pnya cabaran byk sikit so rasa mcm tak ckup masa plak 24 jam. walaupun simple tp sementara nk biasa tu alahaiiii sgt rasa......

Again....


Assalamualaikum

rindunya nk brcerita. banyak benda yg jadi kebelakangan nie. salah satu nya kes batu api.

ingat kan diam lama dah elok rupanya ada lagi.

Allah....dua kali dah kena. nampak sgt kebodohan bila kena brkali kali.

kesimpulan nya tak yah la pecayakan sesapa lagi dah.

kadang kita nie ckp bnda lain yg tak dak kaitan pn tp d putaq belit alam kn benda tu smpi jd kontroversi.

tapi ok la Allah tunjuk cepat.

orang orang yg jadi duri dalam daging nie tak leh nk d smpan lama lama. kang jadi racun payah last last makan diri.

notakaki : utk yg suka menyampaiakn cerita tokok tambah tu terima kasih banyak banyak nah.....

KATA-KATA HIKMAH