Tuesday, December 31, 2013

ALHAMDULILLAH .... SAYA ISTERI DIA !!!

ASSALAMUALAIKUM

ALHAMDULILLAH .... masuk hari nie dah 11 hari brgelar isteri orang tapi still dok rasa mcm bujang trang tang tang lagi. hahaha boleh mcm tu punya feeling?

imbas balik kenangan malam akad nikah tempoh hari. awalnya tak terasa brdebar apapn. smpikn last last minute pn ada lg keja yg perlu d selesaikan. tambah pulak kt rumah tak de mjlis kenuri so lg la tak terasa. walimah hanya buat sebelah suami ja.

cerita sikit sebelum mjlis akad nikah ...

BERINAI
ikutkan nk berinai malam jumaat. risau pulak takut inai kotak yg d beli tu tak merah jdnya hari RAbu balik keja ja dh try pakai inai. haaa sib baikla try awai mmg tak merah pn jd oren je. sedih btoi. makanya esok tu abg susah payah g cari pokok inai plus giling segala bagai. Alhamdulillah hujung2 masa murah rezeki dgn inai. org tu bagi org ni bagi. senyum smpi ke telinga dh eh.

MAKE UP AKAD NIKAH
dr awal lagi dh ckp dgn suami nk mintak tolong adik dia makeup kn masa akad nikah. Alhamdulillah first time tepek segala bagai kt muka nasib baik la masih nmpk mcm muka seniri lg. suami pn ckp nasib baik la tak jadi muka org lain. hahahaha.

AKAD NIKAH
Alhamdulillah tepat jam 9.30 malam d MAsjid Abdullah Fahim dgn sekali lafas sah jd isteri pd dia. masa tok kadi mula baca doa sebelum kad tu bru la terasa jantung laju. haaa sudah mula la darah nkaik penuh muka. bila dh dengar ja tok kadi sebut SAH terus air mata keluar. syukur Alhamdulillah dgn sekali lafaz dh sah jd isteri org. sebak sgt sgt. bru hari nie paham knp tiap kali org nanges bila lepas akad nikah. perasaan yg tak leh nk d gbr or ceritakn. insyaAllah satu hari semua org pasti akn rasa jugak cm mana perasaan tu.

dan hari lepas 11 hari brgelar isteri hati rasa tenang sgt sgt. baru skrg betul betul faham knp kita d suruh brkahwin. ketenangan yg Allah bagi tak sama mcm tenang masa zaman belum kawen. sebanyak mana pn dugaan yg datang, sebesar mana pn masalah yg menimpa Alhamdulillah hari nie mampu hadap dgn tenang. rasa tenang yg tak pnh rasa sebelum sebelum nie.

semoga Allah kekalkn kebahagiaan ikatan nie d dunia hingga ke akhirat.

buat suami,
terima kasih sbb sudi memperisterikn sayayg serba kekurangan nie. 



“ Ya ALLAH Ya Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami dari isteri  dan anak cucu kami yang menyenangkan kami dan jadikanlah kami sebagai ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa ”
(Al-FuRqan : 74)

4 comments:

  1. Tahniah. selamat melayari bahtera perkahwinan berlandaskan syariat. moga Allah merahmati perkahwinan ni

    ReplyDelete
  2. Tahniah...moga perkahwinan ini disinari kebahagian hingga syurga

    ReplyDelete
  3. alhamdulilah tahniah kak. moga berbahagia sampai syurga dan sentiasa dalam rahmat Allah amin :)

    ReplyDelete

KATA-KATA HIKMAH

Winter Aid For Syria 2017

Assalamualaikum . . Mohon bantuan dipanjangkan post nie utk membantu umat Islam di Syria . . detail boleh tgk di FB  TELEKUNG PROJECT...