Sunday, February 19, 2012

TOMBIRUO, SEMANGAT HUTAN & TOMBIRUO TERAKHIR by RAMLEE AWANG MURSHID

ASSALAMUALAIKUM

Seperti besa lepas selesai satu novel cik AngguR akn post entry sinopsis ckit berkaitan novel yg cik AngguR baca. Novel pilihan kali nie berepisod mksudnya dia da 3 buah buku yg berangkai.

Jom cik AngguR share novel terbaek nie k.

TOMBIRUO  



Tiga kali surat wasiat itu dipinda. Empat nama telah disenaraikan. Nama kelima telah disingkirkan. Dua belas pembunuhan kemudian telah dilakukan. Lelaki sadis itu sanggup membunuh kerana nafsu, wang, kuasa dan dendam. Dan setelah 30 tahun, mereka dipertemukan untuk mengatur semula episod hidup yang penih ngeri.

SEMANGAT HUTAN 


Bila Amiruddin terdengar berita mengenai sebuah jet peribadi terhempas di Hutan Keningau, memorinya segera terbayangkan Wan Suraya kekasihnya. Benar, gadis itu adalah di antara mangsa yang terlibat. Dengan seorang rakan, Amiruddin bergeas ke tempat tragedi. Saudaranya yang tinggal di hutan juga dihubungi secara psikik untuk turut membantu.
Dalam pada itu, sejenis makhluk aneh berkeliaran di hutan tersebut. Rogon amat digeruni oleh penduduk di pendalaman. Renungannya sahaja boleh mengecutkan perut. Bila ia menerjah, mangsa hanya mampu pasrah menanti ajal. Rogon juga tercium bau manusia di hutan sekitar tempat terhempasnya jet itu.
Di antara Amiruddin dan Rogon, siapakah yang terlebih dahulu menemui Wan Suraya?

TOMBIRUO TERAKHIR


Ketrampilan dan imej baru Ejim menggugah hati Wan Suraya, sekaligus mencetus cemburu Dr. Haslia. Ejim yang kini dikenali sebagai Amaruddin, saling tak tumpah menyerupai kembarnya Amiruddin yang telah meninggal dunia. Munculnya Ejim di Kuala Lumpur menyebabkan Wan Suraya melihat 'Amiruddin' dalam diri lelaki Tombiruo itu.

Wan Suraya yang telah bertunang dengan Tan Sri Nasir tiba-tiba menunda tarikh perkahwinan mereka. Apabila perkara sebenar terbongkar, Tan Sri Nasir yang merupakan penaja utama pembedahan wajah Ejim mula memusuhi lelaki Tombiruo itu. Dia tidak mahu kehadiran Ejim mengganggu gugat cinta sucinya terhadap Wan Suraya.

Kehidupan di Kuala Lumpur rupa-rupanya tidsak menjanjikan kebahagiaan. Ejim hidup dangan penghinaan, dugaan dan cabaran. Hasrat hatinya ingin kembali ke Hutan Keningau ditentang Dr. Haslia. Bagaimanapun, hasrat hatinya terlaksana jua setelah 10 tahun berlalu. Selama tempoh itu, Ejim telah pun berkahwin dan dianugerahkan seorang anak perempuan. Sekembalinya ke Hutan Keningau, dia mendapati Hutan Keningan bergolak lagi dengan kemunculan 'Seorang Tombiruo'.

Siapa isteri Ejim? Mampukah Ejim menjiwai semula semangat Hutan Keningau setelah 10 tahun berlalu? Tergamakkah Ejim meninggalkan anak dan isterinya demi menyahut seruan semangat Hutan Keningau? Dan siapakah 'Tombiruo Terakhir' yang mengaku sebagai raja di daerah pendalaman itu?

TOMBIRUO TERAKHIR .... rasailah pergolakan perasaan yang sarat dengan cinta dan kasih sayang, saspens, debaran asmra dan pertelingkahan.


*** pppppssstttt ... Sejujurnya tak rugi baca novel nie sbb dalam novel nie sarat dgn nasehat. contoh teladan yg sangat baek utk kita sebagai hamb Allah yg salu leka dgn kenikmatan dunia yg sementara nie. Novel nie jugak banyak menyedarkn cik AngguR tentang betapa kita harus bergantung n berserah diri setelusnya pd Allah yg Maha Pengasih. Jangan sesekali kita brsangka buruk terhadap Allah sekalipun ujian n dugaan yg datang pd kita tu adakalanya tak trmampu kita nk tanggung. Berdoalah, bertawakal & berserah dirilah kepada Allah kerana sesungguhnya Dia lebey memahami kita.


Saturday, February 18, 2012

IBARAT JATUH D TIMPA BUAH ANGGUR

ASSALAMUALAIKUM 

Dah lama benar rasa nya cik AngguR tak bukak blog secara live brbanding ngan dok hapdate pakai nset ja kan. Bukan tak rindu tak hambatan masa yg dengki kt cik AngguR buatkn tak sempat nk kelebek secara serius. Hahahaha.

Okey memandangkan dah la tak jenguk muka blog depan depan makanya banyak story mory & luahan perasaan yg nk cik AngguR ceritakn dlm entry kali nie.

Seminggu dua nie macam macam dugaan yg menimpa. Sejujurnya betoi betoi menguji kekentalan pikiran yg letey pabila badan trlampau letey dek brjalan jauh ditambah pulak ngan pc d opis wat pasai. Tak pasai pasai seminggu jugak la reja cik AngguR trtangguh.

By de way cik AngguR benanya nk share cerita pasai pengalaman cik AngguR d KOTA SINGA minggu lepas. Tapi d sbbkn kabel kamera tak dak lagi so cik AngguR tangguhkn dulu hasrat nk update pasai KOTA SINGA.InsyaAllah cik AngguR akn hapdate lepas cik AngguR balik dr kursus erk.

Seminggu dua nie mcm mcm masalah yg jadik kt cik AngguR. Antaranya :

1. PC d opis meragam sampai hampir separuh dokumen dokumen penting pasai ISO 17025 ilang dlm simpanan. Alkisahnya cik AngguR trpaksa mengerah sepenuh tenaga jari jemari cik AngguR yg comey lotey nie utk taip balik. Otak pn kena paksa gak utk ligat brpikir nk igt file apa yg ilang. Adesssss .....sangat kejam bila masuk opis ngan haty yg gumbira pabila pulang brcoty dr Kota Singa d hentam terok ngan kehilangan data trsayang.

2. Ikan kesayangan cik AngguR si Techik demam, si BBob lak putus ekoQ & si Byah dok sibuk pulun belajaQ tolak tolak batu dlm balang. Sedey sgt2 tengok si Techik demam. Alahai ...lagi kecian tgk ekoQ BBob koyak. Uwaaaaaaaaa. U r my baby boo :(

3. Bapa saudara cik AngguR telah d jemput mengadap Illahi pda 13 Febuari 2012 ari Isnin tepat jam 8.30 malam. Luluh rasa haty bila dapat berita tu. Moga pak long d tempatkn d kalangan org yg beriman & soleh. AL-FATIHAH. Segala kenangan indah ngan pak long tak dpt cik AngguR nk liQuid dr kotak igtan cik AngguR.

D sbbkn tekanan masalah yg menimpan cik AngguR secara brtubi tubi ibarat jatuh d timpa buah anggur yg ranum lagi manis makanya cik AngguR pon apa lagi mencari altenatif nk pujuk haty yg lara. Nak tau pa cik AngguR buat. Heheheh .... cik AngguR berusaha sedaya upaya cik AngguR mengkhatam kn novel TOMBIRUO yg berepisod2 tu. Tiga buah buku dlm masa tiga hari. Ahakz. Sangat terbaek. InsyaAllah nnty cik AngguR wat entry istimewa pasai novel tu erk.

Sedikit bingkisan akhir utk semua. Hope brguna & boleh d jadikn amalan kita bersama.


*** pppsssstttt .... Cara yang paling terbaek sekali sebenarnya dalam menghadapi musibah samada kesedihan, kemarahan, kesakitan dan sebagainya adalah dgn menyerah diri n segala urusan kepada Allah kerana hanya Dia saja yg lebey memahami n mengerti apa yg kita alamai n rasa. Dan hanya Dia sajalah yg mampu mengubati segala kesakitan yg ada dlm diri kita. Yuk .... kita zikir sama sama ~

Wednesday, February 15, 2012

Tuesday, February 14, 2012

Lelaki Yang Tak Faham ke Perempuan Yang Tak Faham?

Kenapa ek, lekaki kalau perempuan yang dia sayang tu tak nak terima dia n then dia akan buat alasan yang dia ada penyakit..dah tu tiap kali perempuan itu tolak pelawaan untuk keluar berjumpa mesti dia akan guna penyakit dia sebagai umpan...nak ke tak nak mula la perempuan nie rasa seba salah...

Nak dijadikan cerita lahkan..perempuan nie CIK ANGGUR namakan minah dan lelaki itu CIK ANGGUR namakan mamat tapi bukan nama sebenar hehehe..minah dan mamat nie kenal tak de lah lama sangat tapi mamat nie dah sayang kat minah nie sangat-sangat..minah nie jenis keras kepala,,degil,tak suka orang membebel kat dia..mamat nie plak jenis yang caring sangat dan yang paling mianah tak suka mamat nie jenis cemburu dan mengongkong..bayangkan mamat nie pernah cakap kat minah yang dia nak minah block sume nombor henpon lelaki tak kira la kawan lelaki minah ke adik angkat minah ke..yang boleh simpan hanya no adik lelaki dan abang minah ja..siap suruh minah putuskan hubungan dengan adik-adik angkat minah lagi..tak cukup dengan hanpon,facebook minah nie pun si mamat nie huru harakan...style betul dak mamat nie..hahaha


Nak dipendekkan cerita minah dan mamat nie tak de jodoh sebab minah dah ada pilihan hati yang lain,,CIK ANGGUR bagi nama mus lah..lagipun mak ayah minah pun dah berkenan..mamat nie plak jenis susah nak terima kenyataan..dalam masa yang sama mamat nie cuba lah buruk-buruk kan mus nie kat minah..cakap mus nie mat rempit lah macam-macam lagi lah..


Bila minah tak pecaya sume tue dia buat buat minah jadi simpati dan kasihan kat dia..dia cakap dia pegi hospital pastu doktor cakap dia ada penyakit..bila minah tanye dia cakap minah tak perlu tahu..minah marahlah cakap kalau betul sakit mana surat doktor tue..dan-dan lah time tue dia putar belit cakap surat doktor tue dia dah bakar pas jumpa doktor..alasan dia taknak orang lain tahu yang dia sakit..


kalau korang jadi minah ape korang nak buat???

Saturday, February 11, 2012

Khutbah Terakhir Nabi Muhammad S.A.W

ASSALAMUALAIKUM







Khutbah terakhir Rasulullah s.a.w. disampaikan pada 9hb Zulhijjah Tahun 10 Hijriyah di lembah Uranah, Gunung Arafah
tidak akan tersesat selamalamanya

WAHAI manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan.
Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini.
Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapa pun
agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. 

Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.
Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar. Maka berjaga- jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil. 

Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu.
Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.

Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan belemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke
dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersunggah- sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal soleh. Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala
apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua
perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selamalamanya.Itulah Al-Quran dan Sunnahku .Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain.

Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku.
Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hambaMu.

WabitTaufiq Walhidayah.Wassalam. 

Wallahu'Alam Bissawob.

Friday, February 10, 2012

SATU DESTINASI

Assalammualaikum

Hari nie cik anggur tak nak cerita panjang-panjang..just nak ingtkan diri cik anggur dan sahabat semua tentang kehidupan...Walaupun kita kaya dengan harta dan benda tak semestinya syurga yang dibalas pada kehidupan abadi yang bakal kita lalui nanti...Amalan dan taqwa menjadi bekalan kita untuk menentukan syurga dan neraka yang bakal kita huni kelak..

Marilah kita sama-sama melakukan amal ibadat yang mencukupi sebagai keperluan diri kita pada hari perhitungan kelak

Thursday, February 09, 2012

MARAH



Terdpat pelbagai arah kemarahan ditujukan oleh manusia yang sering dilakukan.. Marah dengan keadaan sekeliling kita, marah dengan diri kita, marah dengan mak ayah kita, marah dengan kawan-kawan kita, kadang-kadang, dengan makhluk yang tak bernyawa dan brgerak pun kita marah.. Semua benda pun, kalau ada yang tak kena sikit ke, boleh membuatkan kita, MARAH. Pernah tak kita merasa MARAH?

Perasaan marah, satu perasaan yang kita tidak dapat lari daripadanya. Marah datang tanpa diduga. Yang penting adalah bagaimana kita mengawal dan menghadapi marah. Sekiranya kita tidak tahu caranya, banyak kesan negatif yang akan berlaku.

Akibat daripada kita tidak mampu mengawalnya, mungkin orang yang tidak bersalah pula menerima kepedihan marah itu, terutamanya orang yang berada hampir dengan kita, mungkin isteri atau suami tersayang, mungkin anak tersayang, mungkin adik-beradik atau rakan-rakan.

Disini cik anggur ingin memberi serba sedikit cara untuk mengatasi sifat marah itu lebih menjadi parah...

  • Diam 
  • Istia'zah 
  • Duduk 
  • Wudhuk 
  • Minum air 
  • Meluahkan perasaan dan masalah dalam keadaan, masa dan tempat sesuai. 
  • Senyum kerana senyuman mampu meredakan tekanan.

Wednesday, February 08, 2012

SENYUM




Senyum itu sedekah, senyum itu awet muda, senyum itu kemesraan, senyum itu pengikat sahabat, senyum itu penambah kasih, senyum itu pelaris jualan, senyum itu pengiktirafan, senyum juga pemanis wajah, senyum menambahkan kecantikan dan yang pastinya senyuman itu membawa kebaikan.

Senyum juga perlu dimasukkan roh ikhlas, senyum ikhlas adalah senyum kerana Allah, senyum kerana menyahut perintah Allah dan Rasul. Orang Islam disuruh senyum dan dilarang sombong dan sombong diri.

WORDLESS WEDNESDAY

Jom makan kacang


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, February 07, 2012

MR TECHIK

ASSALAMUALAIKUM 


*** pppppsssttttt......... Ahakz nie lah MR TECHIK yg salu sangat sangat buat cik AngguR angau & rindu sesangat sangat. Alahai rasa mcm nk bawak ja si Techik nie ikut mai opis. 

Friday, February 03, 2012

AWAK SELALU DATANG MELAWAT SAYA TP NAMA AWAK SAYA TAK TAU

ASSALAMUALAIKUM 

D pagi jumaat yg indah permai mcm buah cermai nie cik AngguR nk kongsi satu info yg cik AngguR rasa kureng d titik timbang berat oleh semua org. Termasuk jugak ngan cik AngguR. Bukan apa dulu zaman skolah sklah dok belajaQ dah tp d sbbkn kita nie makin meningkat usia makin dok tengok benda yg lagha ja ari2 smpikn ilmu ygbaek baek yg kita belajaQ dulu ley trlupa. Boleh jadik jugak kdg kala kita tak tau langsung dah boktan ke tak amalkn sokmo. Tu dia ehhh rojak teruih bahasa cik Anggur guna. Apapon bahasa nya BAHASA UTAGHA TETAP D HATY.

Okeh brbalik pada info yg cik Anggur nk share tu nk la kiranya cik AngguR soal semua trmasuk diri cik AngguR. Berapa banyak nama kawan kawan, sdara mara, ank pinak, pakwe makwe yg kita igt? Haaa ...sure banyak kan. Nama mak ayah tak ley nk soal pasainya semua org da sepasang tu ja. Hahhahaha. So list nama mesti banyak melimpah ruah mcm limpahan kok d atas gndum smpi trbentuk nya koko krunch.

Kalu nama org yg dok dekat dgn kita kit aboleh igt & smpikn da yg dh lama tk jmpa pn tak igt sgt tp dok pulun2 ley igt balik agak2 la kn nama MALAIKAT kita igt tak erk? Adeh kena seketoi kt pp cik AngguR. Terasa panas membara sbbnya da yg igt da yg lupa.

Pasai pa kita tak igt nama malaikat tu sedangkn boleh d katakn dlm sehari da malaikat yg mai melawat kita 70 kali sehari. Kawan2 ada ka? Tapi kita igt kn. So utk nk memperingati semua org trmasuk diri cik Anggur yg koi lama koi meningkat ketinggian usia nya takot2 lupa makanya cik AngguR pon buat notes utk membolehkn d baca balik nnti.

Jom sharing is caring but not daring ngan cik AngguR.


NAMA-NAMA MALAIKAT 

Jibril = MENYAMPAIKAN WAHYU 
Izrail = MENCABUT NYAWA 
Mikail = MEMBERI REZEKI 
Israfil = MENUP SANGKAKALA 
Mungkar = MENYOAL DI ALAM KUBUR 
Nakir = MENYOAL DI ALAM KUBUR 
Raqib = MENULIS AMAL KEBAIKAN 
Atid = MENULIS AMAL KEJAHATAN 
Malik = MENJAGA NERAKA 
Ridhwan = MENJAGA SYURGA  




*** ppppssstttt .... Nak hafal cara mudah ikot ja budak budakyg kurang matang nyanyi lagu. lagu paling best yg cik Anggur suka smpi l anie lagu nasyid BULAN BULAN ISLAM.

LUKISAN 2 : MENINGGALKAN ZAMAN @ KETINGGALAN ZAMAN

ASSALAMUALAIKUM 

Pagi nie cik AngguR nk share satu pesanan yg pernah mama cik AngguR bgtau kat cik AngguR. Ayat pesanan tu mmg ringkas tp mempunyai maksud yg mendalam. Sampaikan cik AngguR senirik amik masa 3 4 ari nk pikir apa yg mama cik AngguR maksudkan dalam ayat dia tu.

Mama cik AngguR berpesan :-


"   BIAR KETINGGALAN ZAMAN 
JANGAN KETINGGALAN CINTA " 

Lepas berhari hari cik AngguR pikir apa maksud yg mama nk smpikan at last cik angguR dah paham. Mama cik AngguR tgh bagi nasihat & menunjukkan jalan yg mana baik & buruk utk cik AngguR pikir last sekali buat pilih serta keputusan yg terbesar dlm kehidupan cik AngguR. 
Yup mmg ramai org kalo umur baya cik AngguR nie mesti dah kawen la beranak pinak la mcm2 lah . Pastu kalo jmpa ngan kaum kaum yg berusia lebey ja mesti siap nk kenen ngan orgtu la org nie la. And ada jugak yg kutuk mcm2 konon nya zaman umur mcm nie patot nya dh kawen ada suami & anak2 bukan nya zaman dok membujang lagi. Macam tak laku ja. Hahahaha. 
Serius lah erk bgi cik AngguR zaman skrg nie bukan mcm zaman dulu kala. Umur 14 15 tahun dh kawen. Zaman skrg nie zaman org belajar and cik AngguR senirik kalo d bagi peluang nak ja sambung study. Tapi nk wat mcm mana kekangan keadaan memaksa cik AngguR tangguhkan dulu niat suci lagi murni cik AngguR nie. 
Kalau org tanya cik AngguR umur 26 tahun tk sesuai lagi ka nk kawen? Ahakz ....lawak betoi soklan tu. Jawapan nya bukan sesuai or tak sesuai. Kawen or nikah nie semua nya brgantung pada kemampuan diri bukan saja dr segi kewangan tp dr segi iman gak. cik AngguR bukan tak mau kawen tp cik AngguR rasa belum brsedia nk pikul tanggungjawab nk jaga suami & anak2. Haaa ...daripada cik AngguR dok ikut rentak cakap2 mulut org kawen cepat la beranak cepat la pastu smpi masa da ank pinak laki semua kena plak da masalah pa ckit wat bebai plak tak ka menambahkan koleksi dosa cik AngguR senirik. 
So kesimpulan drpd ayat mama cik AngguR tu ialah biarlah kita terlewat sikit drpd org lain asalkan kita buat pilihan yg terbaek dlm idop kita. 

*** ppppsstttt .... Secara tetiba cik AngguR jadi pelukis handalan hahahahha . Jangan gelak k. Oik oik ....cik AngguR dah ckp kn jangan gelak !!! Hahahaha.

Thursday, February 02, 2012

LUKISAN 1 : KEINDAHAN KEHIDUPAN

7 JENIS MUKA MAYAT D ALAM KUBUR

 ASSALAMUALAIKUM  

Sedikit informasi yg cik AngguR dapat dr petikan nota seorang sahabat. Banyak topik yg best bena nya tp topik nie yg paling menarik perhatian cik AngguR. 
Jom kita layan info nie sama.

7 JENIS MUKA MAYAT D ALAM KUBUR
1. Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat. Itulah petanda bahawa semasa hidupnya telah melakukan perkara syirik kepada Allah.

2. Mayat yang mukanya berbentuk babi. Itulah petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat lima waktu, tidak menjaga solat lima waktu. Lalai dalam solatnya. Sesungguhnya solat dapat mencegah diri dari melakukan perbuatan keji ...dan mungkar.

3. Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam. Itulah mayat yang semasa hidupnya derhaka kepada kedua ibu-bapa.

4. Mayat yang perutnya buncit dan meletup. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka makan harta yang haram.

5. Mayat yang kukunya mencengkam dan meliliti seluruh tubuhnya. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka berkelahi, mengata, menghina, mengkritik dan mengumpat orang lain!!!!!.

6. Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu baunya lebih busuk dari bangkai. Itulah mayat orang yang suka makan riba.

7. Mayat yang wajahnya tersenyum. Itulah mayat yang semasa hidupnya berilmu dan beramal soleh
.

Wordless Wednesday





KATA-KATA HIKMAH

ILUSI TAK BERTEPI - HIJAU