Showing posts with label BUKU. Show all posts
Showing posts with label BUKU. Show all posts

Monday, June 25, 2012

AZAM 4 RAMADHAN



Assalamualaikum

Sedar tak sedar sebulan lg da nk masuk bulan Ramadhan.

Mcm besa la mcm tahun tahun yg lepas salunya cik Anggur akn prepare siap siap nk wat apa nnti.

Plan tahun nie nk advance ckit la dr tahun yg lepas lepas.

Kalo dlu cik Anggur khatam Quran d bulan posa tahun nie nk khatam 2 kali dlm bulan posa.

Chaiyok lah.

Fuhh...

Satu lg tmbhan yg dlm perancangan cik Anggur tahun nie nk khatam trjemahan sekali.

Da brkali khatam tp tk pnh nk tau apa maksudnya.

Makanya bila da berusia suku abad nie cik Anggur da tanam azam nk brubah ckit ckit.

Hope apa yg d rancang menjadi la hendaknya.

Amin <3
Published with Blogger-droid v2.0.6

Saturday, May 26, 2012

BASMALAH

ASSALAMUALAIKUM

Panas betoi ari nie. Sampai brdenyut otak cik AngguR. Um...d sbbkn trlampau panas so tahap kemalasan meningkat mendadak la kn hahaha. Nak keluar pn malas.

Malam td cik AngguR da selamat khatam novel SUNAN MUSAFIR. Mmg best ya amat tp rasa mcm trgantung plak ending dia. Ada lg kot smbungan pasai ank Sunan tu. Adeh mencik toi kena tgu2 nie.

By de way cik AnggurR dok stdy majalah bru. Tajuknya al-Ustaz. Best gk. Byk bnda yg cik AngguR blajr. So da satu tajuk yg agk menarik aty cik AngguR nk share ngan smua org.

Jum layan!

KELEBIHAN BASMALAH

* Bacaan pembuka pada tiap amalan yg baek.

Maksudnya kalo kita nk wat satu bnda kalo xd mulakn ngan basmalah jd mcm xlengkap la apa yg kita buat tu.

* Pendinding keselamatan rumah & barang-barang dr kebakaran,kerosakan n kehilangan.

* PelinduNg drpd syaitan menyelinap masuk dlm rumah.

* Pendinding bg suami isteri agr anak-anak tk d ganggu syaitan brmula waktu brsama smpilah d lahirkan.

*** ppssstttt... Jum azam ramai2 pas nie nk watpa pn mulakn ngan basmalah <3

Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, May 24, 2012

AL USTAZ


Assalamualaikum

Da lama betoi cik AngguR tak beli majalah. Td masa nk p ayaq ais blend singgah kdai runcit. Niat d haty nk beli majalah RASA ja pasai cntik trtarik kau mmg de bomb page dgn majalah tu. Sekali time nk byr trtoleh lak tgk majalah bru nie.

Belek pnya belek rasa brkonan plak. Makanya haty da jatuh chenta plak. Tetambah bila tgk muka ustat Don yg smart. Haha...

Jom pakat beli ramai ramai!!! 

Serius tak rugi labur RM9 utk dpt ilmu d dunia sbgai bekalan akhirat.

Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, February 15, 2012

Sunday, January 29, 2012

PENYAKIT GILA MAI BALIK

ASSALAMUALAIKUM 

Fuhhh .... penat betoi merenovate blog cik AngguR yg tak bropa nk comey nie menjadik lebey tak comey. Hahaha serius lebey teruja nk ngadap blog ngan ada nya wallpaper blue rose bunga kesukaan cik AngguR.

By de way malam nie cik AngguR tak mau story pasai blue rose tu tp nk ckp pasai penyakit gila cik AngguR yg ilang 4 tahun sudah mai balik plak dah. Mula-mula tu dia mai takat ckit ckit ja. Tapi koi lama koi terok, koi lama koi dok membiak plak. Sampaikn tak berenti berenti dia punya kadar graf kalo d plot perghhhhh makin lama makin untung la kalo masuk bursa saham. Hehehhe.

Mula-mula melabuQ sikit ja. Daripada satu jadik tiga pastu jadik tujuh. Haaa ...la nie dalam kiraan dok ada dua puluh dah bermula sejak awal tahun aritu. Erk? Nak tau ka penyakit apa yg cik AngguR dok alami la nie?

Penyakit yg agak berat seberat beratnya. Jeng jeng jeng. Penyakit tu d namakn PENYAKIT GILA BACA NOVEL. Hahahahha ......sorry la nah saja dok wat suspender sikit malam-malam buta nie. Berat kn penyakit nie. Berat poket yg mengeluarkn kepingan kertas yg brwarna warni. Boleh d katakn sekarang nie tiap tiap mggu paling lekeh mesti cik AngguR akn beli 3 buah novel. Semua tu akn abes dlm masa 2 hari coty d hujung minggu.

And utk sekali nie cik AngguR dok gila beli novel RAMLEE AWANG MURSHID. Dalam simpanan cik AngguR dah ada beberapa novel yg mmg tik tok la utk d baca. Serius besttahap cipanzi !!!

So cik AngguR dok pasang nawaitu saumaghodin utk beli semua koleksi novel RAM nie.

Dengan kerajinan tahap melampaunya cik AngguR pon wat reseach ckit novel apa yg RAm dh tulis.  Jom layan novel RAm ngan cik AngguR.

KOLEKSI NOVEL RAMLEE AWANG MURSHID

  1. Fiksyen 302 
  2. Rayyan Fantasi  
  3. 9 Nyawa 
  4. Mikhail 
  5. Ungu Karmila 
  6. Hatiku Di Harajuku  
  7. Adam 
  8. Mandatori  
  9. Satu Janji 
  10. Rahsia Perindu  
  11. Ranggau  
  12. Personal Justice 
  13. Tombiruo
  14. Semangat Hutan  
  15. Tombiruo Terakhir 
  16. Bagaikan Puteri 
  17. Cinta Sang Ratu  
  18. Hijab Sang Pencinta 
  19. Cinta Sufi 
  20. Sutera Bidadari  

Setakat ari nie cik AngguR baru beli 6 buah buku dr 20 yg trsenarai. Ada lagi 14 buah yg kena beli. Hehehe sabaQ sabaQ. Tu pon beli hasil drpd kupon buku yg cik AngguR bodek drpd tuan si Junuih Jonggang. Haa kalau nk tau sapa tu Junuih Jonggang tunggu entry yg akan datang okey !! Serius Junuih Jonggang sangat smart, kacak. macho & romantik la walaupon muka dia ganaz. 

*** ppppsssstttt .... Sayu rasa haty bila mengenangkan Junuih Jonggan tercekik anai-anai ... Kawan-kawan tolong doakn Junuih Jonggang supaya tabah erk...  buat Junuih Jonggang cik AngguR lap u so much so much !!!! 






Thursday, November 24, 2011

TUAN RUMAH PEMBANTU RUMAH by ORKID EDYLIYNE

 ASSALAMUALAIKUM  
Novel pilihan cik AngguR kali nie bertajuk TUAN RUMAH PEMBANTU RUMAH.  
Jom layan sikit sinopsis pasai novel nie ............
 
 SINOPSIS NOVEL TUAN RUMAH PEMBANTU RUMAH BY ORKID EDYLIYNE
"Saya tak ada alasan. Saya tak boleh nak elak. Dah saya rasa macam tu, nak buat macam mana. Awak ingat, hati manusia ni boleh dikawal ke? Ada remote control untuk on, off... Hmm?”

Kata orang, jangan terlampau membenci, nanti akhirnya cinta yang akan diperolehi. Jangan terlampau percaya, nanti merana jiwa.
...
Sungguh Emir Jihan tidak mengerti, mengapa daripada usikan boleh lahirnya satu rasa yang cukup pelik dalam hatinya. Kenapa sebelum itu, dia tidak pernah rasakan perasaan yang sehebat itu menampar dadanya? Dia jadi bertambah haru jika sehari tidak melihat wajah itu menjadi merah menyala.

Intan Asha Areen, entah dari mana datangnya. Identiti gadis itu langsung tidak diketahui. Hanya yang pasti, dia maid baru dalam vila keluarga Emir Jihan. Dia membawa gayanya tersendiri, mampu menarik hati semua penghuni vila.

Ada rasa yang berbeza timbul dalam diri Emir Jihan dan Intan Asha Areen. Tapi, apa? Adakah rasa itu boleh dipanggil cinta? Kedua-duanya bingung untuk merungkaikannya. Apa yang pasti, kedua-duanya dalam usaha untuk mengerti. Namun, mampukan ia dimengertikan dengan munculnya Taufeeq Badree dan Hanni? Juga krisis identiti Indrian Dani yang mencurigakan.

Akan bersatukah rasa yang bermain di hati Emir Jihan dan Intan Asha Areen? Akan mengertikah mereka berdua dengan perasaan masing-masing? Siapa pula Taufeeq Badri dan Hanni? Krisis identiti Indrian Dani akan dirungkaikah? Adakah tuan rumah dan pembantu rumah bisa mengangkat bendera putih dan mengumumkan kedamaian serta menrungkai semua yang terjadi?

Judul : Tuan Rumah Pembantu Rumah
Penulis : Orkid Edyliyne
Penerbit : Fajar Pakeer
Sem. Malaysia RM21.00
Sabah/Sarawak RM24.00

Friday, November 18, 2011

CINTA KONTRAK bY NURUL AIN SYUHADA

ASSALAMUALAIKUM

YEAH....Setelah tiga tahun brpencen drpd gian membaca novel akhirnya hobi cik AngguR kembali menyerang. Puncanya???Kakak cik AngguR lah sbb dia tu boleh d kategorikan hantu novel sebut ja novel apa semua dia beli & simpan. Serius mmg dia dh ley bukak satu galeri besaQ ngan himpunan novel novel dia.

D sebabkn dh gian balik so cik Anggur pon mula la merajinkan diri utk merabakkan poket yg tak berapa nk basah nie utk beli novel baru. Novel pilihan cik AngguR kali mmg super best !!! Tabik spring pd penulis dia. Muda lagi bru ja 19 tahun tp hasil nukilan dia mg terbaek. Usaha lagi erk dik....hope berjaya hendaknya t akak beli lagik novel adik hahaha.

Okey novel pilihan cik AngguR kali nie ialah : -

 
sedekit sedutan drpd novel CINTA KONTRAK bY NURUL AIN SYUHADA
Ibu! Rasa macam nak terjun laut! Terseksa la kalau macam ni. dengan kontrak tak matured tu lagi! Hampeh punya engineer! Pergi blaja tinggi-tinggi sebab nak create kontrak bebudak camtu ke? Kalau aku jadik pengarah univers...iti cicak kobeng tu, ku tendang jauh masuk gol mamat ni!

Nur Alia Airysha, seorang gadis yang datang dari kampung ke Kuala Lumpur dengan niat untuk mengumpul duit demi keluarga dan membiayai kos pembelajarannya. Dengan bantuan sahabat Alongnya, Kak Yati, Airysha bekerja di sebuah butik terkemuka yang dimiliki oleh Datin Aleeya.

Muhammad Danial Franz, seorang pemuda kacukan Perancis yang berkelulusan dari luar negara kembali ke Malaysia dan bekerja di bawah daddynya, Dato’ Eddy disebuah syarikat besar.

Takdir menemukan Airysha yang brutal dengan Danial yang ego di butik mommy Danial, Datin Aleeya! Danial cuba mendapatkan Airysha tanpa merendahkan egonya. Danial membawa Airysha untuk bertemu orang tuanya untuk dikahwinkan. Tetapi perkahwinan ini bersyarat! Kontrak yang direka Danial dipandang remeh oleh Airysha.

Disaat akad nikah hampir tiba, Airysha menyusun strategi untuk lari!, Airysha mengambil keputusan untuk membatalkan kontrak tersebut. Lantas sekeping kertas yang tertera kontraknya, dibuang. Apa yang bakal terjadi seterusnya? Adakah perkahwinan masih diteruskan? Bagaimana kehidupan Airysha selepas ini? Adakah masih terkurung disangkar yang disaluti emas? Bahagiakah dia? Bagaimana pula penerimaan Danial terhadap perangai brutal Airysha? Bila senduk bertemu kuali, bila api bertemu sumbu bom, apa yang akan terjadi?

"Kontrak! Kontrak! Kontrak! Tu je yang kau tau nak sebut? Yela! Yela! Aku yang buang. Aku tak puas hati dengan syarat-syarat dia. Ada ke aku sebagai seorang perempuan, kena tido atas sofa? Kau ni manusia takde hati, takde perut!" selorohku. Dalam masa yang sama, aku cuba melepaskan diri daripada rangkulannya. Danial mendengus perlahan.

------------------------------ -----

"Weh! kau giler hape? Nak bunuh aku ke?" Danial cuak .

"You decide. Nak hidup ke, nak mati?" Aku menghadiahkannya segaris senyuman.

"Malam ni, malam kau. Jangan harap lepas ni kau boleh langgar kontrak aku!" ujar danial kasar. Terpaksa dia mengalah. Takut jugak kalau minah ni tembap seterika kat muka aku, dah tak hensem la aku! Muka macho macam ni, mana nak dapat? Syarat kedua berjaya aku langgar. Caiyok Airysha!

Segera aku melompat ke atas katil apabila Danial sudahpun turun daripada katil indah miliknya. Malam ni, kau milik aku, wahai katilku sayang!

------------------------------ -----------

Judul : Cinta Kontrak
Penulis: Nurul Ain Syuhada
Penerbit : Karyaseni
Semenanjung : RM 20
Sabah / Sarawak : RM23 
 
*** ppppssstttt...jangan tak beli erk buku nie :P cik Anggur suka sangat sangat watak dalam buku nie terkebetulan watak tu sama perangai ngan dengan seseorang yang sangat cik Anggur sayang... love u so much ~ 

Wednesday, November 09, 2011

AKU MAHU SAIZ XL



Aku Mahu Saiz XL? Biar betul? Selalu semua impikan saiz S! Mahu pinggang kerengga tanpa memakai korset. Mengidam badan setaraf model. Namun berbeza buat lima orang remaja. Mereka mahu saiz XL, satu kemahuan di luar jangkaan!

Liyana Jasmot, Umie Aidah & Nurismimi – Obses menjaga badan, kini terikat menjalani Program Skim Paksaan Makan. Digoda dengan hidangan buffet lima bintang. Mungkinkah mereka menahan nafsu makan? Ataupun akhirnya akur saiz hanyalah persepsi masyarakat?

Aaron Hamirun – Diejek papan plywood bergerak. Tubuhnya sekeping tiada otot berombak. Lalu jamu ditelan dan suplemen protein disumbat. Dia perlu besarkan badan bagi mendapat gelaran Abang Ketul berotot hebat. Mampukah impiannya tercapai?

Syazel Zulkarnain – Depresi kerana pemergian Mimi Monira. Kini coklat dan aiskrim jadi teman setia. Tanpa sedar, badannya melebar! Mencapai saiz XXL yang merbahaya. Hingga membawa insiden jatuh meja! Syazel bergelut mengurangkan berat badan. Dia mahu turun saiz XL, itu matlamat utama!

Mampukah segala kemahuan dicapai? Ketahui kisah Aku Mahu Saiz XL, novel berinformasi buat semua!

Harga: RM 16.00 / RM 18.00
ISBN-13: 978-967-10404-4-7
Tarikh Terbit: 19 Sep 2011
Jumlah Muka Surat : 240
Kategori:
Penerbit: Blink Book Sdn Bhd

USAI AKU TERIMA NIKAHNYA

ASSALAMUALAIKUM 

Mood pagi nie nk share pasai novel yg sempat cik AngguR baca time cuty raya aji lepas. Serius setelh agak lama tak baca novel bila baca balik mmg pulun tahap cipanzi la sbb cik AngguR kalo dah mula baca payah nk stop.

Nak tau novel apa yg cik AngguR baca? Meh layan sinopsis novel ngan cik AngguR erk ....

TAJUK : USAI AKU TERIMA NIKAHNYA ....

SINOPSIS NOVEL : -
Puteri Nur Aina, tidak pernah mengharapkan kehidupan indah di atas pernikahan terpaksanya dengan Iskandar hafiz. Baginya perkahwinan ini adalah penyelamat kepada dirinya yang derita dan dikongkong oleh keluarga angkatnya. Takdir telah menentukan mereka suami isteri telah jatuh cinta dan melalui fasa bahagia alam rumah tangga.

Namun, episo...d gembira cinta mereka tidak disenangi oleh beberapa pihak yang menyebabkan Iskandar Hafiz amat tertekan. Lalu keputusan yang diambilnya secara tidak sengaja telah menyebabkan Puteri Nur Aina sedih lagi terluka.

Dalam masa yang sama muncul sahabat baik Iskandar Hafiz, Megat Khalif yang telah jatuh cinta pada Puteri Nur Aina pada pandangan pertama lagi, dan sanggup berkorban apa sahaja demi melihat 'puterinya' tersenyum bahagia semula.

Dia tidak berputus asa menunggu sehingga Puteri Nur Aina dapat melupakan Iskandar Hafiz dan menerimanya dengan sepenuh hati. Malangnya, apabila Puteri Nur Aina mula menerimanya, Iskandar Hafiz kembali menagih kasih....

Puteri :"Hadirmu bagaikan seorang wira, menyelamatkan aku dari lembah sengsara, yang mengajar apa itu rasa cinta dan erti perasaan. Namun, yang seorang lagi cukup sempurna, setia mengubati lukaku, sentiasa ada saat aku memerlukan. Tanpamu aku lelah..."

Abang Is : "Kau bukannya yang pertama di hati, namun kaulah perempuan pertama aku nikahi, sehingga lidahku menjadi kelu untuk menyebut nama yang lain, menjadikan hanya dirimu perempuan terakhirku..."

Khalif; " Rasa cinta padamu tidak pernah pudar, walaupun nyawa bercerai dengan badan. Apa yang kuinginkan, hanyalah kebahagiaan dirimu, Puteriku...."

Apakah kesudahan kemelut kisah cinta mereka? Temui jawapan akhirnya dalam Usai.... Aku Terima Nikahnya

Judul : Usai aku terima nikahnya
Penulis : Umie Nadzimah
Penerbit : KaryaSeni
Semenanjung : RM19
Sabah / Sarawak : RM22

Saturday, July 09, 2011

AKU TERIMA NIKAHNYA

ASSALAMUALAIKUM  

fuhhhhhhhhhhhh....berabuk dh la blog cik AngguR nie dh lama tak hapdate kesian blog hehehe.....sorry erk cayunk...bukan sengaja tp cik AngguR bz sangat2 lorghhh ngan nak setel hal seminar mggu depan...aduh serabut pala aihhhh..... 

okeh !!!d balik kesumpitan waktu yg ada cik AngguR sempat jugak la menjenguk kedai buku..besa la cik AngguR kalo ari jumaat ja time rehat sure2 p kedai buku tak penah nya tak p la....hehe sian lak kwn cik AngguR cik Abu Kami yg salu sgt2 kena dok teman cik AngguR p kedai buku....sorry nahhh kalo jemu gtau awai :P  

sedaQ tak sedaQ bulan nie cik AngguR dh beli 4 buah buku....kali nie tema nya agk berlainan ckit dr kebiasaan..salu nya dok beli buku2 yg direct pasai persoalan agama tp kali nie buku yg cik AngguR pilih brdasarkan cerita kehidupan seseorg sepanjang perjalanan menjadi insan yg berguna & berjaya insyaALLAh ~ 

so buku pilihan yg cik AngguR nk share kali nie pasai kisah seorg ustaz....meh kita sharing is caring but not daring ngan cik AngguR okey !!!



AKU TERIMA NIKAHNYA by USTAZ HASRIZAL ABDUL JAMIL

Buku ini adalah himpunan buku bestseller trilogi "Aku Terima Nikahnya", "Bercinta Sampai Ke Syurga" dan "Murabbi Cinta" yang telah dikumpulkan menjadi satu buku istimewa berkulit keras & lebih murah. Ia merupakan terjemahan jalur pengalaman penulis dari sebelum berkahwin, kemudian mendirikan rumah tangga, seterusnya mempunyai anak. Amat sesuai dijadikan rujukan bagi pasangan yang belum, sedang dan telah berumah tangga. 

HARGA : RM 55.OO 
PENERBIT : GALERI ILMU 
PENGARANG: USTAZ HASRIZAL ABDUL JAMIL 
TEBAL : 586 MUKA SURAT 

"Jangan pandang isteri dengan pandangan mata yang kering atau pandangan akal yang gersang. Jauh sekali pandangan nafsu yang melulu. Pandanglah isteri dengan pandangan hati kerana hati itulah yang memberi makna kepada pasangan hidup kita !! 

"Jika mahu bercinta, jangan hanya merancang hingga ke pelamin. Masukkan sekali urusan lampin. Kerana rumahtangga bukan Utopia cloud nine. Ia adalah kombonasi suka dan duka. Namun dalam duka tetap ada bahagia. Itulah nikmat hidup berumahtangga. Medan memberi yang paling mulia  ." 

Dua petikan daripada Edisi Istimewa Aku Terima Nikahnya ini mampu membuka mata bagi pasangan yang mahu mencari bahagia dan Bercinta Sampai Ke Syurga kerana segalanya berlandaskan cinta yang diteladani daripada junjungan mulia SAW, seorang Murabbi Cinta yang hakiki. 


*** ppppssstttt...mula mula tgk buku nie ingat kn isi kandungan dia penuh nya cerita pasai alam perkahwinan ja...rupanya bila dh separuh hari mengabeskn masa dok menelaah buku nie...banyak pengajaran yg d smpi oleh ustaz....antara nya hubungan kita dgn ALLAH, ngan ibu bapa,ngan bakal isteri/suami, ngan isteri/suami, zuriat....hubungan ngan sahabat org sekeliling kita...ngan alam...banyak lagi lah..bg cik Anggur buku nie sangat2 lengkap utk d miliki oleh semua insan sebagai salah satu sumber rujukan & d jadik kan bahan bacaan...d mana kitaley guna cara yg d gunakan oleh ustaz dlm kehiduan seharian kita....semoga cik AngguR mampu meneladani ustaz dlm melayari kehidupan nie insyaALLAh ~.....  
beli tau jangan tak beli rugi wooo kalo tak beli buku  ney !!! 


SELAMAT MEMBACA !!!!

Friday, May 20, 2011

DAJJAL `SUDAH` MUNCUL DARIKHURASAN

 ASSALAMUALAIKUM 

Salam Jumaat utk semua....ari nie cik Anggur nk share satu buku yg bg cik AngguR sgt2 menarik & patot d miliki oleh semua

TAJUK BUKU : DAJJAL `SUDAH` MUNCUL DARI KHURASAN 


mesti semua penah baca kisah Sai Baba yg ada mcm2 kebolehan dlm facebook sebelum nie kan..so kali nie cik AngguR just nk kupas ckit la isu yg ada dlm buku nie 

Antara bab yg d bincangkan dlm buku nie ialah : 

BAB 1 : BAGAIMANA BERSIKAP YG BENAR TRHADAP FENOMENA AKHIR ZAMAN 

BABA 2 : PERINGATAN RASULULLAH TRHADAP FITNAH AKHIR ZAMAN 

BAB 3 : MENGAPA FITNAH DAJJAL HARUS MENDAPAT PERLAKUAN ISTIMEWA 

BAB 4 : DAJJAL SEBAGAIMANA YG D SEBUT DLM QURAN & HADIS NABI 

BAB 5 : BENARKAH ABAD 21 MERUPAKAN ZAMAN KEMUNCULAN DAJJAL
( MENYINGKAP MISTERI HADIS FITNAH DUHAIMA` ) 

BAB 6 : MENYINGKAP SYUBHAT & FITNAH SAI BABA SANG AVATAR, DIAKAH DAJJAL AKHIR ZAMAN? 

BAB 7 : SYUBHAT-SYUBHAT DLM PENGKOLERASIAN ANTARA DAJJAL AKHIR ZAMAN YG D JANJIKAN RASULULLAH SAW DGN SATYA SAI BABA SANG AVATAR 

BAB 8 : BAGAIMANA & BILA KITA DAPAT MEMASTIKAN BAHAWA SAI BABA ADALAH DAJJAL YG AKN MUNCUL D AKHIR ZAMAN 

BAB 9 : APA YG HARUS KITA LAKUKAN JIKA BRJUMPA DGN DAJJAL

okey...selepas beberapa lama baca buku nie..walaupon belom habes sepenuhnya...kesimpulan yg cik AnggUr dpt ialah tanda2 kemunculan DAJJAL nie dh lama brlaku dh pon cuma kita kurang peka ngan hal2 yg mcm nie...contohnya peperangan yg brlaku....fitnah sana sini...byk kepalsuan drpd yg benar d muka bumi nie... 
d bawah nie cik AngguR nk share info ckit la pasai persamaan yg yg ada pd DAJJAL dgn SAI BABA yg  d sebut2 sebagai sang avatar selama nie..jom kita baca.... 






DAJJAL : seorg lelaki yg brpostur pendek, gempal, berambut kribo, brkaki bengkok 
SAI BABA : seorg lelaki brpostur pendek & brkaki bengkok 

DAJJAL : memiliki mata buta 
SAI BABA : penah alami kebutaan d zamn remaja & sembuh kembali 

DAJJAL : dtg & brsama gunung roti ( tepung ) & sungai air 
SAI BABA : memiliki kemampuan mengeluarkn vibhuti ( tepung suci ) dari udara melalui tangan nya 

DAJJAL : memiliki kemampuan brpindah dr satu tempat ke tempat yg laindgn cepat ( kecepatannya seperti hujan badai @ awan yg d tiup angin yg kencang ) 
SAI BABA :  memiliki kemampuan brjalan menjelajah bumi dlm hitungan kejapan mata 

DAJJAL : memiliki pengikut yg sgt byk bahkan akhir zaman nnt manusia berangan2 utk brjumpa dgn dajjal 
SAI BABA : memilikipuluhan juta pengikut

DAJJAL : akn muncul & mengaku sebagai org baik smpi org trtarik utk mengikutnya 
SAI BABA :  mengaku sbg org yg bijak yg bawa misi kebajian utk masyarakat sejagat.

DAJJAL : akn muncul & mengaku sbg nabi. 
SAI BABA : sebahagian pengkut sai baba menganggap nya sbg nabi.

DAJJAL : akn menggunakan nama Al Masih 
SAI BABA :  mengaku akn menjelma sebagai Al Masih Isa pd tahun 2020

DAJJAL : akn mengaku sbg tuhan 
SAI BABA : mengaku diri nya sbg tuahn semesta alam.

DAJJAL : akn mendakwahkan agama Allah 
SAI BABA : banyak membicarakan tentang islam, Quran & keharusan utk memahamainya.

DAJJAL : mampu menghidupkn org yg mati & sembuhkn org yg sakit 
SAI BABA : ada kemampuan utk hidupkn org yg mati & ada penyakit cancer. 

DAJJAL : boleh menurunkan hujan. 
SAI BABA : memiliki kemampuan menurunkan hujan & mendtgkan air utk penduduk Prasanthi Nilayam 

DAJJAL : boley mengeluarkan brg perhiasan & harta dr bangunan yg roboh lalu mengikutnya seperti lebah 
SAI BABA : mampu mencipta patung emas, kalung emas, injil mini & pelbagai bentuk ukiran yg ada lafaz Allah dlm masa sekejap. 

DAJJAL : akn membunuh seseorg & menghidupkn kembali
SAI BABA : mampu mengeluarkn Linggam dr mulutnya dlm setiap ulang tahunnya. 

DAJJAL : boleh brpindah raga & tempat dr satu bentuk ke bentuk yg lainnya.
SAI BABA :  boleh brpindah dr satu jasad ke jasad yg lain.

DAJJAL : boleh membesarkn tubuhnya
SAI BABA : memiliki kemampuan utk brjalan d ats udara & baut mukjizat pd sebuah kapal pesawat rebang

DAJJAL: boleh keluar masuk pasar & makan makanan dr nya.
SAI BABA : seperti manusia lain yg boleh makan & minum

DAJJAL: akn mucul dgn d dampingi oleh kedua malaikat d kanan & kiri nya
SAI BABA : dtg membawa misi perdamaian, cinta kasih, menghapuskan persengketaan & penyatuan agama.

DAJJAL: boleh memerintah bumi supaya mengeluarkan tumbuh- tumbuhan
SAI BABA : boleh mengeluarkn air dgn hentakan kakinya

DAJJAL: muncul d zaman prtikaian
SAI BABA : memeberitahu bahawa dia dtg ketika byk prtikaian & persengketaan & kedtgnagannya utk menegakkn kebenaran & binasakn kejahatan.

DAJJAL: tidak memiliki anak
SAI BABA : mandul, tidak beranak & tidak mempunyai keluarga

DAJJAL: pimpinan org yahudi
SAI BABA : memiliki misi menyebarkn Teologi Zionis 


Hadis riwayat Anas bin Malik ra., ia berkata:
Rasulullah saw. bersabda: "Tidak ada satu negeri yang tidak dimasuki Dajjal, kecuali Mekah dan Madinah, dan tidak ada satu jalan di Madinah, kecuali terdapat malaikat yang berbaris menjaganya. Maka Dajjal singgah di daerah rawa, kemudian Madinah bergoncang tiga kali goncangan, sehingga seluruh orang kafir dan munafik keluar dari sana menuju ke tempat Dajjal."

Rasulullah SAW bersabda : “Bukankah sesungguhnya ia itu bermata sebelah, dan tertulis di antara kedua mata dajjal itu kata kafir, yang dapat dibaca oleh setiap Mukmin.” (Muttafaqun ‘alaih) Dan dalam riwayat yang lain dinyatakan: “Tertulis diantara dua matanya huruf kaf, fa’, dan ra’.”(HR. At-Tirmidzi)

Hadist riwayat Muslim, dari Nawwas bi Sam’an: Rasullulah SAW mengatakan, "Dajjal adalah seorang pemuda berambut keriting, matanya sebelah kanan celek, aku menyerupakannya dengan Abdul Uzza bin Qathan (lelaki Quraisy yang hidup di zaman Jahiliyah). Maka barang siapa yang menemuinya bacalah surat Al-Kahfi. Ia keluar dari sebuah jalan antara Syam dan Iraq, lalu ia berbuat binasa kesana kemari ”


doa mengelakkan kita trkena fitnah DAJJAL  

"ALLAHUMMA INNI 'AUDZU BIKA MIN ADZABIN JAHANNAM, WA MIN ADZABIN QABRI, WA MIN FITNATIN MAHYA WA MAMAAT, WA MIN SYAHRII FITNATIN MAHSYIHIL DAJJAL"

“Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari azab neraka Jahannam, aku berlindung kepadaMu dari azab kubur, kuberlindung kepadaMu dari fitnah kehidupan dunia dan kematian serta kuberlindung kepadaMu dari kejahatan dan fitnah Al-Masih Dajjal”

*** ppppsttttt pastikan semua beli bukuni & baca serta pahami okey...sangat2 brguna bukan sekadar d jadikn peringatan saja utk kita tp boley jadik pedoman idup utk kita meningkaykn amalan kita sementara masih ada waktu ... ~



Saturday, May 07, 2011

INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT





ASSALAMUALAIKUM 

d tgh hari yg panaih nie cik AngguR nk brkongsi satu buku kegemaran cik AngguR....buku nie best sgt2 bg cik AngguR sbb d dlm buku nie banyak terangkn semua asas2 kita sebagai org Islam...

nak tau lebey detail lagi erk?okey jom cik AngguR story  


TAJUK BUKU  
INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT 

PENULIS          
DATO` ISMAIL KAMUS & MOHD AZRUL AZLEN AB. HAMID 

HARGA             
RM 55.00 ( semenanjung Malaysia )  
RM 57.00 ( Sabah & Sarawak )

MUKA SURAT  
308  

Penerangan Ringkas :

Buku nie ada 7 bab  yg d kupas secara detail.antara bab2 yg trsebut ialah :

 
Bab 1 - Syariat Kelahiran
Bab 2- Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Bab 3- Syariat Berkaitan Remaja
Bab 4 - Fardhu Ain Asas
Bab 5- Munakahat
Bab 6- Syariat Dalam Bermasyarakat
Bab 7- Syariah Sunnah Sepanjang Masa

contoh nota yg d smpikn secara brgambaQ

pembahagian nota mengikut tajuk2 & bab2

##  trdapat jugak satu bahagian BONUS d mana trdapat doa2 ringkas yg boley d baca & d hafal semua peringkat umur malahan semua nota2 dlm buku nie d smpi kn secara brgambaQ bg memudahkn penyampaian & pemahaman pembaca 

*** pppsssttt...buat semua sahabat2 cik AngguR jgn lupa beli buku ie okey tak rugi serius !!!!untung lagik da la..banyak ilmu yg kita tak tau selama nie kita ley dapata dlm buku...mmg kdg2 cover tu org nmpk cm tak bropa nk best pasai nya da org kata takot tgk ustat pakai kopiah2 nie mcm islamic gila2 tapi caya la jgn dok nilai buku brdasarkn kulit nya..org brkopiah tu tak semestinya bila d smpikn ilmu menghentam org brtubi2....beli & baca dulu then bru nilai okey...
SELAMAT MEMBACA ~

Wednesday, April 13, 2011

ZIKIR PAGI PETANG & SELEPAS SOLAT



ari nie cik AngguR nk kongsi salah satu buku yg jadik kegemaran cik AngguR utk d gunakn ari2....haa....tgk comey dak buku nie?saiz nya kechek jak....saiz poket huhu boley d bawak ke sana & ke mari..comey sgt2.... meh cik AngguR terang serba sikit  

TAJUK  
ZIKIR PAGI PETANG & SELEPAS SOLAT 

HARGA 
RM 4.00 SAHAJA 

PENULIS 
DR ABDUL BASIT HJ ABDUL RAHMAN  

ISI KANDUNGAN 
TERBAHAGAI KPD 3 BAHAGIAN  
  • ZIKIR DRPD QURAN 
  • ZIKIR SUNNAH RASULULLAH 
  • ZIKIR SELEPAS SOLAT 

MASA YG D PERLUKN UTK BACA 
15 - 20 MINIT SAHAJA 


*** pppsttttt...kalo kita ada banyak mas autk men game..brgayut tepon...msg kwn2 awek2 pakwe2 yg keluaaq belanja beringgit2 tanpa kita sedaQ pa salah kalo kita laboQ kn duit kita tu sikit beli buku nie...menabung utk kesenangan akhirat insyaAllah moga2 semua org dapat berkat hendak nya aminn.... ( kdg2 malas jugak nk baca tp malas nie kalo d ikut2 kn sgt sok jadik baloQ teruih so permulaan mmg kena paksa...t bila dh lama2 kalo tak baca jd cm rindu pulok pasai nya tak baca lagik ) .....

KATA-KATA HIKMAH

SELAMAT KEMBALI

Assalamualaikum  tepuk bahu utk diri sendiri.  last masuk jenguk sini 2018 skrg dah 2024.  aduhhh....dah hampir 6 tahun.  Subhanallah//moga ...