Lelaki Yang Tak Faham ke Perempuan Yang Tak Faham?

Kenapa ek, lekaki kalau perempuan yang dia sayang tu tak nak terima dia n then dia akan buat alasan yang dia ada penyakit..dah tu tiap kali perempuan itu tolak pelawaan untuk keluar berjumpa mesti dia akan guna penyakit dia sebagai umpan...nak ke tak nak mula la perempuan nie rasa seba salah...

Nak dijadikan cerita lahkan..perempuan nie CIK ANGGUR namakan minah dan lelaki itu CIK ANGGUR namakan mamat tapi bukan nama sebenar hehehe..minah dan mamat nie kenal tak de lah lama sangat tapi mamat nie dah sayang kat minah nie sangat-sangat..minah nie jenis keras kepala,,degil,tak suka orang membebel kat dia..mamat nie plak jenis yang caring sangat dan yang paling mianah tak suka mamat nie jenis cemburu dan mengongkong..bayangkan mamat nie pernah cakap kat minah yang dia nak minah block sume nombor henpon lelaki tak kira la kawan lelaki minah ke adik angkat minah ke..yang boleh simpan hanya no adik lelaki dan abang minah ja..siap suruh minah putuskan hubungan dengan adik-adik angkat minah lagi..tak cukup dengan hanpon,facebook minah nie pun si mamat nie huru harakan...style betul dak mamat nie..hahaha


Nak dipendekkan cerita minah dan mamat nie tak de jodoh sebab minah dah ada pilihan hati yang lain,,CIK ANGGUR bagi nama mus lah..lagipun mak ayah minah pun dah berkenan..mamat nie plak jenis susah nak terima kenyataan..dalam masa yang sama mamat nie cuba lah buruk-buruk kan mus nie kat minah..cakap mus nie mat rempit lah macam-macam lagi lah..


Bila minah tak pecaya sume tue dia buat buat minah jadi simpati dan kasihan kat dia..dia cakap dia pegi hospital pastu doktor cakap dia ada penyakit..bila minah tanye dia cakap minah tak perlu tahu..minah marahlah cakap kalau betul sakit mana surat doktor tue..dan-dan lah time tue dia putar belit cakap surat doktor tue dia dah bakar pas jumpa doktor..alasan dia taknak orang lain tahu yang dia sakit..


kalau korang jadi minah ape korang nak buat???

Comments

Popular Posts