Thursday, February 09, 2012

MARAH



Terdpat pelbagai arah kemarahan ditujukan oleh manusia yang sering dilakukan.. Marah dengan keadaan sekeliling kita, marah dengan diri kita, marah dengan mak ayah kita, marah dengan kawan-kawan kita, kadang-kadang, dengan makhluk yang tak bernyawa dan brgerak pun kita marah.. Semua benda pun, kalau ada yang tak kena sikit ke, boleh membuatkan kita, MARAH. Pernah tak kita merasa MARAH?

Perasaan marah, satu perasaan yang kita tidak dapat lari daripadanya. Marah datang tanpa diduga. Yang penting adalah bagaimana kita mengawal dan menghadapi marah. Sekiranya kita tidak tahu caranya, banyak kesan negatif yang akan berlaku.

Akibat daripada kita tidak mampu mengawalnya, mungkin orang yang tidak bersalah pula menerima kepedihan marah itu, terutamanya orang yang berada hampir dengan kita, mungkin isteri atau suami tersayang, mungkin anak tersayang, mungkin adik-beradik atau rakan-rakan.

Disini cik anggur ingin memberi serba sedikit cara untuk mengatasi sifat marah itu lebih menjadi parah...

  • Diam 
  • Istia'zah 
  • Duduk 
  • Wudhuk 
  • Minum air 
  • Meluahkan perasaan dan masalah dalam keadaan, masa dan tempat sesuai. 
  • Senyum kerana senyuman mampu meredakan tekanan.

No comments:

Post a Comment

KATA-KATA HIKMAH

ILUSI TAK BERTEPI - HIJAU