Sunday, February 19, 2012

TOMBIRUO, SEMANGAT HUTAN & TOMBIRUO TERAKHIR by RAMLEE AWANG MURSHID

ASSALAMUALAIKUM

Seperti besa lepas selesai satu novel cik AngguR akn post entry sinopsis ckit berkaitan novel yg cik AngguR baca. Novel pilihan kali nie berepisod mksudnya dia da 3 buah buku yg berangkai.

Jom cik AngguR share novel terbaek nie k.

TOMBIRUO  



Tiga kali surat wasiat itu dipinda. Empat nama telah disenaraikan. Nama kelima telah disingkirkan. Dua belas pembunuhan kemudian telah dilakukan. Lelaki sadis itu sanggup membunuh kerana nafsu, wang, kuasa dan dendam. Dan setelah 30 tahun, mereka dipertemukan untuk mengatur semula episod hidup yang penih ngeri.

SEMANGAT HUTAN 


Bila Amiruddin terdengar berita mengenai sebuah jet peribadi terhempas di Hutan Keningau, memorinya segera terbayangkan Wan Suraya kekasihnya. Benar, gadis itu adalah di antara mangsa yang terlibat. Dengan seorang rakan, Amiruddin bergeas ke tempat tragedi. Saudaranya yang tinggal di hutan juga dihubungi secara psikik untuk turut membantu.
Dalam pada itu, sejenis makhluk aneh berkeliaran di hutan tersebut. Rogon amat digeruni oleh penduduk di pendalaman. Renungannya sahaja boleh mengecutkan perut. Bila ia menerjah, mangsa hanya mampu pasrah menanti ajal. Rogon juga tercium bau manusia di hutan sekitar tempat terhempasnya jet itu.
Di antara Amiruddin dan Rogon, siapakah yang terlebih dahulu menemui Wan Suraya?

TOMBIRUO TERAKHIR


Ketrampilan dan imej baru Ejim menggugah hati Wan Suraya, sekaligus mencetus cemburu Dr. Haslia. Ejim yang kini dikenali sebagai Amaruddin, saling tak tumpah menyerupai kembarnya Amiruddin yang telah meninggal dunia. Munculnya Ejim di Kuala Lumpur menyebabkan Wan Suraya melihat 'Amiruddin' dalam diri lelaki Tombiruo itu.

Wan Suraya yang telah bertunang dengan Tan Sri Nasir tiba-tiba menunda tarikh perkahwinan mereka. Apabila perkara sebenar terbongkar, Tan Sri Nasir yang merupakan penaja utama pembedahan wajah Ejim mula memusuhi lelaki Tombiruo itu. Dia tidak mahu kehadiran Ejim mengganggu gugat cinta sucinya terhadap Wan Suraya.

Kehidupan di Kuala Lumpur rupa-rupanya tidsak menjanjikan kebahagiaan. Ejim hidup dangan penghinaan, dugaan dan cabaran. Hasrat hatinya ingin kembali ke Hutan Keningau ditentang Dr. Haslia. Bagaimanapun, hasrat hatinya terlaksana jua setelah 10 tahun berlalu. Selama tempoh itu, Ejim telah pun berkahwin dan dianugerahkan seorang anak perempuan. Sekembalinya ke Hutan Keningau, dia mendapati Hutan Keningan bergolak lagi dengan kemunculan 'Seorang Tombiruo'.

Siapa isteri Ejim? Mampukah Ejim menjiwai semula semangat Hutan Keningau setelah 10 tahun berlalu? Tergamakkah Ejim meninggalkan anak dan isterinya demi menyahut seruan semangat Hutan Keningau? Dan siapakah 'Tombiruo Terakhir' yang mengaku sebagai raja di daerah pendalaman itu?

TOMBIRUO TERAKHIR .... rasailah pergolakan perasaan yang sarat dengan cinta dan kasih sayang, saspens, debaran asmra dan pertelingkahan.


*** pppppssstttt ... Sejujurnya tak rugi baca novel nie sbb dalam novel nie sarat dgn nasehat. contoh teladan yg sangat baek utk kita sebagai hamb Allah yg salu leka dgn kenikmatan dunia yg sementara nie. Novel nie jugak banyak menyedarkn cik AngguR tentang betapa kita harus bergantung n berserah diri setelusnya pd Allah yg Maha Pengasih. Jangan sesekali kita brsangka buruk terhadap Allah sekalipun ujian n dugaan yg datang pd kita tu adakalanya tak trmampu kita nk tanggung. Berdoalah, bertawakal & berserah dirilah kepada Allah kerana sesungguhnya Dia lebey memahami kita.


No comments:

Post a Comment

KATA-KATA HIKMAH

ILUSI TAK BERTEPI - HIJAU