Showing posts with label NOVEL. Show all posts
Showing posts with label NOVEL. Show all posts

Sunday, February 19, 2012

TOMBIRUO, SEMANGAT HUTAN & TOMBIRUO TERAKHIR by RAMLEE AWANG MURSHID

ASSALAMUALAIKUM

Seperti besa lepas selesai satu novel cik AngguR akn post entry sinopsis ckit berkaitan novel yg cik AngguR baca. Novel pilihan kali nie berepisod mksudnya dia da 3 buah buku yg berangkai.

Jom cik AngguR share novel terbaek nie k.

TOMBIRUO  



Tiga kali surat wasiat itu dipinda. Empat nama telah disenaraikan. Nama kelima telah disingkirkan. Dua belas pembunuhan kemudian telah dilakukan. Lelaki sadis itu sanggup membunuh kerana nafsu, wang, kuasa dan dendam. Dan setelah 30 tahun, mereka dipertemukan untuk mengatur semula episod hidup yang penih ngeri.

SEMANGAT HUTAN 


Bila Amiruddin terdengar berita mengenai sebuah jet peribadi terhempas di Hutan Keningau, memorinya segera terbayangkan Wan Suraya kekasihnya. Benar, gadis itu adalah di antara mangsa yang terlibat. Dengan seorang rakan, Amiruddin bergeas ke tempat tragedi. Saudaranya yang tinggal di hutan juga dihubungi secara psikik untuk turut membantu.
Dalam pada itu, sejenis makhluk aneh berkeliaran di hutan tersebut. Rogon amat digeruni oleh penduduk di pendalaman. Renungannya sahaja boleh mengecutkan perut. Bila ia menerjah, mangsa hanya mampu pasrah menanti ajal. Rogon juga tercium bau manusia di hutan sekitar tempat terhempasnya jet itu.
Di antara Amiruddin dan Rogon, siapakah yang terlebih dahulu menemui Wan Suraya?

TOMBIRUO TERAKHIR


Ketrampilan dan imej baru Ejim menggugah hati Wan Suraya, sekaligus mencetus cemburu Dr. Haslia. Ejim yang kini dikenali sebagai Amaruddin, saling tak tumpah menyerupai kembarnya Amiruddin yang telah meninggal dunia. Munculnya Ejim di Kuala Lumpur menyebabkan Wan Suraya melihat 'Amiruddin' dalam diri lelaki Tombiruo itu.

Wan Suraya yang telah bertunang dengan Tan Sri Nasir tiba-tiba menunda tarikh perkahwinan mereka. Apabila perkara sebenar terbongkar, Tan Sri Nasir yang merupakan penaja utama pembedahan wajah Ejim mula memusuhi lelaki Tombiruo itu. Dia tidak mahu kehadiran Ejim mengganggu gugat cinta sucinya terhadap Wan Suraya.

Kehidupan di Kuala Lumpur rupa-rupanya tidsak menjanjikan kebahagiaan. Ejim hidup dangan penghinaan, dugaan dan cabaran. Hasrat hatinya ingin kembali ke Hutan Keningau ditentang Dr. Haslia. Bagaimanapun, hasrat hatinya terlaksana jua setelah 10 tahun berlalu. Selama tempoh itu, Ejim telah pun berkahwin dan dianugerahkan seorang anak perempuan. Sekembalinya ke Hutan Keningau, dia mendapati Hutan Keningan bergolak lagi dengan kemunculan 'Seorang Tombiruo'.

Siapa isteri Ejim? Mampukah Ejim menjiwai semula semangat Hutan Keningau setelah 10 tahun berlalu? Tergamakkah Ejim meninggalkan anak dan isterinya demi menyahut seruan semangat Hutan Keningau? Dan siapakah 'Tombiruo Terakhir' yang mengaku sebagai raja di daerah pendalaman itu?

TOMBIRUO TERAKHIR .... rasailah pergolakan perasaan yang sarat dengan cinta dan kasih sayang, saspens, debaran asmra dan pertelingkahan.


*** pppppssstttt ... Sejujurnya tak rugi baca novel nie sbb dalam novel nie sarat dgn nasehat. contoh teladan yg sangat baek utk kita sebagai hamb Allah yg salu leka dgn kenikmatan dunia yg sementara nie. Novel nie jugak banyak menyedarkn cik AngguR tentang betapa kita harus bergantung n berserah diri setelusnya pd Allah yg Maha Pengasih. Jangan sesekali kita brsangka buruk terhadap Allah sekalipun ujian n dugaan yg datang pd kita tu adakalanya tak trmampu kita nk tanggung. Berdoalah, bertawakal & berserah dirilah kepada Allah kerana sesungguhnya Dia lebey memahami kita.


Sunday, January 29, 2012

PENYAKIT GILA MAI BALIK

ASSALAMUALAIKUM 

Fuhhh .... penat betoi merenovate blog cik AngguR yg tak bropa nk comey nie menjadik lebey tak comey. Hahaha serius lebey teruja nk ngadap blog ngan ada nya wallpaper blue rose bunga kesukaan cik AngguR.

By de way malam nie cik AngguR tak mau story pasai blue rose tu tp nk ckp pasai penyakit gila cik AngguR yg ilang 4 tahun sudah mai balik plak dah. Mula-mula tu dia mai takat ckit ckit ja. Tapi koi lama koi terok, koi lama koi dok membiak plak. Sampaikn tak berenti berenti dia punya kadar graf kalo d plot perghhhhh makin lama makin untung la kalo masuk bursa saham. Hehehhe.

Mula-mula melabuQ sikit ja. Daripada satu jadik tiga pastu jadik tujuh. Haaa ...la nie dalam kiraan dok ada dua puluh dah bermula sejak awal tahun aritu. Erk? Nak tau ka penyakit apa yg cik AngguR dok alami la nie?

Penyakit yg agak berat seberat beratnya. Jeng jeng jeng. Penyakit tu d namakn PENYAKIT GILA BACA NOVEL. Hahahahha ......sorry la nah saja dok wat suspender sikit malam-malam buta nie. Berat kn penyakit nie. Berat poket yg mengeluarkn kepingan kertas yg brwarna warni. Boleh d katakn sekarang nie tiap tiap mggu paling lekeh mesti cik AngguR akn beli 3 buah novel. Semua tu akn abes dlm masa 2 hari coty d hujung minggu.

And utk sekali nie cik AngguR dok gila beli novel RAMLEE AWANG MURSHID. Dalam simpanan cik AngguR dah ada beberapa novel yg mmg tik tok la utk d baca. Serius besttahap cipanzi !!!

So cik AngguR dok pasang nawaitu saumaghodin utk beli semua koleksi novel RAM nie.

Dengan kerajinan tahap melampaunya cik AngguR pon wat reseach ckit novel apa yg RAm dh tulis.  Jom layan novel RAm ngan cik AngguR.

KOLEKSI NOVEL RAMLEE AWANG MURSHID

  1. Fiksyen 302 
  2. Rayyan Fantasi  
  3. 9 Nyawa 
  4. Mikhail 
  5. Ungu Karmila 
  6. Hatiku Di Harajuku  
  7. Adam 
  8. Mandatori  
  9. Satu Janji 
  10. Rahsia Perindu  
  11. Ranggau  
  12. Personal Justice 
  13. Tombiruo
  14. Semangat Hutan  
  15. Tombiruo Terakhir 
  16. Bagaikan Puteri 
  17. Cinta Sang Ratu  
  18. Hijab Sang Pencinta 
  19. Cinta Sufi 
  20. Sutera Bidadari  

Setakat ari nie cik AngguR baru beli 6 buah buku dr 20 yg trsenarai. Ada lagi 14 buah yg kena beli. Hehehe sabaQ sabaQ. Tu pon beli hasil drpd kupon buku yg cik AngguR bodek drpd tuan si Junuih Jonggang. Haa kalau nk tau sapa tu Junuih Jonggang tunggu entry yg akan datang okey !! Serius Junuih Jonggang sangat smart, kacak. macho & romantik la walaupon muka dia ganaz. 

*** ppppsssstttt .... Sayu rasa haty bila mengenangkan Junuih Jonggan tercekik anai-anai ... Kawan-kawan tolong doakn Junuih Jonggang supaya tabah erk...  buat Junuih Jonggang cik AngguR lap u so much so much !!!! 






Saturday, December 31, 2011

JANGAN PERCAYA ... FIKSYEN 302 by RAMLEE AWANG MURSHID

ASSALAMUALAIKUM

Di keheningan pagi yang damai cik AngguR nk share satu koleksi buku best yg cik AngguR dh baca time cik AngguR cuti panjang. Banyak sebenarnya buku yg dh d baca tp tk pa t cik AngguR update ckit ckit nah.

Okey utk entry nie cik AngguR pilih utk komen pasai buku yg baru semalam cik AngguR beli & dh pon selesai khatam petang tadi. meh sama-sama layan sinopsis novel pilihan cik AngguR.


 JANGAN PERCAYA ... FIKSYEN 302 by RAMLEE AWANG MURSHID


SINOPSIS :

LAN LANI, JIMMY YEOH, PRAKASH KUMAR dan FARID JA’AH membunuh mangsa-mangsa mereka dengan kejam. Masing-masing melakukannya dengan cara yang hampir serupa. Angka 302 dilakar di dahi mangsa. Sejurus itu, mereka menghubungi polis dan melaporkan bahawa hukuman mati telah dilaksanakan. Ketika diberkas, mereka menyerah diri dalam keadaan bertelanjang bulat. Bagaimanapun, motif sebenar setiap pembunuhan sangat kabur. Andai dipadankan dengan psikologi manusia, ternyata mereka yang mengaku bertanggungjawab bukanlah orang yang waras. Kes-kes itu tidak dapat diselesaikan.
Tahun 2032 - seorang peguam, Rita Yuzalina menyertai projek rahsia yang dikendalikan oleh dua orang pakar psikiatri bertujuan untuk merungkaikan misteri pembunuhan itu. Namun, ia disabotaj. Pertukaran watak berlaku. Lebih menakutkan... tragedi lampau berulang lagi. Lebih dahsyat daripada apa yang dijangkakan!
RAMLEE AWANG MURSHID dalam karyanya kali ini mengingatkan bahawa rasa percaya merupakan perangkap yang boleh mengancam nyawa. Apabila tersedar sahaja, maut sudah di hadapan mata. Melarikan diri adalah perkara mustahil. Menyerah begitu sahaja menyebabkan kematian yang sia-sia. Cara paling selamat... jangan sesekali percaya! Sesiapa pun tidak terkecuali daripada pertuduhan, prasangka dan dijadikan suspek utama pembunuhan. 




**** ppppppssssstttt .... Baca novel nie betoi betoi kena hayati & paham kalo idak sure pening pala mcm dulu sekali masa first time baca novel RAm nie tajuk A.D.A.M smpi kena ulang tiga kali baru paham jalan cerita heheheh. Tapi buku kali nie perghhh superb best!! TAHINIAH buat Ramlee Awang Murshid sbb berjaya buat cik AngguR gian nk beli novel tulisan anda lagi. Nampaknya kopak la duit simpnan bulan nie reja dok beli novel. Sib bek la HASSANI book store ngan POPULAr dok buat sales besar-besaran. Ahakz jom esok teman cik AngguR beli novel. Org shopping baju cik AngguR shopping buku !!!

Friday, November 18, 2011

CINTA KONTRAK bY NURUL AIN SYUHADA

ASSALAMUALAIKUM

YEAH....Setelah tiga tahun brpencen drpd gian membaca novel akhirnya hobi cik AngguR kembali menyerang. Puncanya???Kakak cik AngguR lah sbb dia tu boleh d kategorikan hantu novel sebut ja novel apa semua dia beli & simpan. Serius mmg dia dh ley bukak satu galeri besaQ ngan himpunan novel novel dia.

D sebabkn dh gian balik so cik Anggur pon mula la merajinkan diri utk merabakkan poket yg tak berapa nk basah nie utk beli novel baru. Novel pilihan cik AngguR kali mmg super best !!! Tabik spring pd penulis dia. Muda lagi bru ja 19 tahun tp hasil nukilan dia mg terbaek. Usaha lagi erk dik....hope berjaya hendaknya t akak beli lagik novel adik hahaha.

Okey novel pilihan cik AngguR kali nie ialah : -

 
sedekit sedutan drpd novel CINTA KONTRAK bY NURUL AIN SYUHADA
Ibu! Rasa macam nak terjun laut! Terseksa la kalau macam ni. dengan kontrak tak matured tu lagi! Hampeh punya engineer! Pergi blaja tinggi-tinggi sebab nak create kontrak bebudak camtu ke? Kalau aku jadik pengarah univers...iti cicak kobeng tu, ku tendang jauh masuk gol mamat ni!

Nur Alia Airysha, seorang gadis yang datang dari kampung ke Kuala Lumpur dengan niat untuk mengumpul duit demi keluarga dan membiayai kos pembelajarannya. Dengan bantuan sahabat Alongnya, Kak Yati, Airysha bekerja di sebuah butik terkemuka yang dimiliki oleh Datin Aleeya.

Muhammad Danial Franz, seorang pemuda kacukan Perancis yang berkelulusan dari luar negara kembali ke Malaysia dan bekerja di bawah daddynya, Dato’ Eddy disebuah syarikat besar.

Takdir menemukan Airysha yang brutal dengan Danial yang ego di butik mommy Danial, Datin Aleeya! Danial cuba mendapatkan Airysha tanpa merendahkan egonya. Danial membawa Airysha untuk bertemu orang tuanya untuk dikahwinkan. Tetapi perkahwinan ini bersyarat! Kontrak yang direka Danial dipandang remeh oleh Airysha.

Disaat akad nikah hampir tiba, Airysha menyusun strategi untuk lari!, Airysha mengambil keputusan untuk membatalkan kontrak tersebut. Lantas sekeping kertas yang tertera kontraknya, dibuang. Apa yang bakal terjadi seterusnya? Adakah perkahwinan masih diteruskan? Bagaimana kehidupan Airysha selepas ini? Adakah masih terkurung disangkar yang disaluti emas? Bahagiakah dia? Bagaimana pula penerimaan Danial terhadap perangai brutal Airysha? Bila senduk bertemu kuali, bila api bertemu sumbu bom, apa yang akan terjadi?

"Kontrak! Kontrak! Kontrak! Tu je yang kau tau nak sebut? Yela! Yela! Aku yang buang. Aku tak puas hati dengan syarat-syarat dia. Ada ke aku sebagai seorang perempuan, kena tido atas sofa? Kau ni manusia takde hati, takde perut!" selorohku. Dalam masa yang sama, aku cuba melepaskan diri daripada rangkulannya. Danial mendengus perlahan.

------------------------------ -----

"Weh! kau giler hape? Nak bunuh aku ke?" Danial cuak .

"You decide. Nak hidup ke, nak mati?" Aku menghadiahkannya segaris senyuman.

"Malam ni, malam kau. Jangan harap lepas ni kau boleh langgar kontrak aku!" ujar danial kasar. Terpaksa dia mengalah. Takut jugak kalau minah ni tembap seterika kat muka aku, dah tak hensem la aku! Muka macho macam ni, mana nak dapat? Syarat kedua berjaya aku langgar. Caiyok Airysha!

Segera aku melompat ke atas katil apabila Danial sudahpun turun daripada katil indah miliknya. Malam ni, kau milik aku, wahai katilku sayang!

------------------------------ -----------

Judul : Cinta Kontrak
Penulis: Nurul Ain Syuhada
Penerbit : Karyaseni
Semenanjung : RM 20
Sabah / Sarawak : RM23 
 
*** ppppssstttt...jangan tak beli erk buku nie :P cik Anggur suka sangat sangat watak dalam buku nie terkebetulan watak tu sama perangai ngan dengan seseorang yang sangat cik Anggur sayang... love u so much ~ 

Wednesday, November 09, 2011

AKU MAHU SAIZ XL



Aku Mahu Saiz XL? Biar betul? Selalu semua impikan saiz S! Mahu pinggang kerengga tanpa memakai korset. Mengidam badan setaraf model. Namun berbeza buat lima orang remaja. Mereka mahu saiz XL, satu kemahuan di luar jangkaan!

Liyana Jasmot, Umie Aidah & Nurismimi – Obses menjaga badan, kini terikat menjalani Program Skim Paksaan Makan. Digoda dengan hidangan buffet lima bintang. Mungkinkah mereka menahan nafsu makan? Ataupun akhirnya akur saiz hanyalah persepsi masyarakat?

Aaron Hamirun – Diejek papan plywood bergerak. Tubuhnya sekeping tiada otot berombak. Lalu jamu ditelan dan suplemen protein disumbat. Dia perlu besarkan badan bagi mendapat gelaran Abang Ketul berotot hebat. Mampukah impiannya tercapai?

Syazel Zulkarnain – Depresi kerana pemergian Mimi Monira. Kini coklat dan aiskrim jadi teman setia. Tanpa sedar, badannya melebar! Mencapai saiz XXL yang merbahaya. Hingga membawa insiden jatuh meja! Syazel bergelut mengurangkan berat badan. Dia mahu turun saiz XL, itu matlamat utama!

Mampukah segala kemahuan dicapai? Ketahui kisah Aku Mahu Saiz XL, novel berinformasi buat semua!

Harga: RM 16.00 / RM 18.00
ISBN-13: 978-967-10404-4-7
Tarikh Terbit: 19 Sep 2011
Jumlah Muka Surat : 240
Kategori:
Penerbit: Blink Book Sdn Bhd

USAI AKU TERIMA NIKAHNYA

ASSALAMUALAIKUM 

Mood pagi nie nk share pasai novel yg sempat cik AngguR baca time cuty raya aji lepas. Serius setelh agak lama tak baca novel bila baca balik mmg pulun tahap cipanzi la sbb cik AngguR kalo dah mula baca payah nk stop.

Nak tau novel apa yg cik AngguR baca? Meh layan sinopsis novel ngan cik AngguR erk ....

TAJUK : USAI AKU TERIMA NIKAHNYA ....

SINOPSIS NOVEL : -
Puteri Nur Aina, tidak pernah mengharapkan kehidupan indah di atas pernikahan terpaksanya dengan Iskandar hafiz. Baginya perkahwinan ini adalah penyelamat kepada dirinya yang derita dan dikongkong oleh keluarga angkatnya. Takdir telah menentukan mereka suami isteri telah jatuh cinta dan melalui fasa bahagia alam rumah tangga.

Namun, episo...d gembira cinta mereka tidak disenangi oleh beberapa pihak yang menyebabkan Iskandar Hafiz amat tertekan. Lalu keputusan yang diambilnya secara tidak sengaja telah menyebabkan Puteri Nur Aina sedih lagi terluka.

Dalam masa yang sama muncul sahabat baik Iskandar Hafiz, Megat Khalif yang telah jatuh cinta pada Puteri Nur Aina pada pandangan pertama lagi, dan sanggup berkorban apa sahaja demi melihat 'puterinya' tersenyum bahagia semula.

Dia tidak berputus asa menunggu sehingga Puteri Nur Aina dapat melupakan Iskandar Hafiz dan menerimanya dengan sepenuh hati. Malangnya, apabila Puteri Nur Aina mula menerimanya, Iskandar Hafiz kembali menagih kasih....

Puteri :"Hadirmu bagaikan seorang wira, menyelamatkan aku dari lembah sengsara, yang mengajar apa itu rasa cinta dan erti perasaan. Namun, yang seorang lagi cukup sempurna, setia mengubati lukaku, sentiasa ada saat aku memerlukan. Tanpamu aku lelah..."

Abang Is : "Kau bukannya yang pertama di hati, namun kaulah perempuan pertama aku nikahi, sehingga lidahku menjadi kelu untuk menyebut nama yang lain, menjadikan hanya dirimu perempuan terakhirku..."

Khalif; " Rasa cinta padamu tidak pernah pudar, walaupun nyawa bercerai dengan badan. Apa yang kuinginkan, hanyalah kebahagiaan dirimu, Puteriku...."

Apakah kesudahan kemelut kisah cinta mereka? Temui jawapan akhirnya dalam Usai.... Aku Terima Nikahnya

Judul : Usai aku terima nikahnya
Penulis : Umie Nadzimah
Penerbit : KaryaSeni
Semenanjung : RM19
Sabah / Sarawak : RM22

KATA-KATA HIKMAH

SELAMAT KEMBALI

Assalamualaikum  tepuk bahu utk diri sendiri.  last masuk jenguk sini 2018 skrg dah 2024.  aduhhh....dah hampir 6 tahun.  Subhanallah//moga ...