Saturday, December 31, 2011

JANGAN PERCAYA ... FIKSYEN 302 by RAMLEE AWANG MURSHID

ASSALAMUALAIKUM

Di keheningan pagi yang damai cik AngguR nk share satu koleksi buku best yg cik AngguR dh baca time cik AngguR cuti panjang. Banyak sebenarnya buku yg dh d baca tp tk pa t cik AngguR update ckit ckit nah.

Okey utk entry nie cik AngguR pilih utk komen pasai buku yg baru semalam cik AngguR beli & dh pon selesai khatam petang tadi. meh sama-sama layan sinopsis novel pilihan cik AngguR.


 JANGAN PERCAYA ... FIKSYEN 302 by RAMLEE AWANG MURSHID


SINOPSIS :

LAN LANI, JIMMY YEOH, PRAKASH KUMAR dan FARID JA’AH membunuh mangsa-mangsa mereka dengan kejam. Masing-masing melakukannya dengan cara yang hampir serupa. Angka 302 dilakar di dahi mangsa. Sejurus itu, mereka menghubungi polis dan melaporkan bahawa hukuman mati telah dilaksanakan. Ketika diberkas, mereka menyerah diri dalam keadaan bertelanjang bulat. Bagaimanapun, motif sebenar setiap pembunuhan sangat kabur. Andai dipadankan dengan psikologi manusia, ternyata mereka yang mengaku bertanggungjawab bukanlah orang yang waras. Kes-kes itu tidak dapat diselesaikan.
Tahun 2032 - seorang peguam, Rita Yuzalina menyertai projek rahsia yang dikendalikan oleh dua orang pakar psikiatri bertujuan untuk merungkaikan misteri pembunuhan itu. Namun, ia disabotaj. Pertukaran watak berlaku. Lebih menakutkan... tragedi lampau berulang lagi. Lebih dahsyat daripada apa yang dijangkakan!
RAMLEE AWANG MURSHID dalam karyanya kali ini mengingatkan bahawa rasa percaya merupakan perangkap yang boleh mengancam nyawa. Apabila tersedar sahaja, maut sudah di hadapan mata. Melarikan diri adalah perkara mustahil. Menyerah begitu sahaja menyebabkan kematian yang sia-sia. Cara paling selamat... jangan sesekali percaya! Sesiapa pun tidak terkecuali daripada pertuduhan, prasangka dan dijadikan suspek utama pembunuhan. 




**** ppppppssssstttt .... Baca novel nie betoi betoi kena hayati & paham kalo idak sure pening pala mcm dulu sekali masa first time baca novel RAm nie tajuk A.D.A.M smpi kena ulang tiga kali baru paham jalan cerita heheheh. Tapi buku kali nie perghhh superb best!! TAHINIAH buat Ramlee Awang Murshid sbb berjaya buat cik AngguR gian nk beli novel tulisan anda lagi. Nampaknya kopak la duit simpnan bulan nie reja dok beli novel. Sib bek la HASSANI book store ngan POPULAr dok buat sales besar-besaran. Ahakz jom esok teman cik AngguR beli novel. Org shopping baju cik AngguR shopping buku !!!

Friday, December 23, 2011

LUAHAN KAWAN KEPADA KAWAN

ASSALAMUALAIKUM 

'' Tak tau nak mulakan cerita dari mana & macam mana. Semuanya rasa mcm serba tak kena ja. Rasa nak buang sayang nak kutip balik rasa sakit haty sangat sangat. Alahai ..... semak rasa dalam otak nie. SERABUT !!! ''

E2 luahan seorang kawan cik AngguR 4 tahun dulu. Kesian cik AnggguR tengok dia dgn cengkungnya, pucatnya & kurusnya dia. Aduh..berat betoi kalo di landa masalah cinta nie. kalo ikutkn hati malas cik AngguR nak masok cmpur sbb cik AngguR senirik pon dah cukup beriban riban masalah yg belom d selesikn lagik.Tapi d sbbkn sayangkn kawan makanya cik AngguR pon trpaksa la merajinkan telinga utk mendengar & memerah otak utk carik jalan selesaikn masalah kawan nie.Terkebetulan masalah kami hampir sama.

''Aku tak tau nk buat mcm mana lagi la Sue. Semuanya tak kena d mata dia. Aku berkawan salah aku menyendiri salah. Aku tengok org lain heppy jer apasal time aku semua nya tak betoi erk. Terok sangat ke aku nie? Jahat sangat ke perangai aku?Salah ka aku kalau nak berkawan? Perlu ka aku pilih kawan yg mana dia suka or tak? Aaaarrgggghhhhhh .............. ''

" Kalau hg nak tau aku dah cuba ikut rentak & cara dia. Serius aku dah cuba sedaya yg aku mampu. Pa dia tak suka aku tak buat & pa yg dia suka aku buat walaupon kadang kadang aku rasa mcm tak adil sangat idop nie. Kenapa aku tak d beri kebebasan memilih mcm yg aku bgi pd dia. And now dh sampai satu tahap dia tuduh aku ada pakwe lain plak. Tolonglah .....aku rasa sakit betoi hati aku mcm org toreh toreh ja nie. Macam sia-sia ja aku usaha utk jadi yg terbaek utk dia last last tuduhan nie yg aku dapat habuan. DAMN !!!" 

Makin semak kepala cik AngguR bila dengar dia luah.Nie la d katakn manusia. Tak dak penyakit carik penyakit. Orang lain bercinta kita pon nak jugak bercinta tp tu la tk mo nk bercinta molek molek. Aiyak ....kn dah masalah.

Ermm....lepas dengar apa yg dia cakap tu cik AngguR pon sepantas line ternet bagi beberapa nasehat & idea utk dia berpikir.

"Lia,aku nak cakap sikit hg jangan marah erk. Sebenarnya masalah kita nie tak jauh beza sangat pn & boleh d katakn masalah kita sama ja. Kenapa hg mesti semak kn kepala hg dgn hal yg remeh remeh mcm nie? Yer aku paham hg mesti kata aku tak pa la haty keras. Tapi aku pon ada perasaan jugak Lia. Aku pn nak rasa d sayangi org. Cumanya pikir la elok elok apa guna kalo kita saja terhegeh hegeh sayangkn org, percayakn org, jujur ngan org tu tapi last sekali d tuduhnya kita balik yg kita curang? E2 ka org yg hg sayang sangat sangat? Kat mana dia bila mana hg betoi betoi perlukn dia time hg sakit terok? Ada ka dia lawat hg kt sepital? Time hg sedey banyak masalah family ada ka dia amik tau pasai hg? Tak dak kan.....jd utk apa hg nk brsedey pasai dia. Kalo dia nk tinggal hg sekarang biaQ ja dia tinggai. Dia bukan sapa sapa dlm idop hg. Dia hanya sekadar PAKWE bukan nya SUAMI yg perlu hg taati. Kalo betoi dia sayang hg dia tak kn sesekali sakit kn haty hg. Tak kn sesekali dia buat hg menanges mcm nie. hg pon kalo betoi betoi hg sayangkn dia lepaskn dia dgn cara elok. Biar dia pilih jalan idop dia senirik jangan paksa dia utk terus idop ngan hg kalo dia tak bahagia."

"CINTA tu bukan sekadar kita menerima tp memberi. Beri kebahagian pd insan yg kita sayang walaupon bukan dgn kita. Beri kasih sayang tanpa mintak balik balasan. Ikhlas masa bagi tu bukan bagi sbb ada niat insan tu bagi abalik apa yg hg dh bagi kt dia. Jangan trlampau mengharap kesempurnaan dr dia sbb kita belom tentu cukup sempurna utk dia. Jangan terlampau bagi harapan kalo kita senirik tak yakin ngan harapan yg prg bagi pada kita. Apa saja kesilapan dia pada hg maafkn saja la. Bukan brmaksud hg salah & dia selalu betoi tp percaya lah kemaafan tu ubat segala masalah. Jangan brdendam Lia, percayala cakap aku." 

" Kalau kata dgn lepaskn & lupakn dia tu lebey baik utk kebahagian idop dia buat la. Maybe kita belom cukup terbaek pd depa walaupn kita rasa depa dah cukup terbaek utk kita. Tak guna kalo asyik hg ja berubah jadi yg terbaek utk dia sedangkn dia langsung tak penah nk tgk usaha hg.. tak hargailangsung susah payah hg selama nie. Dan lagi satu aku tak brpa setuju ngan hg, kenapa mesti nk berubah utk kebahagiaan org lain sedangkn diri hg senirik trseksa? kKenapa mesti hg berubah jadi org lain sedangkn diri hg yg sebenar bukanmcm tu pon? Hg selesa ka idop mcm tu? hipokrit ja aku rasa seolah olah hg tipu org yg hg sayang ngan perubahan hg. Paling kejam hg seksa diri hg sekat utk bahagia. Kalo dia tak ley terima hg seadaanya mcm mana hg terima dia utk apa lagi hg nk terus seksa diri hg. Tolong lah Lia pikir cara elok & waras. Buat keputusan utk kebahagiaan hg dulu then bru piki r utk org lain sbb org tak kn pkir kn utk kita pon. Percayalah kalo betul Allah dah tetapkn dia jodoh hg sejauh mana pon hg pi selama mana hampa trpisah percayalah satu hari nnty akn dekat jugak. Tapi kalo dh mmg hampa du atak dak jodoh tak yah dok wat apa pon la tetap tk dak jodoh jugak. Jangan dok sedey tak tentu pasai. ALLAh kan ada. Mengadu pd DIa sbb Dia lebey tau apa yg ada dlm haty hg."   

Dan hari seminggu yg lepas cik AngguR terserempak ngan kawan cik AngguR tu. Perghh dukung baby sudah ~  sweet betoi !!! Dr pakai skirt skrg dh brtudung litup. Alahai kawan cik AngguR dah jauh berubah brbanding dulu.

" TQ banyak sue atas semua nasehat hg dulu kt aku. ALAHAMDULILLAH aku sangat sangat bahagia la nie ngan hubby aku. Betoi hg kata dulu watpa aku nk seksa diri aku berubah sbb org kn. Aku kehilangan org yg aku sayang tp ALLAh gantikn dgn insan yg terlau sayangkn aku. Dia bimbing aku berubah dgn lemah lembut. Dia trlampau brsabar ngan kekurangan aku, dia menahan kemarahan dia bila aku buat silap & dia brterima kaseh kt aku bila mana aku mampu menjadik yg terbaek utk dia. TQ banyak banyak erk sue. Hg kawan yg terbaek yg aku penah ada. Aku doakn hg akn dapat jodoh yg terbaek utk diri hg. "




*** pppsssttt ... ALHAMDULILLAH cik AngguR syukur sgt2 kawan cik AngguR dah temui apa yg d cari. Kebahagiaan bersama insan tersayang dgn keredhaan Allah. Hope cik AngguR pn akn dapat apa yg cik AngguR idamkn selama nie.



Sunday, December 18, 2011

SAYA RINDU AWAK


DIA MACAM BAYANG BAYANG 
DIA DATANG
DIA HILANG

MAKANAN KEGEMARAN RASULULLAH S.A.W

MAKANAN KEGEMARAN RASULULLAH S.A.W
1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.
2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah sepertita
rumah yang tidak ada makanan.
3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.
4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan
buah pinggang, membersihkan perut
5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman,
ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air
panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak.
Elok diminun waktu pagi dengan air suam.
6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal
melahirkan anak yang baik dari segi karater dan wajahnya.
7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti
tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang,
memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang
kelupaan.
8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.
9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat
radang perut.
10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.
11. Cuka – Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun (Trend yang popular
di restoran Itali)
12. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan.
Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.

Saturday, December 17, 2011

ENGKAU

Wahai wanita solehah, ketahuilah bahawa :

Engkau memang cantik selagi kau menutup malu,
Engkau memang cantik selagi kau memelihara adab,
Engkau memang cantik selagi kau menjaga aurat,
Engkau memang cantik selagi kau menjaga batas,
Engkau memang cantik selagi kau waras berhias,
Engkau memang cantik selagi kau bersifat fitrah,
Engkau memang cantik selagi kau pantang menyerah,
Engkau memang cantik selagi kau terus bersolat,
Engkau memang cantik selagi kau lurus bertaubat,
Engkau memang cantik selagi kau jujur berilmu,
Engkau memang cantik selagi kau taat suami,
Engkau memang cantik selagi kau membaca Al-Qur’an,
Engkau memang cantik selagi kau beradab sopan,
Engkau memang cantik selagi kau kasih ibu bapa,
Engkau memang cantik selagi kau mendidik keluarga,
Engkau memang cantik selagi kau sabar & tenang,
Engkau memang cantik selagi kau tegakkan Islam,
Engkau memang cantik selagi kau mencegah kemungkaran,
Engkau memang cantik selagi kau berniatkan Tuhan,
Engkau memang cantik kerana kau seindah Islam! 

* kredit to PAKAR DIARI HATI

Friday, December 09, 2011

KISS THE RAIN BY YIRUMA



Kiss The Rain

RS 1

I often close my eyes

And I can see you smile

You reach out for my hand

And I'm woken from my dream

Although your heart is mine

It's hollow inside

I never had your love

And I never will


CHORUS

And every night

I lie awake

Thinking maybe you love me

Like I've always loved you

But how can you love me

Like I loved you when

You can't even look me straight in my eyes


VRS 2/3

I've never felt this way

To be so in love

To have someone there

Yet feel so alone

Aren't you supposed to be

The one to wipe my tears

The on to say that you would never leave


The waters calm and still

My reflection is there

I see you holding me

But then you disappear

All that is left of you

Is a memory

On that only, exists in my dreams


CHORUS


VRS 4

I don't know what hurts you

But I can feel it too

And it just hurts so much

To know that I can't do a thing

And deep down in my heart

Somehow I just know

That no matter what

I'll always love you


VRS 1 

  *** ppppssssttt .... i love this song so much ... even if what happened between us at times painful, but I still love you .... 
dedicate this song just 4 u ~ 

Wednesday, December 07, 2011

10 MUHARRAM

Antara Peristiwa BESAR pada 10 Muharram ialah : 

1. Hari pertama Allah menciptakan alam.
2. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
3. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
4. Allah menjadikan 'Arasy.
5. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
6. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
7. Nabi Adam a.s. dicipta.
8. Diampunkan dosa Nabi Adam a.s. setelah bertahun-tahun memohon keampunan kerana melanggar larangan Allah.
9. Nabi Idris a.s. diangkat darjatnya oleh Allah dan Malaikat Izrail membawanya ke langit.
10. Diselamatkan Nabi Nuh a.s. dan pengikutnya dari banjir besar selama enam bulan dan bahtera baginda selamat berlabuh di puncak pergunungan.
11. Nabi Ibrahim a.s. dilahirkan di kawasan pedalaman dan terselamat dari buruan Raja Namrud.
12. Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan Allah dari api Raja Namrud.
13. Nabi Yusuf a.s. dibebaskan dari penjara setelah meringkuk di dalamnya selama tujuh tahun.
14. Nabi Yaakub a.s. telah sembuh buta matanya ketika kepulangan anaknya Yusuf di hari tersebut.
15. Nabi Ayub a.s. disembuhkan dari penyakitnya.
16. Nabi Musa a.s. telah diselamatkan daripada tentera Firaun dan berlakunya kejadian terbelahnya Laut Merah.
17. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s..
18. Nabi Yunus a.s. selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
19. Kesalahan Nabi Daud a.s. diampuni Allah.
20. Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan Allah kerajaan yang besar.

PERIHAL DISEMBER 2011

ASSALAMUALAIKUM   

SALAM MAAL HIJRAH 

Arghhh...setelah sekian lama nya tak hapdate blog bru skrg sengaja mencurik masa d opis utk hapdate. Sejak dua menjak nie banyak gakla bnda yg jadik kat cik AngguR nk wat entry ssatu persatu rasanya jejari cik AngguR sangat lah pemalas hahaha. Makanya cik AngguR akn ringkaskan semuanya dlm satu entry.

1. TEMUDUGA

ALHAMDULILLAH selesai dh satu bab pasai temuduga nie. Serius best sgt2 sbb akhirnya da jugak pengalaman temuduga gov. Tempat temuduga pon senang carik haha mana tak nya koi 6 pagi dh brtolak dr umah d Iris. By de way mcm besa la kan malam sebelom p temuduga tu gak tak tenteram otak nie pasai dok pikiaQ tp bila masok ja dlm bilik temuduga tu haaaa nk gelak betoi bila yg d soalnya tu just pasai diri senirik ja. Adoiyai ...sabaQ ja la.

Cumanya hasil drpd p temuduga tu mcm mcm jugak yg cik AngguR belajaQ. Contohnya selain drpd persedian soklan2 yg si penemuduga, cara brpakaian pn kena titik berat jugak. Apa yg cik AngguR tgk ari tu mcm2 gaya ada. Yg pakai selipar, yg pakai kasut warna warni isk mcm mcm la gaya nya tu tak masuk yg rambut punk lagi tu hahhaha.  

Apapun cik AngguR dh buat yg terbaek. InsyaAllah kalo ada rezeki ada la kalo tak dak pon nnt boley cuba lagi. Yeahhh ....chaiyokkkkkkkkkkkkk !!!!

2. WAYANG 

Haa...sejak sebulan dua nie rajin betoi cik AngguR melepaskan gian nk tgk wayang. Salunya p ngan org yg tersayang lah hahah dak pon p sorang2 e2 pn secara tak d rancang. Antara wayang yg cik AngguR dh tgk dlm sebulan dua nie mcm cerita REAL STELL, TWILIGHT SAGA, OMBAK RINDU, IMMORTALS & SHARK NIGHT. Now dlm kepala otak tgh pk nk p tgk cerita HAPPY FEET plak nie alahai cute kot ~

Secara kesimpulanya dlm banyak2 cerita yg cik AngguR tgk nie paling best sekali yg buat cik AngguR nk tgk brkali2 cerita REAL STEEL & SHARK NIGHT. Yg OMBAK RINDU tu la movie yg paling tekanan sekali pasai byk sgt watak yg dia cut adoiyai serius sadis.

3. NOVEL 

Serius dr bulan lepas lgi cik AngguR dh melaburkn lebey kurang dlm rm200 utk beli novel. Alahai dh lama sgt2 cik AngguR tinggalkn dunia bac novel nie tp d sbbkn kakak cik AngguR yg promote buku dia time cik AngguR dlanda kebuhsanan masa raji aji aritu dh melekat plak dh tabiat nie. Cesssss .......sebuah novel cik AngguR ley abeskn dlm masa sehari jak. Haaa...abes ja baca terus p beli novel len. Sampaikn duet simpanan pn trguna la jugak ckit gara gara kegilaan membeli novel nie.

Utk kwn kwn cik AngguR yg bru dok bercadang nk beli novel nnty cik AngguR buat entry khas utk rekomen novel apa yg best & perlu sgt2 d beli erk.

*** pppssstttt otak tgh meloading...bukak posa nnty nk makan apa erk ....dengaQ cerita PROSPERITY BURGER dah keluaQ ..yeahhhhhhhhhhhh   




Friday, December 02, 2011

KECANTIKAN DHUHA

ASSALAMUALAIKUM

Malam nie cik AngguR nk share satu video klip doa solat sunat dhuha yg bg cik AngguR sgt2 menyentuh haty kechek cik AngguR. Serius lepas dengar satu persatu perkataan nie air mata laju la keluaQ lantas selsema dgn hebat nya .

Meh kita share sama sama erk .....



“Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu “. ” Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. ,Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh” 

*** ppppssssttt...antara solat sunat yg akn d soal nnty ialah SOLAT TAHJUD, SOLAT DHUHA & SOLAT WITIR .....makanya buat la walaupn sikit tp brterusan insyaAllah !!! 
chaiyokkkkk

ADA JUGAK ORANG YANG TAK SAYANG MAK KAN ....

Bila dahaga , yang susukan aku . Mak .
Bila lapar , yang suapkan aku , Mak .
Bila keseOrangan , yang sentiasa di sampingku , Mak .
Kata mak , perkataan pertama yang aku sebut , Mak .
Bila bangun tidur, aku cari , Mak .
Bila nangis , Orang pertama yang datang , Mak .
Bila nak bermanja, aku dekati , Mak .
Bila nak bergesel , aku duduk sebelah , Mak .
Bila sedih , yang bOleh memujukku hanya , Mak .
Bila nakal , yang memarahi aku , Mak .
Bila merajuk , yang memujukku cuma , Mak .
Bila melakukan kesalahan , yang paling cepat marah , Mak .
Bila takut , yang tenangkan aku , Mak .
Bila nak peluk , yang aku suka peluk , Mak .
Aku selalu teringatkan , Mak .
Bila sedih , aku mesti telefOn , Mak .
Bila serOnOk , Orang pertama aku nak beritahhu , Mak .
Bila bengang , aku suka luah pada , Mak .
Bila takut , aku selalu panggil , " Mmaaakkkk ! "
Bila sakit , Orang paling risau adalah , Mak .
Bila nak exam , Orang paling sibuk juga , Mak .
Bila buat hal , yang marah aku dulu , Mak .
Bila ada masalah , yang paling risau , Mak .
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni , Mak .
Yang selalu masak makanan kegemaranku , Mak .
kalau balik ke kampung , yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk , Mak .
Yang selalu simpan dan kemaskan barang barang aku , Mak .
Yang selalu berleter kat aku , Mak .
Yang selalu puji aku , Mak .
Yang selalu nasihat aku , Mak .

Bila nak kahwin , Orang pertama aku tunjuk dan rujuk , Mak .

Aku ada pasangan hidup sendiri .

Bila serOnOk , aku cari , Pasanganku .
Bila sedih , aku cari , Mak .
Bila berjaya , aku ceritakan pada , Pasanganku .
Bila gagal , aku ceritakan pada , Mak .
Bila bahagia , aku peluk erat , Pasanganku .
Bila berduka , aku peluk erat , Emakku .
Bila nak bercuti , aku bawa , Pasanganku .
Bila sibuk , aku hantar anak ke rumah , Mak .
Bila sambut valentine , Aku bagi hadiah pada Pasanganku !
Bila sambut hari ibu , aku cuma dapat ucapkan “ Selamat Hari Ibu ” !
Selalu , Aku ingat pasanganku !
Selalu , Mak ingat kat aku !
Bila-bila , Aku akan telefOn pasanganku !
Entah bila , aku nak telefOn mak !
Selalu , aku belikan hadiah untuk pasanganku !
Entah bila , aku nak belikan hadiah untuk emak !

Renungkan :

" Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja , bOlehkah kau kirim wang untuk mak

" Mak bukan nak banyak , lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah . "

Berderai air mata jika kita mendengarnya .

Tapi kalau mak sudah tiada .

" MAKKKKK ! RINDU MAK ! RINDU SANGAT ! "

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya !
Berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya !
Berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya !
Berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya !
Berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya !
Berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya !
Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya ! 


PULUT UDANG

KATA-KATA HIKMAH

Winter Aid For Syria 2017

Assalamualaikum . . Mohon bantuan dipanjangkan post nie utk membantu umat Islam di Syria . . detail boleh tgk di FB  TELEKUNG PROJECT...