JANGAN PERCAYA ... FIKSYEN 302 by RAMLEE AWANG MURSHID

ASSALAMUALAIKUM

Di keheningan pagi yang damai cik AngguR nk share satu koleksi buku best yg cik AngguR dh baca time cik AngguR cuti panjang. Banyak sebenarnya buku yg dh d baca tp tk pa t cik AngguR update ckit ckit nah.

Okey utk entry nie cik AngguR pilih utk komen pasai buku yg baru semalam cik AngguR beli & dh pon selesai khatam petang tadi. meh sama-sama layan sinopsis novel pilihan cik AngguR.


 JANGAN PERCAYA ... FIKSYEN 302 by RAMLEE AWANG MURSHID


SINOPSIS :

LAN LANI, JIMMY YEOH, PRAKASH KUMAR dan FARID JA’AH membunuh mangsa-mangsa mereka dengan kejam. Masing-masing melakukannya dengan cara yang hampir serupa. Angka 302 dilakar di dahi mangsa. Sejurus itu, mereka menghubungi polis dan melaporkan bahawa hukuman mati telah dilaksanakan. Ketika diberkas, mereka menyerah diri dalam keadaan bertelanjang bulat. Bagaimanapun, motif sebenar setiap pembunuhan sangat kabur. Andai dipadankan dengan psikologi manusia, ternyata mereka yang mengaku bertanggungjawab bukanlah orang yang waras. Kes-kes itu tidak dapat diselesaikan.
Tahun 2032 - seorang peguam, Rita Yuzalina menyertai projek rahsia yang dikendalikan oleh dua orang pakar psikiatri bertujuan untuk merungkaikan misteri pembunuhan itu. Namun, ia disabotaj. Pertukaran watak berlaku. Lebih menakutkan... tragedi lampau berulang lagi. Lebih dahsyat daripada apa yang dijangkakan!
RAMLEE AWANG MURSHID dalam karyanya kali ini mengingatkan bahawa rasa percaya merupakan perangkap yang boleh mengancam nyawa. Apabila tersedar sahaja, maut sudah di hadapan mata. Melarikan diri adalah perkara mustahil. Menyerah begitu sahaja menyebabkan kematian yang sia-sia. Cara paling selamat... jangan sesekali percaya! Sesiapa pun tidak terkecuali daripada pertuduhan, prasangka dan dijadikan suspek utama pembunuhan. 




**** ppppppssssstttt .... Baca novel nie betoi betoi kena hayati & paham kalo idak sure pening pala mcm dulu sekali masa first time baca novel RAm nie tajuk A.D.A.M smpi kena ulang tiga kali baru paham jalan cerita heheheh. Tapi buku kali nie perghhh superb best!! TAHINIAH buat Ramlee Awang Murshid sbb berjaya buat cik AngguR gian nk beli novel tulisan anda lagi. Nampaknya kopak la duit simpnan bulan nie reja dok beli novel. Sib bek la HASSANI book store ngan POPULAr dok buat sales besar-besaran. Ahakz jom esok teman cik AngguR beli novel. Org shopping baju cik AngguR shopping buku !!!

Comments

  1. best eyh?

    tapi GK xminat buku yg berbentuk fiksyen ni

    huhu

    ReplyDelete
  2. lama tak baca novel beliau , sibuk mungkin . hehe . tapi takpe bakal layan jugak nanti !

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts