Friday, August 23, 2013

PUTUS CINTA # part 2

Assalamualaikum

terkedu tadi bila tgk album kawan sekolah tadi bila ada gambar org tu. masih sama mcm dulu. cuma bezanya kalinya dia dah tak sorang-sorang. dh brtiga. paling terkedu rupanya dia jadi adik ipar member. SUBHANALLAH. kecik sungguh dunia nie rupanya. tetiba teringat cerita lama zaman skolah-skolah dulu. senyum sorang-sorang. dlm hati rasa syukur sgt2 akhirnya dia bahagia jugak dah ada family semua. ALHAMDULILLAH.

terkebetulan pulak masa dok buat report td d selang seli dgn baca gosip pasai artis yg sorang tu. dh lama tak amik port sgt pasai dia pasai dok tgk makin lama makin menjadi-jadi pulak statement dia dok hentam Ex husband dia.

yg buat boleh tertarik nk baca bila trbaca satu topik yg berkaitan dgn surat yg d tuju khas utk depa. part yg paling best sekali bila mana si penulis surat tu tanya .....

" Tak ada langsungkah kebaikan lelaki yg pernah dicintai tu.  Sekelumit pun tak ada ke? Atau baik sangat ke awak ni ?…langsung tak ada kesalahan atau kesilapan yg pernah awak buat ke? "

 (ayt ni dh d edit sbb tak kaitkn sesapa dlm entry nie just nk amik ayt tu ja ) 

ayat tu berkait rapat dgn gambar yg saya tgk dlm lbum kawan tadi. betul apa yg penulis tu tulis. tak mungkin tak dak sekelumit kebaikan yg boleh kita kenang tentang org yg kita tak suka. tak mungkin semua kenangan yg ada dlm memori kita tu semua buruk-buruk belaka. kalau buruk mustahil kita boleh brtahan lama dgn dia. kecuali la ada sbb-sbb lain yg buat kita trpaksa bertahan. 

saya penah duduk dlm kedua situasi. situasi d mana saya meninggalkan org yg saya sayang dan situasi d tgglkan org yg saya sayang. mudahnya hidup bila dh penah duduk dlm semua situasi yg mcm tu. berbeza keadaan tapi rentak tetap sama. d tinggalkan & meninggalkan. 

 masa saya meninggalkan dia dulu saya ingat lagi bila dia telefon bgtau. tok nya trkejut smpi sakit teruk. d pujuk-pujuk saya balik jmpa walaupun sekejap. tp nak buat mcm mana masa tu tgh bz final exam. seminggu lepas tu dia bgtau tok dh meninggal. hnya tggl pesan suruh dia tetap pujuk saya. maknya pengsan bila dengar saya nak tinggalkan dia. sungguh saya terpaksa. puas d tnya kenapa kenapa dan kenapa. yg pastinya jawapan saya tak dak apa. sbb kami tak dak masalah apapun. cuma satu ja yg buat saya amik keputusan mcm tu. biarlah saya ja yg tau kenapa. saya tak nak aibkan dia & tak nk tambahkn lagi sedih keluarga dia. saya juga sedih dgn keputusan yg saya buat. dah lama kami berkawan.hampir 4 tahun. family dia mmg baik sgt2. sapa sangka last kami akn jadi mcm nie. apapun saya tetap dgn keputusan saya. kalau masa boleh berundur balik ekalipun keputusan saya tetap sama.

sbb tu bila hari nie masa baca surat yg penulis tu tulis dan kebetulan pulak trtgk album kawan skolah tu ada gambar dia tetiba teringat balik cerita lama. masih senyum sorang-sorang. senyum bila tgk dia dah hepy dgn family dia. senyum sbb bila tgk kawan-kawan yg putus cinta skrg suka sgt layan perasaan. benda dh lepas biar kn ja la. kenapa mesti d igt lagi. cerita lama simpan dlm kotak. lagi bagus kalau boleh buang dlm tong sampah. 

sudah sudahlah. tak payah d pujuk org yg dh buat keputusan nk tgglkan kita. saya penah ada d tempat tu. syukur sbb dia tak bgtau sbb dia tgglkn kita. at least kita tak tau & tak bencikan dia. mana tau kalau nnti sbb tu jugak boleh menambahkn sakit hati kita. tak kesian ka kat diri seniri. rasa mcm trseksa sgt dh saya nie tgk. siang malam pagi petang dok post segala bagai. sedangkan org tu rilek ja suka hati tak dak kita.

kalau betul-betul sayang. lepaskanlah dia baik-baik. jangan d paksa lagi dah dia tetap dgn kita. sama mcm mana yg penah dia buat dulu pada saya. dia lepaskan saya seeloknya. tanpa d paksa tanya sebab apa. tanpa d cari mana salah silap diri dia. tanpa tau man cacat cela kurang yg ada. sampai hari nie saya respect dia. 

kalau betul-betul sayang, lepaskanlah dia sebaik-baiknya. biar.... jangan d paksa !!! 

 

 

 

Thursday, August 22, 2013

ANGKA MENURUN

Assalamualaikum

Salam 15 Syawal !!!

Alhamdulillah puasa tahun  nie mampu kurangkan berat badan lebih dr biasa. selalunya time puasa berat badan turun dlm 4 kg ja tapi tahun nie 6 kg.

yey !!!! bangga betoi. 

*** pppsttt....tak sia-sia usaha sepanjang bulan posa aritu !!!


Wednesday, August 21, 2013

PERINTAH & KEHENDAK

Assalamualaikum

terdetik nk share satu cerita kawan saya dlm blog nie. mula-mula rasa tak mau share sbb takut mcm mengaibkan org. tapi rasanya elok jugak kalau brkongsi dgn yg lain mana tau ada yg penah alami masalah yg sama ka sebelum nie boleh la bgtau mcm mana nk handle.

ada seorang kawan saya. baru ja bertunang. dan dalam perancangannya insyaAllah tahun depan nk mendirikan rumahtangga. ALHAMDULILLAH tercapai jugak hasrat dia nk brpasangan. cumanya sejak dua menjak nie saya tgk status yg dia post dlm FB agk kurang membahagiakan. mulanya malas nk masuk cmpur tp sebagai kawan kesian pulak. last sekali dgn muka tak malu saja meringankn jari msg dia brtanya khabar & kongsi masalah.

seperti yg saya sedia maklum, dulu pernah jugak dia suarakn benda yg sama pada saya. sangka saya bila ada pasangan mungkin keadaan akn berubah. tp rupanya tetap sama.

masa awal brtunang, ALHAMDULILLAH semuanya ok. tp bila dh hampir setengah tahun dh terasa sikit demi sikit masalah. kalau masalah tu brpunca dr luar mungkin mudah sikit tp kalau masalah tu brpunca dr keluarga kita tambah pulak keluarga senirik haaa mmg payah.

ibu kawan saya nie dh warning. dr awal sebelum ada psangan smpi dh brtunang. ibu dia cakap setiap tahun WAJIB BERAYA RUMAH IBU DULU then lepas tu baru boleh balik raya umah family ppuan. permintaan yg pada saya sgt2 berat. bukan tak boleh nk ikut rentak permintaan tu tp kalau ikut pn dlm hati mesti rasa tak ikhlas.

tambah pulak skrg bila mana makin dekat dgn tarikh nk brnikah makin banyak ragam ibu kawan saya nie. brdoa mintak majlis d tangguhka la mintak tu la nie la. alahai brtambah perit saya dgr masalah dia.

bagi saya sbg ibu bapa, jgn la d doakn yg bukan-bukan pd ank2. sekalipn ank2 tu menyakitkn hati kita. yea mmg mudah utk cakap sbb belum ada ank belum kena  belum merasa. cumanya fikirlah secara positif. kenapa d bebankan org lain dgn kehendak kita. alasan yg ibu kawan saya bagi dulu dia kena mcm tu ngan ibu mertua skrg smpi turn dia pulak buat bnda yg sama.

saya rasa perintah & kehendak ibu nie sgt tak adil. tak adil pada si ank yg trpaksa memilih nk jaga hati ibu & isteri. tak adil jugak bg isteri yg mana dia jugak ada family. ada ibu bapa yg mahu d jmpa ada sedara mara yg mahu brgurau senda menziarah seprti biasa.

si ibu jugak meluahkn perasaan marah dia pada org yg salah. siap d bgtau nnti lepas kawin kalau dia marahkn ank dia nk lepaskn pd si isteri. tak ke haru tu. salah ank senirik menantu yg kena tempias. kalau saya duduk d tempat ppuan tu dh terasa mcm org tua tu tak suka & tak nk kita nie jd menantu dia dh. so rasionalnya boleh la kot brfikir samada nk teruskn or tak.

kawin bukan mcm main masak-masak zaman kecik dulu. habes main dh rileks. ppuan pulak kalau dr awal dh tau mak mertua tak suka kita dlm kepala mesti dok pikir bnda bukan-bukan. yea lah kita nie bukan menatu trpilih. bukan kesayangan. ada ja bnda yg nak d pertikaikn nnti. yg betul tetap d salahkn apatah lagi yg salah pasti d canang-canang.

sungguh-sungguh saya rasa kesian pulak bila tau situasi kawan saya. tersepit. antara kehendak & perintah ibu seniri. saya cuma boleh bg pendapat ja.

apapn kembali pd yg satu. brdoa.

kawan saya skrg dh rasa tersepit. cuma yg saya kurang gemar bila dia seolah nmpk keburukan pada ibu sj.bg saya sejahat mana pn ibu kita. seteruk mana pn ibu kita. sedasyat mana pn dia memaki mehamun kita. dia tetap ibu kita. org yg melahirkan & membesarkan kita. pecayalah buka dia sorang ja ada ibu yg sedemikian. ramai lagi kat luar sana yg hadapi situasi yg sama.

amik masa utk fikir mana yg terbaek. terbaek utk semua org. bukan hanya pentingkan perasaan satu org. adat org yg nk mendirikan rumahtangga. mmg akn ada masalah. samada kecik atau besar. sebelum atau selepas tu tak penting. yang penting cara kita nk atasi masalah tu. 

DOA, TAWAKAL & USAHA !!!! 

*** syaitan nie kalau tak dapat usik kita yg nk bina masjid dia usik org yg trdekat dengan kita.


Tuesday, August 20, 2013

KESAYANGAN SAYA # part 5 SIAN AWAN



sian Awan. 

dh la tecik lagi pastu mama Awan & adik-adik ilang tak tau p mana. 

kurus dh tgk Awan. 

mata pn berair ja.

tido pn tangan dok cari mama Awan. 

makan pn tak lalu. 

main pn tak nak

tido ja 24 jam

sian Awan.

KESAYANGAN SAYA # part 4 MELESET



dan kamu kesayangan saya 

bersabarlah ........

masa itu tetap akan tiba 

utk kita bersatu

kembali bersama .....

~ RINDU AWAN ~

PUTUS CINTA

Assalamualaikum

Salam Syawal ! Selamat HAri RAya utk semua rakan yg rajin menjengah blog yg tak berapa nk baru saya nie.

Alhamdulillah. dh masuk 13 Syawal. walaupon dok kat opis tp dlm kepala masih mood cuti raya lagi. d tambah pulak dgn kesemakan dok pikir senarai list yg perlu d selesaikan segera. adoiyai. semak semak !!!

by de way. sejak dua menjak nie saya peratikan ada d kalangan kawan-kawan saya yg putus cinta. tak d nafikan sebagai manusia semua org nak rasa d sayangi & menyayangi. kita hnya boleh merancang tp jgn lupa DIA adalah yg paling terhebat merancang.

semua org pasti ada pengalaman yg mcm nie. termasuk jugak saya. saya jugak punya pengalaman putus cinta. yg membezakan org lain dgn kita ialah cara kita atasi perasaan kecewa kita tu mcm mana.

kalau d tanya pada saya, mudah ja jawapan nya.  

" KALAU ORG DH TAK NAK KAT KITA KENAPA PERLU TERHEGEH-HEGEH MERAYU MERATAP MERAIH SIMPATI. KITA DOK MERATAP KAT SINI SEDANGKN DIA DOK GELAK BRGULING KAT SANA. KENAPA KITA NK MEMAKSA DIA UTK TETAP BRSAMA KITA SDGKN KITA DH TAU DIA TAK NK KT KITA "

ramai jugak yg jawab peminat ramai boleh la jawab mcm tu. alahai. bos !!!  penting sgt ka dia tu dlm hidup  kita smpi tetap nk dia tu jugak2. ohh pelisss la...nie bukan wayang hindustan yg mana last2 sekali pasangan akn tetap brsama lepas harungi tumbuk tampaq tendang semua semua. tak payah la dok meratap sgt. 

belajar la hidup dlm alam realiti. berhenti mengintai dia tu dlm diam-diam. berhenti tanya khabar dlm senyap. berhenti jeling dr jauh. kalau betoi-betoi sygkn dia lepaskn dia. biar ja dia hidup dgn org yg mampu bahagiakan dia. if dok paksa dia idup dgn kita, sdgkn dia tak hepy lgsg puas hati ka? tak kejam ka kita buat mcm tu kat dia? 

kalau d tanya mcm mana nk lupakan dia. mudah ja. anggap ja dia kawan kita. kenapa dulu masa mula-mula boleh ja jadi kawan kenapa lepas break tak boleh? dan saya smpi skrg masih brsahabat baik dgn mereka yg pernah saya sayang. masih boleh brbincang mcm biasa. masih boleh brtegur sapa, melawak mcm biasa. 

tak semestinya kita brcinta dgn org tu kita akn kawen dgn org tu. cerita hidup kita nie luas. kenapa perlu kita singkatkn dgn bnda yg remeh. dh d atur oleh DIA sebaik-baik jalan cerita. tak mungkin DIA akn menganiaya hamba yg selalu memohon pd DIA.

tak yah dok semak kn kepala cari mana salah silap kita. mana kurang celanya diri. mana cacatnya laku. kn lebih baik d rayu pd Sang Pencipta. DIA tahu segala kesudahan sekalipun cerita belum brmula. d biarkn kita merasa & menikmati cerita sbb DIA mahu kita belajar. hidup dlm brpengalaman bukan hanya sekadar pandai layan perasaan. 

saya harap kawan-kawan yg kuchiwa tu stop stop la dok post ayt2 sadis. sekali dua ok la nk baca. kalau dh tiap2 kali dok post mcm tu naik melugai plak bijik mata nie memandang. baca lagi la tak lalu.  caya la kaum adam pon nk termuntah kalau tgk ppuan dok post2 mcm tu. tambah pulak EX. lagi dia nk trmuntah.

pegangan cuma satu. dari dulu smpi skrg. tetap yg sama. 

~ YAKINLAH PADA JANJI-JANJI ALLAH ~


dulu 
pernah jugak bercinta mcm nak rak 
pernah jugak d bohongi 
pernah jugak d khianati 
pernah jugak d sakiti berkali 

tapi semua tu pengalaman 
kalau betul-betul sayangkan dia
lepaskan dia elok elok

jangan d usik hidup dia lagi
biarkan dia bahagia
doakn yg terbaik utk dia 

dan kita
akan ada satu cerita yg baru
suasana yg baru
kehidupan yg baru
org yg baru

sujud & brdoalah pada Sang Pencipta 
insyaAllah bahagia akn datang jugak pada kita !!!!! 

*** pppstttt ...... nk komen kat post depa takut kang ter"small" hati plak. luah dlm blog pn jadik la buat lepas geram & meluat !!!!



Tuesday, August 06, 2013

SEMAK KEPALA

Assalamualaikum 

semak semak semak 

makin pikir makin semak

tak mau pikir 

kena pikir gak 

adoiyai 

kadang rasa mcm nk give up pn ada 

letih pikir 

semak semak semak

Thursday, August 01, 2013

KISAH IMAM # part 12 SAMPAI KE LUBANG CACING

ASSALAMUALAIKUM

pagi-pagi dah dapat msg dlm WHATSAPP dr sorang kak tu. siap buat group khas semata-mata nk tnya soalan cepumas. intro awal kononnya saja je la nk chatting. tp hakikatnya nk korek rahsia.

sebenarnya bukan kak tu sorang ja yg tanya ramai lagi org yg bertanya pasai nie.

soalan standard.

~ ampa dua kapel ka?
~ ampa dua nie ada apa-apa ka?
 hahahahaha.

dah rasa mcm artis pulak aih ramai sgt yg tanya. makaseh la pd yg sudi brtanya & amik berat. dan mintak maaf jugak la pd sesetgh org yg saya tak leh nk jawab. sbb tak mampu lagi nak bagi jawapan utk soalan yg d tanya. bukan sebab nak mengelat ka tak mau share ka apa ka. tambah pulak kalau dok tanya d depan org ramai mmg tak kn dapat jawapan la. kalau jawab pn mesti jawapan merepek-repek.

bagi saya, kalau benda tu betul sekalipun tak elok d hebohkan lagi. benda baru langkah awal. misalnya bertunang, seeloknya d rahsiakan. kita tak tau apa yg akan jadi d masa depan. sebagai manusia mmg mudah sgt2 kita merancang mcm-mcm. hakikatnya masa depan kita tak tau lagi apa nk jadi apa yg dh DIA tetapkn utk kita.

bukan saya nk kata org yg bgtau dia dh brtunang bagai tu salah. trpulanglah. itu cara masing-masing. kalau selesa d war2 kan ok ja. tak salah. kdg2 perlu jugak war2 sbb tak mau org masuk jarum. jadi nk elak dr kena kacau dek org lagi bek bgtau. tak kn nk tunggu org kebas dulu bru nk habaq. cuma kalau d tnya pendapat saya tentang hal nie, saya lebih suka brdiam diri. bukan semua benda kita boleh brkongsi dgn semua org. ada sesetgh perkara yg perlu kita simpan utk diri kita jugak.

insyaAllah. bila dah sampai masa nnti saya akn bgtau jugak. yg pasti bukan sekarang :)

# dok cari jugak gambar yg kak tu dok ceritakan tu tapi tak jumpa pulak. pelik betoi ......


KATA-KATA HIKMAH

Winter Aid For Syria 2017

Assalamualaikum . . Mohon bantuan dipanjangkan post nie utk membantu umat Islam di Syria . . detail boleh tgk di FB  TELEKUNG PROJECT...