Showing posts with label PUISI. Show all posts
Showing posts with label PUISI. Show all posts

Wednesday, July 02, 2014

MUNAJAT RAMADHAN

Ya Allah…ya Rahman…ya rahim…
Dalam dakapan Ramadhan yg suci ini, Dengan rasa rendah diri, Kami yg kerdil dan hina ini memohon doa dgn penuh pengharapan kpdMu ya Allah… semoga Engkau sudi mendengar permintaan kami, krn sesungguhnya Engkaulah Tuhan yg Maha Mendengar. 

Ya Fattahu ya alim…
Ajarkanlah kami yg lemah ini utk melihat jln keluar dr semua masalah yg membelenggu kami, bukakanlah hijab kpd kami yg tak mampu melihat setiap kebaikan pd kejadian dan takdirmu. Ya Allah..takdirkanlah yg baik2 utk diri kami, Jgnlah kau menguji kami pd apa yg tidak mampu kami lalui.. Bukakanlah pintu2 rahmatMu utk kami ya Allah…

Ya Allah Rabbul Jalil….
Sejahterakanlah utk kami dgn kesihatan yg baik..supaya dgnnya kami dpt beribadah kpdMu. Ya Allah..ampunkanlah segala dosa kami, krn kami terlalu byk dosa kpdMu ya Allah…Kami lupa akan Engkau ketika sihat, kami ingat pdMu bila ditimpa sakit, Kami lupa kdpMu ketika senang, kami ingat pdMu bila dtg kesusahan. Kami lupa kpdMu disaat kami gembira, Kami ingat kpdMu ketika sedih dan kecewa, Kami habiskan usia muda dgn keseronokan dunia, kami mula mengingatiMu tika usia sdh tua, ..justeru ya Allah...ampunilah semua dosa kami..berilah kekuatan kpd kami utk melawan hawa nafsu dan dunia yg sentiasa mlalaikan kami drp mengingatimu ya Allah…

Ya Allah…ya Rahman..ya Rahim…
Ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami,. setiap titik susu ibu yg mgalir dlm diri kami...kau gantilah dgn kebajikan utknya yg boleh mbawanya ke syurgaMu ya Allah...ya Rahman...pd setiap keringat yg mngalir pd tubuh ayah kami dlm mcari rezki kpd kluarga kami...kau gantikanlah dgn keampunan yg mbawa ke syurgaMu ya Allah. Sesungguhnya pengorbanan mereka tdk akan mampu kami membalasnya. Bahkan terkadang mereka hidup dlm kesusahan dan kesempitan, sdgkan kami berada dlm kesenangan dan kemewahan...Justeru kurniakanlah kpd kedua ibubapa kami tempat yg istimewa d syurgaMu ya Allah…..

Ya Allah….
Kami juga memohon ampun utk kaum kerabat kami, sahabat2 kami dan guru2 kami yg terlebih dahulu pergi meninggalkan kami kealam barzakh…golongkanlah mereka dlm org2 kau redhai…apabila tiba pula giliran kami menuju barzakhMU..maka Kau ambillah kami dlm keadaan yg baik2…dlm keampunan dan rahmatMu ya Allah…

Ya Allah ya azizz…
Kurniakanlah kpd kami jiwa yg tenang dan tenteram…hiasilah hati kami dgn sifat syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab…Kau jauhkanlah drp kami sifat ujub, riak,takabbur, fitnah, mengadu domba, sangka buruk dan khianah.

Ya Rashid…ya rahman…ya Rahim..
Jika ada diklgan kami mereka yg diuji dgn kesusahan, maka kau bantulah mereka, permudahkanlah urusan mereka, jika ada d klgn kami mereka yg bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jln kluar kpd mereka, jika ada d klgn kami sdg berhajat dgn keperluannya, maka tunaikanlah hajat mereka, dan cukupkanlah keperluan mereka, jika ada d klgn kami mereka yg diuji dengan sakit, maka kau sembuhkanlah mereka ya Allah…agar dapat beribadah bsama kami. Jika ada dklgn kami mereka yg derhaka kpd ibubapa atau terkurang dlm melayani mereka, maka kau ampunilah mereka, jdkanlah kami anak2 yg taat dan berbakti..sesungguhnya Engkaulah tuhan yg maha mendengar dan mengasihi…

Ya Allah ya malikal mulk…
Ya Razak..ya fattahu ya alim…
Kurniakan kpd kami rezeki yg halal lg dberkati. dan jdkanlah dgn rezeki itu kami semakin dekat dgnMu..sebaliknya, jgnlah kau jdkan kami drp gol yg lupa diri setelah mndapat kurniaannMu.

Ya Allah….
Bantukanlah kami dlm menjalankan urusan agama kami, Elokkanlah urusan dunia kami, yg padanya tempat kami mencari kehidupan, Elokkanlah urusan akhirat kami, yg padanya tempat kami akan kembali utk selama2nya.. jdkanlah kehidupan kami ini sebagai tambahan segala kebaikan kpd kami, dan jadikanlah kematian sebagai ketenangan kpd kami dr segala kejahatan, Sesungguhnya kami ingin kembali kpdMu dgn jiwa yg tenang….

Ya Allah ya zal jalali wal ikram…
Ya Allah….Jgnlah kau jdkan ramadhan ini sbg yg terakhir buat kami, temukanlah kami dgn Ramadhan yg akn dtg…
Tapi, Andai ini Ramadhan terakhir buat kami, jdkankanlah puasa kami sbg puasa yg Kau rahmati, jdkanlah ramadhan ini paling bererti, penuh dgn cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayangmu ya Allah…jdkanlah ramadhan ini sebagai penghapus dosa2 kami.. Ya Allah…temukanlah kami dgn lailatul qadr…pilihlah kami dikalangan hambaMu yg dpt beramal d mlm al-Qadr….Ya Allah..terimalah amalan kami..terimalah taubah kami..ampunkanlah segala dosa kami...amankanlah kehidupan kami disana nanti yg kekal abadi…kurniakanlah kpd kami syurgamu yg maha luas nikmatnya…  



*** puisi copy paste dr Prof Dr Muhaya. kebetulan bila baca rupanya sama sebijik dengan apa yg kawan reja baca semalam. dengan nada yg sangat terkesan dalam hati. part paling terkesan bilam mana d sebut berulang kali tentang ibu & ayah. semoga Allah rahmati mak & ayah aku dan juga mama & ayh mertua aku ~ amin !!!! Allah Maha Besar. ramadhan kali nie mcm aku kata penuh dengan air mata.

Saturday, July 20, 2013

ADA SATU CERITA YANG MAHU SAYA CERITAKAN

Assalamualaikum

ada satu cerita yang mahu saya ceritakan. 
tapi belum sampai masa utk saya ceritakan. 
dalam kepala dok ligat brjalan. 
permulaan yg mcm mana perlu saya dahulukan 
bimbang andai tercerita cerita yg bukan bukan
lantas mengundang perasaan yg selama nie sengaja d hindarkan

ada satu cerita yang mahu saya ceritakan 
tapi belum sampai detik utk saya ceritakan
dalam perut dok serabut tak ketahuan 
cara yang bagaimana yang perlu saya terangkan 
takut takut ada nanti yang amik kesempatan 
 
ada satu cerita yang mahu saya ceritakan 
tapi belum sampai ketika utk saya ceritakan 
dalam hayunan langkah penuh pengharapan 
mohon jangan d hukum ats segala kekhilafan 
 
ada satu cerita yang mahu saya ceritakan 
tapi belum sampai saat utk saya ceritakan 
dalam renungan tajam yang mahukan penjelasan
mengapakah kini terjadi demikian 
berdiam diri tanpa perkhabaran 

ada satu cerita yang mahu saya ceritakan 
tapi belum sampai izin utk saya ceritakan 
andainya kamu mengaku kita ini milik Tuhan 
janganlah d simpan dendam ke hari kemudian 

ada satu cerita yang mahu saya ceritakan 
tapi belum sampai masa utk saya ceritakan 
mungkin sampai bila bila pun 
tetap saya tidak menceritakan
kerana kamu telah meranapkan segala perasaan 

ada satu cerita yang mahu saya ceritakan 


# sekadar luahan omongan kosong. mungkin ada hamba Allah yg akn baca benda alah nie. mungkin dia paham dan mungkin jugak dia tak paham. satu masa dulu saya mahu ceritakan satu cerita tapi sayangnya sifat sabarnya kurang drpd sabariah smpikan tindakan yg d amik tu sgt2 meranapkan perasaan yg ada. maaflah kalau jawapan yg hamba Allah tu cari tak kn mungkin dpt d bagi lagi lepas nie. cukuplah segala kisah yg lepas. redha terima takdir apa yg daj trjadi. satu cerita yang mahu saya ceritakan pada kamu dh trhenti d sini. SEKIAN ~ WASALAM
 

 

Sunday, March 24, 2013

YA RABB

Ya Allah..
Kau ampunilah dosa ku yang telah kuperbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaran Mu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah…
Sekiranya suamiku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di Dunia Mu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi ya Allah…
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suamiku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena 

Ya Allah…
Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku
 
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusanBimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu
 
Ya Allah…
Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbingan MuAku cacat tanpa hidayah Mu
Aku hina tanpa Rahmat Mu

Ya Allah…
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama Mu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah
Hanya pada Mu,

Ya Allah…
Ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaan Mu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniaMu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran Mu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujian Mu

Ya Allah Tuhanku…….
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati
 
Amin, Ya Rabbi Allamin…….

Wednesday, March 13, 2013

SAYA RASA SAYA BERHAK

ASSALAMUALAIKUM

sebagai seorang hamba
terasa tidak layak untuk semua ini 
tidak layak untuk meminta yang terbaek 
tida layak untuk memilki yang terindah 
namun pada siapa lagi harus d pohon
pada siapa lagi hendak d rayu
hanya pada DIA
yang selayaknya
kerna 
hanya DIA yang lebih memahami 
hanya DIA yang lebih mengerti
hanya DIA sebaek-baek perancang 
dan kini 
saya rasa saya berhak 
untuk memohon seikhlasnya 
kepada DIA

sebagai seorang manusia
saya rasa saya berhak 
untuk menentukan 
hala tuju hidup saya 
mahu jadi apa d masa depan 
mahu miliki apa utk kesenangan 
mahu bersama siapa utk kegembiraan 

sebagai seorang anak 
saya rasa saya berhak 
untuk membahagiakan bonda 
dalam apa jua keadaan 
sekiranya permintaan itu
masih dalam lingkungan agama 
insyaAllah 
perintah bonda akan saya turuti 
permintaan bonda akan saya penuhi
kerana dia lah satu-satunya harta saya d dunia ini 
setelah ketiadaan ayah d dunia ini
bersengkang mata bonda 
menjaga mendidik membelai 
tanpa menegnal erti penat jemu & lelah 
sesungguhnya
bonda adalah yang terindah yang DIA kurniakan kepada saya
terima kasih bonda 
kerana tak pernah membiarkan saya
merasa kehilangan ayahanda
tidak pernah membezakan saya dengan yang lain
semoga bonda tetap bersama saya
selama hayat yang ada
saya rasa saya berhak 
mendapat bonda seperti bonda

sebagai seorang adik
kepada saudara kandung  
mahu saya hamparkan kegembiraan d hati kalian semua
mahu saya jirus segala kesenangan dlm diri kalian
agar kalian tenang dan senang bersama saya
tak kira d kala suka mahupn duka
sesungguhnya 
kalian merupakan hadiah yang terbaek
yang telah DIA kurniakan kepada saya
mempunyai kalian dalam hidup ini
melengkapkan segala kekurangan dlm diri
tak pernah terasa kehilangan ayahada 
pabila hidup ini d penuhi kasih sayang kalian 
syukur kalian masih d sisi saya
dulu sehingga kini

sebagai seorang wanita
saya rasa saya berhak
untuk memilki  lelaki itu
dia yang saya rasa saya berhak
umtuk saya pilih bagi d miliki
bagi berkongsi suka duka dlm kehidupan dunia
yang sementara ini 
kerana dia lelaki itu 
adalah pilihan saya 
yang terbaik untuk diri saya yang serba kekurangan 
kerana dia seorang lelaki
yang saya yakin
 mampu membawa saya 
ke arah redha Illahi 
mendapat keberkatan darah daging sendiri 
 walaupun ada segelitir yang melemparkan tomahan 
kesan drpd tidak mampu memilki diri ini
menuduh melulu tanpa belas
caci maki tanpa ihsan 
namun biarlah mereka dan kata-kata mereka 
kerana saya telah bersedia untuk bersedia
menerima seadaanya dia sebagai lelaki dlm hidup ini 
buat dia seorang lelaki yang telah saya pilih itu 
bersedia lah kamu untuk bersedia
melayari kehidupan yang sementara ini
yang pasti nya
penuh dengan suka duka
pahit manis kehidupan
yang mungkin menjatuhkan kita dlm sekelip mata
menaikkan kita dlm seketika cuma
percayalah
yakinlah 
berdoalah
bertawakal 
dan berusahalah kerana DIA 
untuk kita memilki satu kehidupan d sana nanti 


 


# saya rasa saya bersedia untuk buat keputusan yang terbesar dlm hidup saya ...... 

Tuesday, April 03, 2012

KASIHAN SEORANG PEREMPUAN by FYNN JAMAL

ASSALAMUALAIKUM 

Tetiba terbaca status kak FYNN JAMAL ari nie akk tu buat satu puisi ringkas yg bil aterbaca cik AngguR agak terkedu kejap.

Jom cik AngguR kongsi ngan semua.

Layan ..............................



kasihan seorang perempuan.

diam-- dia lemah.

lantang-- nampak salah.
mesra-- dia sundal.
pasif-- suami gatal.

kahwin-- "bila beranak?"
tak kahwin-- pasti digelak.
berzuriat-- xcukup sempurna.
tak berisi-- lagi dikata.

berhijab-- tak cukup labuh.
tanpa tutup-- lagilah heboh.
setia-- dimadu sana sini.
curang-- dicanang keji.

terlalu cinta-- dimain2kan.
terlalu berjaga-- dimarah2kan.
sering nangis-- rimas selalu.
mata kering-- dipanggil batu.

orang mendosa-- yang salah perempuan.
bila pahala-- lelaki diagungkan.
buat betul-- pelbagai dipersoal.
buat silap-- sekampung berbual.

aduhai--
betapa kasihan;
betapa kasihan.

*pause*

kadang2 bila aku baca status2 chauvinist di fesbuk, aku rasa macam hendak komen dan maki selalu. aku tidaklah seorang anti lelaki, jauh sekali seorang feminis. aku cuma keadilan dalam pertimbangan.

baca status2 'jantan konon2' ini buat aku hendak muntah. beri nasihat itu ini pada wanita tapi dia sendiri melakukan perkara2 yang menjadikan perbuatan wanita yang dikata itu suatu fenomena.

contoh:
bersinis tentang perempuan bergambar tidak sopan.
SENDIRI ada gambar dalam kelab malam sama perempuan.
bertegas tentang aurat perempuan dan berkeras tentangnya.
SENDIRI cuma bergaul dengan mereka2 berkain atas peha.

apa cerita?

apa yang aku nampakkan,
zaman ini--
untuk menjadi perempuan yang diterima--
seorang perempuan perlu bertanya.

"abang hendak saya jadi apa?"

hakikatnya;
kalau tanya pada singa,
mestilah laparnya pada daging.
kalau tanya pada serama,
mertilah laparnya pada emping.

soalnya wahai perempuan--
"adik hendak jadi apa?"

kalau hendak jadi lauk,
masaklah tubuh sampai semerbak.
kalau hendak jadi ilmu,
lakarlah tubuh bertulisan berselerak.

kita yang pilih kita siapa.

*pause*

wahai perempuan.
semua jenis perempuan telah pernah aku jadi.
semua jenis perempuan--
DEMI diterima lelaki.

apa untungnya?
hati yang mati.
jiwa yang lari.

sudah2lah tu, wahai perempuan.
kasihankan diri kita.
sayangkan diri kita.

simpankan--
setiap kasih setiap cinta setiap rasa setiap manja--
pada seseorang bernama suami.

kerana--
selagi KITA tak terima diri ini;
selamanya kita saham yang rugi.
berhenti.

berhenti puaskan satu dunia.
berhenti--
dan buat APA yang kita SENDIRI rasa kita bahagia.

*pause*

kasihan.
kasihan seorang perempuan.
tapi menguntungkan.

kerana--
dibilang lemah, salah, sundal, gatal.
digelak, dimain, dimarah, ditujal.

kalau cuma dia senyum dan redha sabarkan--
berkecai semua--
berjemput ke syurga. 

by FYNN JAMAL

Tuesday, July 05, 2011

DARI DIA UTK AKU

Ya Allah Ya Tuhanku.. 
seandainya dia menjadi milikku...
tercipta untukku 
dekatkanlah dia padaku... 
satukanlah hatinya & hatiku... 
tetapkanlah kemesraan antara kami...
agar kebahagiaan ini abadi.. 

Ya Allah Ya Tuhanku... 
seandainya telah kau takdirkan dia bukan milikku,
bawalah dia jauh dari pandanganku & peliharalah diriku dari kekecewaan... 

Ya Allah Ya Tuhanku...
berikanlah diriku kekuatan melontarkan bayangannya ke dada langit, 
agar ku rasa bahagia walaupun tanpa dirinya... 
gantikanlah yang telah hilang, 
tumbuhkanlah kembali yang telah patah... 
meskipun tak sama dengan dirinya... 

seandainya dia datang menemuiku, 
 CINTA itu adalah CINTA sejati & satu... 

seandainya dia tidak datang menemuiku,
anggaplah cinta itu tidak wujud dari awal lagi... 

Ya Allah Ya Tuhanku....
pasrahkanlah apa engkau takdirkan adalah yang terbaik untukku... 
kerana engkau maha mengetahui, 
bahagia yang terbaik untuk hambamu ini... 

Ya Allah Ya Tuhanku... 
cukuplah engkau saja yang menjadi pemeliharaku di dunia mahupun akhirat menjuruskan ke arah kemaksiatan & kemungkaran... 
maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman supaya aku & dia sama2 dapat membina kesejahteraan yang engkau redhai... 
dan kurniakanlah padaku keturunan2 yang soleh Ya Allah.... 

AMIN... 



Saturday, June 25, 2011

SURAT CINTA

dh lama betoi cik AngguR tak update story mory dlm blog SEMANIS ANGGUR nie kan aiyakkkk....trsangat la bz lorghhh reja menimbun tp dan lagik on9 Fb cuma tak dan nk update blog ja....haha tapi post kwn2 dok baca gak okey... :P 

malam nie cik AngguR bru trjumpa satu sekeping nota yg agk wat haty cik AngguR terusik ckit...nk tau nota apa???ahaaaaaaaaa....... 

SURAT CINTA ...

sapa tak penah dpt surat cinta?? hehe sure penah dpt kan..tk kira la masa zaman sekolah rendah ka menengah ka...da yg bg time tadika la....haha lawak kan kalo igt2 balik zaman tu :P maneh munya kenangan tu... 

so sweet :P 

by de way surat yg cik AngguR jmpa nie d tulis bukan la d terima zaman cik AnggUr skolah tp zaman cik AngguR ngajaQ...sekali baca mcm nak marah pasai litang pukang dua tiga kali baca mau gelak pecah perot gak la hahaha nk tau pa dia tulih??

meh cik AngguR sharing is aring but not daring ngan semua ... 

~ layanzzzzzzzzzzzz ~ 



i want to tlk something about my feeling to you...
firstly i want to talk about my feeling, i feel love with u and this is my first love when i see u in the garden park yesterday. 
secondly i want to say i love u...
because you are so nce n very beautiful women.
i cant live without you. 
yopu face always in my heart i need you in my life to stay with me until the very end...
i ineed u to cry with over all the stupid thing cant you accept me???
please....
i very love you and i cannot live without you...
oh no !  

( tiap kesalahan ejaan dlm nie bukan la rekaan tp benar semata2 tak edit gsg okey surat nie hahah )

*** ppppssttttt.....tak kisah la apa pn pendapat org yg penting org tu jujur nk luahkn perasaan dia pd org yg dia suka..walaupon kdg2 ada yg trsalah ka apa ka...jgn sesekali kita menghina or mengutuk apa yg org lain usaha kan tu.lebey baek kita bg semangat & kata2 peransang utk dia kan kan????

Sunday, May 29, 2011

APABILA SEORG ISTERI MENANGIS

Jika isteri menangis dihadapanmu….
“hargai lah ia sblm terlewat…”
 
Jika seorang isteri menangis dihadapanmu, 
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…
 
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, 
dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..
 
Jika kau membiarkannya pergi, 
dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!
 
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, 
kEcuali didepan orang yang sangat dia sayangi, 
dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, 
hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.
 
Wahai suami2, 
jika seorang istri pernah menangis karenamu, 
tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu 
disaat kau terpuruk terlalu dalam …
 
Wahai suami2, 
jika seorang isteri menangis keranamu,
tolong jangan menyia-nyiakannya. 
Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.
 
Saat dia menangis didepanmu, 
saat dia menangis keranamu. 
Lihatlah jauh kedalam matanya.
Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?
 
Apakah keistimewaan perempuan ini ? 
Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..
SENYUMANnya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .
PELUKAN & CIUMAN nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..
Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.
Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn satu  hal…
Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia…
 
Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI2 yg solehah & SUAMI2 yang kamu kenal agar mereka tidak lupa bahwa ISTERI mrk begitu berHARGA… 
Dan sangat berHARGA. 


*** pppppsssttt...puisi nie bukan hasil nukilan cik AngguR cik AngguR dapat dr seorg sahabat cik AngguR sgt trtarik ngan bait2 kata yg trlukis indah dlm puisi nie....pa pon pesanan cik AngguR hargailah org yg kita sayang sebaek mungkin kerana dia begitu berharga ~...

Wednesday, May 18, 2011

UDA & DARA



adik manis : abg..napa abg sayang saya erk....

abang masam : ada byk sebab abg sayang.....

adik manis : alaa...nk tau...abg bgtau la saya napa abg sayang saya....

abang masam : ok ok abg bgtau erk..tp jgn gelak tau....

adik manis : ye ye tak gelak cepat la bgtau napa abg sayang saya...

abang masam : ermm...abg sayang awk sbb awak baik sgt..pas tupandai jaga haty abg..take care abg...awk perfect sgt

adik manis : tQ ats jawapan tu..

abang masam : sama sama..ha giliran abg lak nk tanya napa awk sayang abg ye...

adik manis trsenyum brsahaja & diam sejuta bahasa 

dlm haty brbisik sepi.... 

~ maafkn lah saya kerna tak mampu bg jawapan pd persoalan tu...saya menyayangi kamu KERANA ALLAH & AGAMA YG ADA PADA MU....pabila hilang nya agama dr diri mu maka hilang lah cinta & kasih ku pada mu ~

RINTIHAN SI DARA 

Wahai Pemilik duniaku 
aku tahu dia merupakan ujian drpd Mu utk diri ku ini 
maka jadikanlah diri ku trdiri drpd golongan org yg sabar 
matikanlah segala rasa kerinduan...
hilangkanlah rasa kecintaan...
serta hapuskanlah rasa kasih sayang ku kepada nya....
agar aku tidak trsasar jauh dr merindui..mencintai & mengasihi Mu lebey dr segala nya.... 

Wahai Pemerintah hatyku.. 
berikanlah kekuatan kepada utk terus kuat 
tika aku gusar akan kehilangan cinta nya 
kurniakanlah rasa kasih sayang yg tidak trhingga kepada Mu 
sehingga aku lalai dr mengingati yg lain selain dr Mu 

Wahai Penakluk perasaan ku.... 
seandainya dia yg telah Kau takdirkn utk ku 
maka Kau satukanlah diri nya dgn diri ku ini 
Kau berikanlah kebahagian & kesejahteraan 
d dunia & akhirat 

namun seandainya dia bukan yg terbaek utk ku 
maka Kau berikalah kekuatan kpd ku utk menerima segala ketentuan Mu 
jauhknlah diri ku dr brperasangka buruk dgn tiap apa yg telah d takdir kan... 

sesungguhnya hanya Kau yg lebey mengerti & mememahami setaip rintihan hamab Mu ini


*** ppppsssttt...tgh sedikit kepelikan & keterujuaan....pelik sbb awat tetiba cik Anggur jadik minah jiwang & bawang utk seketika waktu ....teruja pasai ahakz dh lama tak buat puisi2 nie walawey..setelah brtahun lama nya tak menulis tetiba ri nie ley lak wat..perghhh tp tak best la pulak....takot habit lama kembali menerjah... ( tingat kawan2 zamn skolah yg suka baca puisi2 aku hahaha buat my fren AYU TEDDY, NURUL RASYIDAYANTI & YAMIN..jgn gelak okey )

Saturday, April 16, 2011

KETIKA ALLAH MEMILIH MU UTK DIRI KU

Padamu yang Allah pilihkan dalam hidupku..
Ingin ku beri tahu padamu..
Aku hidup dan besar dari keluarga bahagia..
Orang tua yg begitu sempurna..
Dengan cinta yg begitu membuncah..
Aku dibesarkan dgn limpahan kasih yang tak terhingga..
Maka, padamu ku katakan..
Saat Allah memilihmu dalam hidupku,
Maka saat itu Dia berharap, kau pun sanggup melimpahkan cinta padaku..
Memperlakukanku dgn sayang yang begitu indah..


Padamu yang Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, aku hanya wanita biasa dengan begitu banyak kekurangan dalam diriku,
Aku bukanlah wanita sempurna, seperti yang mungkin kau harapkan..
Maka, ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Dia ingin menyempurnakan kekuranganku dgn keberadaanmu.
Dan aku tahu, Kaupun bukanlah laki-laki yang sempurna..
Dan ku berharap ketidaksempurnaanku mampu menyempurnakan dirimu..
Karena kelak kita akan satu..
Aibmu adalah aibku, dan indahmu adalah indahku,
Kau dan aku akan menjadi 'kita'..


Padamu yg Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, sejak kecil Allah telah menempa diriku dgn ilmu dan tarbiyah,
Membentukku menjadi wanita yg mencintai Rabbnya..
Maka ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Allah mengetahui bahwa kaupun telah menempa dirimu dgn ilmuNya.. Maka gandeng tanganku dalam mengibarkan panji-panji dakwah dalam hidup kita..
Itulah visi pernikahan kita..
Ibadah pada-Nya ta'ala..


Padamu yg Allah tetapkan sebagai nahkodaku..
Ingatlah.. Aku adalah mahlukNya dari tulang rusuk yang paling bengkok..
Ada kalanya aku akan begitu membuatmu marah..
Maka, ketahuilah.. Saat itu Dia menghendaki kau menasihatiku dengan hikmah,
Sungguh hatiku tetaplah wanita yg lemah pada kelembutan..
Namun jangan kau coba meluruskanku, karena aku akan patah..
Tapi jangan pula membiarkanku begitu saja, karena akan selamanya aku salah..
Namun tatap mataku, tersenyumlah..
Tenangkan aku dgn genggaman tanganmu..
Dan nasihati aku dgn bijak dan hikmah..
Niscaya, kau akan menemukanku tersungkur menangis di pangkuanmu..
Maka ketika itu, kau kembali memiliki hatiku..


Padamu yang Allah tetapkan sebagai atap hunianku..
Ketahuilah, ketika ijab atas namaku telah kau lontarkan..
Maka dimataku kau adalah yang terindah,
Kata2mu adalah titah untukku,
Selama tak bermaksiat pada Allah, akan ku penuhi semua perintahmu..
Maka kalau kau berkenan ku meminta..
Jadilah hunian yg indah, yang kokoh…
Yang mampu membuatku dan anak-anak kita nyaman dan aman di dalamnya..


Padamu yang Allah pilih menjadi penopang hidupku…
Dalam istana kecil kita akan hadir buah hati-buah hati kita..
Maka didiklah mereka menjadi generasi yg dirindukan syurga..
Yang di pundaknya akan diisi dgn amanah-amanah dakwah,
Yang ruh dan jiwanya selalu merindukan jihad..
Yang darahnya mengalir darah syuhada..
Dan ku yakin dari tanganmu yg penuh berkah, kau mampu membentuk mereka..
Dengan hatimu yg penuh cinta, kau mampu merengkuh hati mereka..
Dan aku akan selalu jatuh cinta padamu..


Padamu yang Allah pilih sebagai imamku…
Ku memohon padamu.. Ridholah padaku,
Sungguh Ridhomu adalah Ridho Ilahi Rabbi..
Mudahkanlah jalanku ke Surga-Nya..
Karena bagiku kau adalah kunci Surgaku..

QURAN



Waktu engkau masih kanak-kanak,kau laksana kawan sejatiku
Dengan wudu’ aku kau sentuh dalam keadaan suci
Aku kau pegang, kau junjung dan kau pelajari
Aku engkau baca dengan suara lirih ataupun keras setiap hari
Setelah usai engkaupun selalu menciumku mesra 

Sekarang engkau telah dewasa…
Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku…
Apakah aku bacaan usang yang tinggal sejarah…
Menurutmu barangkali aku bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu
Atau menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji saja? 

Sekarang aku engkau simpan rapi sekali hingga kadang engkau lupa dimana menyimpannya
Aku sudah engkau anggap hanya sebagai perhiasan rumahmu
Kadangkala aku dijadikan mas kawin agar engkau dianggap bertaqwa
Atau aku kau buat penangkal untuk menakuti hantu dan syetan Kini aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirian dalam kesepian
Di atas lemari, di dalam laci, aku engkau pendamkan. 

Dulu…pagi-pagi…surah-surah yang ada padaku engkau baca beberapa halaman
Sore harinya aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di surau…..

Sekarang… pagi-pagi sambil minum kopi…engkau baca Koran pagi atau nonton berita TV Waktu senggang..engkau sempatkan membaca buku karangan manusia
Sedangkan aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Yang Maha Perkasa.
Engkau campakkan, engkau abaikan dan engkau lupakan… 

Waktu berangkat kerjapun kadang engkau lupa baca pembuka surahku (Basmalah)
Diperjalanan engkau lebih asyik menikmati musik duniawi
Tidak ada kaset yang berisi ayat Alloh yang terdapat padaku di laci mobilmu
Sepanjang perjalanan radiomu selalu tertuju ke stasiun radio favoritmu Aku tahu kalau itu bukan Stasiun Radio yang senantiasa melantunkan ayatku
Di meja kerjamu tidak ada aku untuk kau baca sebelum kau mulai kerja
Di Komputermu pun kau putar musik favoritmu
Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku melantun
E-mail temanmu yang ada ayat-ayatkupun kadang kau abaikan Engkau terlalu sibuk dengan urusan duniamu 

Benarlah dugaanku bahwa engkau kini sudah benar-benar melupakanku
Bila malam tiba engkau tahan nongkrong berjam-jam di depan TV
Menonton pertandingan Liga Italia , musik atau Film dan Sinetron laga
Di depan komputer berjam-jam engkau betah duduk
Hanya sekedar membaca berita murahan dan gambar sampah
Waktupun cepat berlalu…aku menjadi semakin kusam dalam lemari
Mengumpul debu dilapisi abu dan mungkin dimakan kutu

Seingatku hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali
Itupun hanya beberapa lembar dariku
Dengan suara dan lafadz yang tidak semerdu dulu
Engkaupun kini terbata-bata dan kurang lancar lagi setiap membacaku.

Apakah Koran, TV, radio , komputer, dapat memberimu pertolongan ?
Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba
Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNya
Hanya dengan ayat-ayat Allah yang ada padaku engkau dapat selamat melaluinya.

Sekarang engkau begitu enteng membuang waktumu…
Setiap saat berlalu…kuranglah jatah umurmu…
Dan akhirnya kubur sentiasa menunggu kedatanganmu..

Engkau bisa kembali kepada Tuhanmu sewaktu-waktu 

Apabila malaikat maut mengetuk pintu rumahmu.
Bila aku engkau baca selalu dan engkau hayati…
Di kuburmu nanti….
Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan
Yang akan membantu engkau membela diri
Bukan koran yang engkau baca yang akan membantumu

Dari perjalanan di alam akhirat Tapi Akulah “Qur’an” kitab sucimu
Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu

Peganglah aku lagi . .. bacalah kembali aku setiap hari
Karena ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat suci Yang berasal dari Alloh, Tuhan Yang Maha Mengetahui
Yang disampaikan oleh Jibril kepada Muhammad Rasulullah.
Keluarkanlah segera aku dari lemari atau lacimu…
Jangan lupa bawa kaset yang ada ayatku dalam laci mobilmu Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu
Agar engkau senantiasa mengingat Tuhanmu

Sentuhilah aku kembali…
Baca dan pelajari lagi aku….
Setiap datangnya pagi dan sore hari
Seperti dulu….dulu sekali…
Waktu engkau masih kecil , lugu dan polos…
Di surau kecil kampungmu yang damai

Jangan aku engkau biarkan sendiri….
Dalam bisu dan sepi….
Mahabenar Allah, yang Mahaperkasa lagi Mahabijaksana.... 

*** ppppssttt...trkedu & trsentak seketika bila cik AngguR baca balik nota yg trsimpan rapi dlm folder cik AngguR nie....just nk share ngan kawan2 semua...renung2 kn lah k...kita nie trletak pd golongan yg mana la kan...menyimpan Quran sbgai hiasan d almari @ menyimpan Quran sbgai pedoman & pegangan d dlm haty.... :P

KATA-KATA HIKMAH

SELAMAT KEMBALI

Assalamualaikum  tepuk bahu utk diri sendiri.  last masuk jenguk sini 2018 skrg dah 2024.  aduhhh....dah hampir 6 tahun.  Subhanallah//moga ...