TIPS NAK JADI KAYA DALAM MASA 40 HARI

 Assalamualaikum

satu perkongsian bersama yg d amik dr FB


MENJADI KAYA DALAM MASA 40 HARI..
- oleh Ustaz Yusuf Mansur

"Sesiapa yang berjalan menuju ALLAH, ALLAH akan berlari menuju dia. Siapa yang berlari menuju ALLAH, maka ALLAH akan menuju kepadanya".
• Jaga Solat Tahajjud 8 Rakaat + Witir 3 Rakaat.
• Jaga Solat Subuh, Zuhur, Ashar, Maghrib, dan Isya. (Khusus soal solat, terkandung di dalamnya menjaga berjamaah di masjid, lengkap dgn qabliyah dan ba'diyahnya. Juga Sunnah Tahiyyatul Masjid, sbg tanda kita datang sebelum waktunya azan/pra-ontime).
• Jaga Waaqi'ah sesudah subuh atau sesudah asar (boleh pilih).
• Jaga Solat dhuha 6 Rakaat. Yang kuat, 12 rakaat.
• Baca zikir usai solat, plus yaa fattaah yaa rozzaaq 11x, plus ayat kursi, plus qulhu 3x. Ini setiap usai solat.
• Khusus usai solat subuh dan asar, ditambah 4 ayat terakhir surah al Hasyr.
• Jaga setiap hari membaca 300x laa hawla walaa quwwata illaa billaah. Boleh 100x. Dan boleh dibagi-bagi di 5 waktu solat.
• Jaga setiap hari baca Istighfar 100x.
• Jaga setiap hari baca subhaanallaahi wabihamdihi subhaanallaahil 'adzhiem 100x pagi dan 100x petang. (Boleh habis dhuha dan habis asar/menjelang maghrib).
• Jaga setiap hari baca Yaasiin (bebas waktunya bila2 saja, yg penting 1hari 1x).
• Tutup malam dgn solat sunnah 2 rakaat; baca Qulyaa di rakaat pertama, Qulhu di rakaat kedua. Setelahnya baca salah satu dari as Sajdah, Tabaarak atau ar Rahmaan.
Jaga ini selama 40 hari. Berjuang ya!!. Terutama solat tepat waktu, di masjid, plus qabliyah ba'diyahnya. Di iringi dengan Puasa Nabi Daud supaya mudah.
Semoga ALLAH menyegarkan badan kita semua, menyihatkan kita semua. Kepada ALLAH dan untuk ALLAH kita luruskan niat kita ya. Aamiin..

#COPYPASTE

Comments

Post a Comment

Popular Posts