Thursday, May 29, 2014

KISAH SI KECIK # CUCUK KANCING GIGI (ATT - ANTI TETANUS TOXOID)

ASSALAMUALAIKUM

sedar tak sedar sekejap ja dh masuk 6 bulan. Subhanallah. rasa mcm baru ja  kawin tetiba dlm sekelip mata tinggal lebih kurang 15 lagi nk timang cahaya mata. semoga Allah permudahkan.

semalam ke klinik kesihatan utk cucuk kancing gigi. cucuk utk kali yg kedua. yg kali pertamanya cucuk masa nak masuk 20 mggu aritu. kebasnya jangan cakap la. kalau ikutkn saya kena cucuk masa ari isnin aritu. boleh plak kak wan yg check up saya tu lupa lepas tulis semua repirt. saya pn boleh lupa jugak walaupn kak wan dh bgtau sebelum tu nk cucuk kancing gigi. makanya trpaksa la g klinik semalamnya. lama tggu sbb peti ais rosak. vaksin nk kena g amik dekat klinik besar. smpi awal pn tetap jd lamabat. apapun Alhamdulillah lepas nie tak de dh nk kena cucuk kancing gigi lagi.

cumanya yg tak berapa nk best HB saya turun mendadak tinggal 10. kalo ikut kn check up bulan lepas dh cun dh 11. paras normal. ni turun pulak. nak nanges rasa. semua vitamin yg doktor bg tak pnh tak makan. tetap turun jugak. bila dengar plak kak wan bgtau risiko kalau HB rendah lg brtambah tambah takut. bukan risau kn diri seniri tp risau kn ank d dalam.

insyaAllah lepas nie kena mkn bayam banyak banyak. usaha lebih ckit dr biasa. moga Allah jaga si kecik d dalam.


SEDIKIT INFO TENTANG SUNTIKAN ATT - ANTI TETANUS TOXOID @ KANCING GIGI 

Suntikan kancing gigi atau suntikan ATT (Anti Tetanus Toxoid) bertujuan membantu kita membentuk antibodi bagi melindungi diri dan bayi dalam kandungan daripada kuman yang mudah dijangkiti melalui luka semasa bersalin.

Tanda-tanda seseorang itu mendapat kancing gigi ialah kelesuan, ketegangan atau kekejangan, sukar mengunyah, otot semakin keras hingga terkancing gigi, susah tersenyum lebar, pengecutan otot yang kuat, kekejangan yang menyakitkan.

Kancing gigi boleh mengakibatkan keretakan (di tulang-tulang panjang, tulang belakang), kerenggangan tendon, kesukaran makan, kegagalan jantung dan trombosis. 



*** budak kecik nie kan bila daddy dia tak de g outstation senyap je kan. main pun sopan je. bila daddy balik je malam tdi amboii kemain lagi tak nk tido. smpi kul 2 3 pagi main dlm perut mama. pas tu bangun awal plak tu sebelum org azan subuh. hai la anak...dok dalam perut pn tau kn mama sorang sorang ke brteman ke. moga jadi anak yg baik utk mama & daddy.

3 comments:

  1. mencegah lebih baik dari mengubati konsep dia hihihi

    dari sekarang lagi dah mula paham, dah kuar nt mesti lagi boleh paham. amin amin :)

    ReplyDelete
  2. Ohhhh nak jadi mamalah ni yeh...
    Baby pun tau kan..... Takut mama sunyi tu yg main bukan main lagi dalam perut tu hehe...
    Tak delah rendah sangat kalau 10...Insyallah usahakanlah makan apa apa yg menambahkan darah..

    ReplyDelete
  3. kjp je dh 6 bln....tup2 dh nk bsalin....hrp2 smuanya ok la ye

    ReplyDelete

KATA-KATA HIKMAH

ILUSI TAK BERTEPI - HIJAU