Friday, November 18, 2011

CINTA KONTRAK bY NURUL AIN SYUHADA

ASSALAMUALAIKUM

YEAH....Setelah tiga tahun brpencen drpd gian membaca novel akhirnya hobi cik AngguR kembali menyerang. Puncanya???Kakak cik AngguR lah sbb dia tu boleh d kategorikan hantu novel sebut ja novel apa semua dia beli & simpan. Serius mmg dia dh ley bukak satu galeri besaQ ngan himpunan novel novel dia.

D sebabkn dh gian balik so cik Anggur pon mula la merajinkan diri utk merabakkan poket yg tak berapa nk basah nie utk beli novel baru. Novel pilihan cik AngguR kali mmg super best !!! Tabik spring pd penulis dia. Muda lagi bru ja 19 tahun tp hasil nukilan dia mg terbaek. Usaha lagi erk dik....hope berjaya hendaknya t akak beli lagik novel adik hahaha.

Okey novel pilihan cik AngguR kali nie ialah : -

 
sedekit sedutan drpd novel CINTA KONTRAK bY NURUL AIN SYUHADA
Ibu! Rasa macam nak terjun laut! Terseksa la kalau macam ni. dengan kontrak tak matured tu lagi! Hampeh punya engineer! Pergi blaja tinggi-tinggi sebab nak create kontrak bebudak camtu ke? Kalau aku jadik pengarah univers...iti cicak kobeng tu, ku tendang jauh masuk gol mamat ni!

Nur Alia Airysha, seorang gadis yang datang dari kampung ke Kuala Lumpur dengan niat untuk mengumpul duit demi keluarga dan membiayai kos pembelajarannya. Dengan bantuan sahabat Alongnya, Kak Yati, Airysha bekerja di sebuah butik terkemuka yang dimiliki oleh Datin Aleeya.

Muhammad Danial Franz, seorang pemuda kacukan Perancis yang berkelulusan dari luar negara kembali ke Malaysia dan bekerja di bawah daddynya, Dato’ Eddy disebuah syarikat besar.

Takdir menemukan Airysha yang brutal dengan Danial yang ego di butik mommy Danial, Datin Aleeya! Danial cuba mendapatkan Airysha tanpa merendahkan egonya. Danial membawa Airysha untuk bertemu orang tuanya untuk dikahwinkan. Tetapi perkahwinan ini bersyarat! Kontrak yang direka Danial dipandang remeh oleh Airysha.

Disaat akad nikah hampir tiba, Airysha menyusun strategi untuk lari!, Airysha mengambil keputusan untuk membatalkan kontrak tersebut. Lantas sekeping kertas yang tertera kontraknya, dibuang. Apa yang bakal terjadi seterusnya? Adakah perkahwinan masih diteruskan? Bagaimana kehidupan Airysha selepas ini? Adakah masih terkurung disangkar yang disaluti emas? Bahagiakah dia? Bagaimana pula penerimaan Danial terhadap perangai brutal Airysha? Bila senduk bertemu kuali, bila api bertemu sumbu bom, apa yang akan terjadi?

"Kontrak! Kontrak! Kontrak! Tu je yang kau tau nak sebut? Yela! Yela! Aku yang buang. Aku tak puas hati dengan syarat-syarat dia. Ada ke aku sebagai seorang perempuan, kena tido atas sofa? Kau ni manusia takde hati, takde perut!" selorohku. Dalam masa yang sama, aku cuba melepaskan diri daripada rangkulannya. Danial mendengus perlahan.

------------------------------ -----

"Weh! kau giler hape? Nak bunuh aku ke?" Danial cuak .

"You decide. Nak hidup ke, nak mati?" Aku menghadiahkannya segaris senyuman.

"Malam ni, malam kau. Jangan harap lepas ni kau boleh langgar kontrak aku!" ujar danial kasar. Terpaksa dia mengalah. Takut jugak kalau minah ni tembap seterika kat muka aku, dah tak hensem la aku! Muka macho macam ni, mana nak dapat? Syarat kedua berjaya aku langgar. Caiyok Airysha!

Segera aku melompat ke atas katil apabila Danial sudahpun turun daripada katil indah miliknya. Malam ni, kau milik aku, wahai katilku sayang!

------------------------------ -----------

Judul : Cinta Kontrak
Penulis: Nurul Ain Syuhada
Penerbit : Karyaseni
Semenanjung : RM 20
Sabah / Sarawak : RM23 
 
*** ppppssstttt...jangan tak beli erk buku nie :P cik Anggur suka sangat sangat watak dalam buku nie terkebetulan watak tu sama perangai ngan dengan seseorang yang sangat cik Anggur sayang... love u so much ~ 

3 comments:

  1. saljurindu : yup mmg best bangat ~ beli la tak rugi pon

    ReplyDelete
  2. Hi Cik anggur, buat preloved tak novel ni hehe ?

    ReplyDelete

KATA-KATA HIKMAH

ILUSI TAK BERTEPI - HIJAU