Saturday, March 12, 2011

WITIR

WITIR

solat yang ganjil bilangan rakaatnya sama ada satu, tiga, lima, tujuh, sembilan dan 11 rakaat 

dinamakan dengan witir kerana ditamatkan dengan satu rakaat dan berbeza dengan solat yang lain 

hukumnya adalah sunat muakkad di sisi mazhab Syafie dan jumhur ulama tetapi menjadi wajib di sisi mazhab Hanafi
  
bagi yang melakukan solat witir diberi pilihan sama ada melakukan pada awal malam selepas solat Isyak jika dibimbangi tidak bangun pada malam tersebut atau pada akhir malam jika diyakini dapat bangun pada malam tersebut. Ini lebih baik dan afdal.  

jumlah rakaat bagi witir ialah ganjil sebab itulah ia dinamakan witir (ganjil). Paling sedikit 1 rakaat dan yang paling banyak 11 rakaat. Waktu untuk mengerjakan solat ini ialah selepas solat isyak sehingga terbit fajar. 


“Jadikanlah solat terakhir pada malam sebagai solat witir” [HR Muslim].  

 Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya Allah itu ganjil dan suka kepada yang ganjil-ganjil. Oleh itu, witirlah kamu wahai ahli al- Quran. (Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi, al-Nasa`ie, Ibn Majah dan Ibn Khuzaimah)

Solat sunat witir dikurniakan kepada kita oleh Allah, dan ia satu solat yang lebih baik daripada unta merah. (Riwayat Abu Daud, Ibn Majah dan al-Tirmizi).  
Solat sunat witir adalah benar melaksanakannya justeru sesiapa yang tidak solat witir dia bukanlah daripada golongan kami, Rasulullah mengulangi sebanyak tiga kali. (Riwayat Imam Ahmad, Abu Daud dan al-Hakim).  


Hadis daripada Jabir r.a berkata, sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: Sesiapa yang bimbang tidak dapat mendirikannya pada tengah malam maka berwitirlah pada awal malam, tetapi siapa yang mampu mendirikannya pada tengah malam itu dipersaksikan dan yang demikian itu adalah lebih baik.  
Imam Abu Daud dan an-Nasa’i telah meriwayatkan sebuah hadis dari Abu Ayyub yang maksudnya: “Rasulullah SAW pernah bersabda” Solat witir itu adalah benar (hak). Siapa yang suka mengerjakannya lima rakaat, kerjakanlah. Siapa yang suka mengerjakannya tiga rakaat kerjakanlah, dan siapa yang suka mengerjakannya satu rakaat sahaja pun, kerjakanlah
“Sesungguhnya Allah SWT telah menambahkan kepada kamu satu solat, iaitu solat witir. Maka sembahyanglah antara solat Isyak dan solat subuh. (Ahmad) 

Sabda Nabi s.a.w.: “Bila sudah menjelang pagi, dan salah seorang daripada kamu masih belum melakukan (solat) witir, maka berwitirlah (qadha). (Baihaqi & al-Hakim) 

Wahai ahli Al-Quran, kerjakanlah solat witir, sebab Allah itu witir ( Maha Esa) dan suka sekali kepada yang witir. ( HR. Ahmad) 

Sesungguhnya Allah itu witir (ganjil), dan Dia menyukai witir, maka lazimkanlah solat witir, wahai ahli Al-Quran.” HR Abud Dawud dan Tirmizi.

Witir adalah kewajiban, barangsiapa tidak melaksanakan Witir, maka ia tidak termasuk golongan kami” (H.R. Ahmad dan Abu Dawud.)
YANG PENTINGNYA BUAT, BUKAN HUKUM. 
tiap ilmu mesti d ikat ngan perbuatan dulu baru la ley melekat d haty



No comments:

Post a Comment

KATA-KATA HIKMAH

SELAMAT KEMBALI

Assalamualaikum  tepuk bahu utk diri sendiri.  last masuk jenguk sini 2018 skrg dah 2024.  aduhhh....dah hampir 6 tahun.  Subhanallah//moga ...