Showing posts with label ILMU. Show all posts
Showing posts with label ILMU. Show all posts

Friday, November 04, 2016

Hutang DHUHA

*HUTANG DHUHA*

Maaf panjang sikit tapi jangan tak baca... RUGI

Baca sampai habis tau.

Satu ilmu yang saya baru tahu yang  saya rasa terpanggil untuk berkongsi  dengan anda adalah ilmu tentang solat dhuha.

Seorang Ustaz dari Indonesia yang bernama Ustaz Yusuf Mansur sangat memperjuangkan dan membudayakan kelebihan dan manfaat melakukan solat dhuha dan sedekah di negaranya.

Didalam bukunya bertajuk “ Undang saja Allah; Belajar Syukur, Belajar Yakin” beliau memperkenalkan konsep “ Hutang 2 Rakaat Dhuha”.

Di dalam buku tersebut beliau membahaskan konsep bahawa *kita sudah terlalu banyak berhutang dengan Allah* sebenarnya.

  Kerana kita terlupa untuk “membayar” bayaran kerana kita memakai mata, tangan, kaki, jantung serta organ kita yang lain kepada Allah.

Oleh kerana Allah tahu bahawa kita tidak akan mampu membayar semua nikmat tersebut menggunakan wang, oleh itu Dia dengan kasih sayangnya mensyaratkan bahawa solat sunat dhuha 2 rakaat sebagai bayarannya.

Seperti yang tercatat di satu hadis “  

*Pada setiap manusia terdapat tiga ratus empat puluh sendi. Setiap satu sendi harus disedekahi olehnya. Para sahabat bertanya, ‘ siapakah yang sanggup melakukannya wahai Rasulullah? 

Rasulullah bersabda, jika terdapat kotoran dimasjid, tutuplah dengan tanah ( buang dan bersihkan), dan jika ada sesuatu yang merintangi jalanan, jauhkanlah. Jika engkau tidak sanggup melakukannya maka solat dhuha dua rakaat sebagai gantinya bagimu”*(HR. Imam Ahmad)

Dan menurut riwayat yang lain, “ Setiap pagi semua anggota badan masing-masing dari kalian wajib disedekahi. Setiap kali tasbih adalah sedekah.

Setiap kali tahmid adalah sedekah. Setiap kali tahlil adalah sedekah. Setiap kali takbir adalah sedekah. Amar ma’ruf dan nahi mungkar adalah sedekah. Semuanya terpenuhi dengan dua rakaat solat dhuha.” ( HR. Muslim ).

Melalui hadis diatas, semakin jelas kepada kita bahawa kita sudah banyak berhutang kepada Allah selama ini rupanya. Ada diantara kita yang berumur 20, 30 malah mungkin 50 tahun, akan tetapi baru tahu akan hal ini. 

Kita baru tahu yang kita sedang berhutang sebenarnya. Bahkan ini baru hutang dhuha, belum lagi dikira hutang solat wajib, hutang zakat, juga hutang yang lain-lainnya.  Pasti sangat banyak kiraannya.

Jika setahun kita berhutang dhuha 2 rakaat, jika dikira agak –agak berapa rakaat yang perlu kita bayar?  Jika setiap tahun mengandungi 365 hari di darab dengan 2 rakaat dhuha yang ditinggalkan, jumlah hutang  dhuha kita pada Allah  setahun adalah 730 rakaat. Maka jika 10 tahun adalah 7300. Masha Allah.

Bagaimana pula jika 20 atau 30 tahun? Sungguh banyaklah bukan?.

Persoalannya disini, adakah betul kita harus membayar hutang hutang tersebut? Jika ya, bagaimanakah cara mahu membuatnya?.

Untuk menjawab persoalan tersebut, saya ingin berkongsi apa yang diceritakan ustaz Yusuf Mansur didalam buku tersebut tentang hal ini.

Seorang pekerja kerajaan telah datang bertemunya selepas beliau menyampakan satu ceramah dan pekerja tersebut menceritakan bahawa dia terkena satu musibah.

Wang tabungan yang sudah dikumpul selama setahun telah hilang kerana dicuri. Agak banyak jumlahnya. Dia sangat tertekan dengan hal tersebut dan pergi menemui Ustaz Yusuf Mansur.Ustaz dengan pantas bertanya, “ Ada mengamalkan solat dhuha tak selama ini?” kemudian pekerja itu menjawab bahawa dia tidak atau kalau lakukan pun agak jarang sekali. Kemudian secara langsung ustaz menjawab, “ Patutlah Allah mengambil ( melalui pencuri)  duit tersebut, diambil Allah wang tersebut untuk “bayar” hutang rupanya”. Begitu juga kalau berbisnes atau berniaga, setelah sekian lama berniaga, namun kita masih tak dapat membuat simpanan, itu mungkin kerana kita tidak berdhuha selama ini.

Berbalik kepada persoalan bagaimanakah kita ingin membayar hutang-hutang dhuha kita itu, adakah kita perlu bersolat sunat dhuha tanpa henti supaya hutang-hutang kita terbayar?
Adakah kita perlu bersedekah supaya hutang kita itu dilunasi?. Anda rasa bagaimana? Mengikut cadangan Ustaz Yusuf Mansur didalam buku tersebut dia ada berkongsi sedikit tips dan cara bagaimana kita boleh membayar hutang- hutang Dhuha kita.

Seseorang bernama Saifullah telah menghantar satu smskepada ustaz :

“ Ustaz, saya baru terbaca tentang hutang dhuha di program Dhuha Coffee ustaz. Saya termasuk orang yang mempunyai hutang dhuha dengan Allah. Saya kini berumur 34 tahun 2 bulan. Ertinya jika saya akil baligh umur 10 tahun, saya sudah berhutang 24 tahun. Dalam sekitar 8,760 hari itu saya berhutang 17,520 rakaat. Mungkin ini sebabnya saya merasakan hidup saya kurang diberkati. Sekarang bagaimanakah saya mahu melunasinya? Wassalam”

Antara tips ustaz yang sangat menarik dan relevan untuk diaplikasikan adalah melalui *menyeru orang lain juga untuk berdhuha*. Ya, ceritakan juga akan konsep hutang dhuha ini kepada sebanyak mungkin orang yang anda kenal. Dengan cara ini sahajalah hutang-hutang anda mampu dilunasi kerana setiap kali orang lain berbuat kebaikan yang mereka dapat inspirasi melalui anda, secara langsung anda akan mendapat pahala. Kebaikan dan amalan yang mereka lakukan secara langsung akan menjadi saham pahala anda juga.

Namun, pasti akan ada yang bertanya, “ Tetapi bukan semua pandai untuk menceritakan perkara- perkara sebegini kepada orang lain”. Pasti akan terdetik difikiran, sesetengah antara kalian. 
Jika anda tidak mampu menceritakan akan tentang konsep hutang dhuha, apa kata anda mulai dengan mengajak orang berdhuha mengikut keadaan dan tahap yang anda selesa.

Jika anda ada Blog atau Facebook, WhatsApp, Telegram, Wechat dan sebagainya, cuba menggalakkan orang lain supaya berdhuha.

Jika anda sebagai ketua jabatan, sediakan masa 10 minit sebelum memulakan kerja dan mengajak pekerja bawahan anda melakukan solat sunat Dhuha.

Jika anda seorang pengacara Radio atau Televisyen, selitkan manfaat dan kelebihan Dhuha didalam percakapan anda. Jika anda seorang pemimpin, nasihatilah dan berikan motivasi tentang kelebihan berdhuha kepada rakyat anda. Jika anda guru atau pensyarah, sediakan waktu untuk mengajak pelajar –pelajar anda berdhuha disetiap pagi. Namun, jangan hanya menyuruh, ceritakan juga kepada mereka kelebihan melakukan solat dhuha. Supaya mereka lagi bermotivasi.

Setiap di antara anda mampu membayar hutang tersebut jika anda berterusan menyeru dan memotivasikan akan orang disekeliling anda tentang kelebihan solat sunat dhuha.
Oleh kerana penulis juga merasakan bahawa diri penulis juga memnpunyai banyak hutang dhuha, maka penulis rasa penting untuk berkongsi akan konsep ini.

Moga moga jika antara kalian mengamalkan juga menyebarkan kepada orang ramai, harapnya akan terlunasi juga hutang dhuha.

Semoga amalan kita diterima sebagai amalan soleh.

Jom kita sebarkan kerana Allah...

In shaa Allah...


Thursday, July 09, 2015

Bila Anak Demam

Assalamualaikum 

fuhh.....sempat curi curi masa update blog. rindu oii nk update tengok org lain rajin betoi update. sempat update mai hakak nie huishhh bz nya oiiiii.

minggu lepas tetiba malam tu Bussaina demam. panas melampau. Allah berbahang rasa bila tido tepi dia. dalam kepala nie dok pikiaq nk bg mandi ja. tapi memandangkan mata ank layu mengantok tapi reyau sebab badan tak sedap & panas so saya pn amik air suam then lap badan anak smpi sejuk.

apa yang saya buat bila anak demam?

1. LAP DENGAN AIR SUAM 
memang mak ajar kalo demam lap dengan air suam. bagi rasa panas sikit2. kalo lap dengan air sejuk takut nnt terkejut badan yg tengah panas tu karang tarik pulak. lagi bahaya. apapun lain org lain caranya. yg pakai air sejuk or ais tu ok je. tapi saya tak penah cuba. bagi saya asalkn lap bagi panas keluar sudah tak kisahla janji lap. lagi elok kalo mandikan.

ada yang tanya kenapa saya guna Air Suam?
sebabnya ikut pada sumber bacaan saya DR bagitau bila lap dgn air suam liang liang kulit akan terbuka. so haba panas dalm badan mudah dikeluarkan. kalo guna air ais liang liang kulit tertutup so haba nk keluar tersekat.

2. TANGGALKAN PAKAIAN
okey bila dah lap badan anak, saya biarkn anak tido tanpa baju or seluar. pakai stokin ja. then suhu badan tiap 2 jam saya check. kalo pegang rasa panas balik saya lap lagi smpila badan anak sejuk. dan saya just selimut kn ank dengan kain yg nipis ja. selubung anak dgn selimut tebai tebai buat bg hba teperangkap lagi kang lagi panas badan dia tak pasai ja.

3. KERAPKAN MANDI 
waktu siang mmg saya kerap mandikan anak. serius kadang sejam sekali kadang dua jam sekali. bukan mndi beria mcm mndi salu tu sabun syampo bagai. just mandi bilas 4 5 minit dgn air suam utk bagi badan sejuk. dan alhamdulillah demam cepat kebah.

4. MAKIN KERAP SUSUKAN ANAK
nak cepat hilang panas saya kerap bagi anak menyusu. bila makin banyak dia nyusu makin banyak dia buang air kecik haaaa boleh katakn kejap ja tukaq pampers. sbb cepat penuh. alhamdulillah nie pn bagi cepat kebah gak demam.

5. PANTAU SUHU BADAN
termometer adalah salah satu benda WAJIB ada utk ibu bapa sebab bila ank demam suhu badan dia wajib pantau. kalo dh naik tinggi smpi 39 tu haaa sila bawa ke klinik.

kali nie Bussaina demam agk lama smpi seminggu. selalunya 2 hari dh lega boleh main brgelak ketawa bagai. kali nie alahai smpi hampir separuh seroh badan dia. sedih tgk muka ank kecik dh tinggalnya. dgn tak lalu nyusu makan pn kurang. haishhh sedih sedih.

masa demam tu dh bg makan ubat demam siang ok malam panas so amik keputusan bawa p klinik pakar. Alhamdulillah tak de apapn demam budak nk besar. hari nie dh kebah tinggal sesema & batuk. dh berapa kali pesan ke DAddy kalo nk demam jgn dok dekat ank tgk ank jangkit dh.

mmmmmmmmmmmmm.

Bussaina.....makan byk byk ek bagi sehat & bertubuh balik. mama sayang Bussaina sgt sgt tau !!!




Monday, March 02, 2015

Owh...Kenapa Baru tau Nie?





Assalamualaikum 

dah lama info nie tersimpan dlm folder bru hari nie berkesumpitan post.

baru tau kenapa penutup roti tu brkaler kaler


Friday, June 27, 2014

TANZIL QURAN ONLINE

Assalamualaikum 

dah tggl berapa jam ja lagi kita nk melangkah masuk ke buan Ramadhan. mesti tiap org ada azam tersendiri. nk terawaih penuh la khatam Quran la. tu tak masuk lagi dgn nk diet segala bagai.

apapun saya ucapkan SELAMAT BERPUASA utk semua umat Islam. semoga puasa tahun nie lebih baik dr tahun yg lepas.

sedikit perkongsian utk semua. bagi yg bekerja boleh la selak selak dan dengar time break. 5 minit pn jadi lah. Alhamdulillah saya dh guna dr puasa tahun lepas smpi la skrg.



KELEBIHAN  : 
  • boleh baca online 
  • boleh belajar cara bacaan dr imam yg tersenarai 
  • boleh baca tafsir dlm pelbagai bahasa  
ALHAMDULILLAH setakat sangat puas hati guna aplikasi nie. bukan saja bantu kita yg bacaannya gagap, lemah & tak lancar malah boleh tingkatkn lagi semangat nk baca & menarik minat nk baca selalu. tak payah lama sangat. amik satu dua muka surat dh cukup dh.

kalau nk tggu balik rumah bukak Quran mmg akn ada yg bagi banyak alasan. nk tggu lepas solat la tu la nie la. bila smpi masa nak ngaji dh ngantuk penat segala bagai. guna aplikasi ni nie just duduk depan PC tu ja. mudah sangat sangat. tinggal tekan ja. nak dengan tak nak.

semoga berguna utk org lain juga !!!



*** Ramadhan kali nie tersangat lah menguji keimanan & ketabahan mental serta fizikal. baby pelissssss jangan buat perangai ek kita nk puasa penuh nie. haaa nnti dpt pahala banyak tau .....

Friday, June 13, 2014

MACAM MANA BABY TERBENTUK ERK?


 ASSALAMUALAIKUM

terbentuknya SEORANG MANUSIA...

Sabda Rasulullah S.A.W :
Allah menyuruh malaikat mengurus anak dalam kandungan.
Lalu malaikat itu berkata : "Ya Allah, benda cair!
Ya Allah, segumpal darah beku! Ya Allah, segumpal daging!"

Ketika Allah hendak memberi nyawa pada anak itu,
malaikat bertanya lagi : "Ya Allah! Lelaki atau perempuan?
Jahat atau baik? Bagaimana rezeki dan ajalnya?"
Lalu semua tentang hidup dan takdirnya telah tertulis
sewaktu anak itu berada dalam perut ibunya lagi.
Subhanallah

(Hadis Riwayat Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1776) 


*** terkedu bila baca. 


Wednesday, February 19, 2014

MUKJIZAT NABI ISA



Assalamualaikum 

selalunya saya akn paksa diri utk baca Quran sekaligus d sulan dgn terjeMahan. kenapa kena paksa?sbb kalau tak paksa dah sah sah malas nk baca nak tak nak kena paksa diri bila nk ula baca lepas tu dah lama ckit tak nk berenti plak sbb nk tau cerita lepas satu cerita.

antara salah satu cerita yg tersangat menarik hati al kisah Nabi Isa ank Maryam. saya kongsi kn sikit dlm blog. nie jugak sbg salah satunota kecik utk saya igt apa saja cerita yg nk saya ingat. insyaAllah. semoga satu hari nnti boleh d ceritakn pulak pd insan yg lain.

*** pppsttt........tak sia-sia mencari Quran Robbani nie. tersangat-sangat brguna utk org yg baru nk mula belajar dr bawah mcm saya !!!

Wednesday, November 20, 2013

"PETI ADUAN"

"Muslimah,
apa guna berwajah indah jika al-quran tidak diendah,
apa guna berwajah cantik jika tiada Nur dari Allah,
hari-hari dilalui akan indah,
jika al-quran sentiasa diselak,dibaca dan dihayati isinya yang indah,
hidup tiada gundah,
hidup terasa indah,
sungguh al-quran itu isinya cukup indah,
sungguh al-quran itu penghapus rasa gundah,
SUBHANALLAH! "

Assalamualaikum

sekian lama sepi dari menaip banyak bnda yg jadi. ada yg tersangat baik & ada yang tersangat buruk. yg baiknya ALHAMDULILLAH hanya tinggal beberapa hari ja lagi utk melangkah ke fasa yang baru. semoga anjakan perubahan yg akn berlaku nnti akn bagi 1001 kebaikan & kebajikan. yg buruk tu biar la tersimpan dlm kotak.d lipat & di simpan rapi. cukup sekadar nnti smpi masa ia d perlukn kotak akn saya bukak. bukan utk mengungkit hanya sekadar menjadikan ia sebagai satu pengalaman yg akn sayA Gunakan nnti.

perasan puisi kat ats???terkesan tak bila baca?ada rasa mcm trperli diri seniri?mg selalunya kita akn buat bnda yg sama.setiap org pn tetap buat bnda yg sama. LALAI utk baca lembaran Dia.termasuk saya.

kadang alasan tak dak masa.kalo ikutkn masa yg d bagi semua org sama banyak sama rata sama adil.tapi kenapa org lain boleh bahagi kenapa kita tak boleh.mcm susah sgt nk baca walaupn sehelai sehari.alahai 5 Minit pn tak smpi. 

kalau lah dia boleh brcakap mesti dh mcm mcm kita nie d kata & d kutuk.

Astagfirullah.

longgar betoi kita skrg nie. !!!!



*SEDAR ATAU TIDAK SEBENARNYA QURAN BUKAN SAJA D JADIKN PANDUAN, PEGANGAN & PEDOMAN UTK KITA MALAHAN BERTINDAK SEBAGAI SATU PETI ADUAN UTK KITA. 
BILA KITA KECEWA,MARAH,SEDIH,PUTUS ASA, GOYAH...BACALAH IA.KALAU TAK MAMPU PEGANGLAH PANDANGLAH IA & DEKATKAN IA D HATI KITA.PASTI TERASA KETENANGAN DLM DIRI KITA. 
 MOOD : JOM MUHASABAH DIRI & BERUBAH !!!

Friday, June 22, 2012

10 SURAH DAPAT MENGHALANG DARIPADA UJIAN BESAR ALLAH

10 Surah dapat Menghalang daripada 10 ujian Besar Allah.

1- Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.

2- Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.

3- Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.

4- Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.

5- Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.

6- Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.

7- Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.

8- Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.


9- Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.


10- Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.

7 KALIMAH AGUNG

Tujuh Kalimah Agung

Sabda Rasulullah s.a.w

Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan..

1. Bismillahhirrahmann irrahim:
pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Alhamdulliah:
pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.

3. Astagfirrullah:
jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.

4. Insyaallah:
jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.

5. Lahaulawalaquataill ahbillah :
bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.

6. Innalillah: jika menghadapi
musibah atau melihat kematian.

7. Laailaahaillallah :
bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya. amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang yang terpilih oleh Allah.

Sunday, June 03, 2012

NOTA RINGKAS 2

BA'DIYYAH

~ solat sunat yg d buat selepas solat fardu.

QABLIYYAH

~ solat sunat yg d buat sebelum solat fardu.

Dari Ibnu Umar brkata 'Rasulullah s.a.w tdk meninggalkn solat (sunat) 10 rakaat iaitu 2 rakaat sebelum zohor, 2 rakaat selepas zohor, 2 rakaat selepas mghrib, 2 rakaat selepas isyak & 2 rakaat sebelum subuh. {riwayat Ahmad & Tarmizi}

Published with Blogger-droid v2.0.4

NOTA RINGKAS 1

Sesungguhnya Allah menetapkan bg org yg brmusafir drpd brpuasa,separuh sembahyang (qasar) dan perempuan yg mengandung dan menyusukan ank drpd brpuasa.

Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday, May 26, 2012

BASMALAH

ASSALAMUALAIKUM

Panas betoi ari nie. Sampai brdenyut otak cik AngguR. Um...d sbbkn trlampau panas so tahap kemalasan meningkat mendadak la kn hahaha. Nak keluar pn malas.

Malam td cik AngguR da selamat khatam novel SUNAN MUSAFIR. Mmg best ya amat tp rasa mcm trgantung plak ending dia. Ada lg kot smbungan pasai ank Sunan tu. Adeh mencik toi kena tgu2 nie.

By de way cik AnggurR dok stdy majalah bru. Tajuknya al-Ustaz. Best gk. Byk bnda yg cik AngguR blajr. So da satu tajuk yg agk menarik aty cik AngguR nk share ngan smua org.

Jum layan!

KELEBIHAN BASMALAH

* Bacaan pembuka pada tiap amalan yg baek.

Maksudnya kalo kita nk wat satu bnda kalo xd mulakn ngan basmalah jd mcm xlengkap la apa yg kita buat tu.

* Pendinding keselamatan rumah & barang-barang dr kebakaran,kerosakan n kehilangan.

* PelinduNg drpd syaitan menyelinap masuk dlm rumah.

* Pendinding bg suami isteri agr anak-anak tk d ganggu syaitan brmula waktu brsama smpilah d lahirkan.

*** ppssstttt... Jum azam ramai2 pas nie nk watpa pn mulakn ngan basmalah <3

Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, May 24, 2012

AL USTAZ


Assalamualaikum

Da lama betoi cik AngguR tak beli majalah. Td masa nk p ayaq ais blend singgah kdai runcit. Niat d haty nk beli majalah RASA ja pasai cntik trtarik kau mmg de bomb page dgn majalah tu. Sekali time nk byr trtoleh lak tgk majalah bru nie.

Belek pnya belek rasa brkonan plak. Makanya haty da jatuh chenta plak. Tetambah bila tgk muka ustat Don yg smart. Haha...

Jom pakat beli ramai ramai!!! 

Serius tak rugi labur RM9 utk dpt ilmu d dunia sbgai bekalan akhirat.

Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, November 16, 2011

10 SIFAT SUAMI YANG HEBAT

 ASSALAMUALAIKUM

Tak dak apa yg menarik pagi nie sebab mood tak bropa nk best sgt. So sedikit ilmu yg cik AngguR dapat dr laman FB & cik AngguR nk kongsikn dgn semua trmasuklah kawan kawan cikAngguR yg bakal mendirikan rumatangga, yg sudah brgelar seorng suami & yg menyimpan hajat utk menjadi seorang suami.

Prof.Dr. Baltaji dalam bukunya "Fiqh al-Marah" menjelaskan, ada 10 sifat suami yg hebat.

1. Imam Solat. Suami yang mampu menjadi imam dlm solat adalah amat jelas mampu memimpin rumah tangganya.
2. Mengajarkan ilmu-ilmu agama.
3. Suami yang matang.
4. Bertanggung jawab.
5. Suami yang ‘independent’.
6. Mempunyai prinsip dan pendirian yg jelas.
7. Melindungi anak dan isterinya.
8. Jadilah suami serba boleh.
9. Boleh membaca al-Quran.
10. Disenangi oleh org sekelilingnya.

FB Ustaz Mohd Izhar Ariff 


Tuesday, November 01, 2011

SORRY....SAYA DAH TAK SAYANG AWAK

Assalamualaikum

“aku dan dia dah putus…”

“kenapa?”
...
“aku dah x sayangkan dia. pelik bukan.tiba-tiba saja perasaan tu hilang”

“kau pasti dengan keputusan kau.kau x kesiankan dia? dia sayang kau…”

“kesian la jugak. tapi bila aku fikir balik. lagi kesian kalau aku teruskan. aku dah x mampu…”

“buatlah apa yang kau rasa terbaik….”


selepas setahun.

“aku geram. dia tipu aku. lepas setahun baru aku tahu…”

“kenapa? apa yang dah jadi…?”

“dia ada ramai perempuan belakang aku. dia tipu aku.aku rasa pedih. terlalu pedih…”

“kenapa kau pedih. kan perasaan kau dekat dia dah lama hilang”

“entah. mungkin rasa dikhianati. x dihargai.mungkin kalau aku sayang dia. sekarang aku dah longlai. separuh mati aku terluka. rabak. koyak. patah….”

“lupakanlah. jangan bebani hati fikiran diri kau dengan benda dah lepas ni…tidurlah dah lewat…”

“aku tak boleh stop. mata aku x boleh nak lelap .kecewa aku menggunung. otak aku overtime….”

.

beberapa bulan kemudian

“Aku selalu tertanya-tanya kenapa perasaan aku pada dia boleh hilang. Sekelip mata.”

“kau ada jawapan?”

…senyum “ada…mudah.”

“apa dia?”

“bila aku pandang semua benda yang jadi tu ada hikmah.aku mula refleksi balik segala apa yang aku dah buat.apa yang jadi dalam hidup aku.dan aku dapat jawapan.kau nak tahu?”

“kongsi lah…”

“Allah sayang aku. Dia taknak aku setia pada orang yang x hargai aku. Dia benarkan aku tahu kebenaran setelah setahun.mungkin masa tu baru kekuatan aku cukup untuk menampung kekecewaan aku.dan aku fikir-fikir balik, Allah beri yang terbaik untuk aku.sedangkan banyak benda yang aku lalai.hubungan aku dengan Allah aku terabai.”

“maksud kau?”

“aku banyak berfikir.refleksi balik segalanya.cari jawpan pada soalan-soalan aku.aku kadang-kadang lalai dalam mengingati Allah.leka dengan cinta lelaki.aku dah bazirkan masa,duit untuk cinta lelaki.aku dah sedar aku sepatutnya fokus cinta kepada Pencipta.nak tahu sesuatu?”

“teruskan aku dengar…”

“aku pernah tanya kenapa aku jumpa lelaki yang salah.sekarang aku rasa aku tahu kenapa.aku belum cukup baik.dan aku kena betulkan diri aku untuk dapat yang terbaik. Rasa cinta itu memang anugerah daripada Allah.tapi kita manusia ni lebih menghargai rasa cinta itu daripada Si Pemberi.

Kakak sepupu aku pernah cakap bila kita couple susah nak kawal bukan…rindulah sayanglah then gaduh sampai emo seminggu.lepas itu mula nak pegang-pegang tangan, bergambar rapat-rapat…sebab tu,lebih baik mencegah daripada mengubati bukan…”

“so sekarang?”

“aku tengah berjuang.menjadi lebih baik.doakan.selangkah.dua langkah…aku sedang berlari.mendekati Pencipta…”

“lelaki?cinta?”

“hanya yang Halal.janji Allah itu pasti.”

“kau yakin sekarang?rasa lebih baik?”

“alhamdulillah.semua jawapan-jawapan yang aku cari membawa aku pada Allah.aku nampak cahaya melambai-lambai dari jauh.cahaya itu yang buat aku bangun.dan ketenangan itu milik aku.sungguh,hikmah itu kalau dicari gali manisnya tiada berpenghujung.aku khilaf.sebab aku tahu Allah sentiasa ada, cuma manusia yang mencipta jarak.

Itu kata-kata yang aku rasa sesuai dengan situasi aku.mungkin dulu aku nak dekat dengan Dia bila nak sesuatu atau sedih kecewa saja.tapi sekarang aku dah sedar,faham tanggungjawab aku.Allah buktikan lagi sayang Dia pada aku dengan adanya perasaan ini.syukur ”

p/s : Semoga bermanfaat

MANUSIA : BODOH: tak belajar dari pengalaman sendiri dan tak belajar dari pengalaman orang lain PANDAI: belajar dari pengalaman sendiri tapi tak belajar dari pengalaman orang lain BIJAK: belajar dari pengalaman sendiri dan pengalaman orang lain….

Jangan Lupa Untuk Tekan Butang Share Selepas Anda Baca ♥ 



nice kan cerita nie..... 

TAHNIAH PD HIMPUNAN CERITA CINTA !!! I LIKE ~ 



*** ppppsssstttt ...kadang kadang kan kita perlu kehilangan sesuatu yg kita sayang bukan sebab kita dah tak perlukan sesuatu tu..tp sebab trlalu sayang ermmmm....apa guna kalo teruskan sedangkan hai masing masing dah bukan pada kedudukan yg selayaknya...lebey baek lepaskn dgn cara yg elok drpd dok brtahan & brtahan sedangkan masing masing saling menyakiti antara satu sama lain....adoiyai serius sakit hati....insyaAllah bila mana Allah telah tetapkn sesuatu yg kita akan rasa sedih & terluka pasti ada keindahan d sebalik kesedihan tu.....syukur ari nie cik AngguR dah miliki sesuatu yg paling indah dalam idup cik AngguR hope berkekalan hendaknya... AMIN !!!

Monday, July 04, 2011

ALLAH IS CALLING

ASSALAMUALAIKUM 

dh lama cik AngguR tak hapdate story mory & nota2 yg best2 kn dlm blog cik AngguR nie...bukan pa bz yg trlampau2 la sangat sejak dua menjak nie traing sana sini aduh la..nek lemau aih badan nie :P kalo d ikut2 kan jmaat ni kena p training lagik tapi cik AngguR mintak postpone...letey kowt bru balik dr Shah Alam ni nk p Damansara lak....tak mampu dh rasa kudrat badan nie heheheh.... 

okey...sedaQ tak sedaQ kita dh pon masuk bulan Syaaban kan toi ark??so mcm mana ngan posa2 sunat bulan lepas?dpt byk ka?ermm...cik AngguR tahun nie dapat wat ciput ja....da la dlm beberapa belas hari...aduh sadiss tapi tak pa....still boley d perbaiki..kurang tang posa tambah tang len lak...haaa...walaupon tak bgus kurang2 nie tp da somethng yg meningkat perghhh...SUPERB lah !!!! 

~ SYABAS BEYEY a.k.a cik AngguR

aha...malam nie cik AngguR nk share somethng baru...tp kn nk kata bru tak la bru sgt ilmu nie dh lama cuma nya d perbaharui dlm kotak ingtan cik AngguR supaya amalan cik AngguR senantiasa brtambah dr masa ke masa...hari ke hari..... 

perasan tak selalunya kola pakwe kita panggey ka awek kita panggey ka..laju ja kita jawab kan kan?tak kira la msg ka call ka.....tak kira la siang malam pagi petang..tgh malam buta ka..tgh tidoq ka dlm jamban ja kita tetap berusaha nk jawab kan....betoi dak??? 

tp kalo ALLAH yg panggey kita...sehari lima kali...d panggey dgn penuh alunan suara...perghhh..mendayu2 mengajak kita menuju kejayaan....ada ka kita jawab ngan cepat mcm kita jawab tepon & msg awek or pakwe kita????ermmm...tak kan?trmasukla cik AngguR ada ketika trlalai jugak dlm menyahut panggilan ALLAH...bukan tak jawab teroih..tp lambat...aduhhh roginya :( sesungguhnya cik AngguR rasa malu sgt2 pd diri cik AngguR sbb cik Anggur cm tak tunaikn amanah ALLAH pd cik AngguR utk jaga tubuh badan, haty & semua2 la.....

oleh yg demikian utk mendatangkn keinsafan pd diri cik Anggur nie cik AngguR study balik nota2 lama brkaitan ngan salah satu tanggungjawab kita sbg hamba ALLAH ...semoga cik AngguR d beri petunjuk & hidayah utk menjadi yg terbaek d kalangan yg terbaek insyaALLAH 

so meh cik AngguR sharing is caring but not daring ngan semua erk..... 

zassssssssssssssszzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz !!!!!!!!!!

ALLAH IS CALLING 

Subuh – Allah SWT akan mencampakkannya kedalam neraka Jahannam selama 60 tahun. Sahabat sekalian, 1 tahun di akhirat tidak sama dengan dunia. Jika 1 tahun di dunia kita sudah rasa agak lama, di akhirat 1 tahun bersamaan dengan 60,000 tahun di dunia. MasyaAllah. 7 keturunan kita pun belum lepas 1 tahun jika kita hidup di akhirat.

Zuhur – Dosa sama seperti membunuh 1000 orang muslim. Sedangkan membunuh seorang orang Islam pun kita akan dicampakkan ke neraka, bayangkan kita telah membunuh 1000 orang muslim. Betapa azabnya kita. Begitu mudah kita mencari dosa tersebut hanya dengan meninggalkan solat Zuhur yang mana jika dilakukan, 15 minit pun tak sampai.


Asar – Dosa sama seperti meruntuhkan Ka’abah. MasyaAllah, sanggupkah kita meruntuhkan kiblat umat Islam? Renungkan berapa kali sudah kita meninggalkan solat asar dengan sengaja? Dan renungkan juga berapa kali sudah kita meruntuhkan Ka’abah.

Maghrib – Dosa sama seperti berzina dengan ibubapa sendiri. Saya tak sanggup nak menyedarkan diri saya dengan lebih panjang akan dosa meninggalkan solat maghrib ini. Rasa amat bersalah dengan ibu saya sendiri.

Isyak – Allah SWT berseru kepada mereka “Hai orang yang meninggalkan solat Isyak, bahawa Aku tidak lagi redha engkau tinggal dibumiKu dan menggunakan nikmat-nikmatku, segala yang digunakan dan dikerjakan adalah berdosa kepada Allah SWT.” Sahabat Oh! Islam sekalian, ketika anda membaca artikel ini anda masih menyedut udara untuk bernafas. Adakah udara itu diredhai Allah SWT? Jika Allah mengenakan charge RM10 setiap kali kita menyedut udara, sudah tentu baru ramai antara kita yang akan tersedar dari tidur.


Antara azab bagi mereka yang meninggalkan solat:

Dunia

1. Allah SWT menghilangkan berkat dari usaha dan rezekinya.
2. Allah SWT mencabut nur orang-orang mukmin (soleh) daripada (wajah) nya.
3. Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.

Sakaratul Maut

1. Ruh dicabut ketika ia berada didalam keadaan yang sangat haus.
2. Dia akan merasa amat azab/pedih ketika ruh dicabut keluar.
3. (su’ul khatimah)
4. Dia akan dirisaukan akan hilang imannya.

Alam Barzakh

1. Dia akan merasa susah (untuk menjawab) terhadap pertanyaan (serta menerima hukuman) dari Malaikat Mungkar dan Nakir yang sangat menggerunkan.
2. Kuburnya akan menjadi cukup gelap.
3. Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang-tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari)
4. (Siksaan binatang-binatang bisa seperti ular, kala jengking dan lipan)

Hari Qiamat

1. Hisab keatasnya menjadi sangat berat
2. Allah SWT tersangat murka kepadanya.
3. Allah SWT akan menyiksanya dengan api neraka. 



*** pppppppssssssttttttttt.......utk yg salu melewat2kan solat hope lepas nie solat nya lebey cepat dr kebiasaan....kalo kata kita tak syg kn diri kita tak hormatkn diri kita...HORMATILAH ALLAH SAHUTLAH PANGGILANNYA dgn seberapa segera yg boley...utk yg tak solat d harapkn nota nie brguna utk kita :) kesenangan & kewehana d dunia nie sementara saja....percayalah bila smpi masa kita jatuh trduduk tak mampu utk bangun kembali tak kn ada yg kita akn carik melainkn ALLAH semata2....sbb hanya dia yg lebey memahami & mengerti segala apa tentang kita...sahutlah panggilan ALLAh kalo kita mahu ALLAh menyahut panggilan kita nnti...

Sunday, June 12, 2011

BISMILLAH ENAM


KELEBIHAN BISMILLAH ENAM  

makbul segala hajat & cita cita 

d perkenankan permintaan & d luaskan rezeki 

terang haty & mudah dapat ilmu & mudah utk menghafal 

menjauhi penyakit yg mudharat  

d muliakn oleh malaikat 

d jauhkn dr bahaya binatang2 buas 

d jauhi mudharat drpd musuh 

jika ppuan hendak mudah melahirkan ank d baca bismillah nie pd minyak sebanyak 3 kali pd malam  jumaat ( 3 jumaat )  & d minum 

org yg lari smpi dia kembali maka bacalah pd asap kemeyan selama 7 hari insyaALLAH dia segera kembali 

jika org gila @ masuk syaitan d baca pd telinga nya 3 kali smpi larilah syaitan 

jika d baca kepada binatang yg bisa maka hilanglah bisanya insyaALLAH 

penawar segala jenis racun & santau

( D amalkn setiap kali lepas solat fardhu @ ketika nk tidoQ malam tiap2 hari ) 

*** pppsssttt.....BISMILLAH ENAM nie bagus utk d amalkn mama cik AngguR salu pesan suh hafal tp cik AngguR malas sgt2 sekali satuhari tu cik AngguR sakit badan gila2...mama cik AngguR pon urut & bacakn ayat BISMILLAH ENAM nie.....SUBHANALLAH....nk bg cik AngguR tgk kebesaran ALLAH sakit yg td nya tak trtahan ilang cm tu jer....so mulai pd ari nie cik AngguR nk hafal & amalkn baca BISMILLAH ENAM nie....utk yg len try2 la baca & amalkn erk :)

Sunday, June 05, 2011

SELAMAT TINGGAL SAYANG

Daripada Ibnu Mas'ud ra bahawasanya ia berkata: Ketika ajal Rasulullah SAW sudah dekat, baginda mengumpul kami di rumah Siti Aisyah ra.

Kemudian baginda memandang kami sambil berlinangan air matanya, lalu bersabda:"Marhaban bikum, semoga Allah memanjangkan umur kamu semua, semoga Allah menyayangi, menolong dan memberikan petunjuk kepada kamu. Aku berwasiat kepada kamu, agar bertakwa kepada Allah. Sesungguhnya aku adalah sebagai pemberi peringatan untuk kamu. Janganlah kamu berlaku sombong terhadap Allah."
Allah berfirman: "Kebahagiaan dan kenikmatan di akhirat. Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak ingin menyombongkan dirinya dan membuat kerosakan di muka bumi. Dan kesudahan syurga itu bagi orang-orang yang bertakwa."

Kemudian kami bertanya: "Bilakah ajal baginda ya Rasulullah? Baginda menjawab: Ajalku telah hampir, dan akan pindah ke hadhrat Allah, ke Sidratulmuntaha dan ke Jannatul Makwa serta ke Arsyila' la."
Kami bertanya lagi: "Siapakah yang akan memandikan baginda ya Rasulullah? Rasulullah menjawab: Salah seorang ahli bait. Kami bertanya: Bagaimana nanti kami mengafani baginda ya Rasulullah?
Baginda menjawab: "Dengan bajuku ini atau pakaian Yamaniyah."
Kami bertanya: "Siapakah yang mensolatkan baginda di antara kami?" Kami menangis dan Rasulullah SAW pun turut menangis.

Kemudian baginda bersabda: "Tenanglah, semoga Allah mengampuni kamu semua. Apabila kamu semua telah memandikan dan mengafaniku, maka letaklah aku di atas tempat tidurku, di dalam rumahku ini, di tepi liang kuburku, kemudian keluarlah kamu semua dari sisiku. Maka yang pertama-tama mensolatkan aku adalah sahabatku Jibril as. Kemudian Mikail, kemudian Israfil kemudian Malaikat Izrail (Malaikat Maut) beserta bala tenteranya. Kemudian masuklah anda dengan sebaik-baiknya. Dan hendaklah yang mula solat adalah kaum lelaki dari pihak keluargaku, kemudian yang wanita-wanitanya, dan kemudian kamu semua."

Semakin Tenat

Semenjak hari itulah Rasulullah SAW bertambah sakitnya, yang ditanggungnya selama 18 hari, setiap hari ramai yang mengunjungi baginda, sampailah datangnya hari Isnin, di saat baginda menghembus nafas yang terakhir.

Sehari menjelang baginda wafat iaitu pada hari Ahad, penyakit baginda semakin bertambah serius. Pada hari itu, setelah Bilal bin Rabah selesai mengumandangkan azannya, ia berdiri di depan pintu rumah Rasulullah, kemudian memberi salam: "Assalamualaikum ya Rasulullah?" Kemudian ia berkata lagi "Assolah yarhamukallah."
Fatimah menjawab: "Rasulullah dalam keadaan sakit?" Maka kembalilah Bilal ke dalam masjid, ketika bumi terang disinari matahari siang, maka Bilal datang lagi ke tempat Rasulullah, lalu ia berkata seperti perkataan yang tadi. Kemudian Rasulullah memanggilnya dan menyuruh ia masuk.

Setelah Bilal bin Rabah masuk, Rasulullah SAW bersabda: "Saya sekarang dalam keadaan sakit, Wahai Bilal, kamu perintahkan sahaja agar Abu Bakar menjadi imam dalam solat."

Maka keluarlah Bilal sambil meletakkan tangan di atas kepalanya sambil berkata: "Aduhai, alangkah baiknya bila aku tidak dilahirkan ibuku?" Kemudian ia memasuki masjid dan berkata kepada Abu Bakar agar beliau menjadi imam dalam solat tersebut.

Ketika Abu Bakar ra melihat ke tempat Rasulullah yang kosong, sebagai seorang lelaki yang lemah lembut, ia tidak dapat menahan perasaannya lagi, lalu ia menjerit dan akhirnya ia pengsan. Orang-orang yang berada di dalam masjid menjadi bising sehingga terdengar oleh Rasulullah SAW. Baginda bertanya: "Wahai Fatimah, suara apakah yang bising itu? Siti Fatimah menjawab: Orang-orang menjadi bising dan bingung kerana Rasulullah SAW tidak ada bersama mereka."

Kemudian Rasulullah SAW memanggil Ali bin Abi Thalib dan Abbas ra, sambil dibimbing oleh mereka berdua, maka baginda berjalan menuju ke masjid. Baginda solat dua rakaat, setelah itu baginda melihat kepada orang ramai dan bersabda: "Ya ma'aasyiral Muslimin, kamu semua berada dalam pemeliharaan dan perlindungan Allah, sesungguhnya Dia adalah penggantiku atas kamu semua setelah aku tiada. Aku berwasiat kepada kamu semua agar bertakwa kepada Allah SWT, kerana aku akan meninggalkan dunia yang fana ini. Hari ini adalah hari pertamaku memasuki alam akhirat, dan sebagai hari terakhirku berada di alam dunia ini."

Malaikat Maut Datang Bertamu

Pada hari esoknya, iaitu pada hari Isnin, Allah mewahyukan kepada Malaikat Maut supaya ia turun menemui Rasulullah SAW dengan berpakaian sebaik-baiknya. Dan Allah menyuruh kepada Malaikat Maut mencabut nyawa Rasulullah SAW dengan lemah lembut. Seandainya Rasulullah menyuruhnya masuk, maka ia dibolehkan masuk, namun jika Rasulullah SAW tidak mengizinkannya, ia tidak boleh masuk, dan hendaklah ia kembali sahaja.

Maka turunlah Malaikat Maut untuk menunaikan perintah Allah SWT. Ia menyamar sebagai seorang biasa. Setelah sampai di depan pintu tempat kediaman Rasulullah SAW, Malaikat Maut itupun berkata: "Assalamualaikum Wahai ahli rumah kenabian, sumber wahyu dan risalah!" Fatimah pun keluar menemuinya dan berkata kepada tamunya itu: "Wahai Abdullah (Hamba Allah), Rasulullah sekarang dalam keadaan sakit."

Kemudian Malaikat Maut itu memberi salam lagi: "Assalamualaikum. Bolehkah saya masuk?" Akhirnya Rasulullah SAW mendengar suara Malaikat Maut itu, lalu baginda bertanya kepada puterinya Fatimah: "Siapakah yang ada di muka pintu itu? Fatimah menjawab: "Seorang lelaki memanggil baginda, saya katakan kepadanya bahawa baginda dalam keadaan sakit. Kemudian ia memanggil sekali lagi dengan suara yang menggetarkan sukma."
Rasulullah SAW bersabda: "Tahukah kamu siapakah dia?" Fatimah menjawab: "Tidak wahai baginda." Lalu Rasulullah SAW menjelaskan: "Wahai Fatimah, ia adalah pengusir kelazatan, pemutus keinginan, pemisah jemaah dan yang meramaikan kubur."
Kemudian Rasulullah SAW bersabda: "Masuklah, Wahai Malaikat Maut. Maka masuklah Malaikat Maut itu sambil mengucapkan 'Assalamualaika ya Rasulullah." Rasulullah SAW pun menjawab: Waalaikassalam Ya Malaikat Maut. Engkau datang untuk berziarah atau untuk mencabut nyawaku?"
Malaikat Maut menjawab: "Saya datang untuk ziarah sekaligus mencabut nyawa. Jika tuan izinkan akan saya lakukan, kalau tidak, saya akan pulang.

Rasulullah SAW bertanya: "Wahai Malaikat Maut, di mana engkau tinggalkan kecintaanku Jibril? "Saya tinggal ia di langit dunia?" Jawab Malaikat Maut.

Baru sahaja Malaikat Maut selesai bicara, tiba-tiba Jibril as datang kemudian duduk di samping Rasulullah SAW. Maka bersabdalah Rasulullah SAW: "Wahai Jibril, tidakkah engkau mengetahui bahawa ajalku telah dekat? Jibril menjawab: Ya, Wahai kekasih Allah."

Ketika Sakaratul Maut

Seterusnya Rasulullah SAW bersabda: "Beritahu kepadaku Wahai Jibril, apakah yang telah disediakan Allah untukku di sisinya? Jibril pun menjawab; "Bahawasanya pintu-pintu langit telah dibuka, sedangkan malaikat-malaikat telah berbaris untuk menyambut rohmu."
Baginda SAW bersabda: "Segala puji dan syukur bagi Tuhanku. Wahai Jibril, apa lagi yang telah disediakan Allah untukku? Jibril menjawab lagi: Bahawasanya pintu-pintu Syurga telah dibuka, dan bidadari-bidadari telah berhias, sungai-sungai telah mengalir, dan buah-buahnya telah ranum, semuanya menanti kedatangan rohmu."
Baginda SAW bersabda lagi: "Segala puji dan syukur untuk Tuhanku. Beritahu lagi wahai Jibril, apa lagi yang di sediakan Allah untukku? Jibril menjawab: Aku memberikan berita gembira untuk tuan. Tuanlah yang pertama-tama diizinkan sebagai pemberi syafaat pada hari kiamat nanti."

Kemudian Rasulullah SAW bersabda: "Segala puji dan syukur, aku panjatkan untuk Tuhanku. Wahai Jibril beritahu kepadaku lagi tentang khabar yang menggembirakan aku?"

Jibril as bertanya: "Wahai kekasih Allah, apa sebenarnya yang ingin tuan tanyakan? Rasulullah SAW menjawab: "Tentang kegelisahanku, apakah yang akan diperolehi oleh orang-orang yang membaca Al-Quran sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berpuasa pada bulan Ramadhan sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berziarah ke Baitul Haram sesudahku?"
Jibril menjawab: "Saya membawa khabar gembira untuk baginda. Sesungguhnya Allah telah berfirman: Aku telah mengharamkan Syurga bagi semua Nabi dan umat, sampai engkau dan umatmu memasukinya terlebih dahulu."

Maka berkatalah Rasulullah SAW: "Sekarang, tenanglah hati dan perasaanku. Wahai Malaikat Maut dekatlah kepadaku?" Lalu Malaikat Maut pun berada dekat Rasulullah SAW.

Ali ra bertanya: "Wahai Rasulullah SAW, siapakah yang akan memandikan baginda dan siapakah yang akan mengafaninya? Rasulullah menjawab: Adapun yang memandikan aku adalah engkau wahai Ali, sedangkan Ibnu Abbas menyiramkan airnya dan Jibril akan membawa hanuth (minyak wangi) dari dalam Syurga.

Kemudian Malaikat Maut pun mulai mencabut nyawa Rasulullah. Ketika roh baginda sampai di pusat perut, baginda berkata: "Wahai Jibril, alangkah pedihnya maut."

Mendengar ucapan Rasulullah itu, Jibril as memalingkan mukanya. Lalu Rasulullah SAW bertanya: "Wahai Jibril, apakah engkau tidak suka memandang mukaku? Jibril menjawab: Wahai kekasih Allah, siapakah yang sanggup melihat muka baginda, sedangkan baginda sedang merasakan sakitnya maut?" Akhirnya roh yang mulia itupun meninggalkan jasad Rasulullah SAW.

Kesedihan Sahabat

Berkata Anas ra: "Ketika aku lalu di depan pintu rumah Aisyah ra aku dengar ia sedang menangis, sambil mengatakan: Wahai orang-orang yang tidak pernah memakai sutera. Wahai orang-orang yang keluar dari dunia dengan perut yang tidak pernah kenyang dari gandum. Wahai orang yang telah memilih tikar daripada singgahsana. Wahai orang yang jarang tidur di waktu malam kerana takut Neraka Sa'ir."
Dikisahkan dari Said bin Ziyad dari Khalid bin Saad, bahawasanya Mu'az bin Jabal ra telah berkata: "Rasulullah SAW telah mengutusku ke Negeri Yaman untuk memberikan pelajaran agama di sana. Maka tinggallah aku di sana selama 12 tahun. Pada satu malam aku bermimpi dikunjungi oleh seseorang, kemudian orang itu berkata kepadaku: "Apakah anda masih lena tidur juga wahai Mu'az, padahal Rasulullah SAW telah berada di dalam tanah."

Mu'az terbangun dari tidur dengan rasa takut, lalu ia mengucapkan: "A'uzubillahi minasy syaitannir rajim?" Setelah itu ia lalu mengerjakan solat.

Pada malam seterusnya, ia bermimpi seperti mimpi malam yang pertama. Mu'az berkata: "Kalau seperti ini, bukanlah dari syaitan?" Kemudian ia memekik sekuat-kuatnya, sehingga didengar sebahagian penduduk Yaman.

Pada esok harinya orang ramai berkumpul, lalu Mu'az berkata kepada mereka: "Malam tadi dan malam sebelumnya saya bermimpi yang sukar untuk difahami. Dahulu, bila Rasulullah SAW bermimpi yang sukar difahami, baginda membuka Mushaf (al-Quran). Maka berikanlah Mushaf kepadaku. Setelah Mu'az menerima Mushaf, lalu dibukanya maka nampaklah firman Allah yang bermaksud:

"Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula?"
(Az-Zumar: 30).

Maka menjeritlah Mu'az, sehingga ia tak sedarkan diri. Setelah ia sedar kembali, ia membuka Mushaf lagi, dan ia nampak firman Allah yang berbunyi:

"Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad)? Barangsiapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada orang-orang yang bersyukur?"
(Ali-lmran: 144)

Maka Mu'az pun menjerit lagi: "Aduhai Abal-Qassim. Aduhai Muhammad?" Kemudian ia keluar meninggalkan Negeri Yaman menuju ke Madinah. Ketika ia akan meninggalkan penduduk Yaman, ia berkata: "Seandainya apa yang kulihat ini benar. Maka akan meranalah para janda, anak-anak yatim dan orang-orang miskin, dan kita akan menjadi seperti biri-biri yang tidak ada pengembala."
Kemudian ia berkata: "Aduhai sedihnya berpisah dengan Nabi Muhammad SAW?" Lalu iapun pergi meninggalkan mereka. Di saat ia berada pada jarak lebih kurang tiga hari perjalanan dari Kota Madinah, tiba-tiba terdengar olehnya suara halus dari tengah-tengah lembah, yang mengucapkan firman Allah yang bermaksud:

"Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati."

Lalu Mu'az mendekati sumber suara itu, setelah berjumpa, Mu'az bertanya kepada orang tersebut: "Bagaimana khabar Rasulullah SAW? Orang tersebut menjawab: Wahai Mu'az, sesungguhnya Muhammad SAW telah meninggal dunia. Mendengar ucapan itu Mu'az terjatuh dan tak sedarkan diri. Lalu orang itu menyedarkannya, ia memanggil Mu'az: Wahai Mu'az sedarlah dan bangunlah."

Ketika Mu'az sedar kembali, orang tersebut lalu menyerahkan sepucuk surat untuknya yang berasal dari Abu Bakar Assiddik, dengan cop dari Rasulullah SAW. Tatkala Mu'az melihatnya, ia lalu mencium cop tersebut dan diletakkan di matanya, kemudian ia menangis dengan tersedu-sedu.

Setelah puas ia menangis iapun melanjutkan perjalanannya menuju Kota Madinah.

Mu'az sampai di Kota Madinah pada waktu fajar menyingsing. Didengarnya Bilal sedang mengumandangkan azan Subuh. Bilal mengucapkan: "Asyhadu Allaa Ilaaha Illallah?" Mu'az menyambungnya: "Wa Asyhadu Anna Muhammadur Rasulullah?" Kemudian ia menangis dan akhirnya ia jatuh dan tak sedarkan diri lagi.

Pada saat itu, di samping Bilal bin Rabah ada Salman Al-Farisy ra lalu ia berkata kepada Bilal: "Wahai Bilal sebutkanlah nama Muhammad dengan suara yang kuat dekatnya, ia adalah Mu'az yang sedang pengsan.
Ketika Bilal selesai azan, ia mendekati Mu'az, lalu ia berkata: "Assalamualaika, angkatlah kepalamu wahai Mu'az, aku telah mendengar dari Rasulullah SAW, baginda bersabda: "Sampaikanlah salamku kepada Mu'az."

Maka Mu'az pun mengangkatkan kepalanya sambil menjerit dengan suara keras, sehingga orang-orang menyangka bahawa ia telah menghembus nafas yang terakhir, kemudian ia berkata: "Demi ayah dan ibuku, siapakah yang mengingatkan aku pada baginda, ketika baginda akan meninggalkan dunia yang fana ini, wahai Bilal? Marilah kita pergi ke rumah isteri baginda Siti Aisyah ra."

Ketika sampai di depan pintu rumah Siti Aisyah, Mu'az mengucapkan: "Assalamualaikum ya ahlil bait, wa rahmatullahi wa barakatuh?" Yang keluar ketika itu adalah Raihanah, ia berkata: "Aisyah sedang pergi ke rumah Siti Fatimah. Kemudian Mu'az menuju ke rumah Siti Fatimah dan mengucapkan: "Assalamualaikum ya ahli bait."

Siti Fatimah menyambut salam tersebut, kemudian ia berkata: "Rasulullah SAW bersabda: Orang yang paling alim di antara kamu tentang perkara halal dan haram adalah Mu'az bin Jabal, ia adalah kekasih Rasulullah SAW."

Kemudian Fatimah berkata lagi: "Masuklah wahai Mu'az?" Ketika Mu'az melihat Siti Fatimah dan Aisyah ra ia terus pengsan dan tak sedarkan diri. Ketika ia sedar, Fatimah lalu berkata kepadanya: "Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sampaikanlah salam saya kepada Mu'az dan khabarkan kepadanya bahawasanya ia kelak di hari kiamat sebagai imam ulama."

Kemudian Mu'az bin Jabal keluar dari rumah Siti Fatimah menuju ke arah kubur Rasulullah SAW.

Berakhir kehidupan seorang insan teragung...






*** ppppsssttt...trsangat2 merindui kalo la ley jumpa :( pa pon thakns to my student 4 tis artikel IBNU HASHIM ~

Saturday, May 28, 2011

BILA UMUR MULA D HITUNG ?


 ASSALAMUALAIKUM 

yeahaa.....dh tgh ari bru cik AngguR da kelapangan nk belek2 blog ... 

tetiba tingat masa kemaih almari buku td trjumpa satu buku lama..selak punya selak trjumpa la satu artikel nie pasai ekskoedia alam... 

nk tau pa yg trtulis dlm tu meh cik AnguR sharing & caring ngan semua okeh !! 

TAHUKAH ANDA? 

umur nyamuk 
 6 bulan 

umur lalat 
3 bulan 

umur kupu kupu 
2 bulan 

umur kumbang 
6 minggu 

umur biri biri 
10 tahun 

umur arnab 
8 tahun 

umur semut 
1 tahun 

umur serigala 
15 tahun 

umur burung bul bul 
12 tahun 

umur ular 
10 tahun 

umur kuda 
30 tahun 

umur lembu 
25 tahun 

umur anjing 
20 tahun 

umur unta 
35 tahun 

umur burung gagak 
80 tahun 

umur beruang 
50 tahun 

umur singa 
50 tahun 

umur burung kakak tua 
100 tahun 

umur kura kura 
100 tahun 

umur kera 
100 tahun 

umur gajah 
100 tahun 

umur ikan lembing 
100 tahun 

umur kambing gunung 
40 tahun 

umur kucing 
15 tahun   

UMUR MANUSIA ? 

sesungguhnya ajal maut. jodoh petemuan, rezeki semuanya adalah RAHSIA ALLAH & kita sebagai hambA kenalah berusaha untuk menjadik yg terbaek, mencarik yg terbaek supaya kita boley memiliki yg terbaek insyaAllah.... 

ingat pesanan Nabi Muhammad SAW pd kita ingat 

LIMA SEBELUM LIMA 

MUDA SEBELUM TUA
SIHAT SEBELUM SAKIT
LAPANG SEBELUM SIBUK
KAYA SEBELUM MISKIN 
HIDUP SEBELUM MATI


"Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama "


*** ppppsstttt...lepas baca pasai info tu cik AngguR trmenung & pikiaq jap...dh suku abad cik AngguR d berikn peluang brnafas d bumi ALLAH nie dh byk mana amalan cik AngguR erk...dh brsedia ka cik AngguR utk d hitung nnty..aiyakkkk.....d hitung ny ahitung nya hitung nmpk nya masih brlopak ruang yg perlu cik AngguR isi diri cik AngguR ngan amalan yg terbaek bg membolehkn diri cik AngguR trgolongn dlm golongan para solihin...terasa kerdil sgt2.....ermmmmm..... 

Friday, May 27, 2011

SAPA MAU CARIK KERJA?

kemarin tmpt reja cik Anggur ada program SEMINAR KERJAYA ANJURAN BERSAMA STUDENT  & JOB MALAYSIA....perghhh agak best walaupon mengantok pd awai nya akibat lagu2 yg d pasang agk menyuramkan & jadik faktor utama nek malaih nk dengaQ seminar tu

okey...pa pun bila seminar mula cik Anggur dapati byk tips2 yg menarik yg d sampaikn oleh penceramah TUAN MOHAMAD B HJ MD ISA ...terutamanya yg berkaitan ngan resume....rupa2nya byk ksilapan yg kita dok buat masa buat resume selama nie..tambah2 yg dok pulun tiru resume org len dak pn dok seacrh dlm net resume pas tu copy paste ja...

ahakz...cik AngguR pasti buat sapa2 yg nak mintak reja mesti trtanya2 apa tips yg dia tu share kn tadi..okeh jom cik Anggur share maring but not daring sama2 erk...

TIPS PENYEDIAAN RESUME  

Kandungan RESUME yg lengkap mestilah mengandungi : 
Maklumat peribadi yg lengkap 
Kelayakan akademik 
Kelebihan diri 
Kebolehan & pengalaman kerja
BAHAGIAN A :  MAKLUMAT PERIBADI 
Nama 
no MyKad 
Alamat ( pastikan alamat tetap bukan sementara )
Email 
No telefon 
Tarikh lahir 
Umur 
Taraf perkahiwinan 
Jantina 
Bangsa 
Agama
Kesihatan 
Berat 
Tinggi 

BAHAGIAN B : PENDIDIKAN
kelulusan d susun brmula drpd pendidikan yg tertinggi dahulu bukan dr pendidikan d skolah

BAHAGIAN C : PENGALAMAN
semua pengalam brkerja trmasuklah pengalaman semsa menjalani praktikal 
sertakn jugak dgn jangka masa @ tempoh brkerja ( tahun / bulan ) 




*** pppppsssttttttttttttttt.................zaman lanie mmg payah nk dapat reja so lepas dengaQ seminar td tu & drpd apa yg d perkatakan oleh penceramah kesimpulan yg cik AngguR dpt buat ialah apa saja peluang pekerjaan yg ada amik la dulu jgn trlampau memilih sgt ononya tak sepadan ngan ijazah la diploma la mcm2 la....bdk2 zaman la nie dr pandangan cik AngguR bila tanya budak INSEp d tempat cik AngguR semua nya demand nk reja ikut kelulusan & gaji mahai.....wahai ank murid sekalian....reja ja dulu wat sementara jgn dok buang masa tak tentu hala takkira la jadik posmen ka poskad ka poster ka janji reja dulu then pelan2 kayuh carik reja len la..... :)

KATA-KATA HIKMAH

SELAMAT KEMBALI

Assalamualaikum  tepuk bahu utk diri sendiri.  last masuk jenguk sini 2018 skrg dah 2024.  aduhhh....dah hampir 6 tahun.  Subhanallah//moga ...