Showing posts with label KONGSI PENDAPAT. Show all posts
Showing posts with label KONGSI PENDAPAT. Show all posts

Thursday, November 10, 2016

Berubah atau Mengubah?

Assalamualaikum

baru lepas fasa CABARAN 40 HARI bulan lepas.

Alhamdulillah berjaya istiqamah dgn jayanya. dan baru berani nk cerita dalam blog. benda dah jadi & dah boleh buat baru la boleh cerita kan. kot kot la ada yg baca nie (ada ke?? hahaha perasan) nak try jugak cara yg tak seberapa nie.

alkisahnya mcm nie...masa awal tahun haritu masuk group agen utk jual jubah jubah nie. jujurnya cakap masa 3 bulan awal tu streess sbb jualan kurang sangat. ada pn sebulan 3 4 helai ja. so rasa mcm stress teramat sangat. sanggup google cari ilmu bagai mcm mana nk tingkatkan hasil jualan.

satu hari tu terbukak satu petikan ceramah. lepas tu baca plak petikan whatsapp group. dedua isi kandungan hampir sama.

"KEJARLAH AKHIRAT INSYAALLAH DUNIA AKAN MENGEJAR KAMU" 

terdiam sekejap then pikir apa yg aku buat salah & tak kena sebenarnya smpi rasa mcm rezeki tersekat sempit sendat sangat nie. kebetulan pulak time tu 'ribut taufan' kerap pulak jadi.

rasa mcm ya Allah sempitnya hidup nie. apa yg tak kena sebenarnya.

lepas dua tiga hari pikir, rasa mcm nk cabar diri seniri pebetul balik mana yg lompong kosong rosak.

tetiba dalam otak ligat pikir.....

"BILA MANA SMPI SATU MASA HATI RASA TAK TENANG SANGAT. FIKIRAN SELALU CELARU SERABUT. HATI SELALU BOLAK BALIK. 

TIME TU SETAN PALING SERONOK SEBAB TIME TU PALING SESUAI NAK JAHANAMKAN JIWA MANUSIA."

pesan pensyarah masa study dulu...

"bila manakau rasa tersungkur trduduk trjelepuk...balik la ke jalan asal memula kau mula dulu..."

Subhanallah....bila ingatongat balik banyak rupanya yg aku tinggalkn. banyak yg aku biar kosong lama. kalut uruskn itu ini smpikn abaikn bnda yg wajib aku buat dulu.

aku amik keputusan samada utk MENGUBAH @ BERUBAH

aku pilih aku nk berubah. sbb apa bukan mengubah ke jalan asal yg lama? sbb aku tau jalan lama tu indah tapi masih byk lompong busuk cela yg aku tutup yg aku seniri tak nak hidu.

hari nie...aku berubah demi sbb nk jadi lebih baik dr semalam.

apa yg aku ubah?

TARGET CABARAN 40 HARI 
~@ SOLAT AWAL WAKTU 
~@ BACA QURAN SETIAP PAGI 
~@ ISTIGFAR 1000 x SEHARI (kalo trlepas esoknya tu aku ganti denda double) 

Alhamdulillah hasil yg aku dapat aku tak trlampau brharap pd apa yg aku jual. aku yakin rezeki Allah ada d mana mana.

dan betoila..kejarlah akhirat maka dunia akan kejar kita. yg aku nmpk kalo sehari tu aku lg byk istigfar lg bnyak rasa tawakal aku pd Pemberi Rezeki. aku dah smpi satu tahap tk kisah pn kalo brmggu mggu tak dak org beli. yg aku tau sekali ada buyer dia beli borong.

Allah....nikmat mana lagi mahu aku dustakan?

notakaki : skrg tgh cabar diri tambah extra saham utk akhirat. cara yg aku buat utk pastikn segala apa yg aku plan tak sehangat taik itik so aku beli 1 buku nota kecik khas utk catat apa yg aku dah buat & belum. mmg kena jujur & ikhlas masa menanda. jgn sbbkn nk nmpk elok comey dlm buku tanda betoi ja semua. dlm buku boleh la tipu tapi pada yg ats tu boleh ka tipu? hahahah......next pnya cabaran byk sikit so rasa mcm tak ckup masa plak 24 jam. walaupun simple tp sementara nk biasa tu alahaiiii sgt rasa......

Thursday, October 06, 2016

Awal Muharam

Assalamualaikum

Selamat TAhun BAru ISlam utk diri seniri.

moga tahun baru nie aku mampu berubah jadi lebih baik dari tahun yg sebelumnya.

moga d prmudahkn segala urusan dunia & akhirat

moga kesihatan baik baik senantiasa.

dan sebenarnya tahun baru nie, aku ada beberapa azam. tengah aku betulkan satu persatu. tambahbaik satu persatu. insyaAllah kalo brjaya skill tu akn d kongsi dgn kawan kawan lain yg sudi baca ( ehh ada ka yg sudi baca?? perasa mcm blog kau tu femes nauuu)

insyaAllah insyaAllah.....moga Allah bantu.




Friday, September 09, 2016

Copy Paste Ja....

..dlm hidup setiap insan ada cerita tersendiri... dan aku mengolah cerita hidupku dgn sebaik2 mungkin. tak perlu kamu menghakimi tanpa kamu mengetahui

Monday, August 15, 2016

Lawak Bodoh Betoi La.....part 2

Assalamualaikum

fuhh la,a tak taip cerita panjang panjang kerap kerap. tahun nie dh kenapa la sebok sgt ngan reja yg ada. rasa mcm tak cukup kki tangan. (padahal aku yg tak reti atoq masa betoi betoi....bukan tak reti byk buang masa buat reja lain dr reja yg ada)

baru settle audit NCIA utk 4 program (automation, osh, electrical & electronic). moga moga ada la rezeki nnt.

hujung minggu haitu dapat call lg dr adik aku yg nunnn jauh d mata tapi tetap dekat d hati. besa la xabeh abeh ngan problem dia tu. kalo dia dh call direct tanya lg sekali apa yg patt dia buat makanya aku tak leh jawab mcm aritu la bgi perumpamaan bodoh bagai.

lama aku pikiaq smbil smbil dok cakap ngan dia tu. nk cakap bagi adil dua dua belah pihak. kesian tapi aku trpaksa jugak cakap walaupun ada bahasa aku yg agk kasar. sibbaik la adik aku nie paham.

dan disebbkn dia tak leh lupa apa yg wife dia buat tu aku pn cakap la mcm nie....

"Dik Mad dalam dunia nie bukan kita sorang ja yg ada hati & perasaan. kalau hg rasa hg yg paling teruk d khianati, d sakiti, d bohong..tipu hidup hidup...kencing depan mata pecaya la dik satu hari nnt hg akn berterima kasih ats pengalamn yg penah hg lalui dgn dia nie. Allah bg hg rasa semua nie mseti ada sebab. kak dh rasa apa yg hang rasa nie. jangan sesekali menyesai dgn keputusan & tindakan kita yg lepas. yg penting tindakan & pekutusan kitamasa ke depan depan nie sbb kalo bnda tu berulang lagi dan lagi dan lagi..tu brmkna hg yg bodoh bukanorg lain lg dh.

belajar bagi peluang & ruang utk org brckp apa g dia rasa. belajar bg peluang & ruang utk org betulkan kesilapan bukan hentam brtubi tubi. hang igt hang maksum sgt ka tak penh & tak kn buat salah? hang igt sepanjang hang idop nie tak dk org terasa hati kecik hati marah maki hamun belakang hang? kita bukan Nabi dik oiiiiiii....bagi peluang & ruang kt org supaya smpi satu masa kalo kita buat salah org akn mudah bagi peluang & ruang utk kita pulak.

maafkan org lain dgn ikhlas. belajar redha dgn apa yg Allah dh tetapkn sakit mmg sakit tp Allah kn ada..awat hang rasa Allah menipu ka kalo Dia dh jnjikn sesuatu utk kita? doa banyak banyak moga Allah permudahkn semua...."

dan ayat last aku sebelum letak tepon...

"dah kalo hang rasa teruk sangat apa yg dia buat tu smpi tak leh nk luapa bagai dok terigt sedia sedia hang tinggai ja bini hang. abeh cerita p cari yg lain yg perfect sgt sgt tu maksum mcm hang. igt lelaki yg baik utk perempuan baik. bongkak sgt tak leh nk maafn org tak leh nk move on. satu hari nnt kena hang buat salah org tak mau tgk muka hang baru padan muka."

teruih dia kata "ok bye kak"


hampeh punya adik !!! 


Bila ALLAH Jawab Apa yg Aku Tanya...

Assalamualaikum....

Nak mengeluh tp rasa mcm tak berbaloi. So apa lagi luah dlm blog la.

Sbnrnya aku ada kawan baik yg bila mana aku luah mslh or mintak pndapat mmg tk penah menghampakan la. Tapi kawan baik aku tu lelaki. Dan sesejak dia kawen tittle tu d pndahkn hak milik pd wife dia.

Dan memandangkan skrg masa yg trsangat tak sesuai utk aku share aku pn pendam la. Pikiaq pikiaq apa sbnrnya punca masalah yg dok ada skrg nie.

Dan akhirnya pagi tadi bila bukak pd Quran direct Allah jawab.

Fuhhh....lega rasa.

Tak pa la tak rugi mengalah & mengaku salah walaupun bkn aku yg kalah & salah. Biaq la buruk & busuk d mata org yg pnting d mata DIA.

Kawan,
Andai kata aku salah pada tiap perbuatan, perkataan, tingkahlaku, pandangan atau apa saja yg buat bg trguris perasaan, marah, benci, meluat smpi memaki caci hina segala bagai...aku dgn rendah hati mintak maaf.

Aku harap nie yg pertama & terakhir kesalahan dr aku pd hang.

Sekali lagi....SORRY KAWAN !

notakaki : yg aku cari ketenangan hati....at least aku belajar sesuatu.

BERHATI HATI LAH DGN ORG ANTARA KITA....
INDAH KHABAR DR RUPA
INDAH BAHASA TP PERANGAINYA CELAKA !

pengalamannnn bebbbb pengalamannnn....masuk nie 2 kali dh aku kena....jadi lah kawan yg membaik kn hubungan bukan kawan yg menjahanamkn pertalian

Wednesday, July 27, 2016

Petua Menjemput Rezeki

Assalamualaikum

sekadar mahu berkongsi ilmu yg d baca pagi tadi....

"sesetengah ulama berkata bahawa sesiapa yang menjaga solatnya maka Allah akan mengurniakan lima keistimewaan :

akan diangkat kesempitan hidup di dunia daripadanya
akan dihindarkan daripada azab kubur
akan mendapat buku catatan amalnya melalui tangan kanan
akan melintas titian sirat sepantas kilat
akan memasuki syurga tanpa hisab

notakaki : tengah berusaha memperbaiki lagi dan lagi.............moga d murahkn rezeki !!! chaiyokkkk

Tuesday, May 03, 2016

Simpan Duit RM5 & RM20

Assalamualaikum

tahun nie azamnya nk belajar simpan duit RM5 & RM20. memula takut jugak nk buat sbb dok besa simpan duit syiling ja.

Alhamdulillah la syiling syiling pn boleh dpt beratus.

makanya lepas tgk kwn kwn gosip segroup tu asyik cerita boleh simpan masuk bank 3 4 bulan sekali hasil simpnan tu, teringin l ajugak nk try.

masa mula nk start tu agk payah la sebab nk kena cari RM5 & RM20. payahny ank tukar duit dpt duit ygnk d simpan. stresss......

masuk bulan ke dua alhamdulillah kawan kwan seopis pn support. siap sggup simpan duit esoknya mai tukar dgn saya.

bila masuk bulan ke 3 4 haaa mmg dh biasa. mudah dh nk simpan duit. tp masalah baru pulak. dulu payah sgt nk dpt la nieee pntg tukar duit dpt RM5 & RM20 sedia sedia. dan disbbkn tu la setgh bulan ja alhamdulillah tabung dh penuh.

saya siap buat jadual...ada CLOSING DATE & JUMLAH SIMPANAN BULANAN.

syukur Alhamdulillah setakat ari ni brjaya simpan duit dgn istiqamah.

moga moga azam ni membuahkn hasil. cadangnya hasil simpanan tu nk melabur beli emas. simpanan utk masa depan.

doa doa kan.............



Thursday, July 30, 2015

Ubat Semulajadi Di Rumah


Assalamualaikum 

terjumpa artikel bergambar best plak bila godek godek FB save & share. moga berguna utk semua. dlm banyak banyak yg tembikai tu mmg saya amalkan tetambah org yg ada gastrik makanlah tembikai selalu insyaAllah dengan izin Allah sembuh. kalau demam pn elok makan sbb tembikai banyak air. doctor cakap punca demam salah satu nya sbb badan tak cukup cecair so minumlah air sebanyak mungkin then bila kita buang air kecik tu panas keluar sekali. 

selamat mencoba !!









Tuesday, July 28, 2015

Makan Rambutan Batuk?

Assalamualaikum 

sedikit rasa geram bila pepagi dengaq ada hamba Allah cakap "Makan rambutan banyak-banyak nanti batuk"

eh dah kau salahkan buah tu kenapanya. cepuk kang. ckp mcm orgtak dak iman plak. bukan takat rambutan ja mana mana jenis makanan pn kalo dengar ja org cakap makan tu angin makan nie sejuk makan nie cm nie cm tu. hey la.....boleh rosak akidah tau tak sbb kita mcm tak pecaya pada Allah. dok menyalahkan sesuatu yg lain yg jadi sebab kita d timpa musibah.

ok nk settle bab rambutan nie dulu. batuk tu pada saya la secara pendapat ikut pikiran logik bila kita makan rambutan kan ada kulit kt bijik tu. then air dia mcm brgetah getah ckit tu. kalo makan buah then tak minum air masak bebanyak cuci balik tekak kita mmg la tak selesa tekak tu.

mcm yg saya dok amal. insyaAllah brkesan. rambutan mmg buah fav saya. ko bagi lah 3 4 kilo sekali pn boleh ja hadap smpi habis. tapi lepas makan tu mmg wajib minum air masak bebanyak sbb nk cuci tekak & bg rasa selesa. insyaAllah cubalah mana tau lepas nie boleh makan rambutan dgn banyaknya tanpa menyalahkn rambutan penyebab batuk.

ok nk kupas sikit bab salahkn makanan. terutamanya org yg tgh pantang. makan tu angin makan nie semeblit. alahai dik oiiii kan sedap kalo ayat tu d cantikkan lagi bahasanya. jangan sampai kita ckp smpi maknanya boleh pusing ke lain.

selalunya saya ositifkn diri kalo makan something yg lepas tu saya rasa tak selesa or sakit. say anggap saya tak sesuai makan makanan tu. kalo kita jadi makanan tu idak la kitapn rasa trkilan org hina or salahkn kita.
sambil taip entry sambail makan moktan....husihhh nikmatnyaaaaaaaaaa

*** haishhh sensetip pulak aku pepagi dengaq isu isu negetif nie. sapa yg tak setuju & sependapat tu sorry ek just share pendapat saya ja !!!

Friday, July 24, 2015

Adakala Nak buat Benda Baik Kena Paksa



Assalamualaikum 

masih mood raya lagi. pejabat masih lenggang sunyi serepi bak kata org utagha. mcm padang jarak padang tekukoQ.  bila dh tak dak org sgt nie mood nk buat reja pn kenapelan pelan pupuk la. ya lah dah sorang mana nk best buat reja oiiii.

sambail buat reja sambil godek google smbil tgk FB sambil update blog. nampak tak betapa curi tulangnya d situ. haishhhh moga boleh berubah nnti bahahahaha.

tajuk kali nie rasany apaling pajang sepanjang dok taip entry.

ADAKALA NAK BUAT BENDA BAIK KENA PAKSA.

ya mmg saya sokong beratus peratus. contohnya diri saya seniri yg paling mudah. bila trbaca post bergambar seorg kawan pasai KAKI AURAT WANITA tetiba teringat dedulu asalnya saya nie idak la mcm sekarang. banyak rompong dr penuhnya. dan insyaAllah masih berusaha penuhkan rompong rompong yg ada brsisa lagi dlm diri.

antara yg paling berat saya nk buat ialah pakai stokin. bukan kata tak pakai lgsg nie masalahnya susah nk kekalkn pakai tu walau  kemana pn. mai reja pakai p super market tkpakai. haa contohnya la kan.

so satu hari saya nekad nk kena paksa jugak hati nie. liat bebenor nk buat bnda baik pn. last lastnya Allah bagi kaki sunburn. hamekkk main lagi panas kan.

nk ilangkn sunburn bukan senang hoiii. puas pakai krim siang malam. dan sbbkn tak mo bagi kaki terbakar dek matahari lagilah saya pakai stokin. TERPAKSA pakai stokin sbb nk jaga kaki.

nampak tak betapa kena paksanya diri nie sbb nk buat benda baik. saya pecaya ramai kt luar pn sama ja situasi mcm saya. alhamdulillah smpi skrg dah mampu tutup kaki. skrg dlm proses nk menyempurnakan lagi. dari brstokin nipis biasa yg pakai p reja tu nk pakai yg tebal terus bawak solat.

jujurnya saya nie mmg jenis kena paksa dlm banyak bnda kao nk berubah. moga moga KETERPAKSAAN saya tu bawa 1001 kebaikan utk saya d dunia & akhirat. moga saya bolehjadi contoh yg baik utk anak saya.

sekian, Salam Syawal !!!

Thursday, June 04, 2015

Cuba Teka?



Assalamualaikum 

Cuba teka nie buah apa? 

jeng jeng jenggggggggggggggggg.....

Friday, August 15, 2014

ASAM GARAM KEHIDUPAN # TEKNOLOGI

Assalamualaikum

dua tiga menjak nie salu d kelilingi isu yg sama. walaupun brlainan org. trbarunya semalam ada sorang adik ngadu. isu yg sama jugak. katanya dah give up nk usaha elakkn segala bagai.

pecaya la dik, bukan adik sorang yg rasa bnda nie. belambak lagi manusia lain yg alami bnda yg sama. baik lelaki or perempuan sama ja isu nya.

jujurnya bagi saya kemudahan teknologi ari nie bukan hanya mendatangkn kebaikan semata mata. ada jugak keburukan nya. contohnya nset canggih zaman skrg nie. mcm mcm aplikasi yg kembang brmangkuk mangkuk yg boleh kita guna.

tak kira lelaki or ppuan semua sama ja. ada yg bz dgn chatting. ada yg bz dgn game. ada yg bz dgn shopping online. mcm mcm la.

bagi saya tak salah pn. tapi apa jugak yg kita buat perlu ada batasnya.

paling mudah contoh yg saya nmpk. pasangan yg jarang ada masa utk brsama. pasangan PJJ la senang cerita. ada masa nk jmpa pn hujung mggu ja. tu pn kalau tak kena outstation. masa yg ada tu mmg terhad sgt sgt dh kan. kalau dh masa terhad, jmpa pn masing masing dok tgk nset masing masing haaa tak ke buruk tu.

bila d pikirkn kenapa org dulu dulu gaduhnya susah anak anak nk detect. sbb komukasi org dulu hebat. walaupun tak dak teknologi secanggih sekarang tp umah tangga diorg aman ja. walaupn idup susah. gaduh mcm mana tetap brtegur sapa. banding dgn skrg kalo gaduh ja ada nset lagi. bukan nk guna pujuk elok2 tapi sambung gaduh dlm msg pulak.

haiiishhhhh. buruk jugak teknologi moden pn. boleh buat rasa mcm tak d hargai. mcm idup sorang sorang. mcm tak d peduli. mcm tak penting pn.

yg pastinya kalau sesapa ada masalah mcm nie, pecayalah bukan awak sorang ja rasa. belambak lagi org len yg rasa. cuma teruk or tak ja. apa yg saya nmpk majoriti kwn kwn saya yg ada mslh cm nie diorg tegur pasangan terus. nk ubah or tak belakang kira tp usaha dulu.

Alhamdulillah. saya pn ada group whatsapp seniri. dlm tu kami brkongsi cerita masalah masing masing. masing masing cuba bantu antara satu sama lain. bagi semangat sokongan. antara kami cuba utk kuatkn sesama kami bila jd somethng yg tak best.

kemudahan yg ada guna dgn sebaik mungkin. selagi mana kemudahan tu tak abaikn tanggungjwab kita tak salah. sbb yg d soal d sana nnti bukan kemudahan teknologi jenis apa yg d guna d dunia tp tanggungjawab mana yg d pikul dgn baik or tidak.

renung renungkn & selamat beramal.



pesanan utk diri seniri. kehidupan bersuami tak sama dgn kehidupan belum brsuami. harapnya tak leka dek teknologi yg ada smpi abaikn tanggungjawab. lepas nie ada ank lagi berat tanggungjawabnya. trkadang kita rasa apa yg kita buat tu dh ok dh sbb tak d tegur tak d bgtau tk dak yg berubah tapi kit atak tau hati org lain mcm mana. bagi kita mgkin biasa ja bnda tu tp bg org lain bnda tu menyakitkn hati. tu yg dok jadi punca kes cerai la curang la segala bagai. bila mana org yg sepatutnya amik berat, brtanggungjwb tanya khabar, jaga hati & perasaan tak amik peduli lepas org lain plak dok amik alih haaa setan pn mula la mcm mcm. 
moga Allah jaga hati nie elok elok. brkwn biar brpada pada !! ingt tu cik Anggur 
pd si adik, sabarlah ek. insyaAllah banyakkn doa & usaha. chaiyokkkkkkk !!!!!! 


Tuesday, July 22, 2014

TIPS NAK JADI KAYA DALAM MASA 40 HARI

 Assalamualaikum

satu perkongsian bersama yg d amik dr FB


MENJADI KAYA DALAM MASA 40 HARI..
- oleh Ustaz Yusuf Mansur

"Sesiapa yang berjalan menuju ALLAH, ALLAH akan berlari menuju dia. Siapa yang berlari menuju ALLAH, maka ALLAH akan menuju kepadanya".
• Jaga Solat Tahajjud 8 Rakaat + Witir 3 Rakaat.
• Jaga Solat Subuh, Zuhur, Ashar, Maghrib, dan Isya. (Khusus soal solat, terkandung di dalamnya menjaga berjamaah di masjid, lengkap dgn qabliyah dan ba'diyahnya. Juga Sunnah Tahiyyatul Masjid, sbg tanda kita datang sebelum waktunya azan/pra-ontime).
• Jaga Waaqi'ah sesudah subuh atau sesudah asar (boleh pilih).
• Jaga Solat dhuha 6 Rakaat. Yang kuat, 12 rakaat.
• Baca zikir usai solat, plus yaa fattaah yaa rozzaaq 11x, plus ayat kursi, plus qulhu 3x. Ini setiap usai solat.
• Khusus usai solat subuh dan asar, ditambah 4 ayat terakhir surah al Hasyr.
• Jaga setiap hari membaca 300x laa hawla walaa quwwata illaa billaah. Boleh 100x. Dan boleh dibagi-bagi di 5 waktu solat.
• Jaga setiap hari baca Istighfar 100x.
• Jaga setiap hari baca subhaanallaahi wabihamdihi subhaanallaahil 'adzhiem 100x pagi dan 100x petang. (Boleh habis dhuha dan habis asar/menjelang maghrib).
• Jaga setiap hari baca Yaasiin (bebas waktunya bila2 saja, yg penting 1hari 1x).
• Tutup malam dgn solat sunnah 2 rakaat; baca Qulyaa di rakaat pertama, Qulhu di rakaat kedua. Setelahnya baca salah satu dari as Sajdah, Tabaarak atau ar Rahmaan.
Jaga ini selama 40 hari. Berjuang ya!!. Terutama solat tepat waktu, di masjid, plus qabliyah ba'diyahnya. Di iringi dengan Puasa Nabi Daud supaya mudah.
Semoga ALLAH menyegarkan badan kita semua, menyihatkan kita semua. Kepada ALLAH dan untuk ALLAH kita luruskan niat kita ya. Aamiin..

#COPYPASTE

Thursday, July 17, 2014

FIKIRLAH SECARA POSITIF

ASSALAMUALAIKUM 

semalam kecoh dekat dalam FB la blog la segala bagai kes yg kiki mengamuk gara-gara kereta dia kena langgar. saya kalo isu mcm nie tak nak baca langsung. bukan tak nak amik tau cuma nk elakkan iri drpd tumpang sekaki masuk kumpulan yg dok marah marah si pelaku.

macam pernah saya cakap dulu  dlm FB saya,

" Org mudah menuduh dgn tgk ja. Ingatlah tak semua yg kita tgk tu betoi. Kita tak tau apa masalah sebenar org tu jd tak payah la jd tukang tilik nk buat andaian & tuduhan yg macam-macam. Jangan smpi apa yg kita kata dekat org tu brbalik pd diri kita.

Ibarat pepatah "duduk d tempat org tu baru kita tahu rasanya mcm mana".

Tapi lagi tepat "DAH KENA BATANG HIDUNG SENDIRI BARU TAU LANGIT TINGGI RENDAH MANA".

*Bila aku tak usik hidup orang bermakna aku tak suka org usik hidup aku. Nak atur cantik-cantik atur ja hidup seniri jangan memandai-mandai buat corak dlm kehidupan org lain. Sbb tu kalau tak tau cerita lebih baik DIAM !!! " 

bukan nak membenarkan tindakan si pelaku cumanya tak payah la kita jadi terlampau rajin sangat p cari info segala maklumat yg berkaitan dengan dia. nk tegur tegru cara elok tak perlu maki hamun. 

lagi terkedu bila pagi tadi dengar dlm berita yg menyatakan uncle tu tak nk amik tindakan sebab nk balas dendam sbb ajaran agama dia tak bagi buat mcm tu. kalau uncle yg non muslim tu kata agama dia ajr mcm tu kita yg beragama islam nie mcm mana pulak?rasanya lebih lebih lagi d ajar utk brsopan santun dlm segala hal & keadaan. 

kejadian yg berlaku nie kebetulan sejak dua tiga minggu yg lepas saya baru ja hadapi. mudah betul org berkenaan post meluahkn kemarahan dia sedangkan pada saya dia tak tau langsung keadaan sebenar tentang diri saya. 

betul pada mula kalo ikut hati yg sakit nak menjawab ja. tapi bila d fikirkn balik kenapa saya nk membodohkan diri pd sesuatu yg dh sedia bodoh. kan nampak saya dua kali lebih bodoh dr org tu. lebih baik diam. 

sampai masa Allah akn tunjuk sapa yg betul sapa yg salah. 

insyaAllah Allah ada. jangan risau. 

*** orang yg suka marah marah nie dia ibarat mcm cerita dulu yg si ayah ajr ank kawal marah dengan tiap kali marah suh paku paku sepohon pokok. sampai masa satu hari bila dia dh boleh kawal marah dia ayah dia suh cabut satu persatu paku yg dh dia ketuk pd pokok tu. bila d cabut paku dia nmpk bekas paku pada pokok. ringkas tp mudah ayt ayh dia cakap mudah kita melemparkan kemarahan kemudian minta maaf tpi kesan yg trtinggal akibat kemarahn & tindakan kita tu tetap berbekas d situ & tak kn hilang mcm mana kita nk betul kn. sekali pn d tampal masih tetap ada bekasnya. kesimpulannya dlm apa jua keadaan, sejahat mana pn seteruk mana FIKIRLAH SECARA POSITIF !!! salam ramadhan 



dia aku anggap belum cukup matang dalam menilai betapa berharganya semua yg d milki dlm kehidupan saat ini. andai kata satu masa dia kena sama mcm aku kena ....haishhhh !!! moga Allah jaga jangan smpi org lain kena mcm aku kena. doa yg baik baik sudah. lebih baik aku diam drpd aku cakap sbb aku tau bila aku cakap mmg pedih smpi tulang itam

Tuesday, July 15, 2014

PULANGKAN BALIK.....



assalamualaikum 

semoga Allah bagi petunjuk pd dia. mungkin belum cukup akal lagi agaknya. satu hari bila dia dok d tempat kita dia tetap akn merasa. :)

Tuesday, July 01, 2014

HAFIZ INDONESIA 5 TAHUN HAFAL 29 JUZUK QURAN

Assalamualaikum



ramadhan  kali nie penuh dgn air mata. sungguh sungguh terkesan dalam hati. dari pagi dengar tazkirah ringkas. d tambah pula secebis doa dr kawan yg sebelum nie tak pernah buat mcm tu.

kali nie. bila tengok video nie rasa malu sangat. dia si kecik tu mampu kenapa tidak aku?

“Ayah bunda semua, inilah sebuah nilai. Bahwa anak kecil sekalipun dia sangat terbatas kemampuannya, ketika dia menjadi mulia karena Al-Quran maka kita semua tunduk, karena Allah telah memuliakannya dengan Al-Quran. Bapak ibu tahu, ini uang, ini kertas (sambil menunjukkan selembar uang kertas, red). (Uang) ini tidak ada apa-apanya. Diinjak-injak, tetap dia berharga. Karena apa? Karena nilai. Sekalipun diinjak dia punya nilai. Dia menjadi berharga. Ini anak tidak punya kemampuan apa-apa. Tapi karena nilainya membawa Al-Quran, dia menjadi mulia. Allah memuliakannya.” ujar Amir Faishol terbata-bata.

Friday, June 27, 2014

TANZIL QURAN ONLINE

Assalamualaikum 

dah tggl berapa jam ja lagi kita nk melangkah masuk ke buan Ramadhan. mesti tiap org ada azam tersendiri. nk terawaih penuh la khatam Quran la. tu tak masuk lagi dgn nk diet segala bagai.

apapun saya ucapkan SELAMAT BERPUASA utk semua umat Islam. semoga puasa tahun nie lebih baik dr tahun yg lepas.

sedikit perkongsian utk semua. bagi yg bekerja boleh la selak selak dan dengar time break. 5 minit pn jadi lah. Alhamdulillah saya dh guna dr puasa tahun lepas smpi la skrg.



KELEBIHAN  : 
  • boleh baca online 
  • boleh belajar cara bacaan dr imam yg tersenarai 
  • boleh baca tafsir dlm pelbagai bahasa  
ALHAMDULILLAH setakat sangat puas hati guna aplikasi nie. bukan saja bantu kita yg bacaannya gagap, lemah & tak lancar malah boleh tingkatkn lagi semangat nk baca & menarik minat nk baca selalu. tak payah lama sangat. amik satu dua muka surat dh cukup dh.

kalau nk tggu balik rumah bukak Quran mmg akn ada yg bagi banyak alasan. nk tggu lepas solat la tu la nie la. bila smpi masa nak ngaji dh ngantuk penat segala bagai. guna aplikasi ni nie just duduk depan PC tu ja. mudah sangat sangat. tinggal tekan ja. nak dengan tak nak.

semoga berguna utk org lain juga !!!



*** Ramadhan kali nie tersangat lah menguji keimanan & ketabahan mental serta fizikal. baby pelissssss jangan buat perangai ek kita nk puasa penuh nie. haaa nnti dpt pahala banyak tau .....

Monday, June 23, 2014

MENUDUH & D TUDUH

Assalamualaikum 



Aku pnh rasa situasi d tuduh & menuduh sesuka hati. 

Sangat mudah kita keluar kata cacian bila kita d pihak menuduh. Sangat perit tak trtahan bila kita d pihak yg d tuduh. 


D sbbkn trlalu sakit bila d tuduh tu la hari ni aku cuba belajar utk baiki diri. Apapun keadaan yg jadi. Seteruk mana pn perbuatan org tu, sehina mana pn apa yg berlaku janganlah trlalu mudah lidah kita keluar kata pndapat yg tk perlu. D mata kita mgkin nmpk remeh masalah yg d alami tp pd yg menanggung siapa yg tahu. Kuat mana hatinya nk tahan. Kukuh mana iman nk sabar. Teguh mana diri nk mengadap. 


Syukurlah sbb yg trjadi pn bukan pd kita or kita yg buat. Muhasah dgn apa yg jadi. Adakah kita pnh hampir buat bnda yg sama namun Allah lindung salah kita? Tak dak siapa yg tau melainkn antara kita dgn Dia. 


Kalau rasa nk benci sgt cukup la sekadar benci dgn prbuatan yg d buat. Jgn d benci pd makhluk Allah. Hina makhluk ciptaan Allah seumpana marahkn Dia sbb cipta insan mcm tu. Jgn d samakn makhluk yg Allah cipta sesempurna mgkin dgn binatang yg tk dak akal. Jgn d tmbh dosa yg ada dgn terus mengutuk mengata sdgkn kita blm tentu betul semua. 


Lebih baik tak amik kisah kalau itu yg buat kita tmbh saham ke neraka. 


Sebusuk mana pn fikirlah secara positif. Kita tak duduk d tmpt dia. Tak tau awal akhir cerita. Cukup sekadar baca & dgr saja. Jgn mudah komen mengutuk mengata. 


Doakn yg baik-baik. Semoga Allah jaga. Seketul daging dlm diri kala
u senantiasa d asuh dgn bnda yg busuk takut nnti bila d mndikn dgn selori minyak wangi xmampu jd bersih & wangi semula.

Monday, June 16, 2014

BILA PAKAI KETAT-KETAT

ASSALAMUALAIKUM 

ada satu peristiwa jadi depan mata.  dalam kepala terpikir satu ja. 

GAMBAR SEKADAR HIASAN

kita orang perempuan selalu sangat salahkn lelaki gatal. 

selalu sangat kata orang lelaki mata keranjang. 

selalu sangat tuduh orang lelaki suka amik kesempatan. 

tapi kita tak sedar semua benda tu kit ayang galak kan. 

pakai baju ketat-ketat.

pakai seluar sendat-sendat. 

jalan melenggang mcm model jalan jalan cat. 

bila semua lelaki tengok kita heran. 

hello !!

dh kita yg menayang. 

dh kita yg membagi. 

dh kita yg menyerah. 

dh kita yg menyedekah. 

dh kita yg bermurah hati. 

dh kita yg rasa paling cntik dlm dunia nie. 

makanya redha je la !!! 

tak payah la smbil jalan dok tutup kiri kanan atas bawah. 

alang alang dh bukak tu biar bukak bagi org tengok betul betul.

tk dak la ada yg susah payah nk trhendap hendap. 

kesian ~ 

bila pakai ketat ketat !!!

Friday, March 28, 2014

ALLAH ADA...JANGAN RISAU !


Assalamualaikum
Daripada Abu Ruqaiyyah   Tamim ibn Aus al-Daarie r.a. bahawa Nabi SAW telah bersabda: “Agama itu   adalah nasihat.” Kami berkata: “Untuk siapa?” Baginda bersabda: “Untuk   Allah, untuk kitabNya, untuk RasulNya, untuk para lmam kaum muslimin dan   untuk umat lslam seluruhnya.”
 
  Hadis riwayat al-lmam Muslim. 


sempat terbaca dalam satu artikel yg berkaitan dengan cara kita menegur & d tegur oleh org lain. masing-masing punya tanggung jawab sendiri. yg d tegur mestilah terima teguran dengan hati yg terbuka & redha. mintak maaf ats kesalahan & kesusahan yg dh d buat. yg menegur mestilah dengan penuh adab & berhemah. 

saya kongsi kn sedikit info yg saya dpt dr artikel tu. 

dalam memberi nasihat & teguran kita mestilah : 

1. membetulkn niat sebelum menegur supaya org yg mendengar & terima teguran tu tak rasa di sakiti. tegurlah seorg tu dgn cara & bahasa yg lembut bukan dgn menggunakan cara & bahasa yg keras. teguran d beri bukan kerana utk mempertahankn kita d pihak yg benar tp teguran d beri utk mengajak ke arah yg lebih baik 

2.  berihsanlah dalam menegur. sedaya upaya menutup segala keburukan org yg d tegur supaya org tidak tahu keaibannya. 

3. jangan menggunakan bahasa atau kritikan yg pedas. sebolehnya cuba utk bagi pendapat & brkongsi pandangan sesama sendiri supaya sebelum kita menegur kita lebih memahami & mendekati org yg nk d tegur. 

4. hargai pendapat & pandangan org lain. bila menegur org lain kita juga mestilah brsedia utk d tegur. 

5. jangan menggunakan suara yg keras. jangan menengking atau menjerit.  

"barangsiapa yg menasihati seseorang dan hanya berdua sahaja maka itulah nasihat yg sebenar. barangsiapa yg menasihati saudaranya d depan khalayak ramai, maka demikian itu mencela dan mencelakan org yg d nasihati"  

"mukmim itu menasihati & menutup aib & kesalahan, org yg jahat itu menyingkap & mendedahkn aib & kesalahan" 

rasulullah s.a.w bersabda
"percakapan org yg berakal muncul dr balik hati nuraninya. maka ketika hendak berbicara, terlebih dahulu ia kembali pd nuraninya. apabila ada manfaat baginya, dia harus brcakap dan apabila ia boleh mendatangkn keburukan, maka dia hendaklah tidak melafazkannya. sesungguhnya hati org bodoh berada d mulut, ia berbicara sesuai dgn apa saja yg dia mahukan"


TIPS UTK MEMUDAHKAN ORG TERIMA TEGURAN KITA 

MENGETAHUI & MEMAHAMI KEADAAN ORG YG HENDAK D TEGUR
 JGN RENDAHKN EGO YG HENDAK D TEGUR 
CARI MASA YG SESUAI & WAKTU YG TEPAT 


dalam surah Yunus ayat 36  ada dnyatakan
 ”Prasangka itu tidak mendatangkan kebenaran apa pun.” 

biarkanlah org yg berburuk sangka selagi mana dia mahu & mampu. semoga apa yg di sangka-sangka tu mendatangkn kebaikan kepada semua org. terkadang mulut mudah mengeluarkn pendapat & kata-kata tanpa otak brfikir dgn baik. nasihat utk diri saya seniri. sebelum kita brburuk sangka pd org, letakkn diri kita d tempat dia. cuba utk ambil tahu & memahami masalah org sekeliling kita. agk kalo rasa membebankn jgn mudahkn diri utk buat andaian buruk pd org.

mungkin hari nie kita mudah bercakap itu & ini dgn penuh rasa bangga. tak fikir apa yg kita kata tu menyenangkn hati org lain ataupn sebaliknya.

betul. masalah org lain tak kn mendtgkn sikitpn kemudaratan dlm idup kita. cuma beringtlah. tak semestinya apa yg kita rasa kita betul tu betul. tak semestinya yg salah tu salah. bertolak ansurlah selagi ia tidak menyakitkn diri sendiri. moga moga bila mana kita memudahkn urusan org lain hari ni akn d permudahkn urusan kita oleh Allah d masa depan.

tetiba teringat kisah satu Imam yg tgh bagi tazkirah pd ank murid dia. tetiba bangun sorang tu dgn pakaian yg nmpk alim. maka Imam yg tgh mengajar smbil melunjur kaki masa mengajar (sbb Imam tu sakit) tarik kak & duduk elok tanda hormatkn org yg bila tgk nmpk mcm alim ulama & bijak pandai. tp bila org tu tanya soalan yg kurang bijak dgn nada & cara kurang elok maka tahulah Imam trsebut bahawa org tu kurang & cetek ilmunya. cerita Imam nie pnjng tp saya pendekkn.

sekadar kesimpulan yg saya nk amik dr cerita tu. kita hormat pd org yg baik budinya, elok perangainya & baik perlakuannya. namun bila mana percakapan yg keluar tu menggunakan bahasa yg seakan-akn menunjukkn diri tu sombong & bongkak dgn sesama mahkluk maka hilanglah rasa hormat.

kalau makhluk Allah pn tak boleh nk berihsan, brlembut & brtimbang rasa bukan kah ia seolah-olah menghina ciptaan Yg Esa. kita boleh membenci perbuatan yg dbuat bukan pd org yg membuat.

bersederhanalah dlm apa juga. bukan saja dlm perbelanjaan malahn perbuatan, percakapan, pergaulan & perlakuan.

# suami penah cakap kita kalau tak tau pa pe pasai org DIAM. tak payah cakap. biar org buat keje org kita buat keje kita je. jangan nk memandai-mandai. tak payah sibukkn diri buat spekulasi murahan. kalau d takdirkn benda tu tak betul sapa yg tanggung dosa.


Allah ada...jangan risau.
Dia lebih mengetahui segala apa yg jadi pd hambaNya melebihi dr apa yg org sekeliling bersangka-sangka. Maafknlah org lain sekalipun kamu sdg marah @terluka. Mudah-mudahan bila mana kamu berbuat salah trhadap org lain, mereka mudah utk memaafkn kamu.
Allah ada...jangan risau.
Dia lebih mengetahui segala apa yg terpendam & terjadi pd hambaNya. 

KATA-KATA HIKMAH

SELAMAT KEMBALI

Assalamualaikum  tepuk bahu utk diri sendiri.  last masuk jenguk sini 2018 skrg dah 2024.  aduhhh....dah hampir 6 tahun.  Subhanallah//moga ...