Tujuh Kalimah Agung
Sabda Rasulullah s.a.w
Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan
dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau
sebanyak buih di lautan..
1. Bismillahhirrahmann irrahim:
pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Alhamdulliah:
pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.
3. Astagfirrullah:
jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.
4. Insyaallah:
jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.
5. Lahaulawalaquataill ahbillah :
bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.
6. Innalillah: jika menghadapi
musibah atau melihat kematian.
7. Laailaahaillallah :
bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya. amalkanlah selalu
moga-moga kita tergolong dikalangan orang yang terpilih oleh Allah.
Showing posts with label ZIKIR. Show all posts
Showing posts with label ZIKIR. Show all posts
Friday, June 22, 2012
Saturday, May 26, 2012
BASMALAH
ASSALAMUALAIKUM
Panas betoi ari nie. Sampai brdenyut otak cik AngguR. Um...d sbbkn trlampau panas so tahap kemalasan meningkat mendadak la kn hahaha. Nak keluar pn malas.
Malam td cik AngguR da selamat khatam novel SUNAN MUSAFIR. Mmg best ya amat tp rasa mcm trgantung plak ending dia. Ada lg kot smbungan pasai ank Sunan tu. Adeh mencik toi kena tgu2 nie.
By de way cik AnggurR dok stdy majalah bru. Tajuknya al-Ustaz. Best gk. Byk bnda yg cik AngguR blajr. So da satu tajuk yg agk menarik aty cik AngguR nk share ngan smua org.
Jum layan!
KELEBIHAN BASMALAH
* Bacaan pembuka pada tiap amalan yg baek.
Maksudnya kalo kita nk wat satu bnda kalo xd mulakn ngan basmalah jd mcm xlengkap la apa yg kita buat tu.
* Pendinding keselamatan rumah & barang-barang dr kebakaran,kerosakan n kehilangan.
* PelinduNg drpd syaitan menyelinap masuk dlm rumah.
* Pendinding bg suami isteri agr anak-anak tk d ganggu syaitan brmula waktu brsama smpilah d lahirkan.
*** ppssstttt... Jum azam ramai2 pas nie nk watpa pn mulakn ngan basmalah <3
Published with Blogger-droid v2.0.4
Saturday, February 18, 2012
IBARAT JATUH D TIMPA BUAH ANGGUR
ASSALAMUALAIKUM
Dah lama benar rasa nya cik AngguR tak bukak blog secara live brbanding ngan dok hapdate pakai nset ja kan. Bukan tak rindu tak hambatan masa yg dengki kt cik AngguR buatkn tak sempat nk kelebek secara serius. Hahahaha.
Okey memandangkan dah la tak jenguk muka blog depan depan makanya banyak story mory & luahan perasaan yg nk cik AngguR ceritakn dlm entry kali nie.
Seminggu dua nie macam macam dugaan yg menimpa. Sejujurnya betoi betoi menguji kekentalan pikiran yg letey pabila badan trlampau letey dek brjalan jauh ditambah pulak ngan pc d opis wat pasai. Tak pasai pasai seminggu jugak la reja cik AngguR trtangguh.
By de way cik AngguR benanya nk share cerita pasai pengalaman cik AngguR d KOTA SINGA minggu lepas. Tapi d sbbkn kabel kamera tak dak lagi so cik AngguR tangguhkn dulu hasrat nk update pasai KOTA SINGA.InsyaAllah cik AngguR akn hapdate lepas cik AngguR balik dr kursus erk.
Seminggu dua nie mcm mcm masalah yg jadik kt cik AngguR. Antaranya :
1. PC d opis meragam sampai hampir separuh dokumen dokumen penting pasai ISO 17025 ilang dlm simpanan. Alkisahnya cik AngguR trpaksa mengerah sepenuh tenaga jari jemari cik AngguR yg comey lotey nie utk taip balik. Otak pn kena paksa gak utk ligat brpikir nk igt file apa yg ilang. Adesssss .....sangat kejam bila masuk opis ngan haty yg gumbira pabila pulang brcoty dr Kota Singa d hentam terok ngan kehilangan data trsayang.
2. Ikan kesayangan cik AngguR si Techik demam, si BBob lak putus ekoQ & si Byah dok sibuk pulun belajaQ tolak tolak batu dlm balang. Sedey sgt2 tengok si Techik demam. Alahai ...lagi kecian tgk ekoQ BBob koyak. Uwaaaaaaaaa. U r my baby boo :(
3. Bapa saudara cik AngguR telah d jemput mengadap Illahi pda 13 Febuari 2012 ari Isnin tepat jam 8.30 malam. Luluh rasa haty bila dapat berita tu. Moga pak long d tempatkn d kalangan org yg beriman & soleh. AL-FATIHAH. Segala kenangan indah ngan pak long tak dpt cik AngguR nk liQuid dr kotak igtan cik AngguR.
D sbbkn tekanan masalah yg menimpan cik AngguR secara brtubi tubi ibarat jatuh d timpa buah anggur yg ranum lagi manis makanya cik AngguR pon apa lagi mencari altenatif nk pujuk haty yg lara. Nak tau pa cik AngguR buat. Heheheh .... cik AngguR berusaha sedaya upaya cik AngguR mengkhatam kn novel TOMBIRUO yg berepisod2 tu. Tiga buah buku dlm masa tiga hari. Ahakz. Sangat terbaek. InsyaAllah nnty cik AngguR wat entry istimewa pasai novel tu erk.
Sedikit bingkisan akhir utk semua. Hope brguna & boleh d jadikn amalan kita bersama.
*** pppsssstttt .... Cara yang paling terbaek sekali sebenarnya dalam menghadapi musibah samada kesedihan, kemarahan, kesakitan dan sebagainya adalah dgn menyerah diri n segala urusan kepada Allah kerana hanya Dia saja yg lebey memahami n mengerti apa yg kita alamai n rasa. Dan hanya Dia sajalah yg mampu mengubati segala kesakitan yg ada dlm diri kita. Yuk .... kita zikir sama sama ~
Monday, May 23, 2011
Saturday, April 16, 2011
ZIKIR 99 NAMA ALLAH
Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Nabi s.a.w bersabda:
"Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama, iaitu 100 kurang satu. Siapa yang menghafalnya akan masuk syurga." Sahih Bukhari.
"Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama, iaitu 100 kurang satu. Siapa yang menghafalnya akan masuk syurga." Sahih Bukhari.
Ar Rahman (Maha Pengasih)
100x selesai solat 5 waktu, insyaAllah sesiapa yang membacanya akan menjadi seorang yang pengasih, terang hatinya dan tidak mudah menjadi pelupa.
Ar Rahim (Maha Penyayang)
100x setiap hari. InsyaAllah akan di jadikan orang tersebut penyayang dan di sayangi orang dan di beri kemudahan.
Al Malik (Maha Menguasai)
121x setiap hari selepas fajar, insyaAllah akan di kayakan Allah dengan bersebab atau dengan pintu yang di bukakan Allah.
Al Quddus (Maha Suci)
100x setiap hari setelah tergelincir matahari. InsyaAllah hari-harinya akan bersih dengan kesombongan, iri hati dan hasad dengki.
As Salaam (Maha Sejahtera)
160x setiap hari, insyaAllah penyakit yang di deritai akan sembuh atau bila di bacakan kepada pesakit akan sembuh selagi belum sampai ajal.
Al Mu'min (Maha Pemelihara Keamanan)
136x setiap hari insyaAllah akan aman diri dan hartanya daripada kejahatan.
Al Muhaimin (Maha Menjaga)
Sebanyak-bayaknye setiap hari, insyaAllah akan sentiasa di awasi Allah dan di bersihkan zahir & batinnya. Juga bercahaya hatinya.
Al Aziz (Maha Mulia)
40x setiap hari selesai solat subuh selama 40 hari, insyaAllah akan di kurniakan Allah kekayaan dan di muliakan oleh Allah. Tidak akan dia mengharap atau berhajat sesuatu selain daripada Allah.
Al Jabbar (Maha Perkasa)
226x setiap pagi dan petang, insyaAllah tidak berdaya orang yang memusuhi untuk menganiayakannya. Akan tunduk mereka semua dengan pertolongan Allah.
Al Mutakabbir ( Maha Megah)
662x setiap hari, insyaAllah akan terlindung daripada musuh dan tunduk orang yang takabbur. Jika di baca saat bersama isteri, insyaAllah akan di kurniakan anak yang soleh dan sihat.
Al Khaliq (Maha Pencipta)
5000x insyaAllah akan di temui harta, kekasih atau keluarga yang hilang. Jika di baca di waktu malam Allah akan mengirimkan malaikat untuk membantu menempuh hidup di atas jalan yang benar.
Al Bari (Maha Membebaskan)
100x pada siang hari, insyaAllah akan terhindar dan selamat dari kesulitan dan kebinasaan.
Al Musawwir (Maha Pembentuk)
336x, insyaAllah segala perbuatan dan pekerjaannya akan menjadi baik.
Al Ghaffur (Maha Pengampun)
100x dalam keadaan menunggu solat Jumaat di dalam Masjid; dosa-dosa yang terdahulu akak diampun kan Allah SWT, insyaAllah.
Al-Qahhar (Maha Pemaksa/Maha Menguasai)
Di baca setiap malam secara terus-menerus sebanyak-banyaknya; insyaAllah akan mendapat ketenangan batin dan bebas daripada kehidupan yang sukar.
Al-Wahhab (Maha Pemberi)
300x setiap hari atau selepas selesai solat 5 waktu; insyaAllah akan dan mendapat kekayaan, kehebatan dan kebesaran.
Ar-Razzaq (Maha Pemberi Rezeki)
Baca berulang-ulang kali insyaAllah segala usaha kita akan berjalan lancar serta sentiasa dikurniakan rezeki yang mencukupi.
Al-Fattah (Maha Membebaskan/ Maha Membukakan)
di baca 71x setiap selesai fardhu subuh sambil meletakkan tangan di atas dada; insyaAllah akan bercahaya hatinya dan dipermudahkan segala urusannya.
Al-Alim (Maha Mengetahui)
100x sesudah solat 5 waktu, insyaAllah akan memperoleh ilmu ma'rifat dan kasyaf serta iman yang sempurna.
Al-Qabid (Maha Penggenggam)
Sebanyak-banyaknya; insyaAllah akan terlepas daripada ancaman jahat.
Al-Basit (Maha Meluaskan)
Baca 10x setelah solat Dhuha, insyaAllah akan dikurniakan rezeki yang tidak putus-putus dan di luaskan ilmunya.
Al-Khafid (Maha Menjatuhkan)
500x dengan khusyukk dan tawadhuk; insyaAllah akan terlindung daripadanya perbuatan dan maksud jahat serta di kabulkan hajatnya.
Ar-Rafi' (Maha Meninggikan)
100x setiap hari, insyaAllah akan ditinggikan darjatnya oleh Allah SWT.
Al-Muiz (Maha Memuliakan)
140x seepas solat isya' setiap Isnin dan Jumaat, insyaAllah akan dipandang mulia oleh orang.
Al-Muzill (Maha Menghinakan)
75x , akan dijauhkan Allah SWT daripada bahaya orang-orang yang berbuat jahat dan memudaratkan.
As-Sami' (Maha Mendengar)
100x setiap khamis setelah selesai solat zuhur tanpa pengetahuan orang lain akan termakbul doanya, insyaAllah.
Al-Basir (Maha Melihat)
100x sebelum solat Jumaat Allah akan membuka hati dan fikirannya, insyaAllah.
Al-Hakam (Maha Menetapkan hukum)
Dibaca sebanyak-banyaknya selepas tengah malam, insyaAllah akan dikurniakan ilmu rahsia dan hikmah agama.
Al-'Adl (Maha Adil)
104x setiap selesai solat 5 waktu; insyaAllah akan dikurniakan Allah sifat yang adil dan diperlukan pula untuk mengadili orang lain.
Al-Latif (Maha Penyantun / Maha Lemah-Lembut)
133x setiap hari, insyaAllah akan di peroleh taufiq dan hidayah daripada Allah SWT. Akan berhasil dalam perniagaan dan sentiasa dilimpahi rezeki.
Al-Khabir (Maha Bijaksana)
Zikir sebanyak-banyaknya; insyaAllah akan berhenti dari segala tabiat buruknya dan akan terhindar dari perbuatan khianat orang-orang zalim.
Al-Halim (Maha Penyantun/ Maha Penyabar)
88x setiapkali selesai solat sunat fardhu insyaAllah akan kekal berpangkat kedudukannya dan akan bertambah baik kedudukannya, insyaAllah.
Al-'Azim (Maha Agung)
7000x setiap hari dan setiap malam selama sebulan insyaAllah akan naik darjatnyadan memperoleh kelebihan dan kesenangan yang banyak dalam kehidupan dunia.
Al-Ghafur (Maha Pengampun)
Zikir sebyanyak-banyaknya setiap malam insyaAllah akan dilenyapkan segala kesukarannya dan diampunkan dosa bagi mereka yang bertaubat.
As-Syakur (Maha Mensyukuri)
Zikir sebanyak-banyaknya insyaAllah akan di jernihkan hatinya dan disembuhkan penyakit yang di alaminya.
Al'Aliy (Maha Tinggi)
Zikirlah sebanyak-banyaknya insyaAllah akan terbela nasib mereka yang membaca nya dan terarah matlamat hidupnya dan jika sedang mengembara akan selamat sampai ke destinasinya, insyaAllah.
Al-Kabir (Maha Besar)
100x setiap selesai solat fardhu insyaAllah akan dibukakan Allah pintu makrifat baginya. Jika ia berhutang insyaAllah akan berkemampuan melunaskan hutangnya.
Al-Hafiz (Maha Memelihara)
16x setiap hari insyaAllah akan terselamat daripada malapetaka.
Al-Muqit (Maha Mencukupkan)
bacalah sebanyak-banyaknya kedalam segelas air dan diberi minum kepada anak yang buruk perangainya; insyaAllah akan berubah perangai anak itu kepada baik.
Al-Hasib (Maha Menghisab)
Zikir setiap hari insyaAllah akn terhindar daripada bahaya dan bebas daripada rasa takut.
Al-Jalil (Maha Luhur)
75x setiap pagi kira-kira 2.30 pagi setiap hari insyaAllah usahanya dan kedudukannya akan meningkat dengan tidak diduga.
Al-Karim (Maha Pemurah)
280x setiap kali hendak tidur, insyaAllah akan lapang reqzekinya dan mendapat kemuliaan dan kehormatan dalam hidupnya.
Ar-Raqib (Maha Mengawasi)
50x dengan niat agar Allah memelihara hartanya; insyaAllah akan terpeliharalah.
Al-Mujib (Maha Mengabulkan)
55x setiap selesai solat subuh insyaAllah akan di kabulkan permohonannya oleh Allah SWT.
Al-Wasi' (Maha Luas)
127x setiap hari insyaAllah akan di anugerahkan Allah SWT kehidupan yang mencukupi serta jalan keluar daripada segala kesempitan hidup.
Al-Hakim (Maha Bijaksana)
Biasakan zikir ini setiap hari; insyaAlllahtidak akan mengalami kesukaran dalam menjalankan segala tugas dan pekerjaannya.
Al-Wadud (Maha Mencintai)
1000x setiap hari; insyaAllah akan diperbaiki segala urusan dunia dan di akhirat.
Al-Majid (Maha Mulia)
99x setiap hari selepas solat subuh dan kemudian ditiupkan ke telapak tangan dan di sapukan ke mukanya; insyaALlah akan dapat kemuliaan dan kasih saying dari keluarganya.
Al-Ba'its (Maha Membangkitkan)
100x sebelum tidur dengan meletakkan kedua-dua tangan di atas dadanya; insyaAllah akan diterangkan hatinya dan di beri ilmu hikmat dan makrifat.
As-Syahid (Maha Menyaksikan)
319x setiap malam; insyaAllah akan meninggalkan segala perbuatan tidak baik dan akan kembali ke jalan yang benar.
Al-Haqq (Maha Haq/Maha Benar)
Zikirlah setiap hari insyaAllah akan tetap hatinya dan keimanannya kepada Allah SWT.
Al-Wakil (Maha Memelihara)
1000x insyaAllah akan Allah redakan hujan lebat yang berbadaikan taufan dan akan pula dibukakan pintu rezeki oleh Allah.
Al-Qawi (Maha Kuat)
Bacalah Yaa Qawiyyul Matiin 1000x setiap malam; insyaAllah akan kembali bertenaga seperti yang di perlukan bagi mereka yang lemah jasmani dan rohani.
Al-Matiin (Maha Kukuh)
Baca sebanyak-banyaknya dengan hati yang ikhlas dan rendah diri insyaAllah akan lenyap segala kesulitan yang di hadapi.
Al-Waliyy (Maha Melindungi)
1000x pada malam Jumaat, insyaAllah alan diberi Allah satu wilayah dan apabila dihisab di padang mahsyar akan di hisab dengan cara yang amat mudah.
Al-Hamid (Maha Terpuji)
100x setiap kali selepas solat 5 waktu; insyaAllah akan terhindar daripada tabiat buruk akan akan menjadi orang yang soleh.
Al-Muhsi (Maha Menghitung)
1000x, insyaAllah akan mendapat kemudahanpada hari perhitungan nanti.
Al-Mubdiyy (Maha Memulai)
setiap hari dengan hati yang khusyuk; insyaAllah akan di jernihkan hati dan fikirannya.
Al-Mu'id (Maha Mengembalikan)
Zikir sebanyak 124x sebeum mengerjakan solat 5 waktu; insyaAllah barang yang hilang akan di jumpai kembali.
Al-Muhyi (Maha Menghidupkan)
68x setiap selesai solat 5 waktu insyaAllah akan terkeluar dari badannya segala jenis penyakit.
Al-Mumit (Maha Mematikan)
Zikir sebanyak-banyaknya sebelum tidur; insyaAllah sesiapa yang tiada kekuatan melawan nafsunya akan berupaya mengawal nafsunya.
Al-Hayy (Maha Hidup)
Zikirlah sebanyak-banyaknya; insyaAllah akan diberi hati yang terang dengan cahaya tauhid dan iman. Akan terhindar daripada sifat keji dan mungkar.
Al-Qayyum (Maha Tegak/Berdiri dengan SendiriNya)
Zikirlah Yaa Hayyu Yaa Qayyum sebanyak 1000x setiap hari insyaAllah hartanya akan bertambah, di turuti orang perkataannya, dikasihi dia oleh semua dan ditinggikan martabatnya.
Al-Wajid (Maha Mengadakan)
Di bacakan sebanyak-banyaknya setiap hari; insyaAllah akan Allah kurniakan kekayaan batin dan kemantapan jiwa.
Al-Majid (Maha Luas Kemuliaan)
400x setiap hari; insyaAllah di jernihkan hati & fikirannya.
Al-Wahid (Maha Esa)
zikir secara berulang-ulang kali di tempat sunyi; insyaAllah akan bebas daripada ketakutan.
As-Samad (Maha Diperlukan)
313x dalam waktu 3 hari dan disertai dengan puasa 3 hari juga; insyaAllah akan di kabulkan hajatnya.
Al-Qadir (Maha Kuasa)
Di baca sebanyak 305x setiap hari insyaAllah akan tercapai segala maksud serta hajatnya dan tercapai cita-citanya.
Al-Muqtadir (Maha Menentukan)
20x setiap kali bangun tidur; insyaAllah di permudahkan segala urusan dan pekerjaannya.
Al-Muqaddim (Maha Mendahulukan)
124x setiap hari insyaAllah akan maju di dalam apa yang di usahakannya.
Al-Muakhir (Maha Mengakhirkan)
100x setiap hari akan mendapat rahmat dan redha Allah dan di terima taubatnya; insyaAllah.
Al-Awwal (Maha Awal)
40x setiap hari selama 40 hari insyaAllah akan di kurniakan anak lelaki. Jika di baca sebanyak 1000x selama 40 hari insyaAllah akan di mudahkan hidupnya.
Al-Akhir (Maha Akhir)
200x setiap selesai solat 5 waktu dan di amalkan selama sebulan ; insyaAllah akan dibukakan pintu rezeki yang halal baginya oleh Allah.
Az-Zahir (Maha Nyata)
Zikir Ya Zahir sebanyak 1106x setiap selesai solat 5 waktu dan di amalkan selama sebulan; insyaAllah akan di terangi hatinya dan di buka rahsia dari ilmu yang sukar.
Al-Batin (Maha Tersembunyi)
300x setiap selesai solat 5 waktu insyaAllah akan di bukakan kepadanya keberanian yang sejati.
Al-Waliyy (Maha Menguasai)
10,000x pada waktu siang dan 10,000x pada waktu malam insyaAllah akan di bukakan pintu makrifat baginya; insyaAllah.
Al-Muta'ali (Maha Suci/Terpelihara)
541x setiap hari; insyaAllah akan mendapat hasil yang baik dan di tinggikan martabatnya.
Al-Barr (Maha Dermawan)
Di baca 7x kepada anak yang baru lahir; insyaALlah akan terlindung anak tersebut daripada bahaya sehingga akil baligh.
At-Tawwab (Maha Penerima Taubat)
Sebanyak mungkin; insyaAllah akan di permudahkan untuk kembali ke jalan yang benar dan di redhai.
Al-Muttaqim (Maha Menyeksa)
Zikir sebanyak 690x setiap kali selesai solat 5 waktu atau 6900x pada waktu malam; insyaAllah akan mendapat pertolongan untuk mengalahkan musuh.
Al-'Aff (Maha Pemaaf)
Baca sebanyak-banyaknya; insyaAllah akan di ampunkan dosanya.
Ar-Rauf (Maha Mengasihani)
Sesispa yang selalu membaca doa ini akan di kasihi Allah SWT. Akan di limpahi rahmat dan tidak pula dia sengsara di dalam hidupnya.
Al-Malikul Mulk (Maha Menguasai Kerajaan)
Zikir sebanyak 212x atau lebih setiap hari insyaAllah akan di anugerahkan harta dan kekayaan kepadanya.
Dzul Jalaali wal Ikram (Maha Memiliki Kebesaran dan Kemuliaan)
Baca sebanyak 1065x setiap hari selama sebulan maka Alllah akan memakbulkan hajat dan doanya.
Al-Muqsit (Maha Mengadili)
Di baca sebanyak 700x dengan niat; insyaAllah di kabulkan niatnya.
Al-Jami' (Maha Mengumpulkan)
Baca sebanyak-banyaknya insyaAllah akan jumpa barang yang hilang dan keluarga yang jauh akan di ketemukan semula.
Al-Ghani (Maha Kaya)
Di baca sebanyak 1007x setiap hari; insyaAllah akan di anugerahkan kepadanya kekayaan zahir & batin dan juga di permudahkan jalan hidupnya.
Al-Mughni (Maha Mengkayakan)
Zikir sebanyak 1,000x; insyaAllah akan menjadi kaya dengan kurnia Allah.
Al-Mani' (Maha Menolak/Melarang)
Baca sebanyak 164x sebelum solat subuh insyaAllah akan di kurniakan kehidupan kekeluargaan yang baik dan terhindar daripada kezaliman.
Ad-Dharr (Maha Memudharatkan)
1001xsetiap hari insyaAllah akan sembuh daripada penyakit yang telah lama tidak dapat di sembuhkan.
An-Nafi' (Maha Pemberi Manfaat)
setiap hari sebyak-banyaknya: insyaAllah segala penyakit dan kesusahannya akan hilang.
An-Nur (Maha Bercahaya)
sebanyak 256x setiap hari; insyaAllah akan terang hati nurani dan jiwanya untuk makrifat kepada Allah SWT.
Al-Hadi (Maha Pemberi Petunjuk)
Sesiapa yang selalu menyebut asma' ini insyaAllah akan memperoleh ilmu kerohanian.
Al-Badi' (Maha Pencipta Yang Baru)
Di baca yaa Badi' as Samawaati wal Ardh sebanyak 70x; insyaAllah akan bebas dia dari sebarang kesulitan.
Al-Baqi (Maha Kekal)
1000x; insyaAllah akan hilang segala dukacitanya dan kemudharatan.
Al-Warith (Maha Mewarisi)
707x setiap malam; insyaAllah akan memperoleh kejayaan di dalam bidang kehidupan yang di ceburi.
Ar-Rashid (Maha Pemberi Petunjuk)
zikir sebanyak 1000x antara Maghrib dan Isya' insyaAllah segala kesusahan dan kepayahannya akan hilang.
As-Sabur (Maha Penyabar)
Zikirlah sebanyak 3000x insyaAllah akan hilanglah penderitaan dan kesusahan yang sedang di hadapi.
Wednesday, April 13, 2011
ZIKIR PAGI PETANG & SELEPAS SOLAT
ari nie cik AngguR nk kongsi salah satu buku yg jadik kegemaran cik AngguR utk d gunakn ari2....haa....tgk comey dak buku nie?saiz nya kechek jak....saiz poket huhu boley d bawak ke sana & ke mari..comey sgt2.... meh cik AngguR terang serba sikit
TAJUK
ZIKIR PAGI PETANG & SELEPAS SOLAT
HARGA
RM 4.00 SAHAJA
PENULIS
DR ABDUL BASIT HJ ABDUL RAHMAN
ISI KANDUNGAN
TERBAHAGAI KPD 3 BAHAGIAN
- ZIKIR DRPD QURAN
- ZIKIR SUNNAH RASULULLAH
- ZIKIR SELEPAS SOLAT
MASA YG D PERLUKN UTK BACA
15 - 20 MINIT SAHAJA
*** pppsttttt...kalo kita ada banyak mas autk men game..brgayut tepon...msg kwn2 awek2 pakwe2 yg keluaaq belanja beringgit2 tanpa kita sedaQ pa salah kalo kita laboQ kn duit kita tu sikit beli buku nie...menabung utk kesenangan akhirat insyaAllah moga2 semua org dapat berkat hendak nya aminn.... ( kdg2 malas jugak nk baca tp malas nie kalo d ikut2 kn sgt sok jadik baloQ teruih so permulaan mmg kena paksa...t bila dh lama2 kalo tak baca jd cm rindu pulok pasai nya tak baca lagik ) .....
Subscribe to:
Posts (Atom)
KATA-KATA HIKMAH
SELAMAT KEMBALI
Assalamualaikum tepuk bahu utk diri sendiri. last masuk jenguk sini 2018 skrg dah 2024. aduhhh....dah hampir 6 tahun. Subhanallah//moga ...
-
ASSALAMUALAIKUM banyak banyak entry baru cik perasan tak dak satu entry pn yg menceritakan perjalanan ISO yg selama nie cik dok buat kt te...


