Showing posts with label TAZKIRAH. Show all posts
Showing posts with label TAZKIRAH. Show all posts

Thursday, July 09, 2015

Sempurnakan Puasa Dengan ....

Assalamualaikum 

sedikit perkongsian yg nk d catitkn dlm blog. pagi tadi kebetulan ada pegawai drpd YADIEM so ada banyak ilmu yg dikongsi.

salah satunya berkaitan dengan macam mana kita nak semurnakan puasa kita?

Sempurnakan Puasa Dengan ...

MENJAGA PANDANGAN MATA
 
MENJAGA LIDAH 
 
MENJAGA TELINGA 
 
MENJAGA TANGAN
 
MENJAGA KAKI 
 
MENJAGA PERUT 
 
MENJAGA NAFSU 

hati yang keras ubatnya ialah - zikir, doa & baca Quran

*** sedar tak sedar dah masuk hari ke 22 ramadhan...haishhh cepatnya masa berjalan !!!

Monday, June 16, 2014

TAZKIRAH AGAMA # part 13 ISRA MIKRAJ

ASSALAMUALAIKUM

jumaat lepas ada ceramah sempena sambutan Isra Mikraj d tempat keja. sgt best ustaz jemputan tu.

USTAZ TUAN SHEIKH YUSOFF B HJ AHMAD
KETUA UNIT DAKWAH & TARBIAH
JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM
NEGERI KEDAH

ringkasan aripada ceramah petang tu : -

- sebagai hamba yg brsyukur kita kenalah guna kemudahan dan keselesaan yg kita dapat dengan sebaik mungkin.

- kalau kita rasa kita susah & berat ujian yg Allah bagi, kenangkn lah org lain yg lebih berat ujiannya.

- kesenangan dan kemewahan serta keistimewaan tak kan kekal selamanya. smpi satu masa akan hilang kalau tak d jaga betul-betul.

- pertahankan Islam dalam diri kita dengan menghayati Islam dengan sepenuhnya. 

- mencari dan melihat sesuatu yg jauh 9 cari dunia utk d bawa bekalan ke akhirat) bukan saja dlm agama tapi dari segi kerja, pergaulan, pendidikan dan sebagainya.

- surah al Qasas ( surah kisah-kisah cerita nabi dulu dulu) : utk menceritakn semual tentang Nabi dulu kala bagi memantapkan hati & perjuangan serta sbg garis panduan kepada kita

- mukjizat Nabi m yg paling besar adalah AL QURAN

- Isra : perjalanan dari bumi ke bumi

- Mikraj : perjalanan dr bumi ke langit 

- nak naik ke peringkat yg tertinggi kita mesti d uji. org yg nak brjaya adalah org yg mesti tahan kena uji.

BUKTI SESEORANG ITU BERIMAN IALAH : UJIAN
tak cukup beriman org tu kalau tak d uji

- bapa saudara Nabi M meninggal dunia dlm keadaan tak beriman ( hukuman dlm neraka yg paling ringa ialah memakai kasut terompah besi yg mana bila d pakai maka menggelegak la smpi ke otak)

- mas ahijtah ke Thaif Nabi m d smbut dengan lemparan batu smpi luka. selepas dr peristiwa tu la berlakunya Isra Mikraj iaitu perjalanan Nabi naik ke langit. ini menunjukkan kepada kiat sedangkan nabi pn melalui saat saat yg getir dulu sebelum d berikn "hadiah istimewa" utk naik ke langit apatah lagi kita sebagai hamba biasa nie.

BERAPA KALI NABI M D BELAH DADA?

kali pertama : semasa Nabi kecil (masa duduk dengan ibu susuan. ibu susuan yg pertama nabi adalah bekas hamba Abu Lahab)

kali kedua : waktu zaman belasan tahun

kali ketiga : semasa d angkat menajdi nabi

kali keempat : semasa peristiwa Isra Mikraj

TUJUAN BELAH DADA (brmula dr halkum smpi ke pusat) : utk menyucikan hati yg mana d cuci dengan air zam zam. hati merupakn tempat syaitan selalu duduk

- HATI tempat letaknya IMAN : seketul daging & darah beku yg man akalau cntik maka cntiklah hidupnya. kalau buruk maka buruklah hidupnya.

- HATI yg bersih : semua amalan d terima

- siapa PEMILIK HATI KITA ? : ALLAH

- hati Nabi m d cuci dan d masukkn iman & hikmah

- masyitah tukang sikat rambut ank firaun d rebus dlm air panas menggelegak sekeluarga trmasuk ank kecil yg masih menyusu(ank nya trgolong dlm golongan bayi yg boleh brckp masa kecil)

- nak berjaya dlm hidup?
hati kena kuat, bersih yg mana ia d sisi dengan iman & hikmah

- hilang kekuatan dlm hidup sbb apa?
sbb dh hilang rasa ikhlas dlm hati

- masa surah Fatiha d turunkan syaitan menangis meraung sama mcm ketika Nabi m d lahirkn

- mcm mana nk kuat dlm hadapi ujain Allah? : sucikn hati & penuhkn dgn iman serta hikmah

- hanya solat sahaja yg d terima perintahnya ketika d langit berbanding dgn puasa, zakat haji Allah turunkn perintah ketika d bumi.

- solat boleh tinggal kalau betul-betul terlupa

PERINGATAN : 

PEREMPUAN YANG TENGAH TUNGGU DALAM LABOUR ROOM WALAUPUN TIDAK ADA WUDHUK, AURAT TRBUKA, TAK MENGADAP KIBLAT DAN SEBAGAINYA MASIH WAJIB TUNAIKAN SOLAT SELAGI MANA BABY BELUM KELUAR. WALAUPUN DAH TURUN TANDA SEPERTI AIR DARAH DN SEBAGAINYA IA TAK D KIRA DARAH LEPAS BRSALIN 

SOLAT TERSEBUT D NAMAKN SOLAT HORMAT WAKTU 

SIAPA YG TAK SOLAT MAKA KUBUR AKN HIMPIT SMPI TULANG BRSELISIH.



*** sekian nota ringkas utk hari ini. terbaik panduan ustaz bagi yg last tu. mcm tau tau ja kan.

Saturday, May 26, 2012

BASMALAH

ASSALAMUALAIKUM

Panas betoi ari nie. Sampai brdenyut otak cik AngguR. Um...d sbbkn trlampau panas so tahap kemalasan meningkat mendadak la kn hahaha. Nak keluar pn malas.

Malam td cik AngguR da selamat khatam novel SUNAN MUSAFIR. Mmg best ya amat tp rasa mcm trgantung plak ending dia. Ada lg kot smbungan pasai ank Sunan tu. Adeh mencik toi kena tgu2 nie.

By de way cik AnggurR dok stdy majalah bru. Tajuknya al-Ustaz. Best gk. Byk bnda yg cik AngguR blajr. So da satu tajuk yg agk menarik aty cik AngguR nk share ngan smua org.

Jum layan!

KELEBIHAN BASMALAH

* Bacaan pembuka pada tiap amalan yg baek.

Maksudnya kalo kita nk wat satu bnda kalo xd mulakn ngan basmalah jd mcm xlengkap la apa yg kita buat tu.

* Pendinding keselamatan rumah & barang-barang dr kebakaran,kerosakan n kehilangan.

* PelinduNg drpd syaitan menyelinap masuk dlm rumah.

* Pendinding bg suami isteri agr anak-anak tk d ganggu syaitan brmula waktu brsama smpilah d lahirkan.

*** ppssstttt... Jum azam ramai2 pas nie nk watpa pn mulakn ngan basmalah <3

Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, March 25, 2012

BINALAH JAMBATAN TERHEBAT DALAM KEHIDUPAN

ASSALAMUALAIKUM 

Sedikit bingkisan nota by Ustaz Don DAniyal utk d kongsi bersama. 


♥ Lima Jambatan keHidupan ♥

1. Jambatan terpendek adalah: PUTUS ASA ♥
2. Jambatan terpanjang adalah: PENGHARAPAN ♥
3. Jambatan terkuat adalah: IMAN ♥
4. Jambatan termahal adalah: PENGORBANAN ♥
5. Jambatan terindah adalah: KASIH SAYANG ♥

*** pppssstttt ............. cik AngguR tgh merenung matahari. Cukup kuat ka erj jambatan cik AngguR nnt d kehidupan sana. Takot trkecik ruang jalan jambatan tu kang trgelecek jatoh ke bawah lak. Aduhai. ~

SERIUS KA SAKIT?

 ASSALAMUALAIKUM 

Selamat berehat d hujung minggu. Hari nie cik AngguR nak share satu nota yg baru ja cik AngguR baca tdi dalam FB Ustaz Don Daniyal.

Jom baca sama-sama.

NOTA USTAZ DON DANIYAL 

Apabila seorang hamba Allah jatuh sakit, Allah akan utuskan 4 orang malaikat :

1. Malaikat Pertama akan mengambil SELERA MAKANNYA
2. Malaikat Kedua akan mengambil REZEKINYA
3. Malaikat Ketiga akan mengambil KECANTIKAN WAJAH ( pucat )
4. Malaikat Keempat akan mengambil DOSANYA

Apabila telah sampai waktu yang telah Allah tetapkan untuk hambaNya kembali sihat, Allah akan menyuruh Malaikat Pertama, Malaikat Kedua dan Malaikat Ketiga supaya memberi balik apa yang telah diambil oleh mereka. Akan tetapi Allah tidak menyuruh Malaikat Keempat memberi balik dosa hambaNya tersebut. Subhanallah, betapa Mulia dan Baik Hati nya Allah terhadap kita. Janganlah bersangka buruk terhadap Allah ketika sakit, bersyukurlah dan ucaplah Alhamdulillah ke atasNya. Sesungguhnya setiap kesakitan itu adalah penghapus segala dosa. 






*** pppppssstttt ...... cik AngguR suka kalo demam tak tau pasai pa.

Sunday, February 19, 2012

TOMBIRUO, SEMANGAT HUTAN & TOMBIRUO TERAKHIR by RAMLEE AWANG MURSHID

ASSALAMUALAIKUM

Seperti besa lepas selesai satu novel cik AngguR akn post entry sinopsis ckit berkaitan novel yg cik AngguR baca. Novel pilihan kali nie berepisod mksudnya dia da 3 buah buku yg berangkai.

Jom cik AngguR share novel terbaek nie k.

TOMBIRUO  



Tiga kali surat wasiat itu dipinda. Empat nama telah disenaraikan. Nama kelima telah disingkirkan. Dua belas pembunuhan kemudian telah dilakukan. Lelaki sadis itu sanggup membunuh kerana nafsu, wang, kuasa dan dendam. Dan setelah 30 tahun, mereka dipertemukan untuk mengatur semula episod hidup yang penih ngeri.

SEMANGAT HUTAN 


Bila Amiruddin terdengar berita mengenai sebuah jet peribadi terhempas di Hutan Keningau, memorinya segera terbayangkan Wan Suraya kekasihnya. Benar, gadis itu adalah di antara mangsa yang terlibat. Dengan seorang rakan, Amiruddin bergeas ke tempat tragedi. Saudaranya yang tinggal di hutan juga dihubungi secara psikik untuk turut membantu.
Dalam pada itu, sejenis makhluk aneh berkeliaran di hutan tersebut. Rogon amat digeruni oleh penduduk di pendalaman. Renungannya sahaja boleh mengecutkan perut. Bila ia menerjah, mangsa hanya mampu pasrah menanti ajal. Rogon juga tercium bau manusia di hutan sekitar tempat terhempasnya jet itu.
Di antara Amiruddin dan Rogon, siapakah yang terlebih dahulu menemui Wan Suraya?

TOMBIRUO TERAKHIR


Ketrampilan dan imej baru Ejim menggugah hati Wan Suraya, sekaligus mencetus cemburu Dr. Haslia. Ejim yang kini dikenali sebagai Amaruddin, saling tak tumpah menyerupai kembarnya Amiruddin yang telah meninggal dunia. Munculnya Ejim di Kuala Lumpur menyebabkan Wan Suraya melihat 'Amiruddin' dalam diri lelaki Tombiruo itu.

Wan Suraya yang telah bertunang dengan Tan Sri Nasir tiba-tiba menunda tarikh perkahwinan mereka. Apabila perkara sebenar terbongkar, Tan Sri Nasir yang merupakan penaja utama pembedahan wajah Ejim mula memusuhi lelaki Tombiruo itu. Dia tidak mahu kehadiran Ejim mengganggu gugat cinta sucinya terhadap Wan Suraya.

Kehidupan di Kuala Lumpur rupa-rupanya tidsak menjanjikan kebahagiaan. Ejim hidup dangan penghinaan, dugaan dan cabaran. Hasrat hatinya ingin kembali ke Hutan Keningau ditentang Dr. Haslia. Bagaimanapun, hasrat hatinya terlaksana jua setelah 10 tahun berlalu. Selama tempoh itu, Ejim telah pun berkahwin dan dianugerahkan seorang anak perempuan. Sekembalinya ke Hutan Keningau, dia mendapati Hutan Keningan bergolak lagi dengan kemunculan 'Seorang Tombiruo'.

Siapa isteri Ejim? Mampukah Ejim menjiwai semula semangat Hutan Keningau setelah 10 tahun berlalu? Tergamakkah Ejim meninggalkan anak dan isterinya demi menyahut seruan semangat Hutan Keningau? Dan siapakah 'Tombiruo Terakhir' yang mengaku sebagai raja di daerah pendalaman itu?

TOMBIRUO TERAKHIR .... rasailah pergolakan perasaan yang sarat dengan cinta dan kasih sayang, saspens, debaran asmra dan pertelingkahan.


*** pppppssstttt ... Sejujurnya tak rugi baca novel nie sbb dalam novel nie sarat dgn nasehat. contoh teladan yg sangat baek utk kita sebagai hamb Allah yg salu leka dgn kenikmatan dunia yg sementara nie. Novel nie jugak banyak menyedarkn cik AngguR tentang betapa kita harus bergantung n berserah diri setelusnya pd Allah yg Maha Pengasih. Jangan sesekali kita brsangka buruk terhadap Allah sekalipun ujian n dugaan yg datang pd kita tu adakalanya tak trmampu kita nk tanggung. Berdoalah, bertawakal & berserah dirilah kepada Allah kerana sesungguhnya Dia lebey memahami kita.


Saturday, February 11, 2012

Khutbah Terakhir Nabi Muhammad S.A.W

ASSALAMUALAIKUM







Khutbah terakhir Rasulullah s.a.w. disampaikan pada 9hb Zulhijjah Tahun 10 Hijriyah di lembah Uranah, Gunung Arafah
tidak akan tersesat selamalamanya

WAHAI manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan.
Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini.
Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapa pun
agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. 

Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.
Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar. Maka berjaga- jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil. 

Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu.
Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.

Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan belemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke
dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersunggah- sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal soleh. Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala
apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua
perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selamalamanya.Itulah Al-Quran dan Sunnahku .Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain.

Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku.
Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hambaMu.

WabitTaufiq Walhidayah.Wassalam. 

Wallahu'Alam Bissawob.

Thursday, February 02, 2012

7 JENIS MUKA MAYAT D ALAM KUBUR

 ASSALAMUALAIKUM  

Sedikit informasi yg cik AngguR dapat dr petikan nota seorang sahabat. Banyak topik yg best bena nya tp topik nie yg paling menarik perhatian cik AngguR. 
Jom kita layan info nie sama.

7 JENIS MUKA MAYAT D ALAM KUBUR
1. Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat. Itulah petanda bahawa semasa hidupnya telah melakukan perkara syirik kepada Allah.

2. Mayat yang mukanya berbentuk babi. Itulah petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat lima waktu, tidak menjaga solat lima waktu. Lalai dalam solatnya. Sesungguhnya solat dapat mencegah diri dari melakukan perbuatan keji ...dan mungkar.

3. Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam. Itulah mayat yang semasa hidupnya derhaka kepada kedua ibu-bapa.

4. Mayat yang perutnya buncit dan meletup. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka makan harta yang haram.

5. Mayat yang kukunya mencengkam dan meliliti seluruh tubuhnya. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka berkelahi, mengata, menghina, mengkritik dan mengumpat orang lain!!!!!.

6. Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu baunya lebih busuk dari bangkai. Itulah mayat orang yang suka makan riba.

7. Mayat yang wajahnya tersenyum. Itulah mayat yang semasa hidupnya berilmu dan beramal soleh
.

Tuesday, January 31, 2012

AIR MATA YANG TIDAK D TUNTUT

ASSALAMUALAIKUM
Air mata taubat Nabi Adam a.s.......

Beliau menangis selama 300
tahun tanpa mendongak ke
... langit tersangat takut dan
hibanya terhadap dosa yang
telah ia lakukan.

Dia bersujud di atas gunung
dan air matanya mengalir di
jurang Serandip.

Dari air matanya itulah Allah
telah menumbuhkan pohon
kayu manis dan pohon bunga
cengkih.

Beberapa ekor burung telah
meminum akan air mata
Adam lalu berkata,

“Manis sungguh air ini.”

Nabi Adam a.s. terdengar lalu
menyangka burung itu
mempersendakannya lalu ia
memperhebatkan
tangisannya.

Lalu Allah mendengar dan
menerima taubat Adam a.s.
dan mewahyukan,

“Hai Adam sesungguhnya
belum Aku pernah
menciptakan air lebih lazat
daripada air mata taubat
mu!.”

Air mata yang tiada di tuntut : 

· Janganlah menangis kalau tidak tercapai cita-cita. Bukankah Tuhan yang telah menentukannya.
· Janganlah menangis kerana cinta tidak berbalas, mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.
· Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan.
· Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan 

*** pppssstttt ....cik AngguR tengah pikir bila last time cik Anggur nanges time solat erk? Adehhhh...kerasnya haty ku ~

Thursday, January 12, 2012

TIPS KHATAM QURAN

ASSALAMUALAIKUM 

Uhuk Uhuk .. dah lama rasanya cik AngguR tak update entry kan. Kalau ada pun setakat post yg ringkas & bergambar ja. Bukan apa serius sejak dua menjak nie masa agak membataskan jari jemari cik AngguR nak hapdate blog kesayangan cik AngguR nie.

Setelah sekian lama cik AngguR dok perah otak cari idea nk update apa akhirnya baru cik AngguR dapat satu topik yang rasanya boleh d kongsi ngan kawan kawan len. Terkebetulan pulak azam cik AngguR tahun nie ada sangkut paut dengan apa yg nk cik AngguR kongsikan.

Meh kita renung-renungkan sambil brfikir adakah kita betul-betul terleka dgn keindahan & tipu daya dunia ataupon tak.

'' Tepuk dada tanya iman dalam sehari berapa helai Quran yang dah kita selak & baca? Tak pun dah berapa lama kita tak sentuh Quran? Dah berapa kali kita khatam Quran sepanjang hidop kita? Terlampu sibok ka kita nie dok kejar keindahan, kesenangan, keseronokan & kelazatan duani sampaikn nk laung masa 5 minit nk baca Quran pon tak dak? Nak tunggu smpi dah tua tak larat mata pon tak nmpk kaki pon nk jalan trsekat sekat, nafas pon dh sendat sendat baru nk ngaji ka? Masa tu bru nk cari Quran? Apa igt Quran tu hiasan kt almari ka? Tak pon hiasan kt dinding dinding umah. Nk tggu bulan posa bru nk baca nk carik pahala bulan len tak payah ka? ''

Ayat tu from my mom. Agak pedih kn telinga bila dengaQ d persoalkan mcm tu. Alahai haty sabarlah.

Hehehe okey. cukup cukuplah ayat motivasi yg agak memedihkan telinga tu erk. By de way yg cik AngguR nk kongsikan kt sini ialah brkenaan mcm mana kita nk kahtam Quran dgn cara yg mudah, konsisten & menyenangkan.

Kalo yg tahun tahun sebelum nie cik AngguR akan amik masa 4-6 bulan untuk khatam. Maknanya dalam setahun boleh khatam 2 kali saja. Memandangkan tahun baru nie umur pon dah meningkat ke angka yg lebey besaQ but kureng chantek makanya cik AngguR pon menanam azam yg agak smart & kemaih supaya angka yg tak bropa nk chantek tu boley d repair & d chantek kn lagi.

Dengan demikian terlairlah beberapa idea yg cik AngguR dah buat kajian dr segi pembacaan buku-buku pastu cik Anggur try senirik & ALHAMDULILLAH berhasil. Meh cik AngguR share share petua cik Anggur nie.

Jom layannnnnnnnnnnn...................

TIPS KHATAM QURAN : 

1. Satu juzuk ada 10 helai muka surat. Makanya baca 4 helai muka surat utk sekal solat. Maknanya sekali solat baca 2 helai llima kali solat abes satu juzuk.

2. Utk yg tak dak masa nk baca d waktu waktu solat yg lain boleh jugak baca setengah juzuk d waktu Subuh & setengah juzuk lagi d waktu Maghrib.

Sedikit info yg cik AngguR dapat dr bahan bacaan cik AngguR brkaitan ngan baca mengira  ain * yg trdapat pd setiap hentian ayat.

Satu 'ain (mampu menghafal dari 1 'ain ke 'ain seterusnya)
Satu muka surat (mampu menghafal seluruh ayat sekaligus)
1/2 muka surat (mampu menghafal separuh demi separuh ayat)
1/3 muka surat (mampu menghafal sepertiga demi sepertiga ayat)
1/4 muka surat (mampu menghafal seperempat demi seperempat ayat)

1 juzu' = 20 muka surat = 8 'ain (tanda *)

1/2 juzu' = 10 muka surat = 4 'ain

1/3 juzu' = hampir 7 muka surat = 2 'ain hampir kepada 3 'ain

1/4 juzu' = 5 muka surat = 1 'ain hampir kepada 2 'ain

* 1 'ain bergantung kepada banyak mahupun sedikit ayat yang ada.

Jika sehari kita mampu menhafal satu 'ain = 240 hari kemudian baru khatam = 8 bulan

Jika sehari kita mampu menghafal satu muka surat = 600 hari kemudian baru khatam = 20 bulan = 1 tahun 7 bulan

Jika sehari kita mampu menghafal 1/2 muka surat = 1200 hari kemudian baru khatam = 40 bulan = 3 tahun 4 bulan

Jika sehari kita mampu menghafal 1/3 muka surat = 1800 hari kemudian baru khatam = 60 bulan = 5 tahun

Jika sehari kita mampu menghafal 1/4 muka surat = 2400 hari kemudian baru khatam = 80 bulan = 6 tahun 7 bulan. 



Daripada Ibnu Umar r.a. berkata, sabda Rasulullah s.a.w, ”Sesungguhnya hati ini berkarat seperti mana berkaratnya besi apabila terkena air, seorang sahabat bertanya, “bagaimana menghapuskan karat tersebut’? Jawab Nabi s.a.w., banyakkan menyebut mati dan membaca al-Quran.

Rasulullah s.a.w menekankan kepada kita supaya meluangkan seberapa banyak masa untuk membaca dan memahami al Quran. Secepat-cepat tempoh masa yang boleh khatam al Quran adalah selama 3 hari dan selewat-lewatnya jangan jangan lebih dari sebulan. Sebaik-baiknya al Quran dikhatamkan bacaannya dalam tempoh seminggu.

*** pppppppppsssssstttt ...cik AngguR harap sgt2 azam tahun nie ley tercapai kalo ley nk dpt lebey dr tahun tahun yg sebelom nie. Bukan apa umur dh makin banyak bila pikir pikir balik umur ja banyak tp amalan macam tak bropa nk banyak dok buat hat len ja yg banyak. Ummmm ralit betoi ngan tipu daya donia nie. Dok buat bnda bnda lagha ja lebey hope jgn smpi haty jd itam & trtutup dr nk terima hidayah ALLAh sudah la. Aduhhh kechek betoi rasa diri nie kan. Fuhhhhhhhhhhhhhh ......... try my best !!!!

Sunday, December 18, 2011

MAKANAN KEGEMARAN RASULULLAH S.A.W

MAKANAN KEGEMARAN RASULULLAH S.A.W
1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.
2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah sepertita
rumah yang tidak ada makanan.
3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.
4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan
buah pinggang, membersihkan perut
5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman,
ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air
panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak.
Elok diminun waktu pagi dengan air suam.
6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal
melahirkan anak yang baik dari segi karater dan wajahnya.
7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti
tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang,
memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang
kelupaan.
8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.
9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat
radang perut.
10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.
11. Cuka – Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun (Trend yang popular
di restoran Itali)
12. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan.
Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.

Wednesday, December 07, 2011

10 MUHARRAM

Antara Peristiwa BESAR pada 10 Muharram ialah : 

1. Hari pertama Allah menciptakan alam.
2. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
3. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
4. Allah menjadikan 'Arasy.
5. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
6. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
7. Nabi Adam a.s. dicipta.
8. Diampunkan dosa Nabi Adam a.s. setelah bertahun-tahun memohon keampunan kerana melanggar larangan Allah.
9. Nabi Idris a.s. diangkat darjatnya oleh Allah dan Malaikat Izrail membawanya ke langit.
10. Diselamatkan Nabi Nuh a.s. dan pengikutnya dari banjir besar selama enam bulan dan bahtera baginda selamat berlabuh di puncak pergunungan.
11. Nabi Ibrahim a.s. dilahirkan di kawasan pedalaman dan terselamat dari buruan Raja Namrud.
12. Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan Allah dari api Raja Namrud.
13. Nabi Yusuf a.s. dibebaskan dari penjara setelah meringkuk di dalamnya selama tujuh tahun.
14. Nabi Yaakub a.s. telah sembuh buta matanya ketika kepulangan anaknya Yusuf di hari tersebut.
15. Nabi Ayub a.s. disembuhkan dari penyakitnya.
16. Nabi Musa a.s. telah diselamatkan daripada tentera Firaun dan berlakunya kejadian terbelahnya Laut Merah.
17. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s..
18. Nabi Yunus a.s. selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
19. Kesalahan Nabi Daud a.s. diampuni Allah.
20. Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan Allah kerajaan yang besar.

Friday, December 02, 2011

KECANTIKAN DHUHA

ASSALAMUALAIKUM

Malam nie cik AngguR nk share satu video klip doa solat sunat dhuha yg bg cik AngguR sgt2 menyentuh haty kechek cik AngguR. Serius lepas dengar satu persatu perkataan nie air mata laju la keluaQ lantas selsema dgn hebat nya .

Meh kita share sama sama erk .....



“Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu “. ” Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. ,Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh” 

*** ppppssssttt...antara solat sunat yg akn d soal nnty ialah SOLAT TAHJUD, SOLAT DHUHA & SOLAT WITIR .....makanya buat la walaupn sikit tp brterusan insyaAllah !!! 
chaiyokkkkk

ADA JUGAK ORANG YANG TAK SAYANG MAK KAN ....

Bila dahaga , yang susukan aku . Mak .
Bila lapar , yang suapkan aku , Mak .
Bila keseOrangan , yang sentiasa di sampingku , Mak .
Kata mak , perkataan pertama yang aku sebut , Mak .
Bila bangun tidur, aku cari , Mak .
Bila nangis , Orang pertama yang datang , Mak .
Bila nak bermanja, aku dekati , Mak .
Bila nak bergesel , aku duduk sebelah , Mak .
Bila sedih , yang bOleh memujukku hanya , Mak .
Bila nakal , yang memarahi aku , Mak .
Bila merajuk , yang memujukku cuma , Mak .
Bila melakukan kesalahan , yang paling cepat marah , Mak .
Bila takut , yang tenangkan aku , Mak .
Bila nak peluk , yang aku suka peluk , Mak .
Aku selalu teringatkan , Mak .
Bila sedih , aku mesti telefOn , Mak .
Bila serOnOk , Orang pertama aku nak beritahhu , Mak .
Bila bengang , aku suka luah pada , Mak .
Bila takut , aku selalu panggil , " Mmaaakkkk ! "
Bila sakit , Orang paling risau adalah , Mak .
Bila nak exam , Orang paling sibuk juga , Mak .
Bila buat hal , yang marah aku dulu , Mak .
Bila ada masalah , yang paling risau , Mak .
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni , Mak .
Yang selalu masak makanan kegemaranku , Mak .
kalau balik ke kampung , yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk , Mak .
Yang selalu simpan dan kemaskan barang barang aku , Mak .
Yang selalu berleter kat aku , Mak .
Yang selalu puji aku , Mak .
Yang selalu nasihat aku , Mak .

Bila nak kahwin , Orang pertama aku tunjuk dan rujuk , Mak .

Aku ada pasangan hidup sendiri .

Bila serOnOk , aku cari , Pasanganku .
Bila sedih , aku cari , Mak .
Bila berjaya , aku ceritakan pada , Pasanganku .
Bila gagal , aku ceritakan pada , Mak .
Bila bahagia , aku peluk erat , Pasanganku .
Bila berduka , aku peluk erat , Emakku .
Bila nak bercuti , aku bawa , Pasanganku .
Bila sibuk , aku hantar anak ke rumah , Mak .
Bila sambut valentine , Aku bagi hadiah pada Pasanganku !
Bila sambut hari ibu , aku cuma dapat ucapkan “ Selamat Hari Ibu ” !
Selalu , Aku ingat pasanganku !
Selalu , Mak ingat kat aku !
Bila-bila , Aku akan telefOn pasanganku !
Entah bila , aku nak telefOn mak !
Selalu , aku belikan hadiah untuk pasanganku !
Entah bila , aku nak belikan hadiah untuk emak !

Renungkan :

" Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja , bOlehkah kau kirim wang untuk mak

" Mak bukan nak banyak , lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah . "

Berderai air mata jika kita mendengarnya .

Tapi kalau mak sudah tiada .

" MAKKKKK ! RINDU MAK ! RINDU SANGAT ! "

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya !
Berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya !
Berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya !
Berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya !
Berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya !
Berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya !
Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya ! 


Wednesday, November 16, 2011

10 SIFAT SUAMI YANG HEBAT

 ASSALAMUALAIKUM

Tak dak apa yg menarik pagi nie sebab mood tak bropa nk best sgt. So sedikit ilmu yg cik AngguR dapat dr laman FB & cik AngguR nk kongsikn dgn semua trmasuklah kawan kawan cikAngguR yg bakal mendirikan rumatangga, yg sudah brgelar seorng suami & yg menyimpan hajat utk menjadi seorang suami.

Prof.Dr. Baltaji dalam bukunya "Fiqh al-Marah" menjelaskan, ada 10 sifat suami yg hebat.

1. Imam Solat. Suami yang mampu menjadi imam dlm solat adalah amat jelas mampu memimpin rumah tangganya.
2. Mengajarkan ilmu-ilmu agama.
3. Suami yang matang.
4. Bertanggung jawab.
5. Suami yang ‘independent’.
6. Mempunyai prinsip dan pendirian yg jelas.
7. Melindungi anak dan isterinya.
8. Jadilah suami serba boleh.
9. Boleh membaca al-Quran.
10. Disenangi oleh org sekelilingnya.

FB Ustaz Mohd Izhar Ariff 


Monday, November 14, 2011

LELAKI

Nabi Muhammad SAW bersabda :
“Lelaki yang paling baik dari umatku adalah lelaki yang paling baik kepada isterinya. Dan wanita yang paling baik dari umatku adalah wanita yang paling baik bagi suaminya.

Bagi isteri yang baik pada suaminya tiap hari akan mendapat SERIBU syahid (karena ikhlas dan sabarnya). Wanita yang paling baik adalah wanita yang membahagiakan suami dalam segala hal yang diinginkannya, selain bermaksiat kepada ALLAH. 

Lelaki yang paling baik dari umatku adalah lelaki yang bersifat lembut pada istrinya. Setiap hari Suami yang baik kepada istrinya akan mendapat SERATUS SYAHID (karena ikhlas dan sabarnya).” 

Dengan hairan Umar bin al-Khatab as bertanya, ” Wahai Rasulullah, mengapa wanita dapat pahala SERIBU, sedang lelaki hanya SERATUS?”. 

Nabi SAW menjawab, “Wahai Umar! Pahala dan keutamaan istri lebih besar dari suaminya, karena ALLAH SWT mengangkat darjat lelaki di dalam Syurga beberapa darjat dikeranakan redha dan doa isteri kepada suaminya. 

Namun ketahuilah bahwa dosa terbesar setelah syirik kepada ALLAH adalah menderhakai suami. Dan takutlah kalian kepada ALLAH terhadap DUA ORANG LEMAH, yakni ANAK YATIM dan ISTRI.

Barang siapa yang berlaku baik kepada keduanya/lemah lembut, bererti ia telah menggapai redha ALLAH. Dan barang siapa yang berlaku buruk kepada keduanya, maka ia berhak mendapat murkaNya…

Hak isteri atas suaminya adalah seperti hakKU atas kalian. Barang siapa yang menyia-nyiakan hak ALLAH, maka ia akan kembali dengan mendapat murka ALLAH SWT dan tempat kembalinya adalah tempat yang paling buruk, yaitu Neraka Jahanam”.
Dari Abu Hurairah r.a. berkata :

Rasulullah SAW bersabda : “Orang mu’min yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya, dan orang yang paling baik diantara kalian adalah yang paling baik terhadap para istrinya.” (HR Tirmidzi)

Thursday, October 27, 2011

ROMANTIK CARA RASULULLAH

ASSALAMUALAIKUM  

uhuk...malam yg sejok pasai ujan turun ngan renyai renyai...perghh alangkah romantik nya kalo dpt brdua brdansa brsama si dia...hahahahha tak ley blah....mau kena penampaQ ja nie kalo org tu baca :P
( jangan marah erk penunggu gua ) 

okeh malam nie sempena ngan ujan renyai renya & suasan pon agak romantik so tajuk pilihan cik Anggur pon agak romantik la jugak....al kisah nya berkenaan ngan satu tajuk yg petang tadi bru ja cik AngguR baca..ermmm agk berat la jugak...

cumanya cik AngguR tak mo la kupas berat2 sgt kan pasai t borink nk baca...so cik AngguR amik wat rumusan ja la utk wat note utk cik Anggur rujuk bila d perlukn satu masa nnty insyaAllah..

al kisah nya tajuk malam nie ialah ROMANTIK CARA RASULULLAH

ahakz..best tak topik?sesuai kn ngan suasana malam nie..heheh

sapa kata RASULULLAH tak romantik ngan isteri?

erkkk...tak cay aerk...meh cik AngguR sharing is caring notes ringkas yg cik AngguR dah buat ptg tadi...

ROMANTIK CARA RASULULLAH  

1. TIDUR BERSAMA ISTERI DALAM SATU SELIMUT 

Daripada Atha’ bin Yasar: “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. dan Aisyah r.a., selalu mandi bersama dalam satu bekas. Dan pernah suatu ketika Baginda tidur dengan Aisyah dalam satu selimut, tiba-tiba Aisyah bangun. Baginda kemudian bertanya, “Mengapa engkau bangun?” Jawab Aisyah, “Kerana saya haid wahai Rasulullah,” Sabda Rasulullah, “Kalau begitu, pergilah dan pakaikan kain dan dekatlah kembali kepadaku.” Aisyah pun masuk, lalu berselimut bersama Baginda.” (Riwayat Sa’id bin Manshur) 


2. SALING MEMAKAI WANGIAN 

Aisyah berkata: “Sesungguhnya Nabi s.a.w. apabila meminyakkan badannya, Baginda akan memulai dengan auratnya, menggunakan nurah (sejenis serbuk pewangi) dan isteri Baginda meminyakkan bahagian lain daripada tubuh Rasulullah s.a.w.” (Riwayat Ibnu Majah) 


3. MANDI BERSAMA ISTERI 

Daripada Aisyah r.a. beliau berkata, “Aku pernah mandi bersama Nabi s.a.w., menggunakan satu bekas. Kami bersama-sama memasukkan tangan kami (ke dalam bekas tersebut).” (Riwayat Abdurrazaq dan Ibnu Abu Syaibah) 


4. MINUM MENGGUNAKAN BEKAS YANG SAMA  

Daripada Aisyah r.a. dia berkata, “Saya pernah minum daripada cawan yang sama walaupun ketika haid. Nabi mengambil cawan tersebut dan meletakkan mulutnya di tempat saya meletakkan mulut, lalu Baginda minum. Kemudian saya mengambil cawan tersebut lalu menghirup airnya, kemudian Baginda mengambilnya daripada saya, lalu Baginda meletakkan mulutnya pada tempat saya letakkan mulut saya, lalu Baginda pun menghirupnya.” (Riwayat Abdurrazaq dan Sa’id bin Manshur)

5. MEMBELAI ISTERI  

“Adalah Rasulullah s.a.w. tidaklah berlalu setiap hari melainkan Baginda mesti mengelilingi kami semua (isterinya) seorang demi seorang Baginda menghampiri dan membelai kami tetapi tidak bersama (bersetubuh) sehingga Baginda singgah ke tempat isteri yang menjadi giliran Baginda, lalu Baginda bermalam di sana.” (Riwayat Ahmad)

6. MENCIUM ISTERI 

Daripada Hafshah, puteri Umar r.ha. : “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. mencium isterinya sekalipun sedang berpuasa.” (Riwayat Ahmad)

7. BERBARING D PANGKUAN ISTERI 

Daripada Aisyah r.a., “Nabi s.a.w. meletakkan kepalanya di pangkuanku walaupun aku sedang haid, kemudian Baginda membaca al-Quran.” (Riwayat Abdurrazaq)


8. PANGGILAN MESRA 

Rasulullah s.a.w. memanggil Aisyah dengan beberapa nama panggilan yang disukainya seperti Aisy dan Humaira‘ (si pipi merah delima). 


9. MENYEJUKKAN KEMARAHAN ISTERI DGN MESRA 

Nabi s.a.w. memicit hidung Aisyah r.ha. sekiranya dia marah dan Baginda berkata, “Wahai Uwaisy, bacalah doa: “Wahai Tuhanku, Tuhan Muhammad, ampunilah dosa-dosaku, hilangkanlah kekerasan hatiku dan lindungilah diriku daripada fitnah yang menyesatkan.” (Riwayat Ibnu Sunni) 

10. MEMBERI HADIAH   

Daripada Ummu Kaltsum binti Abu Salamah, dia berkata, “Ketika Nabi s.a.w. berkahwin dengan Ummu Salamah, Baginda bersabda kepadanya: “Sesungguhnya aku hendak memberikan hadiah kepada Raja Najasyi sepersalinan pakaian dan beberapa botol minyak kasturi, namun aku mengetahui bahawa Raja Najasyi telah meninggal dunia dan aku mengagak hadiah itu akan dikembalikan kepadaku, aku akan memberikannya kepadamu.” Dia (Ummu Kaltsum) berkata, “Benarlah keadaan Raja Najasyi seperti yang disabdakan Rasulullah s.a.w. dan hadiah tersebut dikembalikan kepada Baginda, lalu Baginda memberikan kepada isteri-isterinya sebotol minyak kasturi, manakala baki daripada minyak kasturi dan pakaian tersebut Baginda beri kepada Ummu Salamah.” (Riwayat Ahmad)


LAGU NI SPECIAL UTK SOME ONE YG TENGAH BACA ENTRY NI  

I LOVE U SO MUCH   

*** ppppssstttt.....cik Anggur harap sgt yg pasangan cik AngguR tu nanti akn jadik romantik yg mcm nie.....best kot :) manja manja...sayang sayang....haaa......main laga laga idong ka kan perghhh serius romantik :) by de way romantik nie bukan hanya utk org yg muda saja org tua pon sepatot & seharusnya ada sikap romantik nie bru la aman rumah tangga kan...cewaahhhh wat seropa mcm dh menikah hahaha...angan angan cik AngguR t dh tua pon cik AngguR still nk romantik romantik g....nk jalan pegang pegang tangan....best best tp mau ka erk orang tu??? kena tanya nie hahhaa 



CERITA TAMBAHAN  
TEMPAT KEJADIAN : OFIS POLYMER TECHMOLGY 
MASA KEJADIAN : 2.17 PETANG 

tetiba sorang lec cik AngguR chat tanya soklan cepu itik...

lec : hi bdk comey
cik AngguR : hehe assalamualaikum.... :) cik sehat ka?lame dop chat same kan...
lec : wasalam ....ye ler awok tu ilang mane sayer cari dop jupe...dgr cerite awok nok kawen dah...calon same g ke?
cik AngguR : hah?kawen?aduh sape la dok wat ceriter nie....nok kawen ngan saper nyer...adoi la.....
lec : cehhh.....nk tipu sayer ....ngan org lame agi ker...
cik AngguR : hahah...bukan doh...ore baru pulop.....dok leh kawen agi wat mase skrg...ye ngaji agi...
lec : biar betul awok nie...skolah mane?
cik AngguR : heheh skolah la mane mane pong.....janji ye skolah agi...dop leh kawen agi la tahun ning....tggu cik kawen dulu r nampok nyer...
lec: aduhhh....awok nie......biar betul ye skolah agi...skolah mane ce beritahu sayer...
cik AngguR : ye skolah jauh nuhhh....tunggu r ye abeh ngaji lu....kije...bg kaye sket....sayer kawen r....t sayer jemput cik mari makan nasik minyak dehhhh .....


( kesimpulan nya cik AngguR tak paham betoi napa la ramai sesangat insan yg amik berat pasai tarikh pernikahan cik AngguR..ahakz..rilek la dulu erk.....calon dok skolah lagik..bru nk amik exam SPM haa...nk kawen lagu mana nya.....so sabau ja lah tembikai erkkkkkkk ......... )

P/S : SERIUS RINDU NOK CAKAP GANU & KELATE NGAN KAWAN KAWAN CIAST !!!!

Tuesday, October 11, 2011

LELAKI MENJADI DAYUS APABILA ........

Secara Mudahnya Lelaki Akan Menjadi Dayus Jika :
  1. Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.
  2. Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.
  3. Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.
  4. Membiarkan anak perempuannya ber’dating’ dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.
  5. Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa ’spoting’ yang memahami.
  6. Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.
  7. Membiarkan anak perempuannya memasuki Akademi Fantasia, Mentor, Gang Starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.
  8. Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.
  9. Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.
  10. Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktiraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.
  11. Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.
  12. Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.
  13. Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.
  14. Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.

WASIAT RASULULLAH KEPADA ALI

Ahmad telah menceritakan : "Telah menceritakan kepada kami oleh 'Amru bin Hafsah dan Abu Naar dari Muhammad bin Al-Haitham dari Ishak bin Hanjih, dari Husaif dari Mujahid daripada Al-Khudri yang berkata : "Rasulullah s.a.w. telah berwasiat kepada Saidina Ali bin Abi Talib r.a di mana baginda telah bersabda : 

1. "Wahai Ali, bila pengantin perempuan masuk ke dalam rumahmu, maka (suruh ia) tanggalkan kasutnya ketika ia duduk dan (suruh ia) membasuh kedua-dua kakinya. Maka sesungguhnya apabila kamu berbuat demikian Allah mengeluarkan tujuh puluh ( 70 ) jenis kefaqiran dari rumah kamu, dan Allah s.w.t. menurunkan tujuh puluh ( 70 ) rahmat yang sentiasa menaungi di atas kepala pengantin sehingga sentiasa keberkatan itu meratai setiap penjuru rumahmu dan pengantin itu sejahtera da! ri penyakit gila, sawan (gila b**i) dan sopak selama mana ia berada di dalam rumah tersebut. Laranglah pengantin itu daripada memakan dan meminum empat ( 4 ) jenis makanan ini pada minggu pertama perkahwinan iaitu :
  •  Susu
  •  Cuka
  •  Coriander (Ketumbar)
  •  Apple Masam

Saidina Ali r.a bertanya : "Wahai Rasulullah, mengapakah empat jenis makanan ini di larang..?"
Baginda menjawab : "Kerana rahim perempuan itu kering dan sejuk, dengan sebab dari empat perkara (makanan) ini untuk menghalang dari dapat *anak*. Sesungguhnya tikar di penjuru rumah adalah lebih baik daripada perempuan yang tidak dapat *anak*." 

Saidina Ali r.a bertanya : "Wahai rasulullah, mengapakah cuka itu di larang..? (semasa haid dan semasa minggu pertama perkahwinan)."
Baginda menjawab : "Apabila ia minum cuka! semasa haid, sesungguhnya haidnya itu tidak akan bersih selama-lamanya secara sempurna.
Mengenai Coriander (ketumbar) ia mengganggu haid di dalam perutnya dan menyukarkan kepadanya kelahiran.
Tentang Apple masam, ia memotong haid sebelum masanya maka menjadikan haid itu berlalu begitu saja dengan sebabnya."

2. "Wahai Ali..! janganlah engkau berjima' dengan isterimu pada awal (hari pertama) bulan, pada pertengahannya (sehari) dan pada akhir (dua hari) di hujung bulan. Maka sesungguhnya penyakit gila, gila b**i dan sopak mudah mengenainya dan anaknya."

3. "Wahai Ali..! janganlah berjima' dengan isterimu selepas zuhor, sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua *anak* kerana jima' pada waktu itu, maka ia akan bermata juling dan syaitan sangat suka kepada manusia yang bermata juling."

4. "Wahai Ali..! janganlah bercakap-cakap semasa jima', sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua *anak* dengan jima' yang demikian, maka *anak* itu tidak selamat daripada bisu."

5. "Wahai Ali..! janganlah lihat kepada faraj perempuanmu dan jagalah pandanganmu sewaktu berjima', (jika tidak) sesungguhnya mewarisi buta – iaitu *anak*."

6. "Wahai Ali..! janganlah berjima' dengan perempuanmu dengan syahwat terhadap perempuan lain, maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan kepadamu berdua *anak*, *anak* itu akan menjadi pondan yang bersifat benci dan hina."

7. "Wahai Ali..! jika kamu berjunub di tempat tidur, janganlah membaca Al-Quran, maka sesungguhnya aku bimbang akan turun kepada kamu berdua api (bala) dari langit yang membakar kamu berdua."

8. "Wahai Ali..! janganlah berjima' dengan isterimu kecuali ada padamu satu tuala dan pada isterimu satu tuala." 

9. "Wahai Ali..! janganlah kamu berdua menyapu dengan menggunakan satu tuala, nanti akan jatuh syahwat keatas syahwat (salah seorang akan kuat syahwatnya daripada yang lagi satu), maka sesungguhnya yang demikian itu akan mengakibatkan permusuhan kemudian membawa kamu berdua kepada berpecah dan talak."

10. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu secara berdiri, maka sesungguhnya yang demikian itu daripada perbuatan kaldai, jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua *anak*, maka *anak* itu sentiasa kencing di tempat tidur seperti kaldai yang suka kencing di merata-rata tempat."

11. "Wahai Ali..! janganlah berjima' dengan isterimu pada malam 'Aidil Fitri (Raya Puasa), maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua *anak **anak* itu seorang yang cacat dan tidak mendapat *anak* baginya kecuali sudah tua."

12. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu pada malam 'Aidil Adha, maka sesungguhnya jika kamu berdua berjima' pada malam tersebut, apabila Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua *anak* aku bimbang ia akan menjadi seorang yang berjari enam atau empat."

13. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu di bawah cahaya matahari (secara langsung – direct) dan terkena warna (cahayanya), kecuali kamu mengenakan tutupan (bumbung), jika tidak maka sesungguhnya kalau Allah mengurniakan kepada kamu berdua *anak*, nanti *anak* itu akan menjadi seorang sentiasa hidup dalam meminta-minta dan faqir sehingga mati."

14. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu di bawah pohon kayu yang berbuah, maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kamu berdua *anak*, nanti *anak* itu akan menjadi seorang tukang gojo, tukang sebat atau seorang ketua yang bengis,"

15. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu sewaktu antara azan dan iqomah, jika berjima' pada waktu demikian, sesungguhnya jika Allah mengurniakan *anak* pada kamu berdua, nanti ia menjadi seorang yang menumpahkan darah."

16. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu semasa ia hamil kecuali kamu berdua berwudhu', jika tidak maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kamu berdua *anak*, nanti ia akan menjadi seorang yang buta hati dan bakhil tangan."

17. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu pada pertengahan (Nisfu) Sya'ban, maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan kamu berdua *anak*,nanti *anak* itu akan mempunyai tanda yang jelek pada muka dan rambutnya."

18. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu pada akhir bulan (yakni tinggal dua hari) maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua *anak* nanti *anak* tersebut menjadi seorang yang sentiasa perlu meminta-minta."

19. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu dengan syahwat terhadap saudara perempuannya  (ipar kamu) kerana yang demikian itu sesungguhnya kalau Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua *anak*, nanti *anak* itu akan menjadi penolong dan pembantu kepada orang yang zalim dan pada tangannya membuat kebinasaan kepada manusia."

20. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu di atas loteng maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan *anak* kepada kamu berdua nanti *anak* itu menjadi seorang munafiq, pelampau yang melewati batas."

21. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu pada malam kamu hendak keluar musafir kerana yang demikian itu sesungguhnya kalau Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua *anak*, ia akan membelanjakan harta kepada yang tidak Haq," dan Rasulullah s.a.w. membaca ayat Al-Quran : "Innal Mubazziriina kaanu – ikhwan Nas – Syayathin."

22. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu bila kamu keluar bermusafir dalam tempoh tiga hari tiga malam, maka yang demikian itu sesungguhnya bil! a Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua *anak*, nanti ia menjadi seorang pembantu kepada setiap orang yang zalim."

23. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu pada awal malam, maka sesungguhnya jika dikurniakan *anak* kepada kamu berdua, ia menjadi seorang tukang sihir, sunglap, dan menghendaki dunia daripada akhirat."

ANJURAN BERJIMA' 

24. "Wahai Ali..! jika kamu berjima' dengan isterimu bacalah : "Allahumma Jannibnis Syaitan Wajanibis Syaitan Mimma Rozaktani." Maka yang demikian itu kalau Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu *anak*, tidak dimudaratkan oleh syaitan terhadapnya selama-lamanya."

25. "Wahai Ali..! hendaklah kamu berjima' dengan isterimu pada malam Isnin maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua *anak*, ia akan menjadi seorang yang berpegang teguh kepada kitab Allah (Al-Quran) dan redha terhadap segala pemberian Allah s.w.t. (baik d! an buruk Qada' dan Qadar Allah)."

26. "Wahai Ali..! jika kamu berjima' dengan isterimu pada malam Selasa, Allah s.w.t. akan memberi kepada kamu berdua *anak* yang mendapat nikmat Mati Syahid sesudah syahadah : 'Anla ilahaillallah wa anna Muhammada ar-Rasulullah' dan Allah s.w.t. tidak azabkannya (turun bala kepadanya) bersama-sama orang musyrikin, mulutnya berbau harum yang akan melembutkan hati orang, bersih lidahnya daripada mengumpat, berdusta dan mengadu-domba."

27. "Wahai Ali..! jika kamu berjima' dengan isterimu malam Khamis, maka Allah s.w.t. akan mengurniakan kepada kamu berdua *anak* yang bijaksana, atau seorang yang alim,di kalangan orang-orang yang alim."

28. "Wahai Ali..! jika kamu berjima' dengan isterimu sewaktu matahari di tengah langit, Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua seorang *anak* yang tidak di hampiri syaitan sehingga ia beruban (tua) dan menjadi seorang yang faqih serta Allah s.w.t. rezekikan kepadanya keselamatan agama dan dunia." ! 29. "Wahai Ali..! jika kamu berjima' dengan isterimu pada malam Jumaat dan nanti *anak* kamu berdua adalah seorang pemidato yang berwibawa dan petah."

30. "Wahai Ali..! jika kamu berjima' dengan isterimu pada hari Jumaat, selepas Asar, Allah s.w.t. akan kurniakan seorang *anak* yang terkenal, masyhor dan alim."

31. "Wahai Ali..! jika kamu berjima' dengan isterimu pada malam Jumaat selepas Isyak yang akhir, maka sesungguhnya di harapkan anakmu nanti menjadi seorang yang abdal (terkemuka),"

"WAHAI ALI PELIHARALAH WASIATKU INI SEBAGAIMANA AKU TELAH MEMELIHARANYA DARI JIBRIL A.S."…..  


*** pppsstttt......nota nie cik Anggur post hanya sekadar nk brkongsi ilmu pengetahuan dgn semua bukan sebab2 lain erk...jgn t ada lak dok komplen lucah la pa la....bnda nie lumrah kehidupan kita sebagai manusia kan..lg pn ramai kawan2 cik AngguR yg bru mendirikan rumahtangga...yg dh lam apon da jugak...yg bakal tu pn maseh da la tercicir mcm cik Anggur nie hahahah...by de way hope note nie brguna utk semua ...

Friday, October 07, 2011

PERINGATAN BUAT SI SUAMI

1. Selalu menghargai usaha dan penat lelah isteri, terutam...a isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali - kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan atau cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami & lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal.

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah atau menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dgn isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbang rasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dgn ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati.. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau isteri rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.
 

 
Peringatan Untuk Semua Lelaki Muslim. 
*Sesiapa yg nak share silakan. Tak perlu mintak izin dah sebab mmg sy nak share pun dgn semua orang. 
 
 

*** pppsttttttttttt...tak berapa nak ada mood menaip dua tiga hari nie....warrghhhhh !!!!!!!!!!!entry ni epom amik dr note yg terpampang kt FB cik Anggur ja...~

KATA-KATA HIKMAH

SELAMAT KEMBALI

Assalamualaikum  tepuk bahu utk diri sendiri.  last masuk jenguk sini 2018 skrg dah 2024.  aduhhh....dah hampir 6 tahun.  Subhanallah//moga ...