Tuesday, August 12, 2014

TIPS PARENTING by USTAZAH FATIMAH SYARHA

Assalamualaikum 

sekadar perkongsian yg d amik dr FB ustaza Fatimah Syarha. moga berguna nnti d masa depan. 

TIP PARENTING

AJARILAH SI KECIL DALAM SUASANA BERMAIN KERANA BERMAIN ADALAH DUNIA SI KECIL.

(Si kecil: Golden Age, 1 hingga 5 atau 7 tahun)

Kata Imam al-Ghazali,

"Hendaklah anak kecil diberi kesempatan bermain.
Melarangnya bermain dan menyibukkannya dengan belajar terus,
akan mematikan hati,
mengurangi kecerdasan,
dan membuatnya jemu terhadap hidup.
Sehingga dia sering mencari alasan untuk membebaskan diri dari keadaan resah."

Semua anak anak suka belajar.
Itu fitrah semulajadi manusia.
Cara keras yang digunakan seperti mengarah tegas, membentak dan mencubit, kurikukulum yang ketat, membuatkan anak stress belajar.

Ia mungkin memberikan ketaatan cepat, tapi membenihkan kesan jangka panjang yang bahaya.

1.Anak-anak akan menganggap pembelajaran itu satu sumber stress dalam hidupnya.

2. Anak anak juga akan hilang keakraban dengan pendidiknya.

Ubahlah cara kita mengajar.
Wujudkan suasana yang menyenangkan.

Contohnya,
Sebut banyak tentang kualitinya di depannya sambil mensyukuri Allah,
berbanding asyik sebut kesilapannya.
Jika nak tegur, puji dulu mana yang baik dan spesifikkan mana yang perlu upgrade.

Lalu,
kita tak stress.
Anak-anakpun akan melalui fasa kecilnya dengan lebih ceria dan mencintai kita setulusnya.

1 comment:

  1. thanks kak share. insyaallah akan cuba diingat smpi bebila :)

    ReplyDelete

KATA-KATA HIKMAH

Sarang Labah Labah.....

Assalamualaikum..... Uikss..penuhnya sarang labah labah. . . Bila nak mula balik menaip ntah la. . . #moodrajinkemablilahkepadakuuuu...