Thursday, February 27, 2014

MEMOTIVASIKAN DIRI

ASSALAMUALIKUM 

AZAM TAHUN 2014

1. Khatam Quran setiap 3 bulan. (maknanya sebulan kena habiskn sepuluh juzuk)

2. Witir setiap malam.

3 Simpanan dlm akaun Tabung Haji setahun 1K.

*** yg tersenarai antara yg terpaling payah nk capai target selalunya mesti terkurang 1 drpd target yg nk d capai harapnya tahun nie boleh capai. pasai tu kena buat list supaya boleh igt sedia. bini org dh oiiiii.............. 


Wednesday, February 26, 2014

ARJUNA BETA bY FYNN JAMAL



Arjuna Beta - Fynn Jamal

Tak kanku biarkan walau ribut menyentakmu yang tidur
datang petir menyambar
jengking dan ular–
bonda takkan berundur

nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa

kan ada satu ketika kau tak tahu mana nak pergi
jalan betul, anakanda,
tak jelas mata–
ambil yang sarat duri

hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela

ngeri tak terbayang mata
bonda takkan ada sentiasa
nanti moga kau tak lupa
bonda memujukmu, anakanda

hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela

nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa

sekarang nie musim org minat lagu Fynn Jamal sedangkan saya sedari 4 tahun yg lepas dh ikut rentak lagu kak fynn nie. trpaling menusuk kalbu time skrg nie lagu yg dia buat utk anak nya Bakti Arjuna Fitri.

seorang ibu sanggup buat apa saja utk anknya.

dan bila dengar lagu nie..... naluri seorang ibu meresap !!!!

Allah Maha Besar.

semoga Allah melindunginya d dunia & akhirat.


Tuesday, February 25, 2014

SEBELAS a.k.a ELEVEN

ASSALAMUALAIKUM 

letih 

penat

mengah 

mengantok 

lembik 

Subhanallah !!! 

BERSABARLAH 



Wednesday, February 19, 2014

LAFAZ YANG TERSIMPAN by UNIC


Luluh hatiku yang sayu
Menatap wajahmu tenang dalam lena
Kasih zahirkan laku
Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya

Dan raut tuamu membekas jiwaku
Meredakan rindu mendamaikan kalbu
Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu
Biarpun kuredah seluruh dunia
Mencari gantimu

Betapa sukarnya menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanya sekadar
tingkah
Cuma ungkapan kebisuan yang
melindungkan kalimah rahsia

Masih kubiarkan waktu
Melarikan lafaz kasihku padamu

Mengapakah sukar menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar
tingkah
Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia

Apakah yang hilang andai dilisankan
Bait penghargaan penuh kejujuran
Tak mungkin terlihat cinta yang merona
Jika hanya renungan mata yang bersuara
Bukan tutur kata

Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhir nafas di hujung helaan
Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangan
Menggantikan lafaz yang tersimpan

NAK BALIK

Assalamualaikum 

letih yg teramat sangat. 

lenguh kaki. 

badan rasa tak selesa. 

makanya, 

rindu bantal d rumah!!! 

*** adoiiii.....baru pukul 4.10 petang. sejam lebih lagi oiiiiiii.

MUKJIZAT NABI ISA



Assalamualaikum 

selalunya saya akn paksa diri utk baca Quran sekaligus d sulan dgn terjeMahan. kenapa kena paksa?sbb kalau tak paksa dah sah sah malas nk baca nak tak nak kena paksa diri bila nk ula baca lepas tu dah lama ckit tak nk berenti plak sbb nk tau cerita lepas satu cerita.

antara salah satu cerita yg tersangat menarik hati al kisah Nabi Isa ank Maryam. saya kongsi kn sikit dlm blog. nie jugak sbg salah satunota kecik utk saya igt apa saja cerita yg nk saya ingat. insyaAllah. semoga satu hari nnti boleh d ceritakn pulak pd insan yg lain.

*** pppsttt........tak sia-sia mencari Quran Robbani nie. tersangat-sangat brguna utk org yg baru nk mula belajar dr bawah mcm saya !!!

Tuesday, February 11, 2014

ISU SEMASA #part 1

assalamualaikum

sedikit luahan otak malam-malam nie. bukan niat nk mengata. sekadar nk lepaskn tekanan otak yg asyik dok tersentak dek isu yg sama.

SITUASI 1 : PEREMPUAN YG BELUM BERKAHWIN

tak salah nk berangan segala bagai nk cari suami la pasangan la begitu la begini la. cukup sekadar luah dlm doa tak boleh ke erk. kenapa mesti d jaja ke sana ke mari. org sana org sini? sekali sekala mungkin boleh gagah lg tapi kalau dh kerap sangat bercakap mcm tu tak trpikir ke apa persepsi org pada kita? tak semua org mcm kita yg kononnya open minded. agak agak la cik adik. aku pn pernah gak dulu dlm situasi mcm tu. pernah gak sunyi sbb tak brpasangan. drpd dok bercakap ke sana sini lebih elok d luah d adu pd DIA sbb DIA yg tetapkn dengan siapa jodoh kita. dok cerita cerita kt org buat apa? aiyakkkk....rimas. serius kalau jmpa org yg mcm nie 1 ja yg akn timbul dlm kepala otak.

"tak dak perasaan malu ka dia bila mana dok bercakap isu mcm tu d depan org ramai? sikit pn tak terasa mcm diri tu menggedik ka? "  

pesanan dr seorang ustaz.

"awak sebagai perempuan, jadilah perempuan yg ada harga. jangan terlampau terdedah dan mendedah sgt. org tak suka kita tak payah la menggedik. tak de org suka kita tak payah la mengedik. doa. adu pd Allah. jangan tunjuk kita nie murah sangat. terlampau terdesak sampai org nampak sgt kita nie terdesak. cover cover sikit. awak tu perempuan."  


*** pppstttt .... harapnya lepas nie lebih banyak yg berdoa drpd bercerita. Allah ada utk dengar apa saja permintaan & masalah kita. dok heboh sana sini nk cari pasangan la nk cari bakal suami la. iskkk geli betoi aihhhh. nie sekadar luahan & pendapat peribadi andai kata ada yg terasa mintak maaf sgt sgt. kita mungkin berbeza pendapat cra & gaya namun kita masih boleh jadi kawan sbb kita brpijak & brnafas d bumi Allah yg SATU. berhenti bercerita dan teruslah berdoa berdoa dan berdoa pd DIA yg SETIA.

Wednesday, February 05, 2014

GORENG PISANG PANAS

Assalamualaikum

tabiat baru.

makan goreng pisang panas panas.

bila sejuk tak lalu.

oh ~ cerewet cerewet.

serba serbi memilih kan. 


Tuesday, February 04, 2014

SEMBANG TENGAH HARI

ASSALAMUALAIKUM

agak lama saya tak menaip. lepas cuti kawen sempat post beberapa entry tu pn secara trgesa-gesa. boleh d katakan ruang masa yg ada teramat terhad berbanding dulu. tambah pulak masuk keja ja dh kena buat Internal Audit.

Subhanallah.

hari nie ada satu cerita menarik yg rasa nk d simpan dlm blog sebagai kenangan. sebelum keluar lunch td, ada seorg hamba Allah brtnya si polan tu kawen mcm terkejut ja. mcm kena paksa dan si polan tu mengikut ja apa yg dh d rencanakan.

tersenyum.

dalam hati cuba befikir secara positif. sebagai org yg tahu cerita dr permulaan smpi ke akhir saya pn ceritakn balik situasi si polan mcm mana boleh smpi ke tahap nie. namun pendapat dia sebagai "orang lama" ada juga benarnya.

NIKAH bukan satu perkara yg boleh d anggap mudah & main main. terutamanya sbg lelaki. nk pikul tanggungjawab & amanah Allah. persoalan yg utama BERSEDIAKAH KITA?

pernah saya luahkn dlm entry yg lepas. BERSEDIAKAH kita nk melangkah ke satu fasa yg baru?

bagi pendapat saya, SEDIA nie luas maksudnya. bersedia dr segi apa? mental? fizikal? mcm mana kita tau kita dlm keadaan bersedia nk pikul tanggung jawab baru? tepuk dada tanya pd diri sendiri. siapa yg mampu jawab soalan nie dgn jujur tanpa berlengah. saya pasti hampir kebanyakannya akn tergagap-gagap.

bila mana kita boleh menyatakan OK, DAH SMPI MASANYA KITA BERNIKAH pada saya itu dh menunjukkan betapa kita hampir ke arah utk mempersiapkn diri utk brsedia menerima fasa baru dlm hidup kita.

lain org lain cara sedianya lain cara penerimaan dan penolakkan nya. buat keputusan biar kita yg tetntukn. pd org sekeliling yg tetapkn kamu mesti buat itu dan ini. kalau hanya bernikah hanya semata ata utk tutup mulut org sekelililang yg bercakap cakap ank dara tua, tak laku & sebagainya, percayalah hasil yg kit adpt nnti pasti akn kecewakn kita.

sbb apa?bukan sbb kita sala buat pilihan kerana itu yg telah Allah tetapkn utk kita. cumanya kita boleh berusaha utk dptkn yg terbaik bukan? tak salah berdoa utk dapat pasangan yg begitu dan begini.tu salah satu cara kita utk mempersiapkn diri utk bersedia menerima tanggungjawab baru.

jawapan pd soalan hamba Allah berkaitan si polan td. adakala org yg kita tgk serabut, semak, tak brsedia dan sebagainya tu hanya man aberada d depan mata kita. kehidupan dia yg selebihnya kita tak tahu bukan? berhak ka kita nk menghukum org tu mcm mcm?

hidup dia biarkan dia yg tentu & tetapkan. samada dia bersedia atau tidak pd masa dia amik keputusan tu biarlah dia dgn Yang Satu saja tau. kita sbg kawan kawan doakn yg terbaik.

pada saya, samada kita bersedia atau tidak bila smpi masa tanggungjawab dh trpikul d bahu suka atau tidak tetap kita kena tunaikn.

selamat menepuh alam rumah tangga yg penuh dgn ujian Allah.

nasihat saya, BERSABARLAH ~ kehidupan selepas ini bukan hanya kehidupan kamu seorang  namun kehidupan  bersama. layarilah dgn tenang.


KATA-KATA HIKMAH

Sarang Labah Labah.....

Assalamualaikum..... Uikss..penuhnya sarang labah labah. . . Bila nak mula balik menaip ntah la. . . #moodrajinkemablilahkepadakuuuu...