Tuesday, March 05, 2013

SMS TERAKHIR

Wahai Isteriku, 
maafkan abang seandainya abang tersalah cakap mahupun terkasar perbuatan..jagalah dan didiklah anak-anak kita menjadi orang yang berguna..

Wahai anak-anakku, 
maafkan ayah kerana acapkali ayah tiada disaat anak-anak ayah memerlukan kasih sayang seorang ayah..

Wahai mak & abah, 
ampunkan anakmu dari hujung rambut hingga hujung kaki, sesungguhnya mak & abah telah mendidik aku menjadi insan yang berguna pada negara..

Wahai Ibu & Ayah Mertuaku, 
maafkan anakanda kerana memilih kerjaya yang memungkinkan anak ibu & ayah menjadi balu sebelum usia..

Oh Malaysiaku, 
maafkan aku andai aku gugur dimedan perang. Demi Allah aku telah berusaha sedaya upaya..  


assalamualaikum 

ALLAH MAHA BESAR 

bergenang airmata bila baca SMS hamba Allah yg telah syahid nie. 

semoga ALLAH menempatkan dia d kalangan orang-orang yg beriman !!! 

 

No comments:

Post a Comment

KATA-KATA HIKMAH

ILUSI TAK BERTEPI - HIJAU