Wednesday, July 20, 2011

KERANA MULUT HATY KUCHIWA

ASSALAMUALAIKUM 

sesungguhnya dlm idop nie tak semua insan akn sama pendapat & pandangan dlm sesuatu hal kan..tmbh2 lak yg brkaitan ngan politik hehe cukop2 sensetip aih :) ermm..by de way la nie cik Anggur bukan nk story mory pasai politik cuma rentetan dr kejadian semalam d mana kes cik Anggur share satu artikel tu cik Anggur d tegur oley seorg sahabat cik AngguR dgn cara & bahasa yg agk keras smpi kn ramai la org Pm tanya kn sapa org tu...awat sopan sgt bahasa yg dia tu pakai...smpi sebut neraka la pa la...aduhhh serabut nk menjawab nya laa....  

tak pa la pa yg jadik semalam tu bg pengajarn utk cik Anggur lepas nie supaya lebey brhaty2 dlm prcakapan & prgaulan cik AngguR ngankawan2...dr kes tu cik Anggur boley belajaQ beberapa perkara..ahakz nk tau apa dia?? 

1. jgn trlalu mudah menjatuhkan hukuman pd org lain 
2. lembut dlm prbuatan & prcakapan dlm apa jua keadaan samada kita sdg marah ka geram ka sedey ka jgn sesekali kita cmpur aduk kn semua situasi dlm keadaan yg sdg kita hadapi skrg 
3. belajaQ respect pendapat & pandangan org lain walaupon brcanggah dgn pndangan kita 

ermm.....bunyi mcm sadis lagik ja kan ayt2 cik AngguR...serius mmg cik AngguR sadis bangat lorghh...kalo kata org tu cik AngguR tak kenai tak rapat lantak dia la nk kata pa pon tp org tu ck AngguR kenai kena pulak kawan cik Anggur tu yg touching xtravaganza tu dr semalam smpi ke hari nie...adehhhh tak baguih betoi la kan mood cm ney !!! 

jadik utk menghilangkan kesadisan haty cik AngguR ney maka nya cik AngguR pon merajinkn diri yg malas & bz sesangat2 la nie utk cari la artikel or hadis yg brkaitan ngan adab tegur menegur cara Islam....bukan sebab nk sakit kn haty org lain okey !!serius tak dak niat mcm tu..cuma sekadar jadik pedoman & rujukan cik AngguR d masa depan lepas nie cik AngguR tak mau ulang & buat apa yg dh cik AngguR alami  kelmarin... 

meh kita sharing & maring but not daring brsama sama nahhh ~ ...  

ADAB MENEGUR @ MENASIHATI CARA ISLAM 

1. Meluruskan niat sebelum menasihati seseorang supaya tidak ada yang berasa disakiti. Ikhlas menasihati saudara semuslim semata-mata karena Allah. Seharusnya seorang yang ingin memberikan nasihat itu perlulah bersih dari segala bentuk niat yang terpesong kerana ia akan memberi kesan ke atas nasihat yang ingin diberikan. Janganlah menasihati seseorang itu kerana ingin menunjukkan kitalah orang yang benar, tetapi tegurlah kerana ingin mengajak sahabat ke jalan yang benar.

2. Menjaga ukhuwah semasa menasihati. Diusahakan supaya menasihati saudaranya dengan tidak diketahui orang lain. Sebahagian ulama berkata, “Barangsiapa yang menasihati seseorang dan hanya ada mereka berdua, maka itulah nasihat yang sebenarnya. Barangsiapa yang menasihati saudaranya di depan banyak orang, maka yang demikian itu mencela dan mencelakan orang yang dinasihati.” Islam mengajar umatnya supaya mempunyai akhlak yang tinggi. Dalam hal menasihati juga terdapat perkara ini. Ini menunjukkan bahawa Islam amat menjaga hati dan maruah orang yang dinasihati supaya tidak berlaku perpecahan kerana perkara nasihat.

3. Bersih hati semasa menasihati. Menggunakan bahasa yang halus dan menegur hanya untuk perkara-perkara yang salah. Kadang-kadang kita sering menggunakan perkataan yang sangat teruk untuk meluahkan nasihat kita. Dalam ceramah-ceramah dan kuliah-kuliah yang berbentuk menasihati, kita lebih gemar menyatakan salah orang lain seolah-olah mereka yang melakukan perkara tersebut sangat jahat dan sudah tiada ruang untuk bertaubat. Seharusnya selaku seorang pendakwah, nasihat adalah senjata utama yang perlu digunakan sebaiknya.

4. Memikirkan cara yang terbaik untuk menasihati saudara. Seboleh-bolehnya mengenali dulu saudara yang bakal kita nasihati itu. Nasihatilah mereka dengan kasih sayang dan jadilah sebahagian dari mereka, kerana dari situ kita akan tahu apa puncanya mereka begitu.

5. Memberi waktu dan kesempatan kepada saudara yang dinasihati untuk mengubah sifat buruk/ kesalahan yang dilakukannya. Manusia perlukan masa untuk berubah, jangan memaksa mereka untuk berubah mendadak, ia bukan dalam lingkungan tugas seorang pendakwah. Dalam berdakwah perlu akan sifat sabar dan berserah kepada Allah. Jadilah orang yang sentiasa mengharap pertolongan Allah dan jangan mudah putus asa di atas nasihat yang diberikan kerana itu mungkin ujian yang telah ditentukan oleh Allah untuk menguji kesabaran.



PANDUAN MENEGUR 

TIDAK MERENDAHKN EGO ORG YG D TEGUR 
MENCARI WAKTU YG TEPAT 
MEMAHAMI KEDUDUKAN ORG YG D TEGUR  


perintah Allah kepada Nabi Musa dan Nabi Harun untuk berkata lembut kepada Firaun seperti mana firman-Nya dalam surah Thaha ayat 44 yang bermaksud;


‘‘Berbicaralah kalian berdua kepadanya (Firaun) dengan kata-kata yang lemah lembut,
mudah-mudahan ia ingat atau takut.”


‘Percakapan orang yang berakal muncul dari balik hati nuraninya. Maka ketika hendak berbicara, terlebih dahulu ia kembali pada nuraninya. Apabila ada manfaat baginya, dia harus bercakap dan apabila ia boleh mendatangkan keburukan,
maka dia hendaklah tidak melafazkannya. Sesungguhnya hati orang yang bodoh berada di mulut,
ia berbicara sesuai apa sahaja yang dia mahukan’'. 

sebaek2 nya dlm menegur insan lain kita mestilah mampu & berani jaga emosi kita...sbb nya kalo kita dok cmpoQ aduk kn semua2 tu boley jadikpunca kita brgadoh & brpecah belah..elok2 jadik kawan baek dh jadik musuh lak kn tak comey cm tu betoi dak?hak hak... 

sdgkn Nabi mengur Firaun pin dgn cara yg paling halus & lembut napa kita lak tegur ngan cara yg kasar & keras kan..ALLAH tak suka kita menggunkan kekerasan dlm apa jua keadaan tambah2 utk bg teguran...makin keras kita guna makin org yg brkeras lah dgn kita so makin payah utk org terima pendapat & pandangan kita lepas tu..adehhh hope cik AngguR belajaQ dr kesilapan semalam ~ ... 

so berhaty2 lah dalam apa juga yang kita lakukan berkaitan ngan lidah yang melahirkan kata-kata kita harus berhati-hati, tidak kiralah sama ada ia teguran, pujian, kenyataan atau berhujah sbb nya semua tu akn d hitung oley ALLAh kelak... 


*** pppppssstttt....buat sahabat peristiwa semalam tu cik AngguR nk ucapkn time kaseh byk2 sbb mengjar cik AngguR sesuatu dr peristiwa tu..... ~

2 comments:

  1. lidah tajam dari mata pedang

    kadang2 kita sendiri pon terlepas cakap kan..

    takut plak kalo2 terlepas cakap, sakitkan hati orang lain..huhu

    ReplyDelete

KATA-KATA HIKMAH

SELAMAT KEMBALI

Assalamualaikum  tepuk bahu utk diri sendiri.  last masuk jenguk sini 2018 skrg dah 2024.  aduhhh....dah hampir 6 tahun.  Subhanallah//moga ...