Wednesday, April 13, 2011

WUDHU`

Wudhu' 

Untuk menunaikan sembahyang, diwajibkan kita berwudhu' (mengambil air sembahyang atau mengangkat hadas kecil) terlebih dahulu. Jika kita tidak berwudhu' adalah haram hukumnya, begitu juga jika kita ingin melakukan:-

  • Sembahyang-sembahyang sunat.
  • Thawaf di Baitullah.
  • Menyembahyangkan mayat.
  • Sujud tilawah atau sujud syukur.
  • Memegang (menyentuh/membawa) Al-Quran, tetapi dibolehkan, diharuskan menyentuh/membawa/memegang jika kandungan isi Al-Quran itu lebih banyak tafsiran dari isi ayat Al-Quran.

Syarat-syarat Wudhu'

Syarat sah wudhu' itu ada enam:-

  • Orang Islam (orang bukan Islam tidak wajib berwudhu')
  • Mumayiz, iaitu telah dapat membezakan yang baik dengan yang buruk sesuatu pekerjaan, yakni yang telah berusia 9 tahun.
  • Air mutlak (air yang suci lagi menyucikan)
  • Bersih dari Haidh, Nifas dan Junub atau dalam Hadas Besar.
  • Jangan ada pada anggota kita sesuatu benda yang dengannya, sebabnya tidak sampai air ke kulit/rambut/kuku seperti cat, lilin, getah, tatu di kulit, pewarna rambut, pewarna kuku, gincu bibir, eyeshadow dsb.
  • Mengetahui dan dapat membezakan mana yang fardhu dan sunat.

Sunat-sunat wudhu'

Perkara-perkara yang disunatkan ketika berwudhu':-
  • Menghadap ke arah Kiblat.
  • Menbaca "Auuzubillah himinasyaitonirrajim" dan "Bismillah hirrahman nirrahim".
  • Membasuh kedua telapak tangan hingga kepergelangan tangan sebelum berwudhu'.
  • Berkumur atau bersugi.
  • Memasukkan sedikit air ke dalam hidung untuk membersihkannya dan mengeluarkannya kembali.
  • Menyapu air ke kepala.
  • Memusing-musingkan cincin jika ada di jari.
  • Menjelai-jelai janggut atau misai dengan air sehingga rata.
  • Menjelai jari-jari tangan dan kaki.
  • Mendahulukan basuhan anggota kanan daripada yang kiri.
  • Mengulang 3 Kali setiap basuhan.
  • Jangan meminta bantuan orang lain seperti tolong menuangkan air sewaktu berwudhu'.
  • Jangan mengelap atau mengeringkan anggota wudhu' dengan kain atau sebagainya.
  • Elakkan percikkan air jangan sampai jatuh semula ke bekas atau ketimba.
  • Berjimat ketika menggunakan air.
  • Jangan berkata-kata atau bersembang ketika mengerjakan wudhu'.
  • Membaca Doa Selepas wudhu' setelah selesai berwudhu'.

Perkara yang sunat untuk berwudhu'.
  • Sehabis keluar darah dari hidung.
  • Sesudah mengantuk.
  • Hendak berjalan jauh.
  • Sehabis ketawa berbahak-bahak.
  • Ragu-ragu dalam berwudhu'.
  • Sehabis berkelahi, mengumpat, memaki, mencaci,mengadu domba, marah atau mengeluarkan kata-kata kotor.
  • Kerana hendak tidur siang ataupun malam.
  • Kerana hendak membaca ayat-ayat Al-Quran, Hadith atau Zikrullah.
  • Kerana hendak Iktikaf di dalam masjid.
  • Hendak bertabligh, pidato atau mengajarkan ilmu agama.
  • Ziarah ke kubur.
  • Memegang atau memikul mayat.
  • Jika dalam keadaan marah. 

 KEISTIMEWAAN WUDHU` YG PERFECT
 
Dari Abu Hurairah r.a., katanya:” Bersabda Rasulullah s.a.w.:” Luas telaga ku pada hari kiamat lebih dari jarak Ailah1) dan ‘Adan’ airnya lebih jernih dari salju, lebih manis dari madu bercampur susu, bejana-bejananya lebih baik dari bintang di langit; Aku melarang umat selain umat ku yang akan datang minum di situ, sebagaimana seorang yang menjaga unta-unta orang lain yang akan minum dari telaganya; Ditanya Rasulullah s.a.w.:” Dapatkah tuan mengenal kami ketika itu?” Jawab Rasulullah s.a.w.:” Ya, ialah dengan bekas wuduk yang gilang-gemilang di muka mu sebagai tanda yang diistimewakan dari umat-umat yang lain.” 

sumber dr JAKIM

 

2 comments:

  1. tq atas ilmu di berikan....manisnya anggur di sini

    jom baca dan komen Saya Sayang emak saya

    ReplyDelete
  2. sama2 jiehan :) moga2 yg d kongsikn brguna utk semua kawan2 insyaAllah ~ ......manis tak pa jgn masam..ahakz...tak sedap kowt

    ReplyDelete

KATA-KATA HIKMAH

ILUSI TAK BERTEPI - HIJAU