Tuesday, September 06, 2016

Copy Paste Ja....

Tuan Safiey,

Guru saya pernah berkata, Allah akan hancurkan hati orang yang Dia sayang berkali-kali hingga 'tiada harapan' untuk dunia lagi. Yang ada hanyalah harapan untuk Dia. Yang ada hanyalah matlamat untuk Dia. 


Kami mungkin tidak menyaksikan penderitaan tuan, tapi Tuhan Maha menyaksikan segalanya secara terperinci sama ada secara terangan atau sembunyi, sama ada yang terlafaz atau terbuku di hati tuan. Tuhan Maha Menyaksikan. Yakin yang itu !

Berkata Saidina Ali,

"Tiadalah Musibah itu turun kecuali akibat dosa dan tidaklah ia bisa diangkat kecuali dengan taubat."

Hanya Dia yang setia saat semua manusia berpaling. Hanya Dia yang menguatkan saat manusia melemahkan. Hanya Dia yang berkali memberi pengampunan saat manusia menutupi pintu kemaafan serapat-rapatnya. Hanya Dia yang sanggup memberikan peluang saat manusia tidak sudi mendengar sebarang penjelasan. Hanya Dia yang sudi menerima 99 dosa, hatta 1 kebaikan yang kau lakukan, sedangkan manusia itu 99 kebaikan belum tentu akan menjadi kepuasan mereka, kerana bagi mereka 1 dosa adalah cara yang terbaik untuk terus menjatuhkan tanpa memberi ruang.

Kumpullah seluruh kerajaan di dunia ini, di bumi ini untuk mengatakan kau tetap masuk ke neraka.

Tapi percayalah tuan,
Saya yakin sebenar-benar yakin.
Tuan masih 'layak' ke Syurga Dia. 

Berbuih mana pun mulut tuan menjelasakan kepada seluruh alam ini, sehingga disaksikan oleh puluhan juta ribu sekalipun nyawa-nyawa manusia, mereka hanya seperti anai-anai yang tak endah dan tetap 'memakan' kayu-kayu sebagai santapan. Maka jadilah seperti rumput di tepi-tepi kayu. Anai-anai takkan memakan rumput itu. 

Rumput walaupun dipotong, dicabut, ditarik berkali-kali. Rumput tetap tak mengalah dan tak berputus asa, dia masih sudi untuk 'tumbuh' kembali.

Rumput walaupun dipijak-henyak, tapi masih setia untuk menjadi ciptaan Tuhan yang menyegarkan dan menyejukkan mata memandang. 

Rumput walaupun tidak secantik bunga di taman tapi rumput bersyukur dengan apa yang ditakdirkan kepadanya. 

Rumput walaupun tiada siapa yang memandangnya, dia masih bertasbih tanpa henti memuji penciptanya. Kalaulah Tuhan membuka hijab kepada manusia untuk mendengarkan zikir-zikir seluruh alam ini, nescaya bergema seluruhnya, kita akan malu, we will cry a lot, menangis kerana mereka tidak punya akal, tapi masih 'boleh' mengigati Rabb. Kita ? 

Tuan,

Tiada siapa yang mampu menghinakan tuan di akhirat jika Tuhan memuliakan kehidupan tuan.

Bahkan tiada siapa yang mampu memuliakan tuan di akhirat jika Tuhan menghinakan kehidupan tuan.

Untuk pengetahuan tuan, dunia ini diciptakan untuk manusia. Tapi 'manusia' diciptakan untuk 'akhirat'. Keep this quote!

Believe me.
You can do it !

Trust Him. Be yourself. Be nice to Allah.

If you want to cry, just cry.
Cry for the sake of Allah.

Tuan,

Teruskan mendekati orang soleh walaupun tuan kata masih jahat. Masih jahil. Dekatilah mereka sehingga tuan 'malu' untuk berbuat jahat dan sehingga tuan tidak lagi 'mahu' menjadi jahat atau jahil. 

Do you know why bad things always happen here and there ? Although it is not necessarily as a result of our doing, it could be because we do not want to change. Allah can change you but first, you have to change yourself. You can do it ! Remember, Life is too short to hate others, let's learn to love and to be loved. 

Tuan, 

Berjalanlah seperti jarum.
Walaupun menyakitkan tetapi mencantumkan apa yang terpisah.

Jangan berjalan seperti gunting, lurus kononnya tetapi memisahkan apa yang bercantum. 

Saya yakin jika saya mencoret benda alah panjang ini ke inbox tuan, tuan takkan baca sebab tuan seorang yang sangat sibuk dan izinkan saya serta seluruh umat muslim yang lain untuk sama-sama menyebarkan 'vibes positive' kepada tuan.

Semoga sampai !

Believe me, saya pernah dipinggirkan satu malaysia bahkan satu dunia, but i'm move on. 
When everybody say i am strong, seriously i didn't. Not me who is strong but Allah made me strong. Allah made me strong!

Yes, Allah knows you're tired, Allah knows it is difficult for you. But you must also know that Allah would never place you in a situation that you can't handle. 

La yukallifallahu nafsan illa wus'aha.

Allah tidak membebankan jika hamba-Nya tak mampu, dan kerana tuan mampu, maka silakan mengutip nikmat-nikmat cinta dan kasih Dia. Kerana tidak semua berpeluang merasai nikmatnya kebergantungan, keyakinan, kesabaran, keikhlasaan saat diuji. 

You can do it !

Semoga maju jaya tuan ! Kami iringkan doa.

😊

Ikhlas,
NH.
6/9/16 


Assalamualaikum !!! 



Kesian tgk orang ramai dok hentam si polan. Berubah jadi baik dihentam berubah jadi jahat pn dihentam.
Lagi kesian bila tgk yg mengomen tu orang orang yg aku kenal.
notakaki : Mudahnya kita menilai baik buruk orang. Ingat ingatlah hari nie hari dia. Esok lusa sapa tau hari kita. Masa depan kita panjang lagi. Anak cucu kita tak tau lagi apa nak jadi. Kang lagi teruk memondan tak ka padan muka. Doa yg baik baik sudahlah......Allah kan ada. Jangan sibuk cari buruk busuk org sedangkn buruk busuk seniri kita tak bau & nampak.
Kesian tgk......caci maki hinaan org bertimba timba smpi lupa gamaknya si polan tu pn hamba Allah tu dicipta Sang Pencipta.

1 comment:

  1. hanya boleh doa yang baik2 je. nak cakap pun serba tak kena sebab kita takde dalam situasi tu. tatau cerita asal macam mana. cuma boleh dengar banyak versi cerita je.

    ReplyDelete

KATA-KATA HIKMAH

ILUSI TAK BERTEPI - HIJAU