Friday, March 28, 2014

ALLAH ADA...JANGAN RISAU !


Assalamualaikum
Daripada Abu Ruqaiyyah   Tamim ibn Aus al-Daarie r.a. bahawa Nabi SAW telah bersabda: “Agama itu   adalah nasihat.” Kami berkata: “Untuk siapa?” Baginda bersabda: “Untuk   Allah, untuk kitabNya, untuk RasulNya, untuk para lmam kaum muslimin dan   untuk umat lslam seluruhnya.”
 
  Hadis riwayat al-lmam Muslim. 


sempat terbaca dalam satu artikel yg berkaitan dengan cara kita menegur & d tegur oleh org lain. masing-masing punya tanggung jawab sendiri. yg d tegur mestilah terima teguran dengan hati yg terbuka & redha. mintak maaf ats kesalahan & kesusahan yg dh d buat. yg menegur mestilah dengan penuh adab & berhemah. 

saya kongsi kn sedikit info yg saya dpt dr artikel tu. 

dalam memberi nasihat & teguran kita mestilah : 

1. membetulkn niat sebelum menegur supaya org yg mendengar & terima teguran tu tak rasa di sakiti. tegurlah seorg tu dgn cara & bahasa yg lembut bukan dgn menggunakan cara & bahasa yg keras. teguran d beri bukan kerana utk mempertahankn kita d pihak yg benar tp teguran d beri utk mengajak ke arah yg lebih baik 

2.  berihsanlah dalam menegur. sedaya upaya menutup segala keburukan org yg d tegur supaya org tidak tahu keaibannya. 

3. jangan menggunakan bahasa atau kritikan yg pedas. sebolehnya cuba utk bagi pendapat & brkongsi pandangan sesama sendiri supaya sebelum kita menegur kita lebih memahami & mendekati org yg nk d tegur. 

4. hargai pendapat & pandangan org lain. bila menegur org lain kita juga mestilah brsedia utk d tegur. 

5. jangan menggunakan suara yg keras. jangan menengking atau menjerit.  

"barangsiapa yg menasihati seseorang dan hanya berdua sahaja maka itulah nasihat yg sebenar. barangsiapa yg menasihati saudaranya d depan khalayak ramai, maka demikian itu mencela dan mencelakan org yg d nasihati"  

"mukmim itu menasihati & menutup aib & kesalahan, org yg jahat itu menyingkap & mendedahkn aib & kesalahan" 

rasulullah s.a.w bersabda
"percakapan org yg berakal muncul dr balik hati nuraninya. maka ketika hendak berbicara, terlebih dahulu ia kembali pd nuraninya. apabila ada manfaat baginya, dia harus brcakap dan apabila ia boleh mendatangkn keburukan, maka dia hendaklah tidak melafazkannya. sesungguhnya hati org bodoh berada d mulut, ia berbicara sesuai dgn apa saja yg dia mahukan"


TIPS UTK MEMUDAHKAN ORG TERIMA TEGURAN KITA 

MENGETAHUI & MEMAHAMI KEADAAN ORG YG HENDAK D TEGUR
 JGN RENDAHKN EGO YG HENDAK D TEGUR 
CARI MASA YG SESUAI & WAKTU YG TEPAT 


dalam surah Yunus ayat 36  ada dnyatakan
 ”Prasangka itu tidak mendatangkan kebenaran apa pun.” 

biarkanlah org yg berburuk sangka selagi mana dia mahu & mampu. semoga apa yg di sangka-sangka tu mendatangkn kebaikan kepada semua org. terkadang mulut mudah mengeluarkn pendapat & kata-kata tanpa otak brfikir dgn baik. nasihat utk diri saya seniri. sebelum kita brburuk sangka pd org, letakkn diri kita d tempat dia. cuba utk ambil tahu & memahami masalah org sekeliling kita. agk kalo rasa membebankn jgn mudahkn diri utk buat andaian buruk pd org.

mungkin hari nie kita mudah bercakap itu & ini dgn penuh rasa bangga. tak fikir apa yg kita kata tu menyenangkn hati org lain ataupn sebaliknya.

betul. masalah org lain tak kn mendtgkn sikitpn kemudaratan dlm idup kita. cuma beringtlah. tak semestinya apa yg kita rasa kita betul tu betul. tak semestinya yg salah tu salah. bertolak ansurlah selagi ia tidak menyakitkn diri sendiri. moga moga bila mana kita memudahkn urusan org lain hari ni akn d permudahkn urusan kita oleh Allah d masa depan.

tetiba teringat kisah satu Imam yg tgh bagi tazkirah pd ank murid dia. tetiba bangun sorang tu dgn pakaian yg nmpk alim. maka Imam yg tgh mengajar smbil melunjur kaki masa mengajar (sbb Imam tu sakit) tarik kak & duduk elok tanda hormatkn org yg bila tgk nmpk mcm alim ulama & bijak pandai. tp bila org tu tanya soalan yg kurang bijak dgn nada & cara kurang elok maka tahulah Imam trsebut bahawa org tu kurang & cetek ilmunya. cerita Imam nie pnjng tp saya pendekkn.

sekadar kesimpulan yg saya nk amik dr cerita tu. kita hormat pd org yg baik budinya, elok perangainya & baik perlakuannya. namun bila mana percakapan yg keluar tu menggunakan bahasa yg seakan-akn menunjukkn diri tu sombong & bongkak dgn sesama mahkluk maka hilanglah rasa hormat.

kalau makhluk Allah pn tak boleh nk berihsan, brlembut & brtimbang rasa bukan kah ia seolah-olah menghina ciptaan Yg Esa. kita boleh membenci perbuatan yg dbuat bukan pd org yg membuat.

bersederhanalah dlm apa juga. bukan saja dlm perbelanjaan malahn perbuatan, percakapan, pergaulan & perlakuan.

# suami penah cakap kita kalau tak tau pa pe pasai org DIAM. tak payah cakap. biar org buat keje org kita buat keje kita je. jangan nk memandai-mandai. tak payah sibukkn diri buat spekulasi murahan. kalau d takdirkn benda tu tak betul sapa yg tanggung dosa.


Allah ada...jangan risau.
Dia lebih mengetahui segala apa yg jadi pd hambaNya melebihi dr apa yg org sekeliling bersangka-sangka. Maafknlah org lain sekalipun kamu sdg marah @terluka. Mudah-mudahan bila mana kamu berbuat salah trhadap org lain, mereka mudah utk memaafkn kamu.
Allah ada...jangan risau.
Dia lebih mengetahui segala apa yg terpendam & terjadi pd hambaNya. 

1 comment:

KATA-KATA HIKMAH

ILUSI TAK BERTEPI - HIJAU