Thursday, January 12, 2012

TIPS KHATAM QURAN

ASSALAMUALAIKUM 

Uhuk Uhuk .. dah lama rasanya cik AngguR tak update entry kan. Kalau ada pun setakat post yg ringkas & bergambar ja. Bukan apa serius sejak dua menjak nie masa agak membataskan jari jemari cik AngguR nak hapdate blog kesayangan cik AngguR nie.

Setelah sekian lama cik AngguR dok perah otak cari idea nk update apa akhirnya baru cik AngguR dapat satu topik yang rasanya boleh d kongsi ngan kawan kawan len. Terkebetulan pulak azam cik AngguR tahun nie ada sangkut paut dengan apa yg nk cik AngguR kongsikan.

Meh kita renung-renungkan sambil brfikir adakah kita betul-betul terleka dgn keindahan & tipu daya dunia ataupon tak.

'' Tepuk dada tanya iman dalam sehari berapa helai Quran yang dah kita selak & baca? Tak pun dah berapa lama kita tak sentuh Quran? Dah berapa kali kita khatam Quran sepanjang hidop kita? Terlampu sibok ka kita nie dok kejar keindahan, kesenangan, keseronokan & kelazatan duani sampaikn nk laung masa 5 minit nk baca Quran pon tak dak? Nak tunggu smpi dah tua tak larat mata pon tak nmpk kaki pon nk jalan trsekat sekat, nafas pon dh sendat sendat baru nk ngaji ka? Masa tu bru nk cari Quran? Apa igt Quran tu hiasan kt almari ka? Tak pon hiasan kt dinding dinding umah. Nk tggu bulan posa bru nk baca nk carik pahala bulan len tak payah ka? ''

Ayat tu from my mom. Agak pedih kn telinga bila dengaQ d persoalkan mcm tu. Alahai haty sabarlah.

Hehehe okey. cukup cukuplah ayat motivasi yg agak memedihkan telinga tu erk. By de way yg cik AngguR nk kongsikan kt sini ialah brkenaan mcm mana kita nk kahtam Quran dgn cara yg mudah, konsisten & menyenangkan.

Kalo yg tahun tahun sebelum nie cik AngguR akan amik masa 4-6 bulan untuk khatam. Maknanya dalam setahun boleh khatam 2 kali saja. Memandangkan tahun baru nie umur pon dah meningkat ke angka yg lebey besaQ but kureng chantek makanya cik AngguR pon menanam azam yg agak smart & kemaih supaya angka yg tak bropa nk chantek tu boley d repair & d chantek kn lagi.

Dengan demikian terlairlah beberapa idea yg cik AngguR dah buat kajian dr segi pembacaan buku-buku pastu cik Anggur try senirik & ALHAMDULILLAH berhasil. Meh cik AngguR share share petua cik Anggur nie.

Jom layannnnnnnnnnnn...................

TIPS KHATAM QURAN : 

1. Satu juzuk ada 10 helai muka surat. Makanya baca 4 helai muka surat utk sekal solat. Maknanya sekali solat baca 2 helai llima kali solat abes satu juzuk.

2. Utk yg tak dak masa nk baca d waktu waktu solat yg lain boleh jugak baca setengah juzuk d waktu Subuh & setengah juzuk lagi d waktu Maghrib.

Sedikit info yg cik AngguR dapat dr bahan bacaan cik AngguR brkaitan ngan baca mengira  ain * yg trdapat pd setiap hentian ayat.

Satu 'ain (mampu menghafal dari 1 'ain ke 'ain seterusnya)
Satu muka surat (mampu menghafal seluruh ayat sekaligus)
1/2 muka surat (mampu menghafal separuh demi separuh ayat)
1/3 muka surat (mampu menghafal sepertiga demi sepertiga ayat)
1/4 muka surat (mampu menghafal seperempat demi seperempat ayat)

1 juzu' = 20 muka surat = 8 'ain (tanda *)

1/2 juzu' = 10 muka surat = 4 'ain

1/3 juzu' = hampir 7 muka surat = 2 'ain hampir kepada 3 'ain

1/4 juzu' = 5 muka surat = 1 'ain hampir kepada 2 'ain

* 1 'ain bergantung kepada banyak mahupun sedikit ayat yang ada.

Jika sehari kita mampu menhafal satu 'ain = 240 hari kemudian baru khatam = 8 bulan

Jika sehari kita mampu menghafal satu muka surat = 600 hari kemudian baru khatam = 20 bulan = 1 tahun 7 bulan

Jika sehari kita mampu menghafal 1/2 muka surat = 1200 hari kemudian baru khatam = 40 bulan = 3 tahun 4 bulan

Jika sehari kita mampu menghafal 1/3 muka surat = 1800 hari kemudian baru khatam = 60 bulan = 5 tahun

Jika sehari kita mampu menghafal 1/4 muka surat = 2400 hari kemudian baru khatam = 80 bulan = 6 tahun 7 bulan. 



Daripada Ibnu Umar r.a. berkata, sabda Rasulullah s.a.w, ”Sesungguhnya hati ini berkarat seperti mana berkaratnya besi apabila terkena air, seorang sahabat bertanya, “bagaimana menghapuskan karat tersebut’? Jawab Nabi s.a.w., banyakkan menyebut mati dan membaca al-Quran.

Rasulullah s.a.w menekankan kepada kita supaya meluangkan seberapa banyak masa untuk membaca dan memahami al Quran. Secepat-cepat tempoh masa yang boleh khatam al Quran adalah selama 3 hari dan selewat-lewatnya jangan jangan lebih dari sebulan. Sebaik-baiknya al Quran dikhatamkan bacaannya dalam tempoh seminggu.

*** pppppppppsssssstttt ...cik AngguR harap sgt2 azam tahun nie ley tercapai kalo ley nk dpt lebey dr tahun tahun yg sebelom nie. Bukan apa umur dh makin banyak bila pikir pikir balik umur ja banyak tp amalan macam tak bropa nk banyak dok buat hat len ja yg banyak. Ummmm ralit betoi ngan tipu daya donia nie. Dok buat bnda bnda lagha ja lebey hope jgn smpi haty jd itam & trtutup dr nk terima hidayah ALLAh sudah la. Aduhhh kechek betoi rasa diri nie kan. Fuhhhhhhhhhhhhhh ......... try my best !!!!

1 comment:

  1. salam pekenalan ..terima kasih sebab sudi berkongsi tip yang bagus ni :). Tenang jiwa membacanya

    ReplyDelete

KATA-KATA HIKMAH

ILUSI TAK BERTEPI - HIJAU