Tuesday, January 31, 2012

AIR MATA YANG TIDAK D TUNTUT

ASSALAMUALAIKUM
Air mata taubat Nabi Adam a.s.......

Beliau menangis selama 300
tahun tanpa mendongak ke
... langit tersangat takut dan
hibanya terhadap dosa yang
telah ia lakukan.

Dia bersujud di atas gunung
dan air matanya mengalir di
jurang Serandip.

Dari air matanya itulah Allah
telah menumbuhkan pohon
kayu manis dan pohon bunga
cengkih.

Beberapa ekor burung telah
meminum akan air mata
Adam lalu berkata,

“Manis sungguh air ini.”

Nabi Adam a.s. terdengar lalu
menyangka burung itu
mempersendakannya lalu ia
memperhebatkan
tangisannya.

Lalu Allah mendengar dan
menerima taubat Adam a.s.
dan mewahyukan,

“Hai Adam sesungguhnya
belum Aku pernah
menciptakan air lebih lazat
daripada air mata taubat
mu!.”

Air mata yang tiada di tuntut : 

· Janganlah menangis kalau tidak tercapai cita-cita. Bukankah Tuhan yang telah menentukannya.
· Janganlah menangis kerana cinta tidak berbalas, mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.
· Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan.
· Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan 

*** pppssstttt ....cik AngguR tengah pikir bila last time cik Anggur nanges time solat erk? Adehhhh...kerasnya haty ku ~

No comments:

Post a Comment

KATA-KATA HIKMAH

ILUSI TAK BERTEPI - HIJAU