Sunday, May 29, 2011

CHEK NAK PAKAI TUDUNG PON SALAH KA BAPAK ?

Aku mengeliat sepuas puasnya. Nasib baik takder siapa nampak cara aku mengeliat. Mahu jatuh saham aku huhu.

Tiba tiba aku teringat kisah semalam. Airmata terus berlinang. Terasa amat sayu dan sedih. Salah ke kalau aku nak pakai tudung? Naper abah tak benarkan? Buat pengetahuan korang, bapak aku ni jenis orang yang sibuk giler. Businessman yang sentiasa sibuk. Mak aku dah takder. Meninggal dunia lama dah. Sedih sangat sangat.

Dari jendela, kelihatan cahaya matahari mula menjeluskan diri ke celah celah langsir tingkap. Jam dah 11:00 pagi. Perut lapar.

Aku bangun capai tuala, masuk bilek mandi.

Lepas mandi, aku belek belek tubuhku pada cermin. Alangkah lebih cantik kalau aku bertudung. Aku nekad! Aku akan protes habis habisan kalau bapa aku tak nak juga bagi pakai tudung. Aku sanggup lari dari rumah. Demi kebaikan yang aku pilih. Lantak la dengan ahli keluarga aku yang lain lain. Semuanya tak nak pakai tudung! Tapi aku nak!!!!

Aku turun ke bawah. Baru jea nak buka tudung saji atas meja, terdengar bunyi kereta masuk garaj. Aku jenguk melalui tingkap dan nampak bapa aku balik. Aikkkk, apahal bapa balik awal ni???

Dalam masa yang sama, aku rasa inilah masa yang terbaik untuk desak bapa aku benarkan aku pakai tudung. Now or never!

Bila bapa aku buka jea pintu, aku bersalam dengannya dan tanpa lengahkan masa, aku kata, ""Daddy, cheq nak pakai tudung. Cheq nak!"

Bapak aku terus jegil sebesar besarnya. Macam ada api keluar! Pangggggggggggggggg ggg. Bapa aku hayun penampar ke muka aku! Tersepok aku di celah set sofa.

"Aduhhhhhhhhhhhhhhh hhhh....sampai hati daddy! Cheq tau la daddy rasa malu kalau cheq pakai tudung. Salah ke kalau cheq nak tutup aurat cheq? Kalau adik dan abg tak nak...."

Pangggggggggggggggg gggg....! Abah labuh pelempang ke muka aku sekali lagi sebelum aku abis bercakap.

"Hang jangan nak bagi aku malu naaaa! Hang jangan nak buat pasai! Hang nak pakai tudung buat apa??? Dah 100 kali aku habaq, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG!!! Tu la, bila time kelas agama, hang ponteng! Nama hang aku boh "Razali", tup tup lekat jadi ZAZA sahaja! Memang la dalam rumah ni semuanya tak bertudung sebab adik hang tu lelaki! Abang hang pun lelaki jugak!".

Aku yang tersepuk celah sofa, terus menangis terkedu kedu. Dah la sakit kena tampar, kena pelempang. Tudung pun tak dapat jugak.

SALAH KAH AKU? SALAH KAH AKUUUUUUUU! OOOOO tidakkkkkkkkkkkkk

CHANTEK SIUTTTTTTTTT !!!!

Allah dalam firmanNya yang amat jelas:
"…Dan hendaklah mereka (wanita beriman) menutup kain tudung mereka ke paras dada…" [TMQ an-Nur:31]

hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Ibn Jarir daripada 'Aishah radhiAllahu 'anha:

"Allah merahmati wanita-wanita Muhajirin yang pertama, apabila turunnya ayat (yang bermaksud) "…dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju merekam dengan tudung kepala mereka…", serta-merta mereka mengoyakkan apa sahaja kain (yang ada di sekeliling mereka) lalu bertudung dengannya."


"Ketika kami bersama 'Aisha r.a.,.. kami menyebut-nyebut tentang kelebihan-kelebihan wanita Quraisy, lalu 'Aisha menyampuk: "Memang benar wanita Quraisy ada kelebihan, tetapi demi Allah sesungguhnya aku tidak pernah melihat wanita yang lebih baik daripada wanita Ansar dari segi kuatnya iman dan pegangan mereka terhadap kitab Allah. Apabila Allah turunkan ayat (yang bermaksud) "…dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka…", serta-merta suami-suami mereka balik dan membacakan kepada mereka apa yang Allah turunkan kepada mereka, anak perempuan mereka, saudara perempuan mereka dan semua kaum kerabat mereka, sehingga tiada seorang perempuan pun daripada mereka melainkan bergegas mencari apa saja kain yang ada di sekeliling mereka lalu bertudung dengannya sebagai membenarkan dan membuktikan iman kepada apa yang Allah turunkan, maka jadilah mereka wanita-wanita yang bertudung bersama Rasulullah saw., seperti sekumpulan gagak hitam berada atas kepala mereka."

*** ppppssstttt...sebut pasai tudung nie la nie mcm2 jenis tudung dok ada kn d pasaran tudung rosiah chik lah tudung datuk cT la datok K la datok Q la..ermm tak kisah la janji yg penting niat pakai tudung mau betoi...jgn hanya pakai sekadar amik lepas ja...tudung pakai tp singkat dok dedah sana sini kalo kechek tak pa gak nie adehhhh...malas mau komen lebey2....cik AngguR arap cik AngguR tak la trgolong dlm golongna yg mcm tu...aiyak nk mampuih singkat sikit ja dh kena marah ngan bos besaQ nie kn pulak nk pakai pelik2 hahaha..... 

MOOD : TGH BELAJAQ PAKAI SELENDANG..ALHAMDULILLAH LEBEY LABUH DR BIASA ~ TERBAEK..........

8 comments:

  1. adehh , mcm neh pn ada !! haishh ~

    ReplyDelete
  2. dik nadz : aiyak......ada la yunk belambak aih...dik nadz tak tau ka?

    ReplyDelete
  3. hoh jante pon nok pakai tudung..yg pompuan pulak galok nak buko tudung...

    ReplyDelete
  4. ERIN : tau tak pa...hahah zaman la nie si lelaki dok sibuk pakai paju tutup sana sini kepala yg tak yah pakai tudung pon d boh nya skaf...yg si ppuan lak bukak sana bukak sini .....badan lawa konon nya... ~

    ReplyDelete
  5. syafeeqa : igt ppuan erk mula2 td?

    ReplyDelete
  6. haha.kelakar.baru nak sound bapak dia.hihi.:D

    ReplyDelete
  7. fatin : hahaha tau tak pa ~ ilek2

    ReplyDelete

KATA-KATA HIKMAH

ILUSI TAK BERTEPI - HIJAU