Thursday, October 13, 2016
Makan oh Makan....
Sunday, October 09, 2016
Lompat Bintang Kembali....
assalamualaikum...
rindunya nak macam dedulu.
lompat berejam jam. tak rasa penat pn.
tapi la nie....erkkkk mcm nk putuih nyawa rasa.
hahahaha.....tak pa cuba slow slow. lama lama boleh balik ke asalll balik.
dulu pn masa nk dpt fit tu bukan teruih jadi la la tu. amik masa jugak.
so skrg kita mula dari 0 balik.
janji dengan diri seniri cukup 2 tahun...agk agk bekas czer dah elok sempurna baru nk aktif balik mcm dulu. repair mana yg rosak. reshape balik kat mana yg huduh huduh tu....
chaiyokkk chaiyokkk....moga berjaya hendaknya.
notakaki : tak dpt berat masa sebelum kawen xpa jnji dpt berat masa zaman skolah.ok bye.....hahaha tamak gila!!!
Thursday, October 06, 2016
Awal Muharam
Selamat TAhun BAru ISlam utk diri seniri.
moga tahun baru nie aku mampu berubah jadi lebih baik dari tahun yg sebelumnya.
moga d prmudahkn segala urusan dunia & akhirat
moga kesihatan baik baik senantiasa.
dan sebenarnya tahun baru nie, aku ada beberapa azam. tengah aku betulkan satu persatu. tambahbaik satu persatu. insyaAllah kalo brjaya skill tu akn d kongsi dgn kawan kawan lain yg sudi baca ( ehh ada ka yg sudi baca?? perasa mcm blog kau tu femes nauuu)
insyaAllah insyaAllah.....moga Allah bantu.
Friday, September 23, 2016
Ayu Ting Ting
Assalamualaikum
suka lagu nie pasai penyanyi dia comey sepasai.
tp sebenarny aku suka bunyi seruling ka apa tah dlm lagu nie.
layannnnnn
Friday, September 09, 2016
Copy Paste Ja....
Tuesday, September 06, 2016
Copy Paste Ja....
Guru saya pernah berkata, Allah akan hancurkan hati orang yang Dia sayang berkali-kali hingga 'tiada harapan' untuk dunia lagi. Yang ada hanyalah harapan untuk Dia. Yang ada hanyalah matlamat untuk Dia.
Kami mungkin tidak menyaksikan penderitaan tuan, tapi Tuhan Maha menyaksikan segalanya secara terperinci sama ada secara terangan atau sembunyi, sama ada yang terlafaz atau terbuku di hati tuan. Tuhan Maha Menyaksikan. Yakin yang itu !
Berkata Saidina Ali,
"Tiadalah Musibah itu turun kecuali akibat dosa dan tidaklah ia bisa diangkat kecuali dengan taubat."
Hanya Dia yang setia saat semua manusia berpaling. Hanya Dia yang menguatkan saat manusia melemahkan. Hanya Dia yang berkali memberi pengampunan saat manusia menutupi pintu kemaafan serapat-rapatnya. Hanya Dia yang sanggup memberikan peluang saat manusia tidak sudi mendengar sebarang penjelasan. Hanya Dia yang sudi menerima 99 dosa, hatta 1 kebaikan yang kau lakukan, sedangkan manusia itu 99 kebaikan belum tentu akan menjadi kepuasan mereka, kerana bagi mereka 1 dosa adalah cara yang terbaik untuk terus menjatuhkan tanpa memberi ruang.
Kumpullah seluruh kerajaan di dunia ini, di bumi ini untuk mengatakan kau tetap masuk ke neraka.
Tapi percayalah tuan,
Saya yakin sebenar-benar yakin.
Tuan masih 'layak' ke Syurga Dia.
Berbuih mana pun mulut tuan menjelasakan kepada seluruh alam ini, sehingga disaksikan oleh puluhan juta ribu sekalipun nyawa-nyawa manusia, mereka hanya seperti anai-anai yang tak endah dan tetap 'memakan' kayu-kayu sebagai santapan. Maka jadilah seperti rumput di tepi-tepi kayu. Anai-anai takkan memakan rumput itu.
Rumput walaupun dipotong, dicabut, ditarik berkali-kali. Rumput tetap tak mengalah dan tak berputus asa, dia masih sudi untuk 'tumbuh' kembali.
Rumput walaupun dipijak-henyak, tapi masih setia untuk menjadi ciptaan Tuhan yang menyegarkan dan menyejukkan mata memandang.
Rumput walaupun tidak secantik bunga di taman tapi rumput bersyukur dengan apa yang ditakdirkan kepadanya.
Rumput walaupun tiada siapa yang memandangnya, dia masih bertasbih tanpa henti memuji penciptanya. Kalaulah Tuhan membuka hijab kepada manusia untuk mendengarkan zikir-zikir seluruh alam ini, nescaya bergema seluruhnya, kita akan malu, we will cry a lot, menangis kerana mereka tidak punya akal, tapi masih 'boleh' mengigati Rabb. Kita ?
Tuan,
Tiada siapa yang mampu menghinakan tuan di akhirat jika Tuhan memuliakan kehidupan tuan.
Bahkan tiada siapa yang mampu memuliakan tuan di akhirat jika Tuhan menghinakan kehidupan tuan.
Untuk pengetahuan tuan, dunia ini diciptakan untuk manusia. Tapi 'manusia' diciptakan untuk 'akhirat'. Keep this quote!
Believe me.
You can do it !
Trust Him. Be yourself. Be nice to Allah.
If you want to cry, just cry.
Cry for the sake of Allah.
Tuan,
Teruskan mendekati orang soleh walaupun tuan kata masih jahat. Masih jahil. Dekatilah mereka sehingga tuan 'malu' untuk berbuat jahat dan sehingga tuan tidak lagi 'mahu' menjadi jahat atau jahil.
Do you know why bad things always happen here and there ? Although it is not necessarily as a result of our doing, it could be because we do not want to change. Allah can change you but first, you have to change yourself. You can do it ! Remember, Life is too short to hate others, let's learn to love and to be loved.
Tuan,
Berjalanlah seperti jarum.
Walaupun menyakitkan tetapi mencantumkan apa yang terpisah.
Jangan berjalan seperti gunting, lurus kononnya tetapi memisahkan apa yang bercantum.
Saya yakin jika saya mencoret benda alah panjang ini ke inbox tuan, tuan takkan baca sebab tuan seorang yang sangat sibuk dan izinkan saya serta seluruh umat muslim yang lain untuk sama-sama menyebarkan 'vibes positive' kepada tuan.
Semoga sampai !
Believe me, saya pernah dipinggirkan satu malaysia bahkan satu dunia, but i'm move on.
When everybody say i am strong, seriously i didn't. Not me who is strong but Allah made me strong. Allah made me strong!
Yes, Allah knows you're tired, Allah knows it is difficult for you. But you must also know that Allah would never place you in a situation that you can't handle.
La yukallifallahu nafsan illa wus'aha.
Allah tidak membebankan jika hamba-Nya tak mampu, dan kerana tuan mampu, maka silakan mengutip nikmat-nikmat cinta dan kasih Dia. Kerana tidak semua berpeluang merasai nikmatnya kebergantungan, keyakinan, kesabaran, keikhlasaan saat diuji.
You can do it !
Semoga maju jaya tuan ! Kami iringkan doa.
😊
Ikhlas,
NH.
6/9/16
Assalamualaikum !!!
Monday, September 05, 2016
Semakin Rasa Salah & Bermasalah....
perangai aku yg kadang aku tak paham
SEMAKIN AKU RASA AKU BUAT SALAH
SEMAKIN AKU RASA AKU BERMASALAH
SEMAKIN AKU RASA MELUAT PADA ORANG
SEMAKIN AKU RASA AKU MENYAMPAH DGN PERANGAI YG TAK KETAHUAN HALA
semakin aku lelaju nk khatam....
tabiat buruk sangat aku rasa pasai dlm hati tu busuk busuk belaka.
bila nk berubah ntah !!!
Thursday, September 01, 2016
Rindu Blog Seniri......
rindunya kat blog seniri...boleh ka mcm tu
hahahaha.........
skrg tgh bz dgn reja reja yg bukan brkaitan..nk kena siapkan cepat.
gagah gak nk taip walaupn ciput kat blog.
nnt ada cerita yg nk d update.
sayonaraaaaaaaaaaa
Thursday, August 25, 2016
Copy Paste Saja #1
1 hal yg membuat kita DEWASA adalah MASALAH
1 hal yg membuat kita HANCUR adalah PUTUS ASA
1 hal yg membuat kita MAJU adalah USAHA
1 hal yg membuat kita KUAT adalah DO'A Jadi agar hari ini lebih INDAH...
Tidak PUTUS ASA, terus berUSAHA... dan selalu berDO'A.........
Tuesday, August 16, 2016
Padan Muka ....
Sejarah lama berulang balik....
Maneh mulut bertanya khabar rupanya di bolak balikkan cerita bagi orang lain bersengketa....
BERHATI-HATILAH aku lepas nie.....
INDAH KHABAR DARI RUPA
INDAH BAHASA TAPI PERANGAINYA MACAM CELAKA
notakaki : dalam tak sedar cara tu iabarat dok hasut suruh org brgaduh brtekak caci maki dendam bagai.....kesian kt diri aku sbb trjebak sama dalam drama nie.... PADAN MUKA !!
Bila Mau Habes Daaa......
KATA-KATA HIKMAH
SELAMAT KEMBALI
Assalamualaikum tepuk bahu utk diri sendiri. last masuk jenguk sini 2018 skrg dah 2024. aduhhh....dah hampir 6 tahun. Subhanallah//moga ...
-
Assalamualaikum tepuk bahu utk diri sendiri. last masuk jenguk sini 2018 skrg dah 2024. aduhhh....dah hampir 6 tahun. Subhanallah//moga ...



