Tuesday, December 30, 2014

DAH SAMPAI MASA....

ASSALAMUALAIKUM 

baru smpi tempat duduk di pejabat. lambat ari nie. sbb? melawat jenazah suami rakan sekerja.

Allah pagi tadi masa suami bgtau kata suami kawan tu meninggal sebak rasa dlm hati. masa tu tgh dukung ank. mmg teringt abes kt ank kawan tu. kecik lg rasanya tak smpi 3 tahun. teringt masa arwah ayh menggal dulu. ya....saya bru 3 tahun setengah. dan smpi ari ni masih igt mcm mana ayh meninggal sbb ayh duduk ats riba mak dan saya d tepi.

ayah....rindunya kt ayah :(

Allah Maha Besar.

kematian hari nie banyak meruntun hati sebenarnya. dlm perjalanan nk p hospital pg tadi walau pn sibuk baca novel tp dlm kepala ligat pikir.

kematian tak kenal usia. muda tua sihat sakit kaya miskin semua akn rasa. yg beza cuma cepat dengan lambat.

bayangkan ari nie saat nie
waktu ni merupakan waktu yg terakhir kita mengadap Allah.
waktu yg terakhir kita bersama ibu bapa.
waktu yg terakhir kita mendukung ank kesayangan kita.

Allah Maha Besar.

bersediakah saya nk meghadap semua ujian tu bila tiba masanya nnti?
yang paling penting
bersediakah saya utk menghadapi maut?

amal tak seberapa
timbangan entah berat sebelah mana

Allah Maha Besar.

semoga Allah terus terus membagi hidayah pd aku utk jadi yg lebih baik dr semalam.
banyak yg lompong dr g sempurna.

istighfar !!!!

kejadian hari nie buat saya berfikir.

ALLAH SEDANG MEMBERITAHU SESUATU PADA SAYA !!! 
BERUBAH LAH JADI YG LEBIH SEMPURNA. 
MALAIKAT MAUT TAK KAN BERTANGGUH WALAU SEKETIKA

*** takziah buat kawan sekerja tu. muda lagi. rasanya sebaya saya. baru sgt brkahwin. ank pn kecik lagi. mentah nk paham perasaan hilang ayh tp percayalah semcm saya walaupn kecik kehilangan tu akn d ingti & dirasai smpi ke tua. moga Allah tempatkn d kalangan org beriman. 

Wednesday, December 24, 2014

PERTARUNGAN



assalamualaikum 


suka dengar Ustaz Kazim nynyi lagu nie... jom layan !!! 


Bila Timbul Cinta  
Pertarungan Tidak Berguna  
Selalu DiJiwa Menjelma  
Rasa Kasih Belaka

Kasih Juga Cinta
Membawakan Damai DiJiwa  
Sengketa Serasa Tiada  
Sebab Cinta Bahagia

Sayang-Sayang Adik Alah Sayang
Penghibur Masa Bimbang  
Sayang-Sayang Adik Alah Sayang  
Pujaan Hati Abang

Jika Suka Sama Merasakan Cinta Bahagia
Lekaslah Binakan Istana Untuk Kita Berdua
Hati Tambah Riang Mengenangkan Masa Bahagia  
Sekata Sehati Sejiwa Janji Kita Bersama

Sayang-Sayang Abang Alah Sayang  
Penghibur Hati Bimbang  
Sayang-Sayang Abang Mari Kita Dirikan Rumah Tangga

Thursday, December 18, 2014

AZAM

ASSALAMUALAIKUM

sedar tak sedar dh hampir setengah bulan lagi nk masuk tahun baru. ikut kiraan lebih kurang beberapa belas harilagi . iskk sekejap je rasa dh setahun brjalan.

sesejak ada anak nie trpikir dlm kepala nk buat bisness seniri. sebab apa?sbb nk jaga ank 24 jam kat umah. nk tgk ank membesar seniri. niat dh ada. cumanya skrg yg tak jumpa bnda yg nk d jual tu lagi.

tgh mencariidea apa yg nk d jual. mudah nk dkomer sial kan. yg pastinya bukan homemade sbb dgn keadaan skrg tak mmpu kalo nk buat bisness home made.

sesapa yg rajin baca blog nie peliss bagi idea ckit apa yg sesuai.

yg dok nmpk skrg nk jual susu kambing yg saya seniri dok minum. serius sedappppppppp. tak bau hamis. plus ada mcm mcm plak dlm susu tu.

kawan kawan yg nk order boleh msg saya bgtau. insyaAllah boleh order sekaligus. boleh bygkan betapa sedapnya susu kambing tu kalo sebulan saya boleh minum hampir 3 ke 4 kotak. saya sorang ok.





KOPI NI SAYA RASA TIME ORG JUAL TU BG SAMPLE. SATU BUNGKUS JE. PERGHHHH TERUS ORDER 2 KOTAK BULAN NIE.
SUSU KAMBING YG SAYA SELALU MINUMS KRG NIE YG KOTAK PALING ATS. MINUMAN SUNNAH YG SUPERBBBB !!! NIE FIRSTTIME MINUM SUSU KAMBING YG TAK DAK RASA YG MEMUALKN. BAU PN WANGI TK DAK NYA HAMIS2 BAU KAMBING.

kawan-kawan yg nk tumpang order  sekaki dengan saya sila inform ek !!! tak rugi mencobanya...minum sekali pasti nak lagi. MODALLLL cepat la meriah nk try meniaga nie.  

BABY HERBAL CREAM

 
Assalamualaikum 

sebelum panjang lebar type nk mention siap siap tak dk dapat bayaran or duit lebih pn promosi benda alah nie. sekadar berkongsi kebaikan bila guna satu satu produk ja. 

ok. 

awai awai duku anak jangkit sesema dgn tok menakan. punyalah payah nak baik. serius bila ank kecik sesema dgn idung berair hoii susah hati ok. diatak lena tido kita lg tak lena. man nk lena nya dia tak leh nafas kot time tido idung trsumbat. 

masa tu dlm pantang lg kan. tak leh nk keluar cari barangplus.  nk shopping online pn masa agk trhad. ank bila tak sihat mmg merap. nk online huh jgn harap la leh shopping segala bagai. 

mula mula try guna Vicks baby. okey ckit la. tp still beringus lagi. bila dh habis pantang ja mula start reja nah survey terus kat mana boleh beli krim herbal nie. sebelum ni dok tgk testimoni org ja. plus ada kawan group whatsapp guna ke ank dia. mujarab katanya. 

makanya cari kt kedau Lunatots area Laguna Merbok. Alhamdulillah ada. 

sedikit info utk d kongsi bersama. 

BABY HERBAL CREAM RM 39.90 
(serius berbaloi. beli satu boleh pakai smpi 2 bulan setengah tu pn tgk pd penggunaan la kalo dok celet takma mau mmg cepat habis) 

Isi Kandungan:
  • 1. minyak kelapa dara
  • 2. ekstrak halia
  • 3. minyak kayu putih

BABY HERBAL CREAM TROPIKA – krim telon herba atau viks herba krim ini dirumus sebagai rawatan 2 dalam 1

1. Sebagai krim telon untuk mencegah dan merawat perut kembung, perut berangin, colics dan permasalahan lain yang biasa dihadapi oleh bayi.

2. Sebagai viks untuk merawat batuk, selsema dan wheezing – nafas berbunyi.

Krim ini dirumus menggunakan minyak kelapa dara, halia, minyak kayu putih serta beberapa lagi herba tropika. Ia tidak mengandungi sebarang bahan sintetik atau steroid atau parabens yang boleh menyebabkan masalah sampingan samada jangka pendek atau panjang. Krim telon herba / viks herba TROPIKA dijamin HALAL kerana ia dikilangkan sendiri oleh pengilang bumiputra Muslim tanpa melibatkan sebarang unsur atau bahan yang haram.

Kita pernah dikejutkan dengan berita minyak telon yang banyak digunakan oleh orang Islam di negara kita yang mengandungi bahan yang haram. Oleh itu beralihlah daripada mengguna produk-produk yang kita was-was kepada produk keluaran orang Islam yang pastinya selamat dan HALAL.

CARA PENGGUNAAN

Cara penggunaan krim telon herba / viks herba TROPIKA, rawatan 2 dalam 1
1. Sebagai krim telon - setiap kali selepas mandi sapukan krim pada telapak kaki bayi, perut dan sendi-sendi. Sapu dan gosok perlahan-lahan sehingga krim meresap ke dalam kulit. Krim ini apabila dipakai pada bayi ia tidak panas dan tidak mendatangkan radang kepada kulit bayi.
Amalkan penggunaan krim telon herba ini samada sebagai mencegah atau merawat perut kembung, peru tberangin dan colics. Bagi bayi yang belum gugur pusat, ketika menyapu krim pada perut elakkan menyapu krim di pusat tersebut. Bukanlah bahaya, cuma tidak mahu menyentuh bahagian yang masih sensitif.

2. Sebagai krim viks – apabila ada tanda-tanda selsema atau berhingus atau kahak yang boleh menyebabkan pernafasan berbunyi dan terganggu, sapu krim pada dada dan belakang bayi, buat seperti viks. Gosok-gosokkan krim pada dada bayi dan bahagian atas belakang, terutama ketika tidur malam, supaya wap krim disedut / hidu oleh bayi. InsyaAllah, selsema dan hingus akan berkurangan dan kahak akan keluar dan nafas berbunyi / wheezing akan berhenti. Ulangkan sapuan setiap 2 – 3 jam sekali sehingga masalah diatasi. Elakkan menyapu krim pada muka, pipi atau hidung. Bahagian-bahagian ini kulit lebih sensitif dan boleh berlaku radang kulit. Kami sarankan kepada ibu-ibu, kalau nak sapu di hidung, cubalah sedikit-sedikit dan perhatikan reaksi kulit bayi.
Kita juga tidak menggalakan menyapu krim pada muka, pipi atau hidung atau di tempat-tempat yang terdedah kepada sentuhan tangan bayi, kalau-kalau bayi menyentuh tempat-tempat tersebut kemudian dibawanya ke mata. Sebab itu kita sarankan disapu di dada dan di bahagian atas belakang dan dipakaikan baju untuk bayi tersebut.

Semua produk-produk TROPIKA boleh disimpan lama, tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk, cukup ditutup rapat dan disimpan di tempat yang udara boleh berputar, jauh dari sinaran matahari dan juga suhu yang tinggi.

yg paling bestnya bukan ja baby boleh guna. mama babypn boleh guna. termasuk la tok tok wan. guna jugak. aritu MIL sakit perut. dia amik sapu ckit kt perut. Alhamdulillah cepat hilang katanya. selesa ja perut lepas tu. ni beli satu utk dia guna sbb batuk. boleh lena malam dh. 

so saya rekeman pd sesiapa yg baby kerap selsema, batuk batuk boleh la try beli & cuba pakai. dengan izin Allah mana tau lekas baik. 

moga bermanfaat utk semua !!!


Thursday, December 11, 2014

KUAT MAKAN

ASSALAMUALAIKUM 

semenjak lepas bersalin nie makin menjadi jadi selera makan. tambah plak bila lepas pam susu. hoiii lapaqqqqq tahap dewa dewi bintang lapan.

pagi tadi bila timbang naik plak dh. aiyo mcm yoyo dh berat nie sat naik sat turun.

makanya sebelum dia terus naik dan naik dan naik tnpa belas kasihan jum kita diet !!!

*** entry tah pa pa. bosan hoi !! reja menimbun dh nie abeh audit 5S dh nk buat audit iso plak.gggrrrrrrr

Monday, December 08, 2014

ANGIN PASANG YANG TAK PERNAH SURUT

Assalamualaikum 

Subhanallah.
semakin meningkat umur semakin berat masalah yg kena hadap. kadang rasa mcm nak lari jauh sesangat sangat. jiwa otak dh trlampau letih nak hadap. dh brdaya nk menanggung.

Subhanallah.
semoga dengan kepahitan semalam akn ada sinaran bahagia ari ke depan.
semoga dengan kesusahan kelmarin akn ada kemanisan d hari muka.

angin pasang yg tak pernah ada waktu utk surut. semoga cepatlah berlalu.

teringin sangat sangat nk brcerita brkongsi dengan seseorang. org yang mampu mendengar 7 berhujah tanpa brpihak sebalah mana mana.

sungguh. saya tak mahu menang senantiasa walaupun hakikatnya sekarang rami yang ada d sebalik kesedihan saya nie. sbb saya tau yg melawan tu lebih sengsara. sbb saya sudah berada d tempat dia.

sungguh. kalau boleh pusing balik ke masa silam mcm mcm yg saya nk ubah. banyak benda yg nk saya aturkan semula.

Subhanallah. semoga Allah permudahkn semua urusan saya d dunia & akhirat.

kalaulah ada yg boleh tadah bahu sekarang. bagi ruang saya menagis sepuas hati sekejap pn jadilah. berat smpi tak tertanggung rasa bial teringat ayt tu semalam.

Allah !!!

Thursday, December 04, 2014

BREASTFEEDING STORY # KESAN STRESS

ASSALAMUALAIKUM 

lama tak post entry baru. banyak cerita yg nk d sumbat dlm ni sebenarnya cuma masa tak mengizinkan. alkisahnya dari minggu lepas migrain melanda tak berenti. sakit urat urat mata. plus sakit urat belakang kesan bius tu pn terasa. mmmmm...kesannya bila badan tak larat oatak serabut susu pn mula brkurang. Allah dh stress pikir susu kurang pulak. baru ja nk pulih balik aritu kurang dh jadi balik.

betul la mcm dok baca baca tu menyusu badan nie mmg kena mental kuat. serius kena kuta tahap gaban kuasa lapan belas. haaa nmpk tak merapau dh nie. makanya saya pn cuba la mcm mcm nk bagi susu meriah balik. mana tak kelam kelibut alo dh selalu pam dpt 20 oz tetiba jd 12-15 oz ja. wee merosot banyak ok !!!

yg paling tak bestnya bila mkn mcm mcm booster tu tak bg kesan lgsg malah makin kurang susu. sedih tgk bila pam  cuma 2 3 oz. Allah trbayang muka ank yg nk membesar. nanges sorang sorang. otomatik igt mak :(

makanya saya pn cuba brtenang balik. rupanya mmg stress nie bagi kesan teruk pada pengeluaran & pemprosesan susu. sedaya upaya saya adjust balik. tido bagi cukup. makan lebih ckit dr biasa. air pn minum lebih banyak dr yg selalu dok minum. susu usah kata kalo selalu minum 2 kali ja sehari skrg minum 3 ke 4 kali.

dan yg paling penting sekali semalam gigih cari KURMA AJWA (kurma Nabi). makan waktu malam sebelum tido sebiji dengan susu. niat dlm hati semoga Allah pulihkn balik pengeluaran susu badan saya. saya nk menyusu ank smpi dia 2 tahun seboleh bolehnya. zikir tak putus dlm hati.

Alhamdulillah pagi nie bila pam dh ok balik. walaupn tak pulih sepenuhnya lagi tp ok la dr yg keluar ciput je. ya ciput bagi saya yg dh biasa bila pam keluar banyak. banyak bg saya mungkin ciput bagi org.

sebagai pengajaran lepas nie kalau stress mcm mana saya kena handle dengan betul supaya tak kacau proses kilang susu. serik rasa bila susu drop teruk. teruk lagi kali nie dr yg aritu.

notakaki : semoga Allah murahkan rezeki menyusu anak smpi 2 tahun.


KATA-KATA HIKMAH

Winter Aid For Syria 2017

Assalamualaikum . . Mohon bantuan dipanjangkan post nie utk membantu umat Islam di Syria . . detail boleh tgk di FB  TELEKUNG PROJECT...