Thursday, July 24, 2014

TAZKIRAH AGAMA # 19 CAKAP BENAR

Assalamualaikum 

satu perkongsian menbghampiri penghujung Ramadhan. semoga bermanfaat .



Nabi M pesan kepada Abu Zar supaya bercakap benar walaupun pahit.

Witir d bulan Ramadhan hukumnya SUNAT dilakukan bersama IMAM 

pakai gincu d bulan Ramadhan. bila tengah hari gincu hilang. ke mana? kajian org putih menyatakan bahawa : 

30 % masuk ke perut orang lelaki 
24 % masuk ke perut orang perempuan 
16 % lekat pada cawan 

persiapan raya selesaikan sebelum masuk malam 21 Ramadhan. 

*** masih punya masa utk betulkan.

Tuesday, July 22, 2014

KISAH SI KECIK # GASTRIK

ASSALAMUALAIKUM 

masuk puasa yg ke 24 dh. sekejap je kan. sebut pasal puasa nie igt lagi tak saya pernah cerita pasal puasa. mmg awalnya tuhan saja yg tau betapa perut ni memberontak dgn rakusnya. hahaha

sayang nk tinggal puasa tapi kenang ke ank yg ada dlm perut brbuka jugak. makanya secara rasmi tahun nie tinggal la jugak puasa 3 hari. ank pulak bila dapat minum je mmg aktif ya rabbi. maybe dia yg tak tahan sebenarnya kot. sbb da biasa makan walaupn biskut kering.

bila dh tinggal puasa tu saya pn cuba la mcm2 petua nk atasi masalah gastrik nie. jujurnya saya mmg tak leh nk telan apa pn time sahur. walaupn kurma. tapi bila dh pregnant nie Alhamdulillah baby nak je terima. tak de nk meloya segala bagai.

meh saya kongsi tips mcm mana saya handle gastrik time puasa.
1. kurangkan or jangan makan makanan yg berempah.
2. banyakkn makan sayur & protein
3.banyakkn minum air - abg saya hari-hari blender tembikai buat jus. mmg sedap la perut
4. waktu sahur mesti minum susu at least 2 gelas besar.
5.waktu sahur makan kurma at least 3 biji. tak dapat nk telan banyak banyak sebiji pn dah cukup.
6.  makan suplement OSTEMTRIX. perut jd gastrik sbb banyak acid tambah plak bulan puasa tak de makanan dlm perut jd lg banyak acid la kn. salah satu cara nk neutralkn balik acid tu dengan susu/kalsium. time puasa nie saya amik OSTEMTRIX dr produk Shaklee lebih dr biasa. kalau selalu amik sebiji ja puasa saya makan dua biji. makan time sahur insyaAllah perut akn lebih sedap.
7. yg paling penting senantiasa fikir positif. pesan kat baby. mcm saya aritu saya pesan kt baby "esok kita kena puasa tau, sapa tak puasa nnti Allah tak sayang." Alhamdulillah mmg start drpd aritu smpi skrg dh tk de nk ponteng puasa. walaupn letih tp masih boleh brtahan. syukur ank dengar cakap.

Alhamdulillah skrg  perut pn sedap ckit nk puasa. cuma part paling tak leh tipu mmg betul betul dahaga sangat. ank kalo bukak puasa dpt air je mmg aktif dengan ligatnya. kalo siang tu gerak pn mcm malas. dh kul 5 ptg tu bru nk aktif sbb tau nti nk bukak puasa. kecik kecik dh pandai ek !!!

*** pagi tadi kul 4 terjaga sbb perut rasa tak sedap. gastrik tapi cecepat makan ubt gastrik. makan kurma. minum air masak banyak ckit. Alhamdulillah setakat skrg nie ok lagi. harapnya mampu bertahan la.mesti ada yg kata gastrik sbb tak mkn. bukan tak cuba makan tp bila makan tu siangnya lg teruk gastriknya. lgpn saya mmg sejak bujang tak makan sahur cuma wajib minum susu. bila prgnant nie susu kena minum double drpd biasa. Alhamdulillah !! moga Allah prmudahkn. HB pn dh mula naik balik td check up. lega dengar. :)


TIPS NAK JADI KAYA DALAM MASA 40 HARI

 Assalamualaikum

satu perkongsian bersama yg d amik dr FB


MENJADI KAYA DALAM MASA 40 HARI..
- oleh Ustaz Yusuf Mansur

"Sesiapa yang berjalan menuju ALLAH, ALLAH akan berlari menuju dia. Siapa yang berlari menuju ALLAH, maka ALLAH akan menuju kepadanya".
• Jaga Solat Tahajjud 8 Rakaat + Witir 3 Rakaat.
• Jaga Solat Subuh, Zuhur, Ashar, Maghrib, dan Isya. (Khusus soal solat, terkandung di dalamnya menjaga berjamaah di masjid, lengkap dgn qabliyah dan ba'diyahnya. Juga Sunnah Tahiyyatul Masjid, sbg tanda kita datang sebelum waktunya azan/pra-ontime).
• Jaga Waaqi'ah sesudah subuh atau sesudah asar (boleh pilih).
• Jaga Solat dhuha 6 Rakaat. Yang kuat, 12 rakaat.
• Baca zikir usai solat, plus yaa fattaah yaa rozzaaq 11x, plus ayat kursi, plus qulhu 3x. Ini setiap usai solat.
• Khusus usai solat subuh dan asar, ditambah 4 ayat terakhir surah al Hasyr.
• Jaga setiap hari membaca 300x laa hawla walaa quwwata illaa billaah. Boleh 100x. Dan boleh dibagi-bagi di 5 waktu solat.
• Jaga setiap hari baca Istighfar 100x.
• Jaga setiap hari baca subhaanallaahi wabihamdihi subhaanallaahil 'adzhiem 100x pagi dan 100x petang. (Boleh habis dhuha dan habis asar/menjelang maghrib).
• Jaga setiap hari baca Yaasiin (bebas waktunya bila2 saja, yg penting 1hari 1x).
• Tutup malam dgn solat sunnah 2 rakaat; baca Qulyaa di rakaat pertama, Qulhu di rakaat kedua. Setelahnya baca salah satu dari as Sajdah, Tabaarak atau ar Rahmaan.
Jaga ini selama 40 hari. Berjuang ya!!. Terutama solat tepat waktu, di masjid, plus qabliyah ba'diyahnya. Di iringi dengan Puasa Nabi Daud supaya mudah.
Semoga ALLAH menyegarkan badan kita semua, menyihatkan kita semua. Kepada ALLAH dan untuk ALLAH kita luruskan niat kita ya. Aamiin..

#COPYPASTE

Thursday, July 17, 2014

KISAH SI KECIK # KULIT SENSETIF KETIKA HAMIL

ASSALAMUALAIKUM 

nak menangis rasa bila tengok kulit yg merah lepas d garu sbb gatal melampau.

dari sebelum pregnant lagi mmg kulit saya agk sensetip. pantang kalau kurang minum air. tambah pulak sejak pregnant nie mmg mak pesan suh minum air masak lebih dr biasa. kalau sebelum ni saya minum 2 ~ 3 L sehari masa prgnt ni kena minum 4 L la critanya. toilet tu usahkatala kalo boleh ckp mesti dia ckp dia jemu dh nengok saya nie hahahha.

bila masuk 28 minggu aritu kulit makin menjadi jadi gatalnya. terutamanya kat kaki dengan tangan. kalo tgk mesti org ckp buruknya la kaki. mana tak nya dok mengfgrau je smpi calar calar. merah oiiiii. dan al kisahnya semalam mmg saya trlampau tak tahan sangat dah gatal tu. yea lah smpi kul 1 2 pagi tak leh tido sbb gatal. sedap menggaru. smpi last sekali bru teringt kiera peasan garu pakai towel kasar. haaa leasp tu bru leh terlelap. tak tau kul brp yg lelapnya.

ats sbb seronok menggaru semalam padahnya ari nie kulit merah melecet pedih. uwaaaaaaaaaaaa. makanya ari nie gigih cari infi pasai kulit kering nie.

ikut info yg saya baca dlm blog Dr Zubaidi  d terangkan kulit gatal ni boleh brlaku sbb perubahan hormon waktu prgnant.

salah satu cara nk atasi masalah kegatalan nie dgn mndi air suam, guna sabun pH 7, bilas & keringkan guna tuala lembut. then sapu losyen tanpa pewangi nak bagi kulit lembab.

insyaAllah nak kena try praktikkn cara nie selain drpd petua yg ummi uwais bagi bila gatal garu pakai towel kasar bukan pakai kuku.

*** kalo ikut dlm blog Dr Zubaidi tu masalah kegatalan nie salah satu punca lainnya smpi baby boleh meninggal dlm kandungan. Allah..... tak mo taip dlm entry nie bnda yg takut takut nie. sapa yg nak tau lebih lanjut baca kt blog tu ek. :( semoga Allah jaga !

FIKIRLAH SECARA POSITIF

ASSALAMUALAIKUM 

semalam kecoh dekat dalam FB la blog la segala bagai kes yg kiki mengamuk gara-gara kereta dia kena langgar. saya kalo isu mcm nie tak nak baca langsung. bukan tak nak amik tau cuma nk elakkan iri drpd tumpang sekaki masuk kumpulan yg dok marah marah si pelaku.

macam pernah saya cakap dulu  dlm FB saya,

" Org mudah menuduh dgn tgk ja. Ingatlah tak semua yg kita tgk tu betoi. Kita tak tau apa masalah sebenar org tu jd tak payah la jd tukang tilik nk buat andaian & tuduhan yg macam-macam. Jangan smpi apa yg kita kata dekat org tu brbalik pd diri kita.

Ibarat pepatah "duduk d tempat org tu baru kita tahu rasanya mcm mana".

Tapi lagi tepat "DAH KENA BATANG HIDUNG SENDIRI BARU TAU LANGIT TINGGI RENDAH MANA".

*Bila aku tak usik hidup orang bermakna aku tak suka org usik hidup aku. Nak atur cantik-cantik atur ja hidup seniri jangan memandai-mandai buat corak dlm kehidupan org lain. Sbb tu kalau tak tau cerita lebih baik DIAM !!! " 

bukan nak membenarkan tindakan si pelaku cumanya tak payah la kita jadi terlampau rajin sangat p cari info segala maklumat yg berkaitan dengan dia. nk tegur tegru cara elok tak perlu maki hamun. 

lagi terkedu bila pagi tadi dengar dlm berita yg menyatakan uncle tu tak nk amik tindakan sebab nk balas dendam sbb ajaran agama dia tak bagi buat mcm tu. kalau uncle yg non muslim tu kata agama dia ajr mcm tu kita yg beragama islam nie mcm mana pulak?rasanya lebih lebih lagi d ajar utk brsopan santun dlm segala hal & keadaan. 

kejadian yg berlaku nie kebetulan sejak dua tiga minggu yg lepas saya baru ja hadapi. mudah betul org berkenaan post meluahkn kemarahan dia sedangkan pada saya dia tak tau langsung keadaan sebenar tentang diri saya. 

betul pada mula kalo ikut hati yg sakit nak menjawab ja. tapi bila d fikirkn balik kenapa saya nk membodohkan diri pd sesuatu yg dh sedia bodoh. kan nampak saya dua kali lebih bodoh dr org tu. lebih baik diam. 

sampai masa Allah akn tunjuk sapa yg betul sapa yg salah. 

insyaAllah Allah ada. jangan risau. 

*** orang yg suka marah marah nie dia ibarat mcm cerita dulu yg si ayah ajr ank kawal marah dengan tiap kali marah suh paku paku sepohon pokok. sampai masa satu hari bila dia dh boleh kawal marah dia ayah dia suh cabut satu persatu paku yg dh dia ketuk pd pokok tu. bila d cabut paku dia nmpk bekas paku pada pokok. ringkas tp mudah ayt ayh dia cakap mudah kita melemparkan kemarahan kemudian minta maaf tpi kesan yg trtinggal akibat kemarahn & tindakan kita tu tetap berbekas d situ & tak kn hilang mcm mana kita nk betul kn. sekali pn d tampal masih tetap ada bekasnya. kesimpulannya dlm apa jua keadaan, sejahat mana pn seteruk mana FIKIRLAH SECARA POSITIF !!! salam ramadhan 



dia aku anggap belum cukup matang dalam menilai betapa berharganya semua yg d milki dlm kehidupan saat ini. andai kata satu masa dia kena sama mcm aku kena ....haishhhh !!! moga Allah jaga jangan smpi org lain kena mcm aku kena. doa yg baik baik sudah. lebih baik aku diam drpd aku cakap sbb aku tau bila aku cakap mmg pedih smpi tulang itam

Tuesday, July 15, 2014

KISAH SI KECIK # MIMPI

ASSALAMUALAIKUM 

arghhhhh........ 9 minggu lagi sayang !!!! seronok dlm takut & risau

sesungguhnya saya adalah org yg paling payah nk mimpi kalau tido. serius susah. dlm sebulan nk dpt tido yg d teman mimpi mmg payah.

tapi sejak pregnant dr awal smpi la skrg, apa yg saya perasan tak pernah sekali pn malam malam saya tido tak mimpi. kadang smpi dh terjaga bangun g toilet then sambung tido balik pn boleh sambung mimpi tadi tu. dasyat tak? hahahahaha

sebab terlampau kerap sangat mimpi so saya pn cari la info yg berkaitan. boleh rujuk dekat BABY CENTER

" Mimpi-mimpi yang sangat jelas ini mencerminkan fikiran dan perasaan anda mengenai kehamilan, yang mungkin berubah dari sehari ke sehari. Emosi anda berbeza, daripada gusar kepada teruja mengenai perubahan dalam badan dan hidup anda. Mimpi mungkin satu cara mengumpulkan kesemua pengalaman dan fikiran anda sepanjang hari. "

secara jujurnya mmg betul. apa yg saya mimpi tu semua berkaitan dengan emosi saya siang hari. kalo siang nya tu saya sedih dengan satu-satu kejadian yg jadi mmg malamnya tu saya akan mimpi. mimpi yg seolah olah sambung apa tindakan or kesan drpd kejadian siang tadi. 

macam malam tadi saya terjaga pukul 1 pagi. berjaga sampai ke pukul 3 pagi tak boleh nk lelap. bila dh boleh terlelap tu mimpi pn start la. sepanjang prengnant semua mimpi tu semuanya sedih sedih. maybe sebab terlampau d kelilingi suasana yg sedih kot. jarang nk dapat mimpi yg bangun bangun leh senyum. 

apapun mmg enjoy boleh mimpi selalu. maklumlah dh payah sangat nk mimpi. :) malam ni nk mimpi apa pulak ntah la. 

*** semoga Allah permudahkan segala urusan. semoga d bukakn pintu hati utk terima & redha dengan setiap yg dh berlaku. mmmmm .... sangat sangat susah hati bila pikir raya nie mcm mana la kan. rasa trsepit dh nie.

PULANGKAN BALIK.....



assalamualaikum 

semoga Allah bagi petunjuk pd dia. mungkin belum cukup akal lagi agaknya. satu hari bila dia dok d tempat kita dia tetap akn merasa. :)

KISAH SI KECIK # KIRA GERAK BABY

ASSALAMUALAIKUM 

masa buat check up minggu ke 28 aritu nurse dah suruh catat gerakan baby sehari pastu tanda dlm buku pink. start dr pukul 9 pagi smpi pukul 9 malam.

nurse pesan kalau tanda tu agk dlm 2 jam dia tak gerak dh cepat cepat g hospital sbb nya takut baby terbelit tali pusat ke lemas ke dalam perut. minggu ke 28 kepala baby dh ke bawah. tapi antara minggu ke 28 smpi 32 katanya baby boleh pusing pusing lagi sebab ada ruang. so kalo rasa kadang2 kepala dia kat ats tu normal utk waktu sekarang.

kenapa perlu tanda gerakan baby nie? sebab pertama nk tau baby kita aktif or tak. setiap kita mesti tau bila waktu yg baby kita aktif gerak bila dia tido. lain org lain rasanya. mcm saya selalunya baby akn aktif pukul 6 pagi bila org nk azan subuh tu smpi la ke pukul 8 lebih lepas tu dah senyap tido smpi ke tgh hari. pastu aktif balik. time org nk semayang time tu la nk tendang tendang tumbuk tumbuk golek golek. smpi la ke petang. pastu dia akn rehat jap. smbung plak mghrib smpi la ke pukul 12 malam. awal awal lagi saya dh pesan kt baby suh tido awal sbb esok saya nk keje. penat sgt jd kena tido awal. Alhamdulillah baby dengar cakap.

sebab keduanya dr carta pergerakan tu kita tau baby kita sihat ke tak. pernah saya dengar cerita ada sorang tu dia amik remeh je hal kira gerakan nie. bila nurse tanya jawab ada gerak sekali bila scan rupanya baby tu dh arwah dh. yg dia dok rasa selama ni sekadar lantunan baby dlm rahim. nauzubillah mintak d jauhkn la bnda yg mcm nie. moga Allah jaga.

so bagi ibu ibu kt luar sana jangan amik remeh hal kira kira nie. mmg la kita rasa keceh tp kesihatan baby kt dlm tu lg penting biarlah kita susah skrg asalkn baby sihat kat dalam.

macam mana nak kira 1 pergerakan? setiap kali baby bergerak,  kita rasa byk pergerakan dalam satu masa. kalau pergerakan itu hanya selang bawah dari 10 minit, kita kira sebagai satu (1) pergerakan.lepas 10 minit tu kalau rasa dia gerk lagi tanda lagi. pastikn gerakan tu kita rasa dengan tendangan baby. kalu sekadar dia pusing tu tak d kira gerakan.  

gerakan d tanda mula dr pukul 9 pagi. kalau dh cukup 10 kali gerakan sebelum pukul 9 mlm pn boleh. catit masa gerakan ke sepuluh tu pada buku pink. 

masuk 31 minggu nie makin kurang rasa mcm dulu. kalo dulu dia gerak kiri kanan tak berenti. skrg nie kalo gerak belah kanan tu kanan je. kalo kiri kiri je. bila baca balik rupanya sbb dia dh tak banyak ruang d dlm. huishh lega betul. bila tnya kawan kawan pn dapat jawapan yg sama. bukan apa bila dh trusik dgn cerita kurang best baby gerak lmbt je mesti dh susah hati. 

sekejap ja dah masuk 31 minggu.  :)

*** saya rasa ni moment yg paling akn saya rindu sangat sangat bila dh bersalin nnti. tambah plak baby nie payah sgt nk tgk dia gerak. kalu dia tgh brgerak kita tengok je dia mesti automatik dia senyap. berenti terus. adoi la pemalu sangat la konon nya. ada sekali tu dia tengah gerak tak berenti saya try geletek kt tempat yg dia tendang. Alhamdulillah dia respon. baby nk ajk main rupanya ek tp dh mlm sgt mama letih. mampu layan smbil senyum je bila baby gerak. membesar dgn sihat ye sayang mama. lagi 9 minggu kita jumpa. pelisss jangan bagi mama sakit lama lama sangat. sayang kena tolong mama jugak nnti supaya semua urusan kita brdua jadi mudah & cepat.


Monday, July 14, 2014

KISAH SI KECIK # SERI MUKA

ASSALAMUALAIKUM 

sapa cakap mengidam nie masa awalaw al pregnant ja. haaa.....masuk bulan puasa nie nafsu makin kuatteringin nk makan segala jenis benda berasaskan pulut. 

yg paling teringinnya PULUT SERI MUKA @ PULUT SEKAYA. 

puas dah suami beli. abg beli tapi tak kena dengan tekak. baby pn mcm tak suka. 

ari sabtu aritu bila sampai ja rumah bertam tanya mak ada pulut tak. bukan tak reti buat seniri tapi nk yg air tanganmak jugak. sebab rasanya lain sangat- sangat. 

bila dengar mak ckp pulu tk dak. bergenamg air mata.  masuk kali nie dh 7 kali dh dok bersungut pasai pulut. mak pn tgk dok nanges ja makanya operasi memesan beli pulut kt tok sedara kot kot dia singgah kedai mintak tolomg beli kan. 

ALHAMDULILLAH. ahad kelmarin mak buat kan pulut tu. Allah mmg bukak puasa makan pulut dulu. baby pn bukan main tendang tendang golek golek. 

tadi sahur pn makan kemain selera. sahur pulut lagi dengan susu. tu pn ada baki suku lagi siap pesan kt mak simpan nnti balik adik nk makan. hahahaha. mmg abg ngan mak pn tak makan sebab nk bagi saya makan. serius mmg teringin. 

nie dok teringin nk mkan pulut kuning plak dengan gulai. tak dapat gulai ayam teloQ pn jadik la. hai la ankkkk....awak pn ikut selera mama ek suka pulut. tak pe nnti cuti kita buat ek.

*** makaseh sangat-sangat mak sebab buatkn utk adik. tengah makan pn sebak lagi. dengan apa yg jadi tapi mak masih buat utk ank dia nie. sbb tu la smpi skrg tak berani nk brkira sangat kalo mak marah-marah. semarah marah seorg ibu tetap ada rasa kasih pd anknya. serius sebak sangat sangat walaupn dlm keadaan brtongkat berdiri pn nk jatuh tapi gagah jugak buatkn. sedih tgk. rindu mak.....semoga Allah prmudahkn urusan saya. semoga Allah bukakn pintu hati utk dia redha & terima seadanya. semoga keadaan pulih mcm biasa.  


bukak puasa setengah loyang saya sorang ja. sahur makan suku. tinggal lagi suku. weeeeeeee tak sabar nk balik makan nnti !!!

Thursday, July 10, 2014

KISAH SI KECIK # PENGALAMAN PUASA WAKTU PREGNANT

ASSALAMUALAIKUM  

ALHAMDULILLAH d beri kesempatan merasa nikmat brpuasa dlm keadaan brbadan dua. cumanya bila dah masuk trimester ke tiga minggu ke 30 badan saya sangat sangat cepat letih dan penat. d tambah pulak dengan dahaga & gastrik.

setakat nie alhamdulillah boleh lagi brpuasa walaupn dah dua hari yg saya betul betul tak tahan sangat sangat dh menahan loya. muntah pahit beberapa kali buat saya amik keputusan utk berbuka. lantak la org nk ckp mengada ke apa ke. yg saya pikir nyawa dlm rahim nie. badan saya yg tak mmpu nk tanggung betapa letihnya.

kalau dulu masa tak pregnant mmg sahur tu tak makan lgsg. kurmatu  tak brp nk gemar sebab rasa dia manis sangat. sekarang nie wajib bangun sahur. minum susu, makan kurma, roti ke biskut ke apa saja yg lalu d makan dan tak muntah. bukan tak try makan yg berat mcm mee bihun tapi tak mmpu nk telan. kalau paksa makan jugak pakai lunyai la dr time sahur tu smpi time brbuka.

sebab tak boleh nk makan berat tu la waktu brbuka saya pastikn saya akn makan menu yg berat.menu yg saya pilih tu wajib ada karbohidrat, serat dan protein. buah pn saya makan. selalunya abg saya akn blender buah tu buat jadi jus boleh minum banyak ckit. suami pulak suka potong potong. tak kisah la blender ke potong ke janji buah mesti makan. air pn wajib banyak. sbbnya kalau tak puasa dalam satu hari at least saya minum 2 ke 3 liter air masak tak trmasuk air lain. bila puasa nie nk minum sebanyak tu perut tak mmpu nk terima nnti kalo minum sekaligus kembong perut lagi tak selesa.

serius bila masuk trimester ketiga nie rasa loya tu makin menjadi jadi. gastrik plak tak yah ckp la mmg kawan baik dh dengan perut nie. doctor cakap punca gastrik & rasa loya tu sebab baby tekan salur pemakanan. tambah plak bila pregnant saluran tu jadi lembut dan lembik. bila d tekan mudah nk keluarkn balik makanan yg  kita makan.

ari ni dh masuk ari ke dua belas puasa. harap nya mampu la bertahan smpi habes ramadhan. tak dpt puasa penuh separuh pn jadi lah. sbb tak tau tahun depan sempat lg ke saya jmpa ramadhan.

*** tengah menahan rasa meloya & gastrik sambil taip sambil brgenang air mata. ya Allah permudahkanlah 


Wednesday, July 09, 2014

TAZKIRAH AGAMA # 18 DIALOG AHLI NERAKA

ASSALAMUALAIKUM 



penghuni neraka dicmpakkan rasa lapar yg teramat sgt yg mana bukan sebarang lapar yg boleh sebabkn kebuluran.

azab lapar yg d terima setimpal dgnk ejahatan yg d buat d dunia.

bila mereka meminta makanan maka di berikn kepada mereka : -
makanan drpd pokok yg berduri yg mana ia tidak mengenyangkandan tidak pula menggemukkan
makanan yg bila makan akn leat d kerongkong.
minuman yg d beri adalah air yg mendidih dan menggelegak (ada yg menyatakan tembaga yg d didihkan sehingga lebur dan cair)

air trsebut d berikn dengan menggunakan cangkuk besi yg mana bila mana masuk ke dlm perut maka tertariklah segala isi perut sehingga keluar. wap air trsebut bila hampir dengan muka maka masaklah daging muka manusia. air yg masuk tu pula memutuskan segala urat dan isi perut.

penjaga neraka (malaikat malik) apabila d tanya & d suruh supaya bunuh mereka smpi mati maka malaikat mempersoalkan balik tidak adakah Nabi yg dtg pd mereka d dunia, tak tau kah tentang quran hadis dan sebagainya?

bila d minta kepada Allah utk d hntr semula ke dunia maka Allah jawab duduklh dlm neraka dlm keadaan hina dina & jgn brckp dgn DIA lagi selepas ini. (rujuk surah alm ukminun ayt 106 ~ 108)

lembut perangai d puji oleh syarak (mudah baik dengan musuh mahupun lawan)

manusia yg keras hatinya, perongos, panas baran dan sebagainya adalah brpunca drpd hati yg keras.

hati jd keras bila mana tak mmpu kawal kemarahan.

HUKUMAN HUDUD - kemaafan boleh d berikn selagi mana kes belum d bicarakan

HUKUMAN QISAS - kemaafan boleh d berikn walaupn kes telah d bicarakan.

*** moga Allah jauhkn dr hati yg keras.

Monday, July 07, 2014

KISAH IMAM # DI ATAS SATU CINTA




Jejak-jejak langkahku
Bagaikan lemran waktu
Apakah ku masih bisa terus melangkah
Serpihan hihupku ‘kan ku bangun
di atas satu cinta 

Subhanallah aku mencintainya
Subhanallah aku menyayanginya
Dari ufuk timur hingga ke barat
Selalu dihatiku

Subhanallah aku mencintainya
Subhanallah aku menyayanginya
Dari ufuk timur hingga ke barat
Selalu dihatiku

Subhanallah aku mencintainya
Subhanallah aku menyayanginya
Dari ufuk timur hingga ke barat

Subhanallah aku mencintainya
Subhanallah aku menyayanginya
Dari ufuk timur hingga ke barat

Subhanallah aku mencintainya
Subhanallah aku menyayanginya
Dari ufuk timur hingga ke barat 


*** moga Allah jaga perhubungan ini hingga ke kehidupan d sana !!! terima kasih suami sbb jadi suami yg paling lemah lembut utk diri yg serba kekurangan nie.

TAZKIRAH AGAMA # 17 ZIARAH KUBUR

Assalamualaikum 



siapa kata perempaun tak boleh ziarah kubur?

siapa kata perempuan dlm keadaan haid tak boleh ziarah kubur?

siapa kata tak boleh siram air pada kubur?  

AMBIL MASA HANYA 10 MINIT SAJA UTK DENGAR PETIKAN CERAMAH NIE. 

*** perkara yg sunat dilakukan pada hari raya ialah ziarah org hidup.

Wednesday, July 02, 2014

MUNAJAT RAMADHAN

Ya Allah…ya Rahman…ya rahim…
Dalam dakapan Ramadhan yg suci ini, Dengan rasa rendah diri, Kami yg kerdil dan hina ini memohon doa dgn penuh pengharapan kpdMu ya Allah… semoga Engkau sudi mendengar permintaan kami, krn sesungguhnya Engkaulah Tuhan yg Maha Mendengar. 

Ya Fattahu ya alim…
Ajarkanlah kami yg lemah ini utk melihat jln keluar dr semua masalah yg membelenggu kami, bukakanlah hijab kpd kami yg tak mampu melihat setiap kebaikan pd kejadian dan takdirmu. Ya Allah..takdirkanlah yg baik2 utk diri kami, Jgnlah kau menguji kami pd apa yg tidak mampu kami lalui.. Bukakanlah pintu2 rahmatMu utk kami ya Allah…

Ya Allah Rabbul Jalil….
Sejahterakanlah utk kami dgn kesihatan yg baik..supaya dgnnya kami dpt beribadah kpdMu. Ya Allah..ampunkanlah segala dosa kami, krn kami terlalu byk dosa kpdMu ya Allah…Kami lupa akan Engkau ketika sihat, kami ingat pdMu bila ditimpa sakit, Kami lupa kdpMu ketika senang, kami ingat pdMu bila dtg kesusahan. Kami lupa kpdMu disaat kami gembira, Kami ingat kpdMu ketika sedih dan kecewa, Kami habiskan usia muda dgn keseronokan dunia, kami mula mengingatiMu tika usia sdh tua, ..justeru ya Allah...ampunilah semua dosa kami..berilah kekuatan kpd kami utk melawan hawa nafsu dan dunia yg sentiasa mlalaikan kami drp mengingatimu ya Allah…

Ya Allah…ya Rahman..ya Rahim…
Ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami,. setiap titik susu ibu yg mgalir dlm diri kami...kau gantilah dgn kebajikan utknya yg boleh mbawanya ke syurgaMu ya Allah...ya Rahman...pd setiap keringat yg mngalir pd tubuh ayah kami dlm mcari rezki kpd kluarga kami...kau gantikanlah dgn keampunan yg mbawa ke syurgaMu ya Allah. Sesungguhnya pengorbanan mereka tdk akan mampu kami membalasnya. Bahkan terkadang mereka hidup dlm kesusahan dan kesempitan, sdgkan kami berada dlm kesenangan dan kemewahan...Justeru kurniakanlah kpd kedua ibubapa kami tempat yg istimewa d syurgaMu ya Allah…..

Ya Allah….
Kami juga memohon ampun utk kaum kerabat kami, sahabat2 kami dan guru2 kami yg terlebih dahulu pergi meninggalkan kami kealam barzakh…golongkanlah mereka dlm org2 kau redhai…apabila tiba pula giliran kami menuju barzakhMU..maka Kau ambillah kami dlm keadaan yg baik2…dlm keampunan dan rahmatMu ya Allah…

Ya Allah ya azizz…
Kurniakanlah kpd kami jiwa yg tenang dan tenteram…hiasilah hati kami dgn sifat syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab…Kau jauhkanlah drp kami sifat ujub, riak,takabbur, fitnah, mengadu domba, sangka buruk dan khianah.

Ya Rashid…ya rahman…ya Rahim..
Jika ada diklgan kami mereka yg diuji dgn kesusahan, maka kau bantulah mereka, permudahkanlah urusan mereka, jika ada d klgn kami mereka yg bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jln kluar kpd mereka, jika ada d klgn kami sdg berhajat dgn keperluannya, maka tunaikanlah hajat mereka, dan cukupkanlah keperluan mereka, jika ada d klgn kami mereka yg diuji dengan sakit, maka kau sembuhkanlah mereka ya Allah…agar dapat beribadah bsama kami. Jika ada dklgn kami mereka yg derhaka kpd ibubapa atau terkurang dlm melayani mereka, maka kau ampunilah mereka, jdkanlah kami anak2 yg taat dan berbakti..sesungguhnya Engkaulah tuhan yg maha mendengar dan mengasihi…

Ya Allah ya malikal mulk…
Ya Razak..ya fattahu ya alim…
Kurniakan kpd kami rezeki yg halal lg dberkati. dan jdkanlah dgn rezeki itu kami semakin dekat dgnMu..sebaliknya, jgnlah kau jdkan kami drp gol yg lupa diri setelah mndapat kurniaannMu.

Ya Allah….
Bantukanlah kami dlm menjalankan urusan agama kami, Elokkanlah urusan dunia kami, yg padanya tempat kami mencari kehidupan, Elokkanlah urusan akhirat kami, yg padanya tempat kami akan kembali utk selama2nya.. jdkanlah kehidupan kami ini sebagai tambahan segala kebaikan kpd kami, dan jadikanlah kematian sebagai ketenangan kpd kami dr segala kejahatan, Sesungguhnya kami ingin kembali kpdMu dgn jiwa yg tenang….

Ya Allah ya zal jalali wal ikram…
Ya Allah….Jgnlah kau jdkan ramadhan ini sbg yg terakhir buat kami, temukanlah kami dgn Ramadhan yg akn dtg…
Tapi, Andai ini Ramadhan terakhir buat kami, jdkankanlah puasa kami sbg puasa yg Kau rahmati, jdkanlah ramadhan ini paling bererti, penuh dgn cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayangmu ya Allah…jdkanlah ramadhan ini sebagai penghapus dosa2 kami.. Ya Allah…temukanlah kami dgn lailatul qadr…pilihlah kami dikalangan hambaMu yg dpt beramal d mlm al-Qadr….Ya Allah..terimalah amalan kami..terimalah taubah kami..ampunkanlah segala dosa kami...amankanlah kehidupan kami disana nanti yg kekal abadi…kurniakanlah kpd kami syurgamu yg maha luas nikmatnya…  



*** puisi copy paste dr Prof Dr Muhaya. kebetulan bila baca rupanya sama sebijik dengan apa yg kawan reja baca semalam. dengan nada yg sangat terkesan dalam hati. part paling terkesan bilam mana d sebut berulang kali tentang ibu & ayah. semoga Allah rahmati mak & ayah aku dan juga mama & ayh mertua aku ~ amin !!!! Allah Maha Besar. ramadhan kali nie mcm aku kata penuh dengan air mata.

Tuesday, July 01, 2014

HAFIZ INDONESIA 5 TAHUN HAFAL 29 JUZUK QURAN

Assalamualaikum



ramadhan  kali nie penuh dgn air mata. sungguh sungguh terkesan dalam hati. dari pagi dengar tazkirah ringkas. d tambah pula secebis doa dr kawan yg sebelum nie tak pernah buat mcm tu.

kali nie. bila tengok video nie rasa malu sangat. dia si kecik tu mampu kenapa tidak aku?

“Ayah bunda semua, inilah sebuah nilai. Bahwa anak kecil sekalipun dia sangat terbatas kemampuannya, ketika dia menjadi mulia karena Al-Quran maka kita semua tunduk, karena Allah telah memuliakannya dengan Al-Quran. Bapak ibu tahu, ini uang, ini kertas (sambil menunjukkan selembar uang kertas, red). (Uang) ini tidak ada apa-apanya. Diinjak-injak, tetap dia berharga. Karena apa? Karena nilai. Sekalipun diinjak dia punya nilai. Dia menjadi berharga. Ini anak tidak punya kemampuan apa-apa. Tapi karena nilainya membawa Al-Quran, dia menjadi mulia. Allah memuliakannya.” ujar Amir Faishol terbata-bata.

KATA-KATA HIKMAH

Winter Aid For Syria 2017

Assalamualaikum . . Mohon bantuan dipanjangkan post nie utk membantu umat Islam di Syria . . detail boleh tgk di FB  TELEKUNG PROJECT...