Friday, June 27, 2014

KISAH SI KECIK # KONTAKSI BRAXTON'S HICK

ASSALAMUALAIKUM 

pernah dengar tak KONTAKSI BRAXTON'S HICK ?


sedikit info ringkas yg saya ambil dr Baby Centre

KONTAKSI BRAXTON'S HICK - ketegangan pada bahagian perut dan merupakan salah satu simton kehamilan bagi wanita hamil

" Satu masa pada pertengahan kehamilan anda (atau lebih awal), anda akan merasakan otot uterus (rahim) anda mengecut. Jika anda meletakkan tangan pada perut semasa ini berlaku, anda boleh merasa betapa kerasnya uterus anda pada saat itu"

 Tujuan :

"Satu masa pada pertengahan kehamilan anda (atau lebih awal), anda akan merasakan otot uterus (rahim) anda mengecut. Jika anda meletakkan tangan pada perut semasa ini berlaku, anda boleh merasa betapa kerasnya uterus anda pada saat itu."

boleh baca info lanjut dekat  SINI 

KONTAKSI BRAXTON'S HICK lebih kerap terjadi bila mana : - 
  • baby bergerak aktif  
  • semasa senaman @ angkat barang berat 
  • mengurut perut 
  • dehidrasi 
  • semasa "bercinta" dengan pasangan
yg pastinya bila perut terasa tegang mmg rasa tak selesa sangat. nak jalan pn rasa tak best. duduk lg lg la rasa tak best. 

lepas google cari mcm mana nk atasi masalah nie, saya jumpa beberapa tips yg dah saya guna pakai. Alhamdulillah rasa lebih selesa ckit. 

TIPS UTK LEBIH SELESA BILA BERLAKU KONTAKSI BRAXTON'S HICK 
  • minum air dengan secukupnya 
  • buang air kecil dengan lebih kerap. ( jangan malas malas nnti kena batu karang plak tak pn kencing kotor lagi seksa idup) 
  • rehat yg cukup & baring sebelah kiri badan. 
  • tukar aktiviti atau posisi bila terasa kontaksi berlaku.  
*** awal dulu jarang sangat nk terasa. sekarang bila baby dh besar mmg terasa la. moga Allah jaga. moga Allah permudahkan.    



TANZIL QURAN ONLINE

Assalamualaikum 

dah tggl berapa jam ja lagi kita nk melangkah masuk ke buan Ramadhan. mesti tiap org ada azam tersendiri. nk terawaih penuh la khatam Quran la. tu tak masuk lagi dgn nk diet segala bagai.

apapun saya ucapkan SELAMAT BERPUASA utk semua umat Islam. semoga puasa tahun nie lebih baik dr tahun yg lepas.

sedikit perkongsian utk semua. bagi yg bekerja boleh la selak selak dan dengar time break. 5 minit pn jadi lah. Alhamdulillah saya dh guna dr puasa tahun lepas smpi la skrg.



KELEBIHAN  : 
  • boleh baca online 
  • boleh belajar cara bacaan dr imam yg tersenarai 
  • boleh baca tafsir dlm pelbagai bahasa  
ALHAMDULILLAH setakat sangat puas hati guna aplikasi nie. bukan saja bantu kita yg bacaannya gagap, lemah & tak lancar malah boleh tingkatkn lagi semangat nk baca & menarik minat nk baca selalu. tak payah lama sangat. amik satu dua muka surat dh cukup dh.

kalau nk tggu balik rumah bukak Quran mmg akn ada yg bagi banyak alasan. nk tggu lepas solat la tu la nie la. bila smpi masa nak ngaji dh ngantuk penat segala bagai. guna aplikasi ni nie just duduk depan PC tu ja. mudah sangat sangat. tinggal tekan ja. nak dengan tak nak.

semoga berguna utk org lain juga !!!



*** Ramadhan kali nie tersangat lah menguji keimanan & ketabahan mental serta fizikal. baby pelissssss jangan buat perangai ek kita nk puasa penuh nie. haaa nnti dpt pahala banyak tau .....

KEK LAPIS SARAWAK PERIGI BIRU


Assalamualaikum   

 

terliur kan tgk gambar kek lapis nie. haaa kek ni saya tempah dekat kak Sunah. mula masa nk pilih kek apa nk try mmg pening. sebab kalo ikut hati semua nk beli. 

tetiba satu ari tu kak sunah upload bgtau dlm Fb yg ada kek lebih boleh hntr cepat tak yah tggu tggu. yg ada kek Perigi Biru yg dh semestinya biru tu dengan Red Valvet. tanya kawan opis si Farah dia pn nak jugak. makanya kami order la kek yg brlainan. boleh rasa dua perisa. 

esoknya tu bila smpi ja terus gunting plastik bukak g kat pantry potong makan. perghhhhhh mmg tersangat sangat sedap !!!! 

yg red valvet tu mmg rasa red valvet la kan. mcm mana rasa kek red valvet cmtu la rasanya. kek yg saya plak Perigi Biru tu rasa horlick dgn kaya. nyum nyum
 sedap. suami pn cakap sedap. lepas ni nk try kek lain plak. 

bagi sesapa yg teringin nak merasa kesedapan kek lapis sarawak boleh la lawat 


harga mmg berpatutan. rasa apatah lagi la kan. mmg sedappppppppppppp !!!! 

*** baby suka la kn leh makan kek !!

Thursday, June 26, 2014

LETIH !!!

ASSALAMUALAIKUM 



masuk 28 minggu 4 hari. Allah. tersangat sangat rasa letih. rasa mcm tak dak daya dah badan nie nak hadap kerja yang ada. letih nk mengadap kerenah yg tak sudah sudah. isu yg sama. kisah yg sama.

kadang ikut hati nak ja jawab balik. tk dk sikit ka rasa kesian pd diri yg tgh mcm nie. sampai hati sangat sangat ka buat sampai ke tahap nie.

kalau la yg buat tu org luar. tak dak kaitan dengan diri seniri dah tentu hati ni paham. ya la sebab bukan dari dia. mmg sanggup la buat mcm mana pn. tp kalau dh org tua mmmmmm.

letih. letih yg teramat sangat.

cukup cukuplah.

aku dh cukup letih !!!


*** semalam lepas balik dr klinik mmg tak dak kudrat nk buat satu pn reja dekat opis. tgk jam masuk ja pukul 1 terus letak kepala. trjaga pn sbb dengar bunyi tapak kasut org. bangun ja terus tnya kul 2 dh ka. sekali d jawabnya 'kul 2.15 dh' Subhanallah rasa mcm sekejap td ja letak kepala. kalo sebelum ni nk tido ats kerusi opis mmg tak kn trlelap tapi semalam mmg dh tak mampu nk tahan letih. hati...bertabahlah !!!

Tuesday, June 24, 2014

KISAH SI KECIK # SCAN 4D

Assalamualaikum 

 

masuk 28 minggu dah. sekejap ja kan rasa mcm baru ja prgnat. ni dh masuk trimester last. 

syukur Alhamdulillah termakbul jugak hasrat hati nk scan 4D si kecik yg tersayang nie. sabtu lepasajk suami g klinik yg kiera suggest tu. 

klinik DR MARINA. serius cakap servis mmg terbaikkkkkkkkk !!!! harga pn murah sangta sangat. ada promosi utk scan 4D smpi Disember nie. hrga rm 65. termasuk 2 keping gmbr hitam putih & dua keping gambar berwarna plus CD. semua yg d rakan masa proses scan tu d masukkn dlm Cd so mmg tak de yg trtinggal lgsg la. 

yg paling bestnya doc marina sanggup tunggu lama nk scan si kecik nie sbb dia punyalah aktif. subhanallah mula scan tu doc dok pelik muka tak boleh nk nampak clear mcm org lain. bila check balik rupanya si kecik nie tutup muka dengan kaki tangan dia. ya Allah. doc smpi ckp aktifnya la budak nie susah nk tangkap gambar dia. smpi kn kena ubah posisi mengiring ke kanan la kiri la. ada dua tiga kali doc tekan perut siap ckp lagi kat baby ' doc kacau ckit erk'. baru la ubah tu pun alahai ciput je dia ubah. doc cakap mmg aktif sgt sgt. tgk dia gerak kaki tangan ke ats bawah. bukak tutup. 

yg paling bahagia sekali bila boleh tgk si kecik tersenyum time doc zoom muka dia. subhnallah rasa mcm nk nanges kt ats katil tu jugak. doc ckp mulut hidung mata semua sem[urna. tangan kaki semua cukup sifat. yg lawaknya doc ckp ' tgk hidung dia sebijik fotostat mcm puan' hahahahha. jangan marah erk daddy ank fotostat muka mama. 

sekali imbas kdg nmpk mcm muka kiera pn ada jugak masa scan tu. agknya si kecik nie trkenan ummi kiera tu yg ikut sikit tu. 

ank..membesar dgn sihat erk keluar nnt jadi ank yg baik. 

*** dah masuk trimester ke tiga. trimester paling berdebar & takut. ya Allah permudahkanlah semua urusan aku ~

NOTA : sesapa yg nk scan 2D ke 3D ke $d ke boleh la g kat klinik DR  MARINA kt sembilang, seberang jaya. hrga serius berpatutan & servis mmg terbaikkk !!!

Monday, June 23, 2014

KISAH SI KECIK # PERKEMBANGAN SI KECIK

ASSALAMUALAIKUM 

ALHAMDULILLAH.

dah tau jantina anak. walaupun awalnya tekaan saya lain. tak kisah lah lelaki atau perempaun. yg penting dia membesar dgn sihat & sempurna.

masa p scan tadi doc tanya "eh awak tinggi dr suami ke" saya jawab tak la suami lg tggi. doc ckp nnt dapat baby mesti tinggi. sekali masa scan Subhanallah kaki tangan mmg panjang. doc pn mmg dr awal scan 7 mggu dh cakap baby tggi nie.

pagi tadi lepas subuh pujuk baby nnti mama nk g scan nk tgk awak  lelaki ke perempuan ke. jangan sembunyi sembunyi ek. senang mama nk bg nama nk panggil. syg jgn tido mcm aritu jenuh kejut tak nak bangun. jaga pn menggeliat je.

Alhamdulillah kali nie nampak sebijik sebijik gerakan dia. tengah telan air liur la. main la. tangan kaki badan jantung buah pinggang semua terbentuk sempurna.

nak nanges rasa dlm hati. Alhamdulillah. membesar dengan sihat ye sayang. !!!!

syukur Alhamdulillah.

*** suami cakap doc scan tu bukan leh caya sangat nnti jadi mcm ank buah dia. scan ckp jantina lain sekali dh brsalin selak selak alahai lain pulak. apapun Alhamdulillah anak sempurna  !!! syukur sangat sangat. 


MENUDUH & D TUDUH

Assalamualaikum 



Aku pnh rasa situasi d tuduh & menuduh sesuka hati. 

Sangat mudah kita keluar kata cacian bila kita d pihak menuduh. Sangat perit tak trtahan bila kita d pihak yg d tuduh. 


D sbbkn trlalu sakit bila d tuduh tu la hari ni aku cuba belajar utk baiki diri. Apapun keadaan yg jadi. Seteruk mana pn perbuatan org tu, sehina mana pn apa yg berlaku janganlah trlalu mudah lidah kita keluar kata pndapat yg tk perlu. D mata kita mgkin nmpk remeh masalah yg d alami tp pd yg menanggung siapa yg tahu. Kuat mana hatinya nk tahan. Kukuh mana iman nk sabar. Teguh mana diri nk mengadap. 


Syukurlah sbb yg trjadi pn bukan pd kita or kita yg buat. Muhasah dgn apa yg jadi. Adakah kita pnh hampir buat bnda yg sama namun Allah lindung salah kita? Tak dak siapa yg tau melainkn antara kita dgn Dia. 


Kalau rasa nk benci sgt cukup la sekadar benci dgn prbuatan yg d buat. Jgn d benci pd makhluk Allah. Hina makhluk ciptaan Allah seumpana marahkn Dia sbb cipta insan mcm tu. Jgn d samakn makhluk yg Allah cipta sesempurna mgkin dgn binatang yg tk dak akal. Jgn d tmbh dosa yg ada dgn terus mengutuk mengata sdgkn kita blm tentu betul semua. 


Lebih baik tak amik kisah kalau itu yg buat kita tmbh saham ke neraka. 


Sebusuk mana pn fikirlah secara positif. Kita tak duduk d tmpt dia. Tak tau awal akhir cerita. Cukup sekadar baca & dgr saja. Jgn mudah komen mengutuk mengata. 


Doakn yg baik-baik. Semoga Allah jaga. Seketul daging dlm diri kala
u senantiasa d asuh dgn bnda yg busuk takut nnti bila d mndikn dgn selori minyak wangi xmampu jd bersih & wangi semula.

Friday, June 20, 2014

TAZKIRAH AGAMA # part 16 KORBAN CINTA

ASSALAMUALAIKUM 



iman jadi lemah sebab roh kita lemah
contohnya : bunuh diri, tak solat, salahkn takdir bila d timpa musibah dan sebagainya

orang yg ruhnya kosong dia tak kkn sayang pd dirinya seniri tak kn sayang pd org lain.

SATU WAKTU TAK SOLAT 80 TAHUN D NERAKA
1 HARI D NERAKA SAMA DENGAN 1000 TAHUN D DUNIA

sapa yg tak berkasih sayang Allah tak kn sayang pd kita

MAKSUD IMAN
- yakin tiada tuhan selain Allah NAbi M itu pesuruh Allah
- lahirkan kebajikan pd masyarakat
- jaga lidah dan tangan dr sakitkn org lain

sabar, pembersih & sayang pd sesama makhluk adalah sebahagian drpd IMAN

cinta adalah bila mana kita mengajak pasangan masuk syurga sama sama, memerlukan pengorbanan yg banyak
contohnya : harta, masa, tenaga, buah fikiran, sesuatu yg kita sayang

kesenangan d dunia tak kn kekal akhirat jugak yg kekal

binatang sembelihan d sembelih pd waktu dhuha

merupakan binatang ternakan (pd hari tasyrik)
lembu, kambing, kibas, unta, kerbau

tujuan korban adalah utk mendekatkan diri kepada Allah

d syariatkan ibadat korban ini pd tahun kedua hijriah

HUKUM IBADAH KORBAN TERBAHAGI KEPADA DUA
A. sunat muaakad - pd semua org kaya (ada duit lebih)
B. sunat muakad a'niyah - tidak ada tanggungan ( belum kawin)
C. sunat muakad kifayah - ada tanggungan (dah kawin)

SYARAT SAH KORBAN
1. waktu berkorban
- hari raya aidil adha
- brmula drpd lepas solat raya, khutbah smpi ke hari tasyrik

maksud makruh ialah tak brdosa tapi d benci

2. orang yg berkorban
- islam
- baligh
- berakal
- mampu

kalau bianatang sembelihan tu d bagi or d hadiahkn oleh org bukan Islam boleh buat korban tetapi dgn syarat bukan ats nama org yg bagi. binatang hendaklh d jual kepada org ISlam & buat korban. kalau tak dak org beli sembelih biasa saja.

kena mintak izin kalau nk pakai nama org utk buat korban. yg tak payah minta izin hanya ayh yg nak buat korban pd ank & datuk nk buat korban pd cucu

org yg terima wasiat utk buat korban tak boleh makan daging korban trmasuk ank isteri
contohnya : pak ali tgh nazak wasiatkn pd anknya hasan utk buat korban. lepas pak ali meninggal, hasan buat korban seperti yg ayh dia wasiatkn. hasan tak boleh amik daging korban trsebut. kalau dah ambil kena ganti balik pada kadar or jumlah yg d amik.

harta yg melibatkan harta org lain tak boleh buat wasiat.
contohnya : pak ali wasiatkn hasan korbankn lembu abu (ni tak boleh sbb bukan harta dia)

3 binatang korban
- mesti mussinnah (cukup umur)
-gugur gigi hadapan lepas berusia 6 bulan
unta 5 tahun
lembu, kerbau &kambing 2 tahun
kibas 1 tahun

- tak cacat
- tak trlalu kurus

JENIS KORBAN
1. WAJIB
- bernazar (tak boleh ambil daging
- tak bernazar tp jatuh hukum mcm brnazar
contohnya : masa tgh org dok nk sembelih kita sebut "tu la lembu yg aku buat korban" (jatuh hukum kita brnazar. kalau nk bgtau jugak kt org sebut "tu lembu yg aku sunatkn utk d jadikn korban tahun nie"

HUKUM KORBAN WAJIB : tak boleh makan & bahagian sembelihan d agih d kawasan semeblihan saja tak boleh luar kawasan

2. SUNAT
- korban biasa (darah yg pertama jatuh ke bumi masa semeblihan maka trhapuslah dosa-dosa)
1 helai bulu binatang sembelihan = 1 kebajikan

- ada hak ambil daging (paling afdal ambil bahagian HATI)
-boleh buat kenuri walaupun sesama keluarga
- bahagian utk org miskin kena bagi daging mentah walaupun dh bg yg dh masak

Tujuan bala diturunkan :
1. supaya tak brsedih dgn apa yg kita tak dapat or hilang
2. supaya kita jangan bangga dgn apa yg Allah bg pd kita

binatang korban tidak boleh d jadikn upah. kalau dh ambil wajib ganti
contohnya : masa mesyuarat sebelum sembelihan pengerusi kata ajk yg buat kerja kita bg 3 kg sebab buat kerja. ni tak boleh

korban boleh d sekalikn dengan akikah & dam seekor unta @ lembu boleh d kongsi maksimum 7 org

hukum bagi daging korban pd org kafir adalah haram
tak boleh cmpur ibadat Islam dgn org bukan Islam



*** selalu dgr korban tk boleh buat sekali dgn akikah. 
rupanya boleh. Alhamdulillah ilmu baru !!!

Thursday, June 19, 2014

TAZKIRAH AGAMA # part 15 HUBUNGAN SUAMI ISTERI

Assalamualaikum 



hak suami pd isteri
- kalau suami berhajat isteri tak dk hak menolak selagi mana tiada sebab sebab yg d bolehkn menolak.
(uzur, tak sihat, puasa ramadhan)

dua benda yg membawa kepada kerosakan ialah perut dan syahwat.

isteri yg tak layan suami yg baik & taat kepada Allah bidadari dlm syurga menyumpah.

tak sempurna solat, haji, puasa selagi mana tak tunai hak suami

sebaik baiknya 2 kali seminggu

darah yg keluar sebelum usia 9 tahun bukan darah haid tetapi darah fasad.

darah yg tak berhenti - baca surah al Baqarah ayt 127 baca pd air, tiup & minum

puasa sunat kena mintak izin suami

makanan basah boleh sedekah walaupun belum dpt izin suami (sbb takut basi & membazir)

suami sedang brmusafir
isteri janganlah bersuka-suka & memakai perhiasan smpi suami balik rumah (yg melampaui batas)

kalau ada masalah dgn suami @ isteri  cuba renung balik apa yg kita buat pada pasangan kita smpi masalah timbul

org yg bertakwa adalah org yg memaafkan org lain.

pahala org yg memberi maaf lebih besar drpd org yg meminta maaf

JANGAN
BIARKAN HATI SUAMI @ ISTERI KOSONG
PEREMPUAN @ LELAKI LAIN HEBAT D MATA PASANGAN

menteri kewangan paling cekap ialah IBU

tanggungjawab isteri
syg pd keluarga, harta, suami, kerabat, anak suami & jangan memaki ank anknya

jangan lawan ckp dengan suami kalau ada tak puas hati berbincanglah.

minta maaf pd suami kalau buat salah

bila isteri berleter, suami kena DIAM (seeloknya keluar sekejap)

MAK, IBU, UMMI, MOMMY, BONDA


ASSALAMUALAIKUM

ketahuilah sesungguhnya bila mana kita sebagai anak perempuan akn bertambah rasa kasih dan sayang pada mak kita bila kita dh berkawin. d tambah pulak bila mula mengandung. secara automatiknya kita seniri muhasah diri salah silap kita pd mak kita. bila dh rasa susah payah nya mengandung, bawa baby ke sana ke mari, lenguh sana sini, ank tendang brgolek menari. baru kita tau mcm mana mak kita ras dulu masa kita dlm perut dia.

seburuk mana pn seorang mak tu.
sehina mana pn dia.
sejahat mana pn dia.
sebusuk mana pn dia.
dia tetap mak kita.

uwaaaaaaaaaaaaaaaa.....

RINDU MAK !!!!!


Tertanam naluri keibuan amat mendalam
Di jiwa insan yang mendambakan kebahagiaan
Oh? ibu

Di bahumu tergalas beban
Perjalananmu penuh rintangan
Kau titipkan kasih sayang
Sejujur pengorbanan
Tak ku nafikan

Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan

Kau insan penyayang
Betapa ku merindu
Lembutnya belaian ibu
Membuatku terlena

Di wajah terlukis tenang
Debar di dada kau rahsiakan
Ku pastikan dikau aman
Dikurnia sejahtera
Tak ku lupakan

Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan

Tiada aku tanpa ibu
Hanya (kau) satu didunia
Bertakhta dikau dijiwaku
Kau lah ibu yang tercinta

Kau insan pengasih
Betapa aku mengharap
Hadirnya restumu ibu
Membawaku ke syurga

Bersemi belaian kasih sayang nan berpanjangan
Darimu insan yang mendoakan kebahagiaan anak-anakmu
Oh? Ibu

*** Paling tak leh tahan dengar lagu nie tambah tambah time dengar tu ank dok tendang dlm perut. serisu sebak !!!! makkk.....

PROJEK BARU



Assalamualaikum 

TARGET BULAN DISEMBER. 

semoga d permudahkan ya Allah !!!


TAZKIRAH AGAMA # part 14 RAMADHAN YA RAMADHAN

ASSALAMUALAIKUM 



BULAN RAMADHAN adalah bulan utk mengikis sifat sombong, melatih melatih diri erti sifat kesama rataan (tak kira miskin atau kaya tetap kena puasa)

manusia yg paling mulia d sisi Allah ialah manusia yg bertakwa.

salah satu cara Allah ampunkn dosa kita adalah dengan cara BANYAK BERSEDEKAH

bila kita banyak memberi org akn suka & tak marah pd kita.

pembukaan kota Madinah & perang uhud berlaku pd bulan ramadhan

Safwan b Umaiyah merupakn org yg pd mulanya trsangat benci pd Nabi M smpikn dengar nama pn terus ludah. bila mana tau Nabi M smpi ke mekah, dia lari sbb takut kena pancung sbb selama ni dia banyak buat jahat pd Nabi. smpi satu masa dia nk naik kapal masa nk lari tu Nabi M smpikn serban baginda melalui wakil sebagai jaminan tak kn apa apakn Safwan dan pesan Nabi kalo masuk Islam tak kn ada sorang pn yg akn benci or apa-apakn dia. lepas perang Hunain Nabi M hadiah kn 100 ekor unta pd Safwan (cara utk tackle hati org). sejak dr peristiwa tu Safwan terus mencintai Nabi M.

sifat org brtakwa ialah selalu memberi.

dlm surah AR RAHMAN - maka nikmat Allah yg mana yg KAMU BERDUA nak nafikan?
maksud kamu berdua dlm ayt tu ialah JIN & MANUSIA

kenapa kena tutup makanan kalau tak makan?
sbb jin suka kencing, muntah dan sebagainya pd makanan yg trbuka. dgn sbb tu la kita mudah dpt penyakit.

kedekut dgn Nabi - tak selawat
kedekut dgn Allah - tak solat
kedekut dgn ibu bapa - tak mendoakn mereka

Nabi M pesan waktu mgrib tutup pintu tingkap & panggil ank2 masuk ke dlm rumah

dlm al Quran perkataan AR RAHMAn d sebut senanyak 60 kali & AR RAHIm sebanyak 100 kali

petua yg tanam rasa kasih syg dlm hati - baca ar rahman 60 kali, ar rahim 100 kali tiup pd air dan bg minum.

fitnah dlm diri kita dtg drpd 3 golongan - jiran, harta & anak

bulan ramadhan utk mengekang hawa nafsu, utk menjaga kesihatan

yg mencelakakn kita adalah :
hawa nafsu
marah yg d ikut
hasad yg d ikut

hanya org yg brtakwa boleh masuk syurga tanpa hisab.

SELAGI MANA KITA TAK SAMBUNG BALIK SILATURAHIM YG KIT APUTUSKN SELAGI ITULAH AMALAN KITA TERGANTUNG TAK TAK BOLEH MASUK SYURGA. UMPAMA SELAGI MAN AUNTA TAK MASUK LUBANG JARUM SELAGI ITULAH KITA TAK BOLEH MASUK SYURGA.

*** Allah !!! takut pulak bila dengar ayt pesanan ustaz tu. moga moga lepas ni kalau ada rasa marah sekalipn dekat sesapa tak smpi la putuskn hubungan dgn org tu. marah tu mmg sifat semulajadi sebagai manusia tp kalau tgh marah tu kit aputuskn hubungan kena plak meninggal time kitatak sempat nk sambung alangkah rugi nya hidup & amalan kita. sadisssssssss.........biar org buat kita tp kita jgn buat kt org... !!!

Tuesday, June 17, 2014

AKAN KU JUMPA

ASSALAMUALAIKUM 

terdengar satu lagu yg tersangat menyentuh hati. sebab apa tak tau la.  




Ku mengatur langkahku
Jalan tanpa bayang-bayang mu
Langit dan bumi setia menemani ku
Matahari menyinar tak pernah berpihak pada ku
Ku kepanasan tanpa perlindungan mu

Hari berganti hari aku masih teguh menanti
Hadir diri mu dalam hidup ku ini
Rasa kecewa ada bila kaki penat berlari
Namun yakin ku kau kan ku temui

Ku takkan pernah cuba berhenti
Langkah ku mencari cinta
Yang ku tahu hanya tuk diri ku
Kan ku terus cari sampai hujung dunia

Kerna ku tahu akan ku jumpa diri mu
Dan ku kan terus menempuh mimpi-mimpi ku selalu

Ku lihat semua gembira
Bila mengenali erti cinta
Senyuman ku beri hanya duka
Bila ingin teman tuk berbicara

Cinta jangan sembunyi
Mataku ku kabur mencari
Hadirlah dalam hidup ku ini

Cinta jangan engkau pergi
Bila langkah ku cuba
Untuk mengejar diri mu

(OST Syurgamu Ramadhan)
- Akan Ku Jumpa - Azfar + Nadia Aqilah Bajuri -

Monday, June 16, 2014

BILA PAKAI KETAT-KETAT

ASSALAMUALAIKUM 

ada satu peristiwa jadi depan mata.  dalam kepala terpikir satu ja. 

GAMBAR SEKADAR HIASAN

kita orang perempuan selalu sangat salahkn lelaki gatal. 

selalu sangat kata orang lelaki mata keranjang. 

selalu sangat tuduh orang lelaki suka amik kesempatan. 

tapi kita tak sedar semua benda tu kit ayang galak kan. 

pakai baju ketat-ketat.

pakai seluar sendat-sendat. 

jalan melenggang mcm model jalan jalan cat. 

bila semua lelaki tengok kita heran. 

hello !!

dh kita yg menayang. 

dh kita yg membagi. 

dh kita yg menyerah. 

dh kita yg menyedekah. 

dh kita yg bermurah hati. 

dh kita yg rasa paling cntik dlm dunia nie. 

makanya redha je la !!! 

tak payah la smbil jalan dok tutup kiri kanan atas bawah. 

alang alang dh bukak tu biar bukak bagi org tengok betul betul.

tk dak la ada yg susah payah nk trhendap hendap. 

kesian ~ 

bila pakai ketat ketat !!!

TAZKIRAH AGAMA # part 13 ISRA MIKRAJ

ASSALAMUALAIKUM

jumaat lepas ada ceramah sempena sambutan Isra Mikraj d tempat keja. sgt best ustaz jemputan tu.

USTAZ TUAN SHEIKH YUSOFF B HJ AHMAD
KETUA UNIT DAKWAH & TARBIAH
JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM
NEGERI KEDAH

ringkasan aripada ceramah petang tu : -

- sebagai hamba yg brsyukur kita kenalah guna kemudahan dan keselesaan yg kita dapat dengan sebaik mungkin.

- kalau kita rasa kita susah & berat ujian yg Allah bagi, kenangkn lah org lain yg lebih berat ujiannya.

- kesenangan dan kemewahan serta keistimewaan tak kan kekal selamanya. smpi satu masa akan hilang kalau tak d jaga betul-betul.

- pertahankan Islam dalam diri kita dengan menghayati Islam dengan sepenuhnya. 

- mencari dan melihat sesuatu yg jauh 9 cari dunia utk d bawa bekalan ke akhirat) bukan saja dlm agama tapi dari segi kerja, pergaulan, pendidikan dan sebagainya.

- surah al Qasas ( surah kisah-kisah cerita nabi dulu dulu) : utk menceritakn semual tentang Nabi dulu kala bagi memantapkan hati & perjuangan serta sbg garis panduan kepada kita

- mukjizat Nabi m yg paling besar adalah AL QURAN

- Isra : perjalanan dari bumi ke bumi

- Mikraj : perjalanan dr bumi ke langit 

- nak naik ke peringkat yg tertinggi kita mesti d uji. org yg nak brjaya adalah org yg mesti tahan kena uji.

BUKTI SESEORANG ITU BERIMAN IALAH : UJIAN
tak cukup beriman org tu kalau tak d uji

- bapa saudara Nabi M meninggal dunia dlm keadaan tak beriman ( hukuman dlm neraka yg paling ringa ialah memakai kasut terompah besi yg mana bila d pakai maka menggelegak la smpi ke otak)

- mas ahijtah ke Thaif Nabi m d smbut dengan lemparan batu smpi luka. selepas dr peristiwa tu la berlakunya Isra Mikraj iaitu perjalanan Nabi naik ke langit. ini menunjukkan kepada kiat sedangkan nabi pn melalui saat saat yg getir dulu sebelum d berikn "hadiah istimewa" utk naik ke langit apatah lagi kita sebagai hamba biasa nie.

BERAPA KALI NABI M D BELAH DADA?

kali pertama : semasa Nabi kecil (masa duduk dengan ibu susuan. ibu susuan yg pertama nabi adalah bekas hamba Abu Lahab)

kali kedua : waktu zaman belasan tahun

kali ketiga : semasa d angkat menajdi nabi

kali keempat : semasa peristiwa Isra Mikraj

TUJUAN BELAH DADA (brmula dr halkum smpi ke pusat) : utk menyucikan hati yg mana d cuci dengan air zam zam. hati merupakn tempat syaitan selalu duduk

- HATI tempat letaknya IMAN : seketul daging & darah beku yg man akalau cntik maka cntiklah hidupnya. kalau buruk maka buruklah hidupnya.

- HATI yg bersih : semua amalan d terima

- siapa PEMILIK HATI KITA ? : ALLAH

- hati Nabi m d cuci dan d masukkn iman & hikmah

- masyitah tukang sikat rambut ank firaun d rebus dlm air panas menggelegak sekeluarga trmasuk ank kecil yg masih menyusu(ank nya trgolong dlm golongan bayi yg boleh brckp masa kecil)

- nak berjaya dlm hidup?
hati kena kuat, bersih yg mana ia d sisi dengan iman & hikmah

- hilang kekuatan dlm hidup sbb apa?
sbb dh hilang rasa ikhlas dlm hati

- masa surah Fatiha d turunkan syaitan menangis meraung sama mcm ketika Nabi m d lahirkn

- mcm mana nk kuat dlm hadapi ujain Allah? : sucikn hati & penuhkn dgn iman serta hikmah

- hanya solat sahaja yg d terima perintahnya ketika d langit berbanding dgn puasa, zakat haji Allah turunkn perintah ketika d bumi.

- solat boleh tinggal kalau betul-betul terlupa

PERINGATAN : 

PEREMPUAN YANG TENGAH TUNGGU DALAM LABOUR ROOM WALAUPUN TIDAK ADA WUDHUK, AURAT TRBUKA, TAK MENGADAP KIBLAT DAN SEBAGAINYA MASIH WAJIB TUNAIKAN SOLAT SELAGI MANA BABY BELUM KELUAR. WALAUPUN DAH TURUN TANDA SEPERTI AIR DARAH DN SEBAGAINYA IA TAK D KIRA DARAH LEPAS BRSALIN 

SOLAT TERSEBUT D NAMAKN SOLAT HORMAT WAKTU 

SIAPA YG TAK SOLAT MAKA KUBUR AKN HIMPIT SMPI TULANG BRSELISIH.



*** sekian nota ringkas utk hari ini. terbaik panduan ustaz bagi yg last tu. mcm tau tau ja kan.

Friday, June 13, 2014

KERJA SEKOLAH SUAMI

 
Assalamualaikum  

semalam giliran balik tido kat Bertam. suami tak ikut sbb saya nk suh dia siapkn 'kerja sekolah' dia yg bergunung tu. 

siang nya suami cerita kerja sekolah dia hampir nk siap tggl lagi dua soalan. ALHAMDULILLAH. lega dengar. dh berapa minggu dok buat baru siap ckit. tu pn tggl lg lg satu kertas belum buat. harap-harap sempat siap masa tarikh nk hantar tu nnti.

tetiba malam tadi dapat msg dr suami katanya kerja sekolah dia tu kena buat balik. hahahah. adoiyai. kesian suami. dah nk kena buat balik dari awal. gara-gara kiraan akhir tu tak cukup apa benda ntah jadi tak leh nk pakai kiraan tu. 

so pagi tadi saya pujuk suami.malam nie saya ngan baby teman dia buat keje sekolah.  

*** bukan senang nak senang. bukan susah nak susah. biar kita susah sekarang. insyaAllah masa depan kita boleh berlapang dada. buat suami, kejayaan & kebahagiaan senantiasa d doakn utk kehidupan kita !!!

MACAM MANA BABY TERBENTUK ERK?


 ASSALAMUALAIKUM

terbentuknya SEORANG MANUSIA...

Sabda Rasulullah S.A.W :
Allah menyuruh malaikat mengurus anak dalam kandungan.
Lalu malaikat itu berkata : "Ya Allah, benda cair!
Ya Allah, segumpal darah beku! Ya Allah, segumpal daging!"

Ketika Allah hendak memberi nyawa pada anak itu,
malaikat bertanya lagi : "Ya Allah! Lelaki atau perempuan?
Jahat atau baik? Bagaimana rezeki dan ajalnya?"
Lalu semua tentang hidup dan takdirnya telah tertulis
sewaktu anak itu berada dalam perut ibunya lagi.
Subhanallah

(Hadis Riwayat Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1776) 


*** terkedu bila baca. 


Thursday, June 12, 2014

KISAH SI KECIK # SUSU

ASSALAMUALAIKUM

dah lama nk taip entry pasai susu yg d minum time pregnant tapi salu tu jugakla tak igt. tetiba ari nie bila dok sembang pasai isu yg berkaitan dgn susu kat Whatsapp bru la teringat nk taip.

awal pregnant dulu, dh semestinya la mcm org lain jugak beli susu khas utk ibu mengandung sebab nak tambah kalsium dalam badan. sebolehnya nk elak dr kena sakit gigi or gigi patah tp kuasa Allah merasa jugak la sekejap pun. uiii tak mo dh la merasa sakit gigi. serik.

berbalik isu susu. awalnya saya minum susu satu brand yg popular. rasa mmg sedap. lemak manis. nyum nyum. boleh minum 3 4 gelas satu hari. tak dak masalah doctor cakap. tak timbul isu anak besar dalam perut la tu la nie la. semapt beli sekotak tu je. lepas minum susu tu saya rasa ada perubahan ckit kt badan. mula gatal gatal. kulit kering. mungkin alah dengan susu tu kot.

tak sempat nak abes sekotak dah benti minum susu tu sbb tak tahan kulit kering makanya saya buat keputusan tukar susu. lepas survey jenis susu yg ada kt pasaran jmpa satu jenama yg kandungan susu tu sama lebih kurang dgn susu yg saya dok minum sebelum nie. dr company yg sama. 

SIMILAC MOM. walaupun rasanya tak sesedap susu yg dah biasa saya minum sebelum nie. tak sama jugak mcm susu popular tu tapiiiii.......................


ALHAMDULILLAH. susu nie sesuai dgn saya. tak dk alah apa. mungkin susu yg lepas tu sebab saya tak berapa nak tahan. cumanya susu SIMILAC nie teramat payah nak jmpa. jenuh cari kedai yg jual. setakat ni tak jmpa yg jual dlm kotak mcm dlm gmbr google tu. dok jmpa yg tin je. demi yg tersayang, gagah jugak cari smpi jumpa. weeeeeeeee .......... baby lagi suka minum susu yg d minum sebelum prgntn tu. lepas minum susu tu ja mesti ligat brgolek.

*** setin tahan sebulan. sehari minum segelas je dh cukup. cuma saya suka minum brgelas gelas. sbb saya jenis suka minum susu. tapi kan serius cakap susu ibu mengandung tak sesedap susu org tak mengandung. hahahahhaha. boleh tara tu ~



Friday, June 06, 2014

MALAS MALAS MALAS....



hari nie rasa tersangat la malas. d tambah pulak dengan tekak yg meloya. perut yg sebu. serius tak memotivasikn diri lgsg nk buat reja. pulun baca nota 5S kononnya minggu depan penceramah MPC nak mai bg talk. nk study awal la ceritanya nie. sudah nya dr pukul 9 pag smpi ke 12 tgh hari masih d page yg sama. 

persoalannya, kenapa perlu makan vitamin yg menambahkan kandungan acid dalam perut? 

jawapan : sbb nya anak kecik dlm perut memerlukan vitamin tambahan sbb mama nya mengalami masalah HB rendah.

sekian, terima kasih !!! 

*** nak balikkkkkkkkkkkkkkkkk bertammmmmmmmmmmmm !!!!! 

KISAH IMAM # part 15 RINDU


ASSALAMUALAIKUM 

salam hari Jumaat yg penuh berkah nie. tetiba bila tgh belek FB td smbil smbil buat 5S dekat meja yg bersepah dengan dokumen terbaca satu ayat.

ringkas tapi penuh makna yg mendalam.



terpikir sekejap. dengan keadaan sekarang. kehidupan yg sepatutnya bermula dengan indah buat kami berdua tapi d uji dengan ujian yg tersangat berat saya rasa. mungkin mudah d mata org tapi bagi diri saya hanya DIA yg tahu sbb DIA yg membagi.

sesungguhnya perkahwinan tu bukan satu benda yg mudah. bukan hanya tertumpu pada hubungan 'itu' semata-mata. tapi lebih kepada kesudian kita utk berkorban segala tenaga, perasaan, harta benda, wang ringgit, susah senang, bahagia derita dengan pasangan kita.

syukur Alhamdulillah. Allah pinjamkan pd saya suami yg tersangat-sangat memahami. yg tersangat-sangat mengikut apa jua kehendak saya. walaupun saya sedar ada masa saat diaperlukn saya d sisi saya trpaksa ada d tempat lain.

suami, maafkn saya tak mampu jadi isteri yg terbaek utk awak skrg. insyaAllah bila mana mendung nie berlalu pasti Allah akn limpahkn kebahagiaan yg tak trhingga utk kita. kalau bukan kehidupan kita d sini pasti d sana kita dapat tuai hasilnya.

suami, semoga Allah panjangkn jodoh kita hingga ke akhir hayat. sampai ke syurga sana tetap mahu menjadi isteri kamu.

*** MOOD : RINDU SUAMI !!!

Wednesday, June 04, 2014

ALLAH UJI LAGI .... part 4



ASSALAMUALAIKUM 

aku bukan siapa siapa utk membenci dia
aku bukan orang yg paling layak utk salahkan dia
aku bukan orang yg berhak utk menghukum dia 
aku bukan orang yang terbaik utk membalas perbuatan dia 

aku hanya aku 
yg datang datang dr DIA 
melalui dia 

aku hanya mampu berdoa 
berdoa
berdoa 

semoga Allah permudahkan segala galanya
samada aku dapat d sini atau d sana
tak mengapa

namun cukuplah dia kembali seperti sedia kala
sudah sudahlah 
membenci berdendam busuk hati iri hati 
menahan marah d dlm hati

dunia sekeliling semua simpati
apatah aku si pendosa d mata kamu

sudah sudahlah 
kembalilah kepada kami
kepada aku 

pasti ketenangan milik kami seperti dulu 
percayalah 

sudah sudahlah ...... 

lelah kamu nnti kalau terus mcm nie

ALLAH UJI LAGI .... part 3


ASSALAMUALAIKUM

terkadang bukan sengaja mengendahkan 
cuma sangat rasa berkecil hati dengan apa yg jadi 
tak sangka sampai mcm ni d hina d benci 

terkadang bukan sengaja melawan 
niat hanya sekadar utk membetulkan yg salah
membenarkan cerita yang d salah erti

bukan tak takut dengan azab kemudian hari
jujurnya mmg takut sangat sangat 
alangkah ruginya diri hidup d dunia tak dapat keredhaan org yg d kasihi 

tidak ada daya diri lagi 
nk tunduk ikut kehendak yg ntah apa apa tu 
hanya mampu berdiam diri

diri nie dah cukup penat letih lelah dengan karenah
yang semakin hari semakin menjadi jadi
apapun tetap pujuk diri
muhasabah hati 

barangkali itu ujian demi mencuci dosa sebelum mati 
barangkali itu kifarah demi membuang kotoran sebelum bertemu Illahi 
barangkali itu mahu d beri pahala berganda pada diri
barangkali itu mahu d beri kemudahan kebahagiaan d kemudian hari 

sabarlah ....
ujian dr DIA 
sbb DIA tahu aku mampu hadap semua tu 
walaupun trkadang trlepas jugak hasutan syaitan dlm diri

sesungguhnya menyesal dengan tindakan yg dh d buat 
oh syaitan 
bijak betul amik kesempatan
dlm keadaan yg paling busuk kau menghasut
dlm keadaan yg paling hina kau menyuruh
dlm keadaan yg paling jijik kau bersorak !! 

jahanam jahanam !!

insyaAllah 
mulai saat ni
hari ni
esok
lusa
smpi ke akhir hari
pasti sedaya nyawa usaha 
menjauh diri melawan bertekak 

sesungguhnya 
hanya Allah yg membagi
hanya Dia yg mengerti
mampu atau tidak diri ni
menghadapi
ujian yg pd aku berat tak trtanggung hati
namun pd DIA hanya sekadar setitis peluh yg jatuh d tgh lautan ....... 

kerdilnya diri  !!! 

*** pada yg d kasihi...sesungguh sungguh diri ni tersangat sayang....tapi apakn daya kalau hanya diri ni yg sering d salahkn d jadikn punca semua tu trjadi...ampunkanlah dosa si pendosa ni..semoga kebahagiaan melimpahi kehidupan yg tersayang...tanpa dia aku bukan siapa siapa d dunia nie....tak payah duit brlimpah brguni cukuplah kembalikn dia yg lama tu kembali.... 

doa...doa...teruskan berdoa...semoga Allah mengampuni dosa si pendosa ini .... semoag d kasihi yg tersayang tu sebagaimana dia mengasihani si pendosa nie dr dulu sampai skrg...... 

Allah...kembalikan lah mcm dulu ~ sesungguh sungguhnya rindu saat saat dulu .......

Tuesday, June 03, 2014

KISAH SI KECIK # KELETIHAN

ASSALAMUALAIKUM 

masuk 25 minggu. dah mula terasa gerakan baby semakin hari semakain kuat. semakin aktif. badan pn dah terasa semakin berat.

cumanya kalau sebelum sebelum nie sekadar rasa meloya tu boleh d gagahkn lagi. masuk minggu 25 nie da rasa letih ya rabbi. tambah pulak time malam mmg sangat sangat meletihkan. bayangkan la dengan perut semakin membulat, anak semakin aktif. memang secara automatiknya rasa malas makin menebal dlm diri. makanya elok je lepas smyg isyak suami dah suruh tido.

tapi kalau dh meloya tu menjadi jadi mmg tak lena la tdio nya. acid dlm perut tu mcm d tolak tolak naik ke atas. terasa smpi ke tekak. smpi ke hidung. Allah. letih atas letih jadinya. mujurlah suami jenis paham. saelalu suami akn tolong picitkn nk ilangkn rasa loya tu smpi dah trlena betul betul baru dia tido. terima kasih suami sbb memahami. sanggup urutkn walaupn tau suami pn letih ngan keja yg menimbun.

apapn rasa syukur sangat sangat. walaupun Allah bagi masalah mcm tu kat saya d bagi kesenangan lain. majoriti org ckp baby akn brjaga malam. brgerak gerak dlm perut. yea ank saya jugak mcm tu bergerak aktif. bertambah aktif waktu malam. cumanya bila di adengar je saya ckp "anak mama tido la..mama letih dah nie tak yah main da malam malam" automatik dia terus diam. tido lena agaknya. penat main. paling lewat pn dia brjaga smpi kul 12 je tu pn kalo saya tak tido lagi sbb dok menahan meloya.

yg pastinya esok pagi sebelum azan subuh dia dah bangun. dengar je suami kejut suh bangun smyg subuh dia pun sibuk la tendang tendang kat dalam. lagi tak bangun lagi tu la dok tendang.

hai la anak....

*** sedar tak sedar tinggal lebih kurang 15 minggu ja lagi nk tgk muka anak seniri. takut pn ada seronok pn ada. yg pasti tak sabar nk tggu g scan 4D nnti. !!!!

KATA-KATA HIKMAH

Winter Aid For Syria 2017

Assalamualaikum . . Mohon bantuan dipanjangkan post nie utk membantu umat Islam di Syria . . detail boleh tgk di FB  TELEKUNG PROJECT...