Assalamualaikum
ada satu cerita yang mahu saya ceritakan.
tapi belum sampai masa utk saya ceritakan.
dalam kepala dok ligat brjalan.
permulaan yg mcm mana perlu saya dahulukan
bimbang andai tercerita cerita yg bukan bukan
lantas mengundang perasaan yg selama nie sengaja d hindarkan
ada satu cerita yang mahu saya ceritakan
tapi belum sampai detik utk saya ceritakan
dalam perut dok serabut tak ketahuan
cara yang bagaimana yang perlu saya terangkan
takut takut ada nanti yang amik kesempatan
ada satu cerita yang mahu saya ceritakan
tapi belum sampai ketika utk saya ceritakan
dalam hayunan langkah penuh pengharapan
mohon jangan d hukum ats segala kekhilafan
ada satu cerita yang mahu saya ceritakan
tapi belum sampai saat utk saya ceritakan
dalam renungan tajam yang mahukan penjelasan
mengapakah kini terjadi demikian
berdiam diri tanpa perkhabaran
ada satu cerita yang mahu saya ceritakan
tapi belum sampai izin utk saya ceritakan
andainya kamu mengaku kita ini milik Tuhan
janganlah d simpan dendam ke hari kemudian
ada satu cerita yang mahu saya ceritakan
tapi belum sampai masa utk saya ceritakan
mungkin sampai bila bila pun
tetap saya tidak menceritakan
kerana kamu telah meranapkan segala perasaan
ada satu cerita yang mahu saya ceritakan
# sekadar luahan omongan kosong. mungkin ada hamba Allah yg akn baca benda alah nie. mungkin dia paham dan mungkin jugak dia tak paham. satu masa dulu saya mahu ceritakan satu cerita tapi sayangnya sifat sabarnya kurang drpd sabariah smpikan tindakan yg d amik tu sgt2 meranapkan perasaan yg ada. maaflah kalau jawapan yg hamba Allah tu cari tak kn mungkin dpt d bagi lagi lepas nie. cukuplah segala kisah yg lepas. redha terima takdir apa yg daj trjadi. satu cerita yang mahu saya ceritakan pada kamu dh trhenti d sini. SEKIAN ~ WASALAM